NI GILA APA PULAK DOK PANAH ANJING NI


 

TIDAK RASMI: BN menang di Tioman

 


Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon BN Mohd Johari Hussain
 menang kerusi DUN Tioman

PETALING JAYA: Keputusan tidak rasmi menyaksikan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Johari Hussain menang kerusi DUN Tioman.

Keputusan itu menyaksikan Johari yang juga penyandang tiga penggal mempertahankan kerusi berkenaan sekaligus mengekalkan status quo BN di DUN berkenaan.

Setakat jam 4 petang SPR memaklumkan peratusan keluar mengundi DUN Tioman adalah sebanyak 54%.

Kerusi DUN Tioman menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon BN, PN, PH, Pejuang dan seorang calon Bebas.

Calon wanita tunggal Nor Idayu Hashim yang mewakili PN dicabar oleh calon BN yang juga penyandang kerusi itu, selain Osman A Bakar (Pejuang), Mohd Fadzli Mohd Ramly (PH) dan Sulaiman Bakar (Bebas).

Daftar Pemilih Pilihan Raya yang akan digunakan mengandungi 28,465 pemilih terdiri daripada 28,200 pengundi biasa, 262 anggota polis dan tiga pengundi tidak hadir luar negara.


INI MAKAN DIA.ANWAR SAMAN MAHIADDIN


Mohd Mukhlis Mohd Syarif


 Ini aje makanan dia, padahal Faekah sendiri dah nafi Anwar dapat 15 juta, hansard DUN pun ada. Betul lah geng Pemfitnah Nasional ini tak reti nak tabayyun.

USTAZ KENA BUAT KERJA DAKWAH-BUKAN HASUT MACAM USTAZ


 

KENYATAAN SYED MOHKHTAR PADA MB KEDAH YANG GELOJOH DAN KURANG CERDIK


 

AUTA


 

JANGAN MAIN-MAIN DENGAN ANWAR, PARA MENTERI HARUS SAMA PANTAS SEPERTINYA

 

Anwar Ibrahim sudah berusia 75 tahun, tetapi tenaga dan kecergasannya seperti tidak pernah tua.

Melihatnya berjalan saja pun sudah ternampak aura segar dan cergas beliau di sebalik usianya yang bukan lagi muda itu.

Ketika kempen PRU15 baru-baru ini, setiap hari beliau berkempen dengan berada di negeri yang berbeza untuk menghadiri tujuh sehingga lapan program sehari.

Selain beramah mesra dengan rakyat yang menunggu kehadirannya, Anwar juga akan berucap antara 20 minit hingga setengah jam di setiap program yang dihadirinya itu.

Bayangkan dalam tempoh lebih tiga minggu sebelum tarikh mengundi pada 19 Disember lalu, itulah rutin Anwar setiap hari, tanpa rehat dan tanpa ada cuti.

Siapa di kalangan kita yang seusia dengannya mampu berbuat begitu?

Sebaik mengangkat sumpah pada 24 Disember lalu dan mula bertugas sebagai Perdana Menteri pula, sekali lagi Anwar memperlihatkan tenaga yang dimilikinya memang tidak pernah tua.

Berada di pejabat dengan pelbagai urusan, bertemu pegawai dan tetamu yang ingin berjumpa dengannya, selain bermesyuarat, Anwar juga sempat berkejar ke beberapa istana kerana ada titah mengadap yang perlu dipatuhinya.

Selepas bermesyuarat atau berjumpa pegawai kakitangan Kementerian Kewangan, Anwar kemudiannya tetap sopan dan santai menemui wartawan yang sedang menunggu untuk memberi laporan, bukan keluar ikut pintu belakang kerana takut kepada soalan atau berani hanya dengan memberi perutusan.

Kesimpulan mudah daripada apa yang terpamer itu, Anwar tidak main-main dengan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya sebagai Perdana Menteri.

Menyedari keadaan negara yang rosak di sana sini dan banyak kerja perlu dilakukan untuk memperbaikinya, Anwar seperti sedang berkejar dengan masa yang tetap 24 jam setiap hari dalam tugas serta tanggungjawab yang ingin dilakukannya.

Di samping harapan rakyat menggunung tinggi kepadanya, di waktu yang sama, serangan mereka yang dengki dan ingin menjatuhkannya tidak sama sekali pernah berhenti.

Maka, agak difahami jika beliau seperti “lipas kudung” bekerja sekarang ini, sambil tidak lupa menepis dan membuat serangan kepada musuh yang menanti.

Dalam hal ini dan untuk memastikan apa yang dilakukan Anwar sebagai Perdana Menteri menemui kejayaan, adalah penting untuk para menteri kabinet terutamanya, agar turut sama bergerak pantas dan ligat bekerja sepertinya.

Para menteri tidak boleh lagi sambil lewa, lembab dan perlahan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab seharian kerana apa yang rakyat mahu lihat sekarang ialah hasil dan manfaat untuk mereka.

Tugas rakyat mengundi untuk memilih kerajaan sudah pun selesai dan kini giliran kerajaan yang dipilih untuk menunaikan segala janji dan manifesto yang dibentangkan sewaktu berkempen dahulu pula mengambil gilirannya.

Jika Perdana Menteri minta selesaikan dengan segera isu harga telur misalnya, janganlah bila pengumumman dibuat, benda lain yang diumumkan.

Kalau mengadakan sidang media, menteri hendaklah serius dan memberi sepenuh perhatian, janganlah sambil itu tiba-tiba nak seluk poket mengambil telefon untuk menjawab panggilan.

Awak itu menteri, berilah pegawai saja jawab panggilan telefon ketika mengadakan sidang media.

Lainlah dengan Anwar, yang menelefonnya ketika beliau mengadakan sidang media ialah Presiden Turki, itu sudah pastilah beliau perlu menjawabnya.

Tapi siapa yang menelefon menteri berkenaan ketika beliau mengadakan sidang medianya itu?

Tolonglah, jangan bagi malu, jangan lembab dan jangan banyak sangat syok sendiri dapat jadi menteri.

Anwar sebagai Perdana Menteri yang cergas, rajin serta ligat bekerja tidak akan memberi apa-apa makna kepada rakyat jika beliau tidak mendapat bantuan daripada menteri-menterinya sendiri yang menampakkan sikap lembab serta perlahan dalam bekerja.

Menteri-menteri harus sama seiring, sehayun dan selangkah dengan iltizam Perdana Menteri yang ingin bekerja keras, ligat dan membuang jauh-jauh rasa penat dalam dirinya.

Sebagai permulaan, bolehkah mulai sekarang para menteri mula berjalan laju sikit sebagaimana pantasnya Anwar melangkah? – Shahbudinahusin 07/12/2022.



BEBERAPA CADANGAN DARI RAKYAT MENGENAI HARGA BARANG-ZAMAN DAH MAJU JANGAN PAKAI KUPON


 

HARGA BARANG

Saya ambil peluang buat posting hari ini. Sementara tunggu babies bangun. Saya tengah #puasapolitik sebulan. Jadi posting ini mengenai polisi dan cadangan #binanegara dari pandangan marhein seperti saya.

PM kita bagi 2 minggu tempoh kepada penjawat awam. Untuk bagi cadangan turunkan harga barang. Dah nak habis tempoh dah. Makanya, ini beberapa cadangan untuk dipertimbang:

1. Subsidi tersasar untuk barangan subsidi, please jangan saja kira keluarga B40 pakai gaji ibubapa serumah. Boleh masukkan juga:

- keluarga bottom M40 yang punya tanggungan ramai, sama ada anak atau ibu bapa tua. Kalau gaji sederhana pun, tanggungan tinggi, boleh tergolong dalam B40 juga.

- Miskin bandar yang mungkin terkeluar dari definisi B40 biasa.

- Pelajar universiti M40 dan B40. Mereka perlukan bantuan sama.

2. Jangan la pakai kupon subsidi macam zaman 90an. Kertas kecik yang senang hilang. Zaman dah ada IoT dan Big data. Pakai lah microchip di IC kita. Atau e-sistem khusus untuk uruskan. Kita banyak orang muda yang boleh bangunkan. Buat pertandingan. Award pada mereka yang layak, bukan bagi kroni pula.

