KAH..KAH..KAH W0IIII- MASA 33 BULAN ADA PH BAGI SYARAT...BETUL KAH DI KELANTAN TERENGGANU KEDAH TAK ADA ?NO EKOQ HARAM BELAMBAK WOIII

 

PAS saran negeri kerajaan perpaduan haram judi.



Kerajaan Perikatan Nasional di Kelantan, Terengganu dan Kedah mengharamkan operasi premis judi.

PETALING JAYA: PAS menyarankan negeri ditadbir kerajaan perpaduan mengharamkan aktiviti perjudian di negeri masing-masing seperti dilakukan negeri bawah pentadbiran parti itu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, berkata amat baik jika isu itu diselesaikan dengan setiap negeri Pakatan Harapan-Barisan Nasional mengikut jejak langkah negeri PAS-Perikatan Nasional yang mengharamkan terus penggunaan premis untuk kegiatan judi.

Katanya, usaha itu pasti akan menarik sokongan lebih tinggi pengundi Melayu-Islam kepada kerajaan.

“Malah, PAS juga menawarkan diri membantu negeri ditadbir PH dalam kaedah pelaksanaan polisi pengharaman judi seperti dilaksanakan di negeri bawah pentadbiran PAS-PN,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu menyusul pengumuman Perdana Menteri Anwar Ibrahim, bilangan cabutan khas judi akan dikurangkan kepada lapan kali daripada 22 kali setahun bermula tahun depan.

Idris berkata, pengumuman Anwar kelihatan cuba untuk menyasarkan tarikan serta menjadi relevan dalam kalangan umat Melayu-Islam di Malaysia.

“Berdasarkan analisis dikeluarkan Bridget Welsh, PAS bersama PN mendapat undi majoriti Melayu dengan 54%. Sedangkan PH hanya meraih 11% sahaja undi Melayu di seluruh negara,” katanya.

Katanya, isu judi sangat menyentuh sensitiviti orang Melayu dan umat Islam kerana kegiatan itu merupakan dosa besar.

Mengulas dakwaan Anwar bahawa PN menerima dana daripada syarikat perjudian, Idris berkata ia perlu dilihat pada mesej utamanya iaitu keuntungan diperoleh oleh tauke judi begitu tinggi sehingga mereka mampu menaja parti politik.

Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian dan diselidiki secara serius.

“Malah ini bukan sesuatu perkara yang baru. S Nallakaruppan yang merupakan bekas pengarah Magnum pernah mendakwa telah memberi sokongan kepada Anwar ketika beliau menjadi timbalan perdana menteri sebelum ini,” katanya.

No comments: