MGID

RAMALAN RAFIZI 2 BULAN DULU MENJADI KENYATAAN

20 hrs · Edited · 
 
 
 
 
Dipetik dari FB Rafizi Ramli
 
Tak sampai dua bulan saya bagi amaran di Parlimen jangan sentuh Tabung Haji, selepas meroyan di Parlimen mereka pakai juga duit Tabung Haji. Sebenarnya perkara ini boleh dihentikan dengan mudah - PTG WP tolak permohonan pindahmilik, 1MDB kena kembalikan dana seperti kenyataan saya dibawah.
 
 Kita akan mulakan kempen, mohon viralkan! DATO’ SERI NAJIB ADA KUASA HENTIKAN PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI, PULANGKAN WANG TABUNG HAJI
 
Pembelian tanah 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji (atau “TH”) dari 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit TH kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB. Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji.
 
Lebih mencurigakan, nilai jualan RM188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta) minggu depan.Apakah penggunaan duit pendeposit Tabung Haji ini adalah bertujuan untuk membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?Keadaan ini hampir sama dengan tindakan Kerajaan Persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh yang hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB.
 
Saya tidak menafikan bahawa tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih-lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya.Ada dua cara terbaik TH membeli tanah tersebut tanpa mengorbankan kebajikan pendeposit TH, iaitu:1. Pertama – membeli terus tanah itu dari Kerajaan Persekutuan pada harga diskaun yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB.
 
 Keuntungan yang dibuat oleh TH di atas pembelian ini bolehlah dikira sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada pendeposit miskin untuk mereka mencukupkan tabungan untuk naik haji; atau2. Kedua – membeli tanah tersebut dari 1MDB pada harga “forced sale value” atau harga lelongan kerana 1MDB telah benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang tunai. Selalunya, syarikat yang bermasalah melelong harta mereka pada harga yang betul-betul murah dan dalam kesempatan beginilah TH boleh mendapat keuntungan yang baik dari pembelian ituSaya yakin bahawa perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hakmilik belum dipindakmilikkan kepada TH.
 
 Oleh yang demikian, kontrak ini belum dikira muktamad dan 1MDB belum memenuhi semua syarat-syarat jual beli.Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh. Kuasa untuk meluluskan pindahmilik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor
 
.Oleh yang demikian, KEADILAN akan menggembleng tenaga untuk menekan supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor menggunakan kuasa mereka untuk menghentikan urusniaga jual beli ini secara berikut:
 
1. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memutuskan untuk meluluskan permohonan pindahmilik tanah dari 1MDB kepada TH;2. Oleh kerana 1MDB gagal memastikan hakmilik tanah ditukar nama kepada TH, ia gagal memenuhi syarat-syarat jual beli. Kontrak itu secara automatik juga akan terbatal;3. Oleh kerana kontrak terbatal, maka 1MDB tidak ada pilihan lain kecuali memulangkan kembali wang RM188.5 juta yang telah diambilnya dari TH.Kesemua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan ia adalah dalam bidang kuasa Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor (yang bertanggungjawab dengan urusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB).Sebagai permulaan, saya akan memanggil satu perjumpaan dengan semua pendeposit Tabung Haji pada hari Rabu depan, 13 Mei 2015 jam 9 malam (tempat akan diumumkan kelak) untuk melancarkan kempen mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini.
 
RAFIZI RAMLI
 NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
 AHLI PARLIMEN PANDAN
 
 
More : Sukan Star TVBy : Sukan Star .com @ sukanstar.com
Posted by Sukan Star TV on Friday, May 8, 2015
 
 
Rafizi dah bagi amaran di parlimen jangan sentuh duit Tabung Haji
Dipetik dari FB Rafizi Ramli

Tak sampai dua bulan saya bagi amaran di Parlimen jangan sentuh Tabung Haji, selepas meroyan di Parlimen mereka pakai juga duit Tabung Haji. Sebenarnya perkara ini boleh dihentikan dengan mudah - PTG WP tolak permohonan pindahmilik, 1MDB kena kembalikan dana seperti kenyataan saya dibawah. Kita akan mulakan kempen, mohon viralkan!

