DAP cadang wujudkan skim pencen, insuran untuk bela nasib bekas atlet


Kebajikan bekas atlet yang pernah mengharumkan nama negara suatu ketika dahulu perlu diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan, kata Ahli Parlimen Bukit Gelugor Ramkarpal Singh.
Oleh itu, katanya, kerajaan Pakatan Harapan disarankan memperkenalkan skim pencen serta insuran kesihatan untuk semua bekas atlet kebangsaan mahupun negeri agar nasib mereka sentiasa terbela.
“Diakui, bahawa usaha sedemikian bukan mudah lebih-lebih lagi dalam kekangan kewangan semasa negara. Namun ia harus diberikan keutamaan oleh kerajaan pada masa akan datang.
“Apatah lagi, insentif sebegitu tentu akan menarik minat orang ramai untuk terlibat dalam bidang sukan sejak usia kecil kerana mereka yakin dengan bentuk jaminan yang ditawarkan setelah bersara,” ujarnya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas keadaan bekas pemain bola sepak kebangsaan dan Pulau Pinang, Salahuddin Che Ros yang dilaporkan mengalami masalah kewangan sehingga terpaksa tidur di kaki lima bagi mendapatkan rawatan di Institusi Jantung Negara, Kuala Lumpur.
Persatuan Bola Sepak Malaysia dan kerajaan negeri Pulau Pinang dilaporkan telah memulakan usaha untuk menghubungi dan membantu Salahuddin.
Ramkarpal dalam pada itu, turut meminta Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menyediakan bantuan kewangan sementara bagi meringankan beban Salahuddin.
“Ia adalah salah satu perkara yang sekurang-kurangnya boleh dilakukan kerajaan untuk menghargai sumbang beliau kepada negara,” ujarnya yang juga Biro Undang-Undang DAP.

TAK PATUT, TAK PATUT, TAK PATUT....


Sejujurnya memang tidak patut, tidak patut dan sama sekali tidak patut bagi Timbalan Menteri Besar Kelantan merangkap Naib Presiden Pas, Nik Amar Mohd Abdullah pergi menunaikan umrah di ketika Pas bertungkus lumus mengerah dan mengarahkan ahli-ahlinya hadir ke perhimpunan 8 Disember ini sebagai tanda terima kasih dan kesyukuran  kerana ICERD tidak diratifikasi oleh kerajaan.

Kenapa pilih pergi umrah sama tarikh dengan himpunan ICERD?

Bukankah jadual perhimpunan 8 Disember ini sudah ditetapkan agak lama sebelum ini?

Bila pula Nik Amar membuat tempahan untuk pergi umrah?

Sebelum atau selepas tarikh perhimpunan 8 Disember itu ditetapkan?

Tetapi, bila pun beliau membuat keputusan mahu menunaikan umrah itu, Nik Amar sebagai orang perjuangan dan pemimpin kanan Pas, sepatutnya tahu memilih mana satu sebagai keutamaannya.

Dalam hal ini juga, Nik Amar harus sedar beliau adalah pemimpin nombor tiga dalam Pas dan takkanlah ketika kononnya ratusan ribu ahli Pas hadir di perhimpunan itu, tiba-tiba kelibatnya langsung tak kelihatan?

Tak patut, tak patut, tak patut...

Lebih daripada itu, kerajaan negeri Kelantan juga telah membuat pengisytiharan bahawa tarikh 9 Disember bersamaan hari Ahad iaitu sehati selepas himpunan itu diumumkan sebagai cuti peristiwa untuk membolehkan beribu-ribu penyokong Pas Kelantan dapat menghadirinya.

Takkanlah ketika berpusu-pusu rakyat Kelantan sedia hadir ke perhimpunan itu, tiba-tiba Nik Amar sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan sendiri sedang menunaikan umrah pula.

Tak patut, tak patut, tak patut....

Lagi pun, rasanya pemergian Nik Amar menunaikan umrah kali ini bukanlah kali yang pertama baginya. Mungkin sebelum ini beliau sudah tiga atau empat kali berpeluang menunaikan umrah.

Maka, sebaiknya tunda sajalah pemergian menunaikan umrah itu. Bila-bila masa di lain kali boleh pergi lagi, tetapi perhimpunan ICERD hanya ada sekali ini saja.

Tundalah....tundalah...tundalah....Husam pun sanggup bayarkan denda tukar tarikh tu ustaz!!! (ShahbudinHusin 05/12/2018)

ICERD ATAU ICURI?


Tamrin Tun Ghafar

Khamis - 06/12/18
( 1 - 31 )

1.  Saya amat tertarik dengan lakaran - lakaran kartun Zunar dan beberapa kartunis lain dengan tajuk dan motif  kelakar tapi penuh dengan mesej dan pesanan.

2.  Jika lakaran seperti yang dilampirkan ini dilukis semasa zaman Najib memerintah dahulu sudah pasti bukan sahaja lakaran tersebut dirampas dan dimusnahkan, malah pelukisnya akan dipenjarakan.

3.  Sebagai contoh Zunar bukan sahaja pernah dikasari tapi pejabat beliau digeledah; 9 tajuk buku karyanya beserta ribuan buah jilidnya turut dirampas.

4.  Tidak cukup dengan itu , beliau juga pernah dilokapkan sebanyak 5 kali , dan dikenakan  9 pertuduhan dibawah beberapa Akta dan Undang - Undang seperti Akta Hasutan, Akta Multimedia,  Penal Code , Undang - Undang  Immigration dan beberapa undang - undang lain . Jika sabit kesalahan beliau boleh dipenjarakan selama 45 tahun.

5.  Itulah demokrasi dan kebebasan bersuara ala Najib yang dilaung - laungkan di pentas antarabangsa tetapi di dalam negara sesiapa sahaja yang menentang beliau akan ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah.

6.  Saya sendiri pernah bermalam di lokap polis Jinjang Kuala Lumpur bersama Tian Chua ( mantan MP Batu ) , Hishamuddin Rais , Adam Adli , Haris Ibrahim dan beberapa orang rakan lain.

7.  Kesalahan kami ialah kerana menuduh UMNO/BN menipu dalam PRU 13  dahulu, justeru kami dituduh dibawah Akta Hasutan.

8.  Selepas 5 tahun dan selepas rakyat menumbangkan Kerajaan UMNO/BN barulah kes kami selesai.

9.   Polis dibawah Khalid Bakar, Apandi Ali , Peguam Negara dan Dzulkifli Ahmad , KP SPRM adalah ulat dan alat Najib dan Rosmah ketika itu; kerja mereka ialah menangkap siapa saja yang dilihat menentang Najib.

10.  Mereka mewah dan bermaharajalela.

11.  Boleh dibayangkan apakah tindakan Najib dan Rosmah terhadap Zunar dan kartunis lain termasuk mereka yang tidak sebulu dengannya; yang mewah ialah pemakan - pemakan dedak - CASH  IS  KING.

12.   Walaupun dibenci dan dizalimi namun masyarakat antarabangsa amat kagum dengan lakaran - lakaran beliau.

13.  Zunar telah dihormati dengan beberapa anugerah berprestij seperti : 

a.  Courage In Editorial Cartooning Award - 2012.

b.  International Press Foundation Award, New York - 2015.

c.  Cartooning For Peace Award - 2016 ,  Geneva - oleh Kofi Annan, mantan Setiausaha Agong Pertubohan Bangsa Bangsa Bersatu atau United Nation dan beberapa penghormatan lain.

14.  Di satu segi Najib telah berjaya memperdaya dan menipu masyarakat antarabangsa dengan slogan ‘Freedom of Speech’ atau Kebebasan Bersuara, dasar ‘Moderation’ atau Kesederhanaan dan amalan Demokrasi tulin yang kononnya menjadi pegangan Kerajaannya sedangkan apa yang dilakukan terhadap musuh - musuh politiknya lain sekali.

15.  Sebagai contoh kekerasan dilakukan terhadap perhimpunan BERSIH  yang mendesak setiap Pilihanraya mestilah  bersih dari sebarang kecurigaan dan salahlaku,  dan dalam masa yang sama DBKL tidak membenarkan rakyat berhimpun di padang Dataran Merdeka.

16.  Ramai pemimpin BERSIH dipukul, diheret dan dihumbankan ke dalam trak polis.

17.  Perkara yang sama berlaku terhadap penuntut - penuntut universiti yang berhimpun mendesak GST dihapuskan.

18.  Itulah cara Najib dan Kerajaan UMNO /BN memerintah.

19.  Perbezaan begitu ketara sekali apabila Kerajaan PH yang dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri tidak teragak - agak membenarkan rakyat berhimpun pada 08/12/18 dengan syarat mereka mesti menghormati Perlembagaan dan undang - undang.

20. Tidakkah Zahid selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang pernah melakukan apa saja yang boleh bagi menggagalkan segala apa yang hendak dilakukan oleh pembangkang ketika itu sedar dan merasa malu dengan kelulusan yang diberi bagi memudahkan Perhimpunan pada 8hb Disember nanti?

21.  Perhimpunan kali ini agak unik sedikit kerana buat pertama kalinya UMNO dan PAS akan bersama seperti pasangan pengantin tua yang hampir senja.

22.  Bagi menjaga air muka masing-masing, Zahid dan Hadi terpaksa meneruskan Perhimpunan  pada 8hb Disember  ini bagi membantah ICERD sedangkan Kerajaan sendiri telah mengumumkan secara rasmi bahawa kerajaan TIDAK AKAN menandatangi deklarasi tersebut.

23. Oleh kerana berbagai publisiti telah dibuat begitu juga ribuan wang ringgit telah dibelanjakan maka Perhimpunan ini suka tak suka terpaksa diteruskan dengan alasan - alasan yang remeh.

24.  Saya dan ramai lagi akan sama - sama turun padang jika sekiranya Perhimpunan itu diadakan bagi menuntut dari Najib dan keluarganya memulangkan semula duit rakyat yang disamun mereka melalui 1MDB.

25.  Begitu juga beratus juta ringgit lesap daripada Tabung Haji yang mana 7 juta orang Islam terutama makcik dan pakcik di kampung menabung di Lembaga itu bagi memudahkan mereka ke Mekah.

26.  Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan Perhimpunan itu akan diadakan bagi melakukan doa dan solat kesyukuran kerana Kerajaan tidak akan menandatangani ICERD.

27.  Hadi pula dengan alasan hendak mengajar Menteri - Menteri yang tidak menghormati Perdana Menteri.

28.  Zahid dan beberapa ahli UMNO pula mahu memprotes ICERD.

29.  Dengan berbagai alasan diberikan mereka,  ini semua membuktikan mereka ini bodoh sombong yang tak boleh diajar.

30.  Kan lebih bermakna jika mereka gunakan Perhimpunan ini menuntut Najib , Rosmah dan Jho Low memulangkan kembali  harta rakyat yang mereka rompak dari senyap seribu bahasa dan berpeluk tubuh tidak bersuara.

31.  Yang akan berkumandang di udara ialah laungan ' Takbir' dan ‘Hidup Najib’  bukannya 'Najib , pulangkan duit kami'.

Terima kasih.


(function() { var d = document, w = window; w

Anwar Ibrahim: Ucapan Di Dataran Merdeka "Parlimen" 02/08/2021