DARI LANTIK RAIS DAN RADZI YANG DAH TUA,KENAPA BERASATU TAK LANTIK YANG LEBIH MUDA


Lima lagi diumumkan dilantik sebagai senator dalam majlis angkat sumpah yang bakal diadakan pada Selasa, 12 Jun ini.
Mereka ialah Dr. Rais Yatim, Radzi Sheikh Ahmad, Idris Ahmad, Zahid Md Arip dan Balasubramaniam A/L Nachiapan.
Dr. Rais dan Radzi adalah bekas menteri UMNO, tetapi kedua-duanya telah melompat menyertai Bersatu sebaik saja UMNO hilang kuasa pada PRU14 lalu.
Dr. Rais kini adalah Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan, manakala Radzi tidak diketahui apa kedudukannya dalam Bersatu.
Zahid pula adalah Ahli MPT Bersatu dan bekas Setiausaha Politik Tun Mahathir Mohamad, sementara Idris adalah Naib Presiden Pas dan Balasubramaniam merupakan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas.
Daripada lima lantikan kali ini, rasanya perlantikan paling tidak wajar ialah melibatkan Dr Rais dan Radzi kerana kedua-duanya sudah dikira “menopause” politik dan peluang tersebut sepatutnya diberikan kepada pelapis muda dalam Bersatu.
Dari segi Zahid, sebagaimana banyak dipaparkan dalam media, beliau ada sumbangannya yang tersendiri kepada Muhyiddin dalam persengketaan Presiden Bersatu itu dalam Tun Mahathir sebelum ini.
Dengan yang demikian, kewajaran memberi jawatan Senator kepadanya tidaklah menghairankan, apalagi untuk dipertikaikan.
Idris dan Balasubramaniam tentunya dilantik sebagai Senator atas pertimbangan membalas jasa Pas yang kini berada dalam PN dan agak kuat mempertahankan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.
Tetapi, apa asas atau kewajaran melantik Dr. Rais dan Radzi sebagai Senator?
Berbanding melantik Dr Rais dan Radzi yang pernah menikmati pelbagai jawatan dalam kerajaan di era BN, bukankah lebih baik pemimpin muda atau pelapis daripada Bersatu, seperti ramai Ahli MPTnya yang tiada apa-apa nikmat jawatan dalam kerajaan sekarang, diberikan peluang itu?
Asyik yang tua saja diberi jawatan, bila pula golongan pelapis ada peluang untuk belajar menjadi pemimpin masa depan?

 (Shahbudindotcom 11/06/2020)


VIP VS MARHAEN















DUIT PELADANG PUN YB SANGGUP KELEPET






Kes berkenaan juga telah dilaporkan kepada Pendaftar Pertubuhan Peladang dan dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kata Phahrolrazi lagi, hasil audit turut mendapati terdapat konflik kepentingan dalam pembelian hartanah di Muar oleh NAFAS Feedmills Sdn Bhd (NFSB). Menurut beliau, hartanah melibatkan tanah, bangunan dan mesin itu dibeli dengan harga RM14.5 juta, lebih tinggi daripada penilaian JPPH iaitu RM11.7 juta. Selain itu, menurutnya, kecuaian dalam urusan pembelian baja dan stok jualan NAFAS turut dikesan. Kenyataan itu dibangkitkan semula oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Anggerik Dr Yaakob Sapari dalam Facebook beliau.

TAKZIAH! HARGA SILING MINYAK DIHAPUSKAN







Warta tersebut membatalkan Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Runcit Maksimum bagi Petrol dan Diesel) (No 8) 2020 [PU (A) 64/2020]. Perintah itu membatalkan perintah yang dibuat pada Februari lalu, yang dibuat oleh Kerajaan PAKATAN HARAPAN yang menetapkan harga siling RON95 pada RM2.08 seliter berbanding RM2.20 seliter sebelum ini dan diesel pada harga RM2.18 seliter. Menteri Kewangan ketika itu, Lim Guan Eng berkata Mesyuarat Jemaah Menteri sebulat suara memutuskan harga siling berkenaan, biarpun harga minyak dunia naik lebih daripada itu. Beliau dilaporkan berkata, jika harga minyak dunia berada bawah paras itu, harga mingguan petrol RON95 akan berada bawah paras RM2.08. Sejak tengah malam 6 Jun hingga 12 Jun ini, harga Petrol RON97 ditetapkan pada paras RM1.78 seliter, RM1.48 seliter bagi RON95 dan diesel pada paras RM1.63 seliter.

GUGUR KES RASUAH: KELAZIMAN BAHARU KERAJAAN TEBUK ATAP?






Kata Idrus, mantan Peguam Negara mempertahankan keputusan Jabatan Peguam Negara pada 2012 untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap Musa Aman memandangkan siasatan mendapati wang yang terlibat adalah sumbangan politik. “Mantan Peguam Negara juga telah menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat secara kolektif oleh individu-individu peringkat atasan iaitu Datuk Seri Tun Abdul Majid Tun Hamzah (mantan Ketua Bahagian Pendakwaan), Tan Sri Abu Kassim Mohamad (mantan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Datuk Seri Mustafar Ali (mantan Pengarah Bahagian Siasatan SPRM)" kata Idrus dalam kenyataan kepada media hari ini. Pelik bin Ajaib? Peguam Muhammad Faiz Fadzil mengingatkan bahawa Seksyen 3 Akta SPRM 2009 menafsirkan derma sebagai suapan.

AWANI 745/ 11 JUN LIVE


SENATOR....UPAH HENTAK MEJA DAN MIMPI NABI...



Ye ke ni?  Patut pun....semakin kuat jual beli..shopping sakan Yidin sekarang..si Zahid tu yamg ngaku bawa duit jutaan ringgit untuk diserahkan kepada Isa Samad sewaktu Isa jadi pengerusi FELDA pun dapat Senator?  Hebat kerajaan yang lebai sokong..

Lebai juga tak lupa pada guru Bala , sebab mimpi Nabi..tu pun auns kemain sokong....takdirrr,

W. FAUDZIN



Pas janji tutup kilang arak, kenapa Khalid kena?

TIDAK SEMESTINYA ADA PRAYA UMUM BAHARU JIKA UMNO & PAS TARIK DIRI, DEDAH PAKAR PERLEMBAGAAN



Spekulasi sudah merebak yang Umno dan PAS mungkin menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN) dan menyebabkan pilihan raya awal susulan kenyataan baru-baru ini yang Muafakat Nasional bukan hanya bersedia untuk pilihan raya, tetapi juga sanggup menghadapinya sendirian.

Penguasaan PN terhadap Putrajaya kini berada pada majoriti tipis sebanyak dua kerusi Parlimen. Gabungan itu mempunyai 114 anggota Parlimen, dengan Bersatu yang dipimpin Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menguasai 32 kerusi.

Satu persoalan yang berlegar adalah jika Umno dan PAS, yang masing-masing menguasai 39 dan 18 kerusi, keluar daripada PN, adakah secara automatik akan menyebabkan pilihan raya baharu?

“Tidak, ia tidak akan berlaku kerana Yang di-Pertuan Agong berhak berkata ‘tidak’ kepada pembubaran Parlimen,” kata pakar perlembagaan Prof Shad Saleem Faruqi kepada The Malaysian Insight.

“Sangat jelas di bawah perlembagaan persekutuan, Perkara 40, Fasal 2 (b) yang menyatakan Agong boleh tidak memperkenankan permintaan pembubaran Parlimen.

Baru-baru ini, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata partinya “bersedia hadapi PRU15 (Pilihan Raya Umum ke-15)” dalam catatan Facebook, dengan gambar beliau menerima kunjungan hormat bekas perdana menteri Najib Razak di rumahnya.

Najib, yang bakal mengetahui keputusan pertama daripada lima perbicaraan kes jenayahnya  pada 28 Julai, juga dikatakan berada di belakang kempen Umno di seluruh negara untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya baharu bagi kembali semula sebagai perdana menteri, menurut dakwaan pembangkang.