DATO’ SERI NAJIB ADA KUASA HENTIKAN PEMBELIAN TANAH 1MDB OLEH TABUNG HAJI, PULANGKAN WANG TABUNG HAJI

Pembelian tanah 1.56 ekar oleh Lembaga Urusan Tabung Haji (atau “TH”) dari 1MDB yang melibatkan pembayaran RM188.5 juta wang pendeposit TH kepada 1MDB akan selama-lamanya dilihat sebagai usaha menyelamatkan (“bail-out”) 1MDB. Tanah itu pula dilaporkan dibeli pada harga yang cukup murah oleh 1MDB dari Kerajaan Persekutuan iaitu pada harga RM74.20 satu kaki persegi dan dijual pada harga berkali-kali ganda mahalnya (iaitu pada harga RM2,779 satu kaki persegi) kepada Tabung Haji.

Lebih mencurigakan, nilai jualan RM188.5 juta itu lebih kurang serupa dengan nilai pembayaran faedah pinjaman yang perlu dilunaskan oleh 1MDB bagi hutang-hutangnya. Mengikut laporan akhbar perniagaan The Edge, 1MDB perlu membayar faedah pinjaman sebanyak USD52.5 juta (bersamaan RM188.5 juta) minggu depan.

Apakah penggunaan duit pendeposit Tabung Haji ini adalah bertujuan untuk membantu 1MDB membayar faedah pinjamannya?

Keadaan ini hampir sama dengan tindakan Kerajaan Persekutuan menyuntik RM950 juta ke dalam 1MDB pada pertengahan Mac lalu iaitu pada tarikh yang hampir sama dengan tarikh bayar faedah hutang 1MDB.

Saya tidak menafikan bahawa tanah 1.56 ekar yang dibeli itu berpotensi untuk dimajukan. Namun, tanah itu pada asalnya adalah tanah milik Kerajaan Persekutuan dan tidak sewajarnya 1MDB membuat untung atas angin dengan mengambil wang pendeposit TH; lebih-lebih lagi jika dana itu kemudiannya digunakan untuk membayar faedah hutangnya.

Ada dua cara terbaik TH membeli tanah tersebut tanpa mengorbankan kebajikan pendeposit TH, iaitu:

1. Pertama – membeli terus tanah itu dari Kerajaan Persekutuan pada harga diskaun yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan kepada 1MDB. Keuntungan yang dibuat oleh TH di atas pembelian ini bolehlah dikira sebagai sumbangan Kerajaan Persekutuan kepada pendeposit miskin untuk mereka mencukupkan tabungan untuk naik haji; atau

2. Kedua – membeli tanah tersebut dari 1MDB pada harga “forced sale value” atau harga lelongan kerana 1MDB telah benar-benar terdesak untuk mendapatkan wang tunai. Selalunya, syarikat yang bermasalah melelong harta mereka pada harga yang betul-betul murah dan dalam kesempatan beginilah TH boleh mendapat keuntungan yang baik dari pembelian itu

Saya yakin bahawa perjanjian jual beli tanah yang melibatkan dana sebanyak RM188.5 juta ini belum dimuktamadkan kerana hakmilik belum dipindakmilikkan kepada TH. Oleh yang demikian, kontrak ini belum dikira muktamad dan 1MDB belum memenuhi semua syarat-syarat jual beli.

Oleh yang demikian, ada peluang untuk menghentikan jual beli ini untuk membolehkan dana RM188.5 juta milik pendeposit TH (termasuk simpanan saya sendiri) tidak disentuh.

Kuasa untuk meluluskan pindahmilik tanah selepas sesuatu urusniaga jual beli adalah kuasa Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor.

Oleh yang demikian, KEADILAN akan menggembleng tenaga untuk menekan supaya Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor menggunakan kuasa mereka untuk menghentikan urusniaga jual beli ini secara berikut:

1. Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan memutuskan untuk meluluskan permohonan pindahmilik tanah dari 1MDB kepada TH;

2. Oleh kerana 1MDB gagal memastikan hakmilik tanah ditukar nama kepada TH, ia gagal memenuhi syarat-syarat jual beli. Kontrak itu secara automatik juga akan terbatal;

3. Oleh kerana kontrak terbatal, maka 1MDB tidak ada pilihan lain kecuali memulangkan kembali wang RM188.5 juta yang telah diambilnya dari TH.

