BOLEHKAH KATA2 NAJIB DIPERCAYAI?




Perdana Menteri, Najib Razak ketika ini sedang berada di China untuk lawatan rasmi selama lima hari. Selain lawatannya itu bertujuan mencari pemaju untuk Bandar Malaysia yang dipercayai akan diserahkan kepada Wanda Group, beliau turut menyaksikan majlis menandatangani MOU antara Malaysia Railway Link Sdn Bhd dengan CCCC, sebuah lagi syarikat besar China, bagi projek sambungan ECRL dari Gombak ke Pelabuhan Kelang sejauh 88 kilometer.

Dalam catatannya di blognya, Najib kemudian berkata, sebanyak 45,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan bakal diwujudkan melalui projek tersebut.

"Peluang pekerjaan ini harus dibuka kepada rakyat Malaysia dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan tenaga kerja asing.
"Insya Allah, semoga ramai dapat menerima manfaat dalam arus transformasi ini,” kata Najib lagi.

Itu yang disebutnya semalam.

Tetapi, pada  29 Mac 2017 lalu, dalam jawapan bertulis di Parlimen, Najib menegaskan pemilihan kontraktor bagi projek ECRL akan ditentukan sepenuhnya oleh China.

Menurut beliau, pemberian hak kepada China untuk memilih kontraktor itu adalah sebagai pertukaran kepada syarat-syarat menarik dalam pembiayaan kewangan projek tersebut.

"Bagi melayakkan Malaysia  memperolehi terma kewangan yang ditawarkan oleh China Exim Bank, projek ini perlu dilaksanakan oleh CCCC, sebuah syarikat pembinaan terbesar milik kerajaaan China,” demikian jawapan bertulis Najib itu.

Yang ini pula disebutnya di Parlimen pada Mac lalu.

Sekiranya, pemilihan kontraktor sudah dipersetujui akan ditentukan oleh China, adakah kontraktor tempatan berpeluang sama untuk memperolehi kerja?

Tidakkah syarat sedemikian dipersetujui kerana China mahu memberi peluang kepada kontraktor daripada negara mereka memonopoli kerja-kerja pembinaan ECRL itu?

Jika sudah kontraktor China yang melakukan kerja-kerja ECRL itu, di mana datangnya 45,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan?

Adakah rakyat tempatan berpeluang bekerja dengan syarikat daripada China atau menjadi pembekal kepadanya?
Sekadar maklumat tambahan, ada seorang kenalan yang terlibat dengan bidang pembinaan memberitahu, jika syarikat China yang melaksanakan sesuatu projek, adalah terlalu sukar untuk syarikat tempatan terlibat sama atau memperolehi kerja daripada mereka kerana katanya, mereka akan membawa segala-galanya daripada negara tersebut.

"Bukan saja tenaga pekerja, barang-barang dan peralatan akan dibawa daripada China kerana harganya  yang jauh lebih murah, malah bekalan makanan seperti ayam dan sebagainya pun akan turut didatangkan daripada China juga,"  tambah beliau.

Jadi, bolehkah dipercayai bila Najib menjanjikan 45,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan bakal diwujudkan sedangkan pemilihan kontraktor sudah dipersetujui untuk diberi hak kepada China?

Adakah kata-kata Najib sekadar janji untuk memancing undi pilihanraya? (ShahbudinHusin 14/05/2017).

PAS TIDAK TOLAK TAHALUF SIYASI DENGAN UMNO – HASHIM JASIN

UMNO JOHOR PUJUK SHAHRIR BERTANDING KERANA KETANDUSAN CALON – HASSAN KARIM

PKR – PAS KINI MUSUH POLITIK

DR WAN AZIZAH AKAN BERUNDUR, BERI LALUAN ANWAR PM

Kenapa kerajaan Malaysia ‘tutup mata’ syarikat China bawa masuk PATI?