Sementara itu, PAS berkata PN akan bersatu dan berusaha menjelang PRU15.

Setiausaha agungnya Takiyuddin Hassan berkata, beliau yakin parti PN akan berusaha bersama untuk menghadapi PRU15.

Namun, Shad Saleem berkata jika Umno dan PAS menarik diri, Muhyiddin akan berada dalam keadaan dilema.

“Beliau akan mempunyai dua pilihan. Yang pertama adalah mengundurkan diri dan membuka jalan kepada Agong untuk melantik orang lain.

“Satu lagi adalah menasihati Agong agar membubarkan Parlimen dan menggesa mengadakan pilihan raya,” kata Shad Saleem, yang merupakan anggota Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman.

Agong boleh menolak kerana beliau boleh merasakan ini bukan waktu yang tepat, memandangkan keadaan pandemik Covid-19 dan ekonomi, kata Shad Saleem, sambil menambah ia akan menyaksikan kerajaan mengeluarkan peruntukan kira-kira setengah bilion ringgit untuk mengadakan pilihan raya.

“Pilihan raya baharu mungkin akan lebih mahal kerana makluman yang singkat. Segala-galanya harus disiapkan dengan cepat, termasuk dakwat.”

Beliau berkata Agong juga mungkin akan membenarkan kerajaan alternatif mengambil alih.

“Jika Agong berkata ‘tidak’, perdana menteri mungkin harus mencari kerajaan alternatif untuk mengurus negara ini. Dan itulah cabarannya.”

Kes Mohammad Nizar Jamaluddin lwn Zambry Abdul Kadir sebelum ini menjadi duluan, yang menyaksikan Zambry daripada Umno menang saman di Mahkamah Persekutuan pada 2010 untuk diiktiraf sebagai menteri besar Perak yang sah, berikutan krisis perlembagaan negeri.

Mahkamah memutuskan sultan memiliki hak untuk menolak permintaan diadakan pilihan raya.

Seorang lagi peguam perlembagaan, Surendra Ananth, memberitahu The Malaysian Insight yang mengambil petunjuk daripada krisis perlembagaan Perak, Agong boleh melantik perdana menteri baharu selepas berpendapat Muhyiddin tidak lagi mempunyai majoriti.  – 11 Jun, 2020. By Bede Hong.

100 hari: Sudahkah kabinet Muhyiddin isytihar harta?




Oleh Sheikh Umar Bagharib Ali
(Adun Paloh dan Ketua DAPSY Johor)
Saya telah menyoal sebelum ini; sejauh mana komitmen kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memastikan kabinetnya mengisytiharkan harta dalam tempoh sebulan sepertimana yang beliau sendiri ikrarkan pada 11 Mac 2020 lalu.
Saya yakin Muhyiddin tidak lupa. Pengumuman yang penting, yang dibuat menerusi sidang media sejurus selepas beliau mempengerusikan mesyuarat sulung kabinet Perikatan Nasional (PN). Masakan boleh lupa?
Hari ini, dicanang berkaitan 100 hari pencapaian kerajaan pimpinan Perdana Menteri. Saya ingin bertanya sekali lagi; adakah Kabinet kerajaan pimpinan Muhyiddin ini sudah mengisytiharkan harta sepertimana yang diikrarkan awal-awal dahulu?
Langkah mengisytihar harta merupakan salah satu jalan untuk menggambarkan komitmen, kebertanggungjawaban serta akauntabiliti. Dari satu bulan kepada 100 hari, ia masih menjadi tanda tanya apakah kerajaan pimpinan Muhyiddin ini masih berdiri sebagai sebuah kerajaan yang punya integriti dan ketelusan.
Ditambah lagi dengan isu-isu seperti pendedahan rakaman audio berhubung ‘membeli’ sokongan ahli-ahli parlimen menerusi ‘scheme of things’ yang tular baru-baru ini, persoalan berkaitan integriti dan akauntabiliti wajar dipersoal ke atas kerajaan hari ini.
Untuk rekod juga, Adun Pakatan Harapan (PH) Johor telah sempurna menghantar borang pengisytiharan harta kepada speaker negeri pada 31 Mei 2020 yang lalu meskipun tidak lagi menjadi kerajaan. 
Saya fikir, pada masa kita semua memahami akan kepentingan untuk seluruh rakyat Malaysia bersolidariti melawan pendemik Covid-19, saya harap Muhyiddin dan kabinetnya tidak bersikap defensif. Saya harap beliau tidak bersembunyi di sebalik alasan Covid-19 semata-mata untuk mengelak daripada berhadapan dengan isu-isu lain yang tak kurang juga pentingnya dalam berkerajaan.

KERJA BODOH APAKAH YANG CUBA DI BUAT OLEH BEKAS PEGUAM NEGARA AFENDI ALI?

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, teks yang berkata 'Sri Ram pujuk saya tangkap Najib pada 2018, dakwa Apandi Ali Bede Hong Dikemas kini 14 jam yang lalu Diterbitkan pada 10 Jun 2020 10:56PM 0 Komen'


Petikan:
" BEKAS Peguam Negara Mohamed Apandi Ali mendakwa peguam kanan Gopal Sri Ram pernah memujuk beliau supaya menangkap Najib Razak atas dakwaan rasuah pada 2018, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya umum ke-14.
Apandi membuat dakwaan itu dalam satu hantaran di Facebook malam ini.".
AMAT MELUCUKAN!!
Sekian lama bekas Peguam Negara ini membisu, tiba-tiba bila kerajaan pintu belakang ini berkuasa, hidup nyawa dia.
Oleh kerana terlalu lama jadi bisu, bila bersuara terus jadi sumbang. Lojik kah Sri Ram, bekas peguam Anwar boleh pujuk dan minta Peguam Negara, Afendi yang dilantik oleh PM waktu itu iaitu Najib, untuk menangkap Najib? Waktu itu kerajaan PH belum jadi kerajaan dan belum ada kuasa. Masuk akalkah Sri Ram buat kerja sebodoh itu? Atau, memang Afendi ni yang sanggup buat-buat bodoh untuk mengampu ?

WFAUZDIN NS

Benarkah Muhyiddin kurang berpolitik?





Benarkah Tan Sri Muhyiddin Yassin kurang berpolitik dalam tempoh 100 hari pentadbirannya sebagai Perdana Menteri?
Jikalau benar kurang berpolitik, kenapa berlaku pemecatan dalam partinya? Kenapa berlaku kejatuhan kerajaan negeri?
Peristiwa-peristiwa ini berlaku ketika negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19.
Apakah semua ini bukan berpolitik?
Mari kita mengimbas kembali apa yang berlaku.
Pada 18 Mac lalu, iaitu hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya diberhentikan.
Pada 12 Mei, media melaporkan Perikatan Nasional (PN) Kedah mengumumkan pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 Adun termasuk dari Bersatu.
Bagaimana pula dengan apa yang berlaku kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Dr Maszlee Malik, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Datuk Amiruddin Hamzah?
Oleh itu, sekiranya ada yang kata Muhyiddin kurang berpolitik dalam 100 hari pentadbirannya, fikirlah semula. Kita juga jangan lupa dengan ‘Langkah Sheraton’ yang berlaku sebelum ini, merupakan satu peristiwa politik yang besar.