Kesemua ini boleh dilakukan tanpa melanggar undang-undang dan ia adalah dalam bidang kuasa Dato’ Seri Tengku Adnan Mansor (yang bertanggungjawab dengan urusan Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan) dan Dato’ Seri Najib Tun Razak (Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB).

Sebagai permulaan, saya akan memanggil satu perjumpaan dengan semua pendeposit Tabung Haji pada hari Rabu depan, 13 Mei 2015 jam 9 malam (tempat akan diumumkan kelak) untuk melancarkan kempen mendesak supaya Kerajaan Persekutuan menggunakan kuasanya menghentikan penggunaan dana TH ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG
AHLI PARLIMEN PANDAN

LAPORAN POLIS DI IPD KUANTAN ISU TABUNG HAJI


AMK Pahang bersama Adun Semambu YB Chean Chung dan beberapa penyokong telah membuat laporan polis di IPD Kuantan jam 11.00 pagi tadi berhubung 1MDB dan Tabung Haji.

Anwar seperti Mandela, masih ada harapan – Prof Madya Shahruddin

Anwar seperti Mandela, masih ada harapan – Prof Madya Shahruddin
Anwar seperti Mandela, masih ada harapan – Prof Madya Shahruddin

Anwar seperti Mandela, masih ada harapan – Prof Madya Shahruddin

Timbalan Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Prof Madya Dr Shahruddin Badaruddin menjangkan nasib bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berakhir seperti Nelson Mandela.

Malah beliau mengingatkan bahawa pemenjaraan musuh politik nombor satu UmnoBN itu bukan bermaksud akan berahirnya karier politik Anwar.

“Anwar boleh jadi seperti Nelson Mandela, pada umurnya 70-an, keluar (penjara) jadi presiden.

“Banyak perkara (kemungkinan) boleh berlaku dalam politik negara, kita tak boleh mengatakan bila Anwar dipenjarakan, masa depan politik akan berakhir,” katanya pada Forum Anak Muda, anjuran March 2 Freedom dan Anwar Ibrahim Club (AIC) di Hotel Light, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Ahad.

Nelson Mandela merupakan pejuang anti Apartheid menjadi Presiden Afrika Selatan selepas dipenjarakan 27 tahun.
Bercakap kepada pemberita, Shahruddin turut optimis Anwar akan dibebaskan lebih awal dari hukuman ditetapkan.

Jelasnya itu dapat berlaku sama ada menerusi proses perundangan biasa ataupun faktor perubahan politik dalam negara.

“Kita tahu Anwar kena penjara lima tahun, dan mungkin tiga setengah tahun jika berkelakuan baik atau proses biasa seperti pengampunan atau mungkin berlaku pertukaran kepimpinan dalam konteks negara.

“Sudah pasti landskap politik yang berubah itu akan menyebabkan kedudukan Anwar dalam penjara juga berubah,” ujarnya lagi.

Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap keupayaan Anwar untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negara disebabkan faktor umur yang semakin meningkat.

Tegasnya itu bukan halangan kerana pengaruh Anwar dalam politik negara masih kuat dan disokong ramai.

“Dalam 15 tahun akan datang ini, bagi saya dia (Anwar) masih menyengat kalau kita tengok DNA adik-beradik dan ayahnya sendiri, umur mereka panjang-panjang.

“Tun Dr Mahathir kini umurnya sudah 90 tahun, bayangkan perkara sama berlaku terhadap Anwar, ini bermakna dia masih ada 22 tahun lagi untuk berkecimpung dalam arena politik Malaysia dan bawa perubahan pada negara,” kata beliau lagi.

MINDA ORANG MELAYU MAKIN SUBOR

SAKMONGKOL 47


Rompin dan Permatang Pauh- Keadaan Minda Orang Melayu maju dan subur.




Keadaan minda orang Melayu sihat rupa2 nya. Jumlah orang Melayu berminda UMNO makin berkurangan. Siapa mereka ini?Nanti kita beritahu.

Bangsa lain di Malaysia sudah lama bersedia membebaskan minda mereka dari kebiasaan. Mereka bukan Islam- tapi telah lama mempraktikkan salah satu rahsia puasa( sebab puasa akan datang) yakni meninggalkan kebiasaan( makan, minum dan berkelamin dll).