Rakyat Malaysia patut berasa bimbang dengan pendirian kerajaan dalam isu pekerja asing tanpa izin (PATI) dari China yang bekerja di projek Forest City.
Setelah dibongkarkan dalam media bahawa projek Forest City menggunakan PATI, Kementerian Dalam Negeri menyatakan bahawa kerajaan akan membenarkan pemutihan PATI terlibat. (Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/381625)
Pertama sekali, jelas bahawa sistem kawalan sempadan kita mempunyai masalah yang amat besar apabila PATI dari China boleh memasuki negara dan bekerja di sebuah projek gergasi secara terbuka tanpa sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka mahupun majikan mereka.
Forest City bukan sebuah projek yang tersembunyi dalam hutan walaupun namanya “Forest”, malah merupakan sebuah projek gergasi di ibu negeri Johor yang dijangka bakal mempunyai hampir 120,000 unit rumah.
Keduanya, sindiket orang dalam Jabatan Imigresen terbukti masih lagi berleluasa apabila didedahkan bahawa ada PATI China yang telah diberikan pas kerja setelah bekerja untuk satu tempoh di projek tersebut.
Ketiganya, kombinasi kawalan sempadan yang begitu lalai dan dasar memudahkan pemutihan seolah-olah menggalakkan aktiviti kemasukan orang asing secara haram termasuk melalui penyeludupan manusia. Ini kerana agen-agen dan pekerja migran sendiri tahu bahawa mereka boleh diputihkan dengan mudah pada kemudian harinya.
Saya telah memberikan amaran di Parlimen bahawa ini mewujudkan keadaan di mana “it is easier to say sorry than to ask for permission”; buat salah dahulu kemudian baru minta maaf.
Tiada maaf bagimu
Kerajaan telah membuka peluang pemutihan melalui proses E-Kad sejak 15 Februari 2017. Walaupun tempoh permohonan E-Kad belum tamat, namun tiga bulan sudah berlalu. Malangnya, majikan PATI China tersebut langsung tidak mengambil sebarang inisiatif untuk melakukan pemutihan sebelum isu ini terbongkar.
Justeru, saya menyarankan agar pemutihan tidak dibenarkan dalam kes ini dan tindakan undang-undang yang keras diambil sebagai amaran kepada syarikat asing yang terlibat kerana mereka bukan sahaja mengeksploitasi pekerja dan memburukkan nama Malaysia, malah telah melanggar undang-undang negara kita secara sedar dan sengaja.
Saya juga menyeru agar kerajaan tempatan mengeluarkan arahan berhenti kerja (“stop-work order”) ke atas projek Forest City bagi membolehkan pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen mengaudit pekerja migran dalam projek tersebut terlebih dahulu.
Dengan skala projek yang begitu besar dan penggunaan tenaga kerja migran yang begitu ramai, langkah berwaspada tahap maksima perlu diambil bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin melibatkan warga asing yang begitu ramai sekali.