Perjuangan DAP untuk semua, tak kenal warna kulit – Sheikh Umar





Perjuangan DAP adalah berlandaskan ideologi sosial demokrasi yang memberi keadilan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit atau agama, kata Ketua DAPSY Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali.
Tegasnya, DAP berjuang mengikut lunas perlembagaan dan undang-undang termasuk menghormati sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan, sekaligus menyangkal dakwaan buruk sesetengah pihak terhadap parti itu.
“DAP tidaklah seperti mana yang dimomok-momokkan oleh musuh-musuh atau seteru-seteru politik. 
“Kerana DAP – jika dilihat dasarnya – perlembagaannya tidak berteraskan perkauman, ras, ataupun warna kulit atau untuk satu-satu golongan tertentu sahaja. 
“DAP adalah parti yang berdiri atas semangat atau roh sosial demokrasi,” katanya dalam sesi forum santai bertajuk “Borak-borak: Kenapa DAP?” katanya dalam forum santai yang disiarkan secara langsung di Facebook, semalam. 
Jelas Sheikh Umar yang juga Adun Paloh, ideologi sosial demokrasi antara lain bererti DAP tidak memandang latar belakang kaum atau agama seseorang dalam membuat pertimbangan untuk mencurahkan khidmat bakti. 
“Kita perlu bantu yang mana yang memerlukan pembelaan, yang ditindas ataupun yang dizalimi. Mereka ini yang perlu kita bantu tidak kira apa warna kulit mereka,” ujarnya. 

TOMMY THOMAS, GUAN ENG BETUL – DAP

Kerajaan PN batal harga maksimum RON95, diesel: Rakyat bakal terbeban lagi?



Belum pun reda kemarahan rakyat terhadap peristiwa pembebasan bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman daripada pertuduhan 46 kes rasuah dan pengubahan wang haram, hari ini rakyat Malaysia mendapat khabar pula tentang tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) membatalkan harga maksimum (syiling) RON95 dan diesel. 
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini menetapkan bahawa harga RON95 dan diesel tidak boleh dijual melebihi RM2.08 dan RM2.18. Keputusan ini diambil sebagai sebahagian usaha kerajaan PH untuk menyelami denyut nadi rakyat yang sedia ada terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. 
Malah, kerajaan PH juga berhasrat untuk melaksanakan subsidi petrol bersasar supaya golongan yang benar-benar memerlukan mendapat manfaat daripada inisiatif tersebut
Bagaimanapun, usaha kerajaan PH ini nampaknya bakal berakhir. Kerajaan PN mengambil langkah terkebelakang. Penghapusan harga maksimum RON95 dan diesel ini akan membolehkan harga bahan api itu diapung melebihi harga RM2.08 dan RM2.18. Tidak mustahil kita bakal menyaksikan peningkatan harga petrol sepertimana ketika era kerajaan Barisan Nasional (BN) memerintah. 
Apa jadi dengan rancangan kerajaan PH untuk melaksanakan subsidi bersasar? Adakah ia akan terkubur begitu sahaja? Jika harga petrol benar-benar naik melebihi harga syiling yang ditetapkan sebelum ini, rakyat akan bertambah terbeban lebih-lebih lagi bagi mereka yang kehilangan pekerjaan akibat impak ekonomi Covid-19. 
Jangan pula ada pengikut PN yang mendakwa harga bahan api yang lebih murah ketika ini disebabkan oleh usaha kerajaan hari ini. Penurunan ketara harga bahan apa itu adalah kerana wabak Covid-19 yang memberi impak kepada ekonomi dunia. 

BENARKAH MUHYIDDIN PEMIMPIN TERBAIK?