Jenerasi Melayu yang bersedia meninggalkan kebiasaan bergantung dan berpaut kepada UMNO semakin meningkat. Di Rompin kumpulan mereka menyebabkan Dato Hassan Ariffin dapat undi kurang dari yang pernah dicapai oleh arwah JJ. Pada waktu yang sama, saya tidak pelulah sebut penyokong Arwah JJ yang tidak sokong Hassan Ariffin.

Di Permatang Pauh, golongan yang sedia meninggalkan kebiasaan bergayut kepada UMNO mengesahkan sikaplawan mereka.

Maka 2 perkara ini- pertambahan jenerasi yang sedia merungkai belengu ikatan dan kesediaan mengesahkan dan mengonfirmkan pendirian- menyebabkan saya berfikir- the state of the Malay mind adalah subur dan penuh potensi.

Siapa yang dapat menfaedahkan keadaan inilah yang akan disokong oleh pengundi melayu. 

Golongan minda UMNO ini macam mana?

1.   Golongan ini termasuk yang percaya kalau kerajaan bertukar- pencen tak dapat.

2.   kalau UMNO bukan kerajaan penjawat awam kena berhenti

3.   kalau UMNO tak ada,  orang Melayu akan terbiar

4.   kalau UMNO tidak ada, agama Islam akan diancam

5.   dan kalau UMNO taka da, inistutsi Raja Melayu akan hilang.

6.   Kalau UMNO takde, GST yang ‘baik’ itu akan hilang

7.   Kalau UMNO tak ada, rakyat tak mahu mana nak bayar saman kereta.

8.   Kalau UMNO tak ada, ramai orang rindukan Ahmad Maslan, Shabery Chik, Hassan Malek dan Ismail Sabri.

9.   Termasuk dalam kumpulan ini, para pemimpin umno yang mengkakak-tuakan blue ocean strategy. Benda ini dah 10 tahun basi tapi masih diulangi sehinga meloyakan tekak pendengar.

Itu antara nya.

Saya ahli DAP- saya mahukan institusi raja berpelembagaan terus hidup kerana institusi itu sebahagian dari budaya saya orang Melayu. Yang berfikiran seperti raya ramai dalam negara ini dan kian meningkat. Dan saya rasa, institusi Raja Melayu akan menyesuaikan diri mereka se-ikutnya.

Hanya mereka mesti mulakan dengan meleraikan diri mereka dari belengu minda UMNO. Insitusi Raja Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan undang2 serta demografi Melayu. UMNO sahaja yang mengada ngada mengstiharkan mereka pelindung yang lebih baik.

Kita semua tahu rekod UMNO puluhan tahun yang lalu. Ianya membuktikan bahawa apa yang pernah dilakukan oleh UMNO ketika itu tidak salah dari segi undang2. . Tidak ada seorang pun didakwa. Mungkin KPN perlu membaca sejarah daalm perkara ini.

Perkara yang tidak diduga telah pun berlaku. Sultan Johor telah menyuarakan bantahan rakyat mengenakan cukai GST terhadap perkhidmatan mereka. Bisnes kerajaan bukan berniaga. Mereka memberi khidmat social. Nyatalah dalam hal ini, Sultan Johor lagi cerdik dari orang UMNO. 

Kalau Sultan Johor bertitah GST tidak masuk akal- akal promoter GST bagaimana? 

Kemudian sultan johor juga menyokong bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Ini suatu pemikiran yang anti fikiran minda UMNO. Nyatalah Sultan Johor mahukan rakyat Johor khususnya dan pendengar titah nya diseluruh negara lebih pandai dari tahap kepandaian yang UMNO mahukan. 
 
Bayangkan- berapa ramai ahli UMNO kena masuk kelas orang dewasa seperti zaman Tun Razak. Alif tendang mim, jadi sarkas. 
 
Tapi untuk majoriti orang Melayu diseluruh negara, Melayu yang mengundi di Rompin dan Permatang Pauh, menunjukkan jalan selamat untuk orang Melayu. 

Tanah 1MDB: Husam cadang TH batal pembelian

Tanah 1MDB: Husam cadang TH batal pembelian
Tanah 1MDB: Husam cadang TH batal pembelian

Tanah 1MDB: Husam cadang TH batal pembelian

PAS menggesa Lembaga Tabung Haji (TH) melakukan ‘tindakan mulia’ dengan membatalkan pembelian tanah milik syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didedahkan sebuah blog baru-baru ini.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata tindakan TH membuat laporan polis berhubung kebocoran maklumat rasmi berkenaan pembelian tanah milik 1MDB itu memalukan.
“Ia jelas untuk menutup tindakannya yang menimbulkan kesangsian dan kemarahan pencarum. Langkah lebih mulia ialah membatalkan pembelian itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

TH semalam mengesahkan badan pengelola dana simpanan bagi umat Islam untuk ke tanah suci Mekah itu membeli sebidang tanah daripada projek pelaburan Tun Razak Exchange (TRX) yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur bernilai RM188.5 juta.

Pembelian tanah itu didakwa mendapat “potongan” harga berbanding nilai pasaran semasa.

Badan pengelola dana simpanan itu merancang untuk membina sebuah menara kediaman di tapak yang akan dibangunkan anak syarikat TH, TH Properties Sdn Bhd – berpengalaman luas dalam bidang hartanah dan pembinaan termasuk pembangunan perbandaran bercampur Bandar Enstek seluas 5.119 ekar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bagaimanapun, TH menafikan kumpulan itu membeli sebidang tanah daripada 1MDB di parcel kedua TRX seperti diperkatakan blog “The Benchmark” yang membocorkan dokumen didakwa memperincikan pembelian TH sebanyak 2 plot tanah di TRX dengan jumlah modal RM772 juta.

Pada masa sama Husam juga mengulangi desakannya seperti sebelum ini yang menuntut pihak bertanggungjawab meletakkan jawatan

“Bahkan langkah mulia juga ialah pihak bertanggungjawab menawarkan peletakan jawatan mereka termasuk atas sebab kebocoran yang memalukan itu sendiri, selain tindakan pembelian yang tidak dapat diterima itu,” katanya.

Sementara itu Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dalam satu kenyataan turut mengutuk tindakan pengurusan TH membuat laporan polis terhadap kebocoran dokumen.

Presiden Abim Amidi Abd Manan berkata, tindakan TH yang membuat laporan polis menyerupai seperti pengurusan National Feedlot Corp apabila skandal penyelewengan Pusat Fidlot Nasional terdedah kepada umum.

“Abim memandang berat tindakan ini kerana seolah-olah ada perkara yang sulit dan mahu dirahsiakan dari pengetahuan umum. Tindakan ini serupa dengan tindakan National Feedlot Corp yang mengambil tindakan terhadap individu yang mendedahkan kepada umum,” katanya.

Beliau berkata, TH sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk memberi penerangan yang mampu mengekalkan dan mengembalikan keyakinan para pendeposit.

“Abim yakin jika ketelusan dan kejujuran menjadi paksi pengurusan keberkatan akan menyusul,” katanya.

PERJANJIAN KASIH 1 MBD DAN TABUNG HAJI

Tanah TH: 1MDB kaut untung RM184 juta
 
Tanah TH: 1MDB kaut untung RM184 juta

Tanah TH: 1MDB kaut untung RM184 juta

“Perjanjian kekasih” antara 1Malaysia Development Berhad’s (1MDB) dengan Tabung Haji (TH) membenarkan syarikat dana pelaburan yang sedang sarat menanggung hutang itu mengaut keuntungan RM184 juta daripada duit jemaah haji, kata wakil rakyat DAP Zairil Khir Johari, hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Bendera itu mendakwa TH terlebih bayar kepada 1MDB sekurang-kurangnya RM500 per kaki persegi untuk plot tanah seluas 1.56 ekar yang dibelinya.

“Perlu dinyatakan RM2,773 per kaki persegi masih harga yang tinggi untuk TH bayar memandangkan 1MDB membeli tanah itu asalnya hanya RM64 per kaki persegi empat tahun lalu pada 2011.
“Malah, laporan penilaian risiko dalaman TH sendiri mendedahkan transaksi setanding dalam kawasan itu menunjukkan tanah dijual antara RM649.49 per kaki persegi hingga RM2,266,” kata Zairil, dalam satu kenyataan.

“Pada RM2,773 per kaki persegi, TH membayar kira-kira RM500 per kaki persegi lebih daripada transaksi setanding lain yang terkini. Perjanjian kekasih ini berkesan untuk membenarkan 1MDB mengaut untung besar RM184 juta hasil tindakan sebagai tidak lebih seperti broker tanah,” katanya.