PH JANJIKAN SEJUTA PELUANG PEKERJAAN DALAM 5 TAHUN

ADUN SELANGOR BERJIWA RAKYAT HARUS SERTAI PARTI PAKATAN HARAPAN – MAHFUZ

Bagaimana menyelesaikan masalah pengangguran siswazah dan anak muda





Pada bulan Julai 2015, seorang graduan undang-undang yang bernama Zahra telah berucap di hadapan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dalam ucapan ringkasnya yang ditularkan melalui klip video selama 6 minit, Zahra meluahkan rasa hati seorang siswazah yang terpaksa hidup kais pagi makan pagi.
Saya telah pun mengulas keadaan ini dalam satu rencana. Apa yang saya mahu sampaikan di sini adalah situasi di mana selepas hampir dua tahun, masalah graduan muda bukan sahaja tidak berubah, malah kini menjadi lebih teruk lagi.
Buktinya terkandung dalam Laporan Bank Negara 2016 yang diterbitkan pada 23 Mac 2017. Dalam satu topik bertajuk “Pengangguran Belia di Malaysia: Perkembangan dan Pertimbangan Dasar”, ia mendedahkan masalah pekerjaan dan pengangguran golongan muda.
Antara pemerhatian laporan tersebut adalah:
  • Pengangguran belia di Malaysia telah mencapai kadar 10.7% pada 2015, iaitu meningkat tiga kali ganda daripada kadar pengangguran negara 3.1%;
  • Separuh daripada jumlah pekerja menganggur adalah golongan muda walaupun mereka hanya mewakili satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja Malaysia;
  • Kadar pengangguran belia yang mempunyai pendidikan tinggi adalah 15.3% berbanding dengan yang tidak mempunyai pendidikan tinggi pada ladar 9.8% pada 2015;
  • Walaupun tahap pendidikan tenaga kerja semakin tinggi, peluang pekerjaan yang diwujudkan dalam ekonomi Malaysia masih tertumpu pada pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana, kerana industri domestik masih dalam aktiviti nilai ditambah yang rendah yang menekankan kecekapan kos dan tenaga kerja yang murah; dan
  • Dari segi pendapatan, 54% siswazah memperolehi pendapatan kurang daripada RM2,000 sebulan. Gaji permulaan siswazah pada amnya kekal tidak berubah sejak 2007.
“Perkembangan berkembar pengangguran belia yang tinggi dan berterusan serta ketaksamaan pendapatan yang semakin meningkat mungkin mengekang mobiliti sosial dan membawa kepada rasa lebih tidak berpuas hati dalam kalangan masyarakat.
“Di Malaysia, keadaan ini telah pun menyumbang kepada fenomena penghijrahan tenaga kerja mahir Malaysia ke negara maju dan negara jiran. Jika keadaan ini dibiarkan, generasi belia yang tersisih dari segi ekonomi mungkin akan mendatangkan kesan rumit yang negatif dan meluas terhadap landskap ekonomi dan sosial,” menurut Laporan tersebut.
Bagi saya, apa yang diperhati dan dilaporkan oleh Bank Negara adalah satu masalah besar yang perlu ditangani segera jika kita tidak mahu anak-anak muda Malaysia menjadi mangsa pengurusan ekonomi yang salah.
Dalam tulisan saya tentang masalah pengangguran golongan muda yang bertajuk “Bagaimana Zahra boleh dibayar dengan gaji yang lebih baik?”pada Julai 2015, saya mengemukakan usul supaya penstrukturan semula ekonomi Malaysia secara drastik dilaksanakan segera.
Saya mencadangkan satu perkitaran yang baik perlu disediakan untuk pendapatan tinggi, kemahiran tinggi, dan produktiviti tinggi. Suasana ini hanya boleh dicapai apabila Malaysia tidak lagi bergantung kepada buruh asing yang kurang mahir.
Mengapa saya berkata demikian?
Ini adalah kerana hampir semua sektor di Malaysia seolah-olah tidak menghargai kemahiran, tidak membangunkan teknologi baru, dan tidak berminat dalam inovasi. Mereka hanya mahu jalan pintas dengan mengambil pekerja asing kurang mahir atas alasan boleh dibayar gaji rendah serta tanpa perlu menyediakan perlindungan pekerjaan yang lengkap, kononnya untuk menjimatkan.
Namun, pada masa yang sama, kita perlu sedar bahawa pihak industri juga mengalami tekanan kerana tidak mendapat sokongan kewangan untuk automasi serta peningkatan taraf mesin. Malah, di Malaysia, amat sedikit usaha dilaksanakan ke arah Kajian dan Pembangunan (R&D).
Sehubungan itu, apabila buruh asing dibawa masuk, khususnya untuk sektor perkhidmatan seperti hotel dan restoran, serta runcit seperti kedai serbaneka 7-11, ia menjejaskan peluang pekerjaan golongan muda Malaysia di peringkat rendah.
Keadaan ini memaksa anak muda Malaysia yang diketepikan peluang pekerjaan di peringkat bawahan untuk mencari jalan lain. Ada yang terpaksa bekerja dengan pendapatan yang lebih rendah daripada gaji yang dibayar kepada pekerja asing di 7-11, atau menjadi penjaja atau peniaga pasar malam, sama ada berlesen atau tidak. Situasi seperti ini menjemput tekanan undang-undang dan sosial yang membawa kepada stress dan kemurungan (depression). Malah, ia telah membawa kepada masalah penagihan dadah dan jenayah.
Bagi siswazah yang tidak mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran mereka, ramai yang sudah tidak segan lagi untuk mendapatkan pekerjaan di peringkat yang lebih rendah. Malangnya, pekerjaan di peringkat rendah pula telah diisi atau tiada kekosongan. Mereka yang mempunyai ijazah kini tersepit kerana ekonomi Malaysia pada masa ini tidak begitu mementingkan kemahiran dan nilai yang tinggi.
Izinkan saya ulangi tulisan saya dua tahun lalu: “Majikan hanya memerlukan “pekerja baik” yang berfungsi bagai mesin. Mereka tidak bernilai sama ada dengan atau tanpa ijazah. Sudah tentu, dalam kitaran yang buruk sedemikian, sistem pendidikan kita juga tidak mempersiap-sediakan pelajar kita ke arah itu.
“Sesetengah pekerja mahir yang tidak tahan dengan keadaan sedemikian memilih untuk tinggalkan tanahair dan mencari rezeki di tempat lain. Sekurang-kurang 1.5 juta warga Malaysia, kebanyakannya berkelayakan dan berkemahiran tinggi bekerja di luar negeri.”
Malaysia memerlukan satu kejutan. Sebagai contoh, saya cadangkan agar gaji pemungut sampah dibayar dengan lebih baik bagi mencetuskan gelombang peningkatan pendapatan. Maksud saya, apabila pemungut sampah dibayar RM2,000 sebulan, pendapatan golongan lain, termasuk siswazah akan turut meningkat, mungkin bermula dengan RM4,000 sebulan.
Mengapa saya mengambil contoh pemungut sampah?
Sekarang, pengutipan sampah dan pembersihan bandaraya adalah kontrak lumayan yang diberikan kepada kontraktor kroni oleh kerajaan tempatan atau agensi pengurusan sisa pepejal. Biasanya kroni ini mengambil jalan mudah dengan menyerah tugas kepada sub-kontraktor. Dan biasanya terdapat lebih satu orang tengah atau perentir (rent-seeker) yang tidak melakukan apa-apa tetapi dimanfaatkan melalui kontrak atau lesen yang dia perolehi daripada hubungan politiknya.
Masalahnya, ia tidak lagi menguntungkan apabila projek ini sampai ke tangan sub-kontraktor. Sub-kontraktor, yang sentiasa memikirkan cara untuk mengurangkan kos, akan mengupah buruh asing kurang mahir untuk menjalankan kerja 3D (dangerous, dirty, and demeaning) ini, iaitu bahaya, kotor dan rendah tahap. Mereka hanya dibayar di antara RM600 dan RM900 sebulan.
Trak sampah biasanya dikendalikan seorang pemandu warga Malaysia yang juga dibayar gaji rendah dengan 4 atau 5 orang buruh Bangladesh. Sedangkan di banyak negara maju, trak pemungut sampah biasanya dipandu hanya seorang pemandu, dengan kerja selebihnya diautomasikan.
Bukankah lebih baik jika kita membayar RM2,000 sebulan kepada seorang pemungut sampah mahir seperti di negara maju yang boleh mengendalikan trak sampah sendiri?
Jadi, untuk membolehkan anak muda Malaysia, terutama golongan siswazah, memperolehi gaji yang adil dan berpatutan, rakyat dan pemimpin politik, khususnya Pakatan Harapan, perlu berganding bahu untuk membuat perubahan yang menyeluruh.
Dalam usaha mengatasi masalah penyediaan peluang pekerjaan yang wajar, kita perlu memusatkan tenaga untuk menjamin masa depan golongan muda melalui usaha untuk:
  • Menghapuskan kronisme yang memperolehi manfaat daripada hasil import pekerja asing kurang mahir;
  • Mengurangkan jumlah pekerja asing kurang mahir dalam ekonomi kita, terutamanya dalam sektor perkhidmatan; dan
  • Mewujudkan satu agenda rakyat Malaysia untuk memperuntukkan sumber bagi memacu momentum ke arah peningkatan kemahiran dan teknologi.
*Liew Chin Tong adalah Ahli Parlimen Kluang merangkap Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan.