PERTANYAAN RAKYAT BAWAHAN.- PEMIMPIN MANA PULAK DILEPASKAN SELEPAS INI



1. Pada 9/5/2018, rakyat Malaysia sanggup berdiri lama dan beratur panjang di pusat-pusat pengundian bagi membuat perubahan politik yang amat drastik tapi dengan secara aman dan demokratik. Tanpa dipaksa, mereka memilih PH dan menolak BN.
2. Dari segi perundangan, tiada siapa boleh menafikan banyak perubahan positif yang dilakukan oleh Kerajaan PH.
Antaranya, pejabat Peguam Negara yang di bawah pengendalian seorang peguam yang senior memperlihatkan “political will” mendakwa beberapa “ikan jerung”. Saya yakin rakyat yang membuat perubahan pada 9/5/2018 itu amat gembira.
3. Selaku mantan timbalan menteri undang-undang Kerajaan PH, saya sering ditanya bilakah para “jerung politik” yang didakwa itu hendak dijatuhi hukuman oleh mahkamah. Jujurnya, agak sukar untuk menerangkan kepada mereka tentang kerumitan sistem dan proses perundangan.
4. Ramai dari rakyat yang mungkin sukar memahami kenapakah mereka yang dituduh dengan pelbagai tuduhan jenayah yang berat -misalnya tuduhan rasuah atau penggubahan wang haram berbilion ringgit-masih boleh dibenarkan ber”keliaran” di merata tempat, berselfie, berkempen dan lain-lain.
5. Rakyat ,secara umumnya , tidak begitu berminat untuk tahu apabila saya terangkan misalnya tentang doktrin ” seseorang yang didakwa di mahkamah dianggap tidak bersalah kecuali setelah dibuktikan bersalah” , konsep ” rule of law”, konsep ” fair trial”, konsep pemisahan kuasa eksekutif dan Peguam Negara atau Mahkamah dan konsep jaminan ( bail ).
6. Bagi rakyat ” para jerung politik” ysng didakwa dan dilihat telah menyusahkan negara/mereka perlu dan wajar dihukum segera. Buktinya, kata mereka, kami telah menolak mereka dalam pilihan raya. Maka, kata mereka, kerja kamu ( Kerajaan) adalah ” humban mereka dalam penjara dan bagi mereka reput di sana”.
Itulah , lazimnya, hujah mereka yang bersalut kemarahan mereka kepada saya misalnya.
7. Ya, amat sukar untuk menerangkan perbezaan ” hukuman politik” dan ” hukuman undang-undang” ke atas para aktor politik yang dianggap oleh rakyat telah melakukan jenayah. Prosesnya berbeza. Kaedah pembuktiannya juga berbeza. Ya, secara relatif, lebih mudah mensabitkan seseorang ahli politik yang korup melalui “hukuman politik”. Ini kerana, antara lain, proses pembuktian bersalahnya jauh lebih ringan dan jauh lebih mudah dibandingkan melalui proses undang-undang di mahkamah.
8. Mungkin , atas dasar itu, tidak sedikit rakyat yang agak ” marah” dan ” kecewa” kepada PH kerana , bagi mereka, pesalah yang “dihukum” melalui pilihanraya masih tidak dihukum melalui “mahkamah”.
Ironinya ketegasan Kerajaan PH untuk berpegang kepada prinsip ” kedaulatan undang-undang” ( rule of law) dan prinsip ” perbicaraan yang adil” ( rule of law) menyaksikan para pemimpin PH pula yang dimarahi dan dikritik secara pedas dan konsisten oleh para penyokong mereka sendiri.
9. Ya, ianya amat sukar. Tetapi, bagi saya, itulah prosesnya. Bukan mudah untuk membuat perubahan di dalam satu negara yang boleh dikatakan segala sendi-sendi utama di negara itu telah rapuh dan rosak secara teruk. Tapi, itulah jalan yang PH kena dan perlu tempuhi . Amat sukar dan berliku.
Boleh sahaja Kerajaan PH memilih cara yang lebih mudah dan lebih segera bagi ” menghukum” ” para jerung politik”. Mungkin cara sebegitu boleh menggembirakan para penyokong sendiri dalam jangkamasa pendek. Namun, maaf, itu bukan perubahan yang hakiki. Perubahan atas dasar dendam semata-mata tidak baik kepada negara pada jangkamasa panjang. Ia bukan perubahan yang ” genuine”.
10. Takdir Allah di saat para pemimpin Kerajaan PH sedang serius berfikir, merancang dan melaksanakan proses perubahan tersebut, rupanya ada pihak yang berfikir lain. Maka, berlakulah apa yang berlaku. Kerajaan PH yang dinaikkan melalui mandat rakyat dijatuhkan oleh Kerajaan PN yang terbina melalui pengkhianatan mandat rakyat. Puncanya hanya satu -kerakusan nafsu serakah!
11. Terbukti kini wujudnya beberapa insiden yang menunjukkan seolah-seolah negara ini sedang bergerak mengundur ke belakang – pra 9/5/2018- iaitu rakyat negara ini seolah-olah masih berada di dalam budaya dan persekitaran pemerintahan BN. Jika dahulu BN, sekarang PN. Malangnya, DNAnya masih tetap sama.
12. Dari aspek perundangan, boleh jelas kelihatan ketidaksamaan perlakuan ke atas rakyat yang tidak berdaya dan pemimpin yang berkuasa di hadapan undang-undang.
Pada mulanya, rakyat hanya melihat ketidaksamaan undang-undang dalam memperlakukan pemimpin dan kaum kerabat mereka yang melanggar PKP di satu pihak dan rakyat bawahan di satu pihak yang lain. Namun nampaknya ketidaksamaan itu tidak terhenti di situ sahaja.
13. Bila tertuduh yang berhadapan dengan jenayah yang ada kaitan dengan skandal 1MDB boleh dilepaskan tanpa dibebaskan hanya kerana bersetuju dan bersedia untuk memulangkan sejumlah wang tertentu, kecurigaan rakyat perkara sebegitu mungkin akan berulang benar-benar berlaku. Kali ini seorang lagi pemimpin yang berhadapan dengan 46 pertuduhan jenayah pula dibebaskan.
Soalan yang “legitimate” dari rakyat bawahan ” pemimpin mana pula selepas ini? ” dalam keadaan rakyat bawahan dihukum 15 bulan penjara kerana mencuri petai!
14. Almarhum YM Tun Raja Azlan Shah dalam satu penghakimannya iaitu dalam kes ” Public Prosecutor v Tengku Mahmood Iskandar and Anor ( 1973 ) 1 MLJ 128 memulakan penghakimanya dalam kes tersebut dengan kata kata yang menarik.
Terjemahan ke bahasa melayu berbunyi lebih kurang seperti berikut :-
” Hari ini bukan sangat Responden ,yang sedang menghadapi perbicaraan, yang dibicarakan tetapi keadilan itu sendiri ( yang sedang dibicarakan). Berapa banyak kadar keadilan bagi keadilan itu sendiri? Jika mahkamah berusaha untuk meletakkan keseimbangan antara dua neraca- kepentingan tertuduh dan kepentingan masyarakat , maka saya ingin katakan bahawa keadilan itu adalah bersifat adil ( justice is just ) .Tujuan keadilan itu mestilah keseimbangan dan kesaksamaan”.
15. Almarhum juga berkata :-
” …Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan yang berkata semua orang adalah sama di sisi undang-undang. Ia bermaksud, secara tersirat, hanya ada satu sahaja set undang-undang di negara ini di mana semua rakyat adalah tertakluk kepadanya. Bagi kami, setiap warganegara, tanpa mengira status rasmi atau status sosial mereka, adalah di bawah pertanggungjawaban yang sama bagi setiap tindakan yang dilakukan tanpa justifikasi undang-undang. Kesaksamaan semua orang di hadapan undang-undang meninimakan kezaliman”
16. Nabi s.a.w telah lama meingatkan kita dalam satu petikan hadith yang antara lain, berbunyi, mafhumnya :-
“..hanyasanya mereka yang binasa sebelum kamu bahawasanya mereka jika ada di antara mereka yang mencuri itu di kalangan orang-orang mulia ( الشريف ) , maka dibiarkan sahaja ( tidak dihukum) , dan apabila yang mencuri di kalangan mereka itu orang yang lemah ( الصعيف ) , maka ditegakkan hukuman hadd ke atas mereka..”
والله اعلم
Mohamed Hanipa Maidin
Ahli Parlimen Sepang
11/6/2020.



(function() { var d = document, w = window; w

Tebuk atap! Bukan langkah kanan Hadi

  March 8, 2021  TEBUK ATAP ! BUKAN LANGKAH KANAN HAJI HADI.. Membaca laporan malaysiakini tulisan Haji Hadi,Jelas dalam hatinya penuh kesum...