3. Lebihan dari penjimatan subsidi tersasar kalau boleh dimasukkan di bawah Dana baru, dibawah MOF. Khusus untuk stabilkan harga barang keperluan bila stok barang kurang. Boleh juga guna duit tu untuk buat Stok Penimbal barang2 yang dijangka ada isu setiap musim. Kita bersedia awal. Tak susahkan rakyat. Panggil la Dana tu Dana Makanan Rakyat ke apa. Janji Kerajaan put aside duit untuknya.

4. Jangan perkenalkan GST dulu. Itu punca inflasi naik tahun 2016-2018. Tunggu sampai rakyat sedikit ok dah tidak terbeban. Kerajaan carilah punca pendapatan lain. Naikkan tax golongan kapitalis dan kayangan ke. Mereka tengah recession pun buat duit.

5. Kartel barang hanya boleh ditangani melalui Akta Persaingan. Tapi Suruhanjaya Persaingan kita kecil dan tak berapa upaya dari segi penyiasatan dan penguatkuasaan. Lebih afdal MyCC ni diletakkan terus di bawah PMO seperti Singapura, Filipina dan Amerika. Perkasakan mereka dengan kuasa lebih luas dan besar. Boleh lawan kartel yang ada.

6. Penguatkuasa KPDN juga seringkali terbeban. Kerja hakiki kena kuat kuasa undang2. Tapi banyak terbeban dengan kerja pentadbiran Kementerian. Patutnya dah lama Penguatkuasa KPDN jadi Jabatan. Pohon pertimbangkan. Makanya, mereka boleh fokus kerja buat penguatkuasaan.

7. Control Supplies Act 1961 kena up to date. Dah lama sangat tu. Kena rombak besar2an, buat Akta yang setara dengan zaman. Akta Persaingan 2010 perlu juga dilihat semula segera. Sudah lebih 10 tahun. Prinsipal undang2 Persaingan ini cepat berubah. Perlu selalu diperkasa.

8. Import barang melalui AP pun kena disemak. Dasar open trade kita tak seharusnya semua. Ni sampai 65% makanan kita diimport. Sangat bahaya. Untuk food security perlu ada infant industry yang kita jaga dan polisi perlindungan. Perkasakan peniaga dan petani tempatan. Itu yang dibuat oleh negara maju pun selama ini.

8A. Malaysia kena fokus kembali menjadi negara pertanian moden dan perindustrian. Bukan hanya semata Perdagangan transit tanpa barangan sendiri. Itu lambat laun akan harakiri. Kena ingat lanskap ekonomi kita bukan macam Singapura. Kenapa perlu kita jadi seperti mereka?

9. Cerita nak kawal harga ni bukan hanya kerja satu Kementerian. Banyak Kementerian: KPDNKSH, MAFI, MITI, dan pelbagai agensi. Perlu lebih senergi. Mungkin PM atau wakil boleh Pengerusi. Dan kena selalu bersidang. Kalau boleh lantik Pengerusi alternatif yang betul2 faham. Takut PM pun busy memanjang.

Itu cadangan rakyat marhein seperti saya. Cadangan perubahan dari segi polisi, undang2 dan struktural. Yang sempat saya pikir dan ingat. Mungkin ada ramai di kalangan kita terpikir benda yang sama. Mungkin dah masuk dalam cadangan Jawatankuasa.

Macam mana pun, semangat bina negara ni, tak boleh dimonopoli sesetengah pihak. Semua ada tanggungjawab, kita boleh bina negara sama2.

Harap2 inner circle Menteri dan penjawat awam yang ada, boleh la panjangkan kepada mereka yang berkuasa. Kadang cadangan2 rakyat biasa boleh juga diperguna.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

KALAU DIJUMLAH MEMANG BANYAK

 



Ok, kalau bukan hasil judi pun, RM50k tu banyak tu. Jumlah kerusi yang ditandingi pun banyak. 169 parlimen dan 116 DUN. Total 285. Jumlah besar peruntukan PN adalah RM14.25 juta!

Mana dapat duit banyak tu? Bersatu parti setahun jagung. Gerakan pula parti tinggal rangka. Dua-dua parti ni ahlinya berapa orang saja? Ahli PAS pun berapa juta nak kata sumbangan ahli?

Kalau sumbangan syarikat korporat, kena check la syarikat mana. Apa hubungan dan kenapa berikan sumbangan. Ini penting kerana kita tak mahu parti politik janjikan kontrak sebagai balasan kepada sumbangan itu. Guane boh?