TH, tabung simpanan untuk umat Islam merancang untuk menunaikan haji ke Mekah, mengesahkan semalam ia membeli sebidang tanah di kawasan projek Tun Razak Exchange (TRX) yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur pada nilai RM188.5 juta, yang didakwa harga “potongan” berbanding nilai pasaran semasa.

Ia merancang untuk membina menara kediaman di kawasan itu yang akan dibangunkan anak syarikatnya, TH Properties Sdn Bhd, yang dijangka memberi pulangan positif kepada Kumpulan TH pada masa depan.

Anak syarikat itu berpengalaman luas dalam pembinaan hartanah termasuk pembangunan kawasan perumahan Bandar Enstek seluas 2,071 hektar terletak berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tetapi TH menafikan ia membeli tanah kedua daripada 1MDB di TRX seperti didakwa dalam satu blog “The Benchmark” yang membocorkan dokumen yang dikatakan mempunyai butiran pembelian 2 plot tanah oleh TH di projek TRX bernilai RM772 juta.

TH juga tidak memaklumkan saiz pengambilalihan, walaupun blog tanpa nama itu mendakwa ia seluas 0.63 hektar, atau 1.56 ekar.
Zairil hari ini berkata TH juga tidak memberi penjelasan mengapa ia bersungguh-sungguh meneruskan perjanjian itu walaupun terdapat “penilaian berisiko tinggi” oleh pasukan pengurusan risiko dalaman mereka.

Katanya, laporan itu menyatakan sektor hartanah semasa yang suram, menurunkan harga hartanah di KL, meningkatkan kesukaran untuk pembeli memperoleh pinjaman kewangan, lebihan penawaran kondominium mewah di Lembah Klang, selain pembangunan terlalu perlahan bagi projek TRX.

“Malah, laporan itu turut menyatakan TH akan berdepan risiko reputasi jika ia mengaitkan dirinya dengan 1MDB.

“Dengan begitu banyak faktor menolak, agak membimbangkan apabila TH mahu mengambil pelaburan berisiko tinggi seperti itu, dan dengan berbuat demikian ia meletakkan simpanan berjuta jemaah haji dalam keadaan berbahaya,” katanya.

Zairil berkata TH perlu memberi respons serta merta untuk menjustifikasikan keputusan pelaburan mereka, atau meletakkan risiko ia kelihatan seperti cubaan kurang bijak untuk bailout 1MDB yang juga syarikat dimiliki Kementerian Kewangan, yang menanggung RM42 bilion hutang.

Semalam, Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Johan Abdullah berkata RM188.5 juta yang dibayar untuk pembelian hartanah itu adalah pada kadar diskaun berlandaskan nilai pasaran semasa selepas dinilai badan penilai bebas.


DAP BISING...MANA PRESIDEN PAS UNTUK BUAT ULASAN????

Skandal Tabung Haji-1MDB: DAP mahu Perdana Menteri letak jawatan

ZAIRIL_KHIR_JOHARI_SYMPOSIUM
KUALA LUMPUR, 9 MEI – Skandal meletup pembelian tanah antara Lembaga Tabung Haji dan syarikat bermasalah milik kerajaan 1MDB telah mengundang kritikan dan persoalan daripada pelbagai pihak, termasuk Pemuda Umno sendiri.

Malah ia telah digelarkan sebagai satu operasi ‘bailout’ oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir untuk menyelamatkan 1MDB yang dibebani hutang berbilion ringgit.

“Persoalan mengenai konflik kepentingan telah muncul apabila didedahkan bahawa eksekutif senior Tabung Haji juga kebetulan memegang jawatan tinggi dalam 1MDB,” ujar Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari mengulas skandal tersebut.

Empat individu didapati memegang jawatan tinggi di kedua-dua syarikat yang berurusniaga dalam pembelian tanah seluas 1.56 ekar pada nilai RM184 juta tersebut yang sebelum ini dibeli oleh 1MDB pada harga sekadar RM4.5 juta atau RM64 satu kaki persegi.

Empat individu tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Tan Sri Ismee Ismail yang juga Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Dato’ Johan Abdullah yang juga pengerusi salah sebuah anak syarikat 1MDB, Anggota Panel Pelaburan Tabung Haji Tan Sri Abdul Samad Alias serta Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Tan Sri Irwan Serigar yang kedua-duanya menganggotai Panel Penasihat 1MDB.