PAS BENAR2 SAYANG JAWATAN?




Sehingga ini, terdapat beberapa reaksi daripada pimpinan Pas berhubung kedudukan wakil mereka sebagai Exco dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Ia susulan laporan yang mengatakan Menteri Besar, Azmin Ali meminta tiga Exco Pas, Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairy dan Mohd Zaidy Talib, mengundurkan diri secara sukarela.

Cuma Presiden Pas, Hadi Awang yang masih belum kedengaran memberikan reaksinya lagi.
Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, parti itu sedia mengarahkan tiga Exco berkenaan melepaskan jawatan mereka sekiranya ada perkenan daripada Sultan Selangor.

"Bagi Pas, kita akur bahawa perlantikan Exco adalah atas perkenan Sultan Selangor, maka jika ada perkenan daripada Baginda untuk mengundurkan diri, kita akan mematuhinya," ujar beliau sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah portal berita.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Solehan Mukhyi pula pantas menyifatkan laporan berkenaan sebagai andaian dan khabar angin semata-mata.

Kata beliau, kedudukan tiga Exco Pas dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor tetap dikekalkan sehingga pembubaran DUN Selangor  dilakukan.
"Semua itu hanya andaian dan khabar angin, kita tetap pendirian untuk terus kekal kerana ia adalah mandat yang diberi rakyat dalam pilihanraya umum lalu," tegasnya.

Salah seorang Exo Selangor, Iskandar Abdul Samad berkata, tidak ada arahan daripada Azmin untuk beliau dan dua rakannya yang lain untuk melepaskan kedudukan mereka.

"Tidak, tidak ada arahan atau apa juga," katanya denga ringkas.

Daripada kenyataan ketiga-tiga pemimpin di atas, yang paling mudah kita fahami ialah Pas ternampak begitu sayang kepada jawatan dalam kerajaan dan seboleh-bolehnya tidak mahu melepaskannya.
Bukan kewajaran untuk berundur dan melepaskan jawatan yang mahu dibanggakan, sesuai dengan keberanian melafazkan kata-kata putus hubungan, sebaliknya ada  saja alasan, hujah dan helah yang digunakan sehingga nama Sultan Selangor pun mahu dibawa dalam kancah yang tidak seharusnya melibatkan nama Baginda.

Hakikat bahawa sistem pentadbiran negara kita ialah Raja Berperlembagaan seolah-olah cuba tidak difahami dan hanya ditafsirkan mengikut selera sendiri untuk melindungi kepentingan parti serta peribadi.

Begitu juga, soal maruah dan harga diri telah ditolak ke tepi asalkan jawatan yang disandang terus tidak diketepi.

Seharusnya, jika maruah dan harga diri yang diutama, bila sudah putus hubungan dan tanpa menunggu ada atau tidak arahan untuk mengundurkan diri, Pas patut terlebih dahulu memulakan langkah untuk pergi kerana politik bukan semata-mata jawatan, tetapi juga berkait tentang intergriti.

Apa ditunggu lagi....kecuali ia hanya menunjukkan Pas benar-benar sayangkan jawatan dan kedudukan. (ShahbudinHusin 13/05/2017).