Raja Gelap

 

SATU DAH KELUAR MENINGGALKAN PN

 

IBRAHIM MAT ISA


Teringat lagu sepuluh budak hitam.

Satu sudah keluar meninggalkan gerombolan pengkhianat tebuk atap (PN). Syabas kepada presidennya Dr Jeffery Kitingan



PERANGAI BUSUK HATI DIA PADA ANWAR SUDAH BERAKAR LAMA


 

APA YANG DISEBUT SHAHIDAN KASSIM ADALAH SALAH


 

WALAUN YANG DIKATAKAN KETINGGALAN-SOLAT HAJAT..


 

TITM KANTOI BERCANGGAH DENGAN KENYATAAN BELIAU SENDIRI


 

LOKMAN ADAM MARAH HISHAMUDDIN HUSSEIN DAN HASUT UMNO SABAH DAN HANCUR UMNO SABAH. INI PERANGAI HISHAMUDDIN


 

HADI AWANG DOK KEMPEN DAN PERTIKAI PENGAMPUNAN YDPA- DENGAR APA PENJELASAN ANWAR


 

HAH...NI APA NIH...APA CERITA DI KEDAH BAWAH PAS ADA JUDI


 

DELIGASI TURKI KUNJUNGI ANWAR

 





Meraikan saudara Bilal Erdogan semalam yang membuat kunjungan ke Kuala

 Lumpur. InshaAllah, hubungan antara kedua-dua negara Malaysia dan Turki

 terus dipererat.

JANGAN LUPA HADI PUNTAHU TAUKE JUDI JUGA KAWAN PAS




 

HANTARAN DI MEDIA SOSIAL PALSU

 




Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini menegaskan bahawa hantaran yang tular di media sosial adalah maklumat palsu yang dibuat daripada akaun satira Perdana Menteri.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Datuk Seri Mohd Zuki Ali berkata orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

 

ADA BANYAK LAGI ORANG SEPERTI CIKGU SABARUDDIN

 IBRAHIM MAT ISA

Sabaruddin tukang kasut itu cerita filem. Tapi kalau Sabaruddin seorang cikgu setiap hari menebar kebencian terhadap kerajaan melalui media membawa maksud dia juga menyemai benih kebencian tersebut kepada murid di sekolah.




KAH..KAH..KAH W0IIII- MASA 33 BULAN ADA PH BAGI SYARAT...BETUL KAH DI KELANTAN TERENGGANU KEDAH TAK ADA ?NO EKOQ HARAM BELAMBAK WOIII

 

PAS saran negeri kerajaan perpaduan haram judi.



Kerajaan Perikatan Nasional di Kelantan, Terengganu dan Kedah mengharamkan operasi premis judi.

PETALING JAYA: PAS menyarankan negeri ditadbir kerajaan perpaduan mengharamkan aktiviti perjudian di negeri masing-masing seperti dilakukan negeri bawah pentadbiran parti itu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata amat baik jika isu itu diselesaikan dengan setiap negeri Pakatan Harapan-Barisan Nasional mengikut jejak langkah negeri PAS-Perikatan Nasional yang mengharamkan terus penggunaan premis untuk kegiatan judi.

Katanya, usaha itu pasti akan menarik sokongan lebih tinggi pengundi Melayu-Islam kepada kerajaan.

“Malah, PAS juga menawarkan diri membantu negeri ditadbir PH dalam kaedah pelaksanaan polisi pengharaman judi seperti dilaksanakan di negeri bawah pentadbiran PAS-PN,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu menyusul pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bilangan cabutan khas judi akan dikurangkan kepada lapan kali daripada 22 kali setahun bermula tahun depan.

Idris berkata, pengumuman Anwar kelihatan cuba untuk menyasarkan tarikan serta menjadi relevan dalam kalangan umat Melayu-Islam di Malaysia.

“Berdasarkan analisis dikeluarkan Bridget Welsh, PAS bersama PN mendapat undi majoriti Melayu dengan 54%. Sedangkan PH hanya meraih 11% sahaja undi Melayu di seluruh negara,” katanya.

Katanya, isu judi sangat menyentuh sensitiviti orang Melayu dan umat Islam kerana kegiatan itu merupakan dosa besar.

Mengulas dakwaan Anwar bahawa PN menerima dana daripada syarikat perjudian, Idris berkata ia perlu dilihat pada mesej utamanya iaitu keuntungan diperoleh oleh tauke judi begitu tinggi sehingga mereka mampu menaja parti politik.

Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian dan diselidiki secara serius.

“Malah ini bukan sesuatu perkara yang baru. S Nallakaruppan yang merupakan bekas pengarah Magnum pernah mendakwa telah memberi sokongan kepada Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini,” katanya.

SAPA KATA KEDAI JUDI TAK ADA DI KEDAH ?


 

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU..ADAKAH BERITA INI BENAR ?


 

Anwar, Ismail bertemu di Perdana Putra


Anwar Ibrahim dan Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan di Perdana Putra hari ini (Gambar Facebook Anwar Ibrahim)

PETALING JAYA: Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob buat pertama kalinya secara rasmi selepas mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-10.

Pertemuan itu berlangsung di Pejabat Perdana Menteri di Perdana Putra hari ini.

“Mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Ismail di Putrajaya hari ini. Saya hargai kesudian beliau untuk bertemu dan bertukar pandangan terkait pelbagai isu semasa.

“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” kata Anwar di Facebook.

BN sebelum PRU15 mencalonkan Ismail sebagai “poster boy” jika gabungan itu menang pilihan raya.

Bagaimanapun keputusan PRU15 menyaksikan BN hanya menang 30 kerusi Parlimen keputusan terburuk gabungan itu selepas keputusan dicatatkan PRU14.

HAI ..KATA HERO..POLIS RAKAM KOT...BARU KENA KUTIP DAH TUKAR BAB LAIN- KERAJAAN BARU SEMINGGU DAH BUAT 2-3 BENDA .TUNGGU LA MENTERI PUN TAK LANTIK HABIS LAGI...LEBAI LEBAI. BAB CAKAP FUHHH..DIA LA PANDAI..JADI KERAJAAN TELOR PUN TAK ADA.


 

ADA GUDANG BERAS DI SARAWAK


 

KEDAH TAK ADA KEDAI JUDI ?


 

MOVE ON PENYOKONG PN- KHASNYA WALAUN TAK MOVE ON...KAMI PERNAH LALUI SEMUA INI TETAPI MOVE ON...


 

KENA BUAT REPORT POLIS : BAGAIMANA MEMPERGUNAKAN ILMU PAS ITU SESAT- DENGAR SAMPAI HABIS


 

USAI PRU 15, GELOMBANG PERPADUAN LANDA NEGARA


KERAJAAN PUSAT LUAR TABII, KERAJAAN KEDAH ‘PINTU BELAKANG’


PELABUR BARU


 

KANTOI BARU NAK MENGAKU


 

MGNews : KDN Akan Siasat Kenyataan MB Kedah


Kenyataan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor seolah-olah memberikan bayangan bahawa pengundi sama ada PRU15 telah diberi ganjaran atas undi mereka akan disiasat.

BANGGANG TAK HABIS

 

JAMZURI ARDANI


Orang PAS kena faham. Judi ni dah lama kerajaan haramkan untuk orang Islam. Isunya sekarang ialah kawalan judi untuk warga non-muslim.

Kelantan dan Terengganu tidak punya bilangan warga non-muslim yang signifikan.

Menjadikan Kelantan dan Terengganu sebagai model untuk Malaysia adalah salah.




Bangang tak habis lebai nih. Masa parti lebai jadi kerajaan awat hangpa tak hapuskan hanat!

MASA KO JADI KERAJAAN 33 BULAN SEPATAH HARAM SUARA KO TAK KELUAR.



MOHD AFFENDI ABAS


Masa jadi Kerajaan 33 bulan... Sepatah haram pun x berbunyik! Sekarang?

Baru 2 minggu jadi pembangkang baru nak bunyik?

#PNunggangAgamaIsBack

#PNjuangJudiBaruKeluarDariKubur.






 

AKU TAK TAHU LAH LAMA MANA LAGI KDN NAK SEMAK DAN LIHAT BENDA NI .

 

Nampaknya parti ana amat memerlukan peristiwa 13 Mei untuk bangkit. Bila orang kata parti ana mahu cetus huru hara ramai dalam parti ana yang melenting pula.