“1MDB telah menjual tanah ini kepada Tabung Haji, yang nampaknya telah bertindak bertentangan dengan amaran laporan penilaian risikonya,”

“Ini membangkitkan kebimbangan tentang kemungkinan duit para bakal haji disalahgunakan untuk menyelamatkan syarikat dana kekayaan negara yang sedang bermasalah,” ujar Zairil dalam satu kenyataan.

Menurut Zairil, apa yang lebih menarik lagi ialah pihak yang menyatakan kebimbangan wujudnya konflik kepentingan berkait empat individu tadi adalah bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno sendiri, Dato’ Saifuddin Abdullah dan Ketua Pemuda Umno yang juga anggota Kabinet, Khairy Jamaluddin.

“Tak sampai sebulan Pemuda Umno menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri Najib Tun Razak, di tengah-tengah dakwaan dan persoalan mengenai skandal 1MDB. Cepat betul keadaan berubah,” ujarnya sinis.

Penolong Setiausaha Publisiti DAP itu juga menegaskan bahawa keseluruhan pengurusan tertinggi Lembaga Tabung Haji mesti meletakkan jawatan, bukan sahaja mereka yang bertapak di kedua-dua syarikat.

“Jelas sekali pengurusan tertinggi Tabung Haji telah gagal menjalankan tugas bukan sahaja sebagai pengurus dana rakyat, tetapi juga pemegang amanah tanggungjawab agama umat Islam,” kata beliau.

Justeru katanya, tanggungjawab harus dipikul oleh individu yang bukan sahaja merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB, tetapi juga turut berperanan melantik kakitangan di kedua-dua Tabung Haji dan 1MDB, iaitu Perdana Menteri Najib Razak sendiri.
“Tidak ada pilihan lain. Perdana Menteri mesti bertanggungjawab penuh dan meletakkan jawatan dengan serta merta,” tegas beliau. – Roketkini.com



NASIB TABUNG HAJI- 3 BAKAL DIKAMBINGHITAMKAN

TABUNG HAJI








 3 WAJAH BAKAL DIKAMBINGHITAMKAN......



1. Tiada ada Negara yang begitu berjaya mengumpul wang dari orang Islam yang berhajat untuk mengerja haji dari Malaysia dengan Tabung Hajinya.

2. Wang yang ditabung sejak ditubuh Tabung Haji sudah meningkat sehingga ribuan juta Ringgit. Wang ini boleh dilabur supaya keuntungan dapat membantu pengurusan tabung haji dan subsidi kepada bakal haji.

3. Wang tabung haji adalah dari pencarum dan Tabung Haji hanya diamanahkan untuk mengurus dengan baik, dengan cara yang dihalalkan oleh Islam. Wang ini bukan milik Tabung Haji.

4. Amatlah menyedihkan apabila wang ini diguna untuk bailout (pemulihan) hutang 1MDB.

5. Tanah Tun Razak Exchange seluas 70 ekar dibeli oleh 1MDB dengan harga RM194.1 million untuk 70 ekar.

6. Sekarang Tabung Haji membeli satu setengah ekar dengan harga 188.5 million Ringgit, hampir sama dengan harga 1MDB beli 70 ekar. Untung besarlah 1MDB. Sebenarnya tanah ini, asalnya untuk mengadakan pusat dagangan bumiputra. Tetapi 1MDB telah mengenepikan projek ini.

7. Inikah cara Tabung Haji mengguna duit orang ramai yang diamanahkan kepadanya. Pencarum berharap duit yang disimpan dengan Tabung Haji diurus untuk kebaikan mereka tetapi wang ini diguna untuk menyelamatkan 1MDB yang telah hilangkan berbillion Ringgit.

8. Rancangan ini perlu dibatal sekarang juga.

9. Tunku Aziz berkata dia sedia menyiasat Jho Low dan Riza Aziz jika saya buat laporan. Sebenarnya laporan telah dibuat oleh pihak lain tetapi tidak ada siasatan yang dibuat oleh sesiapa. Sebaliknya pihak yang melapor dimufliskan dan rumahnya telah digeledah.

10. Jika Tunku Aziz begitu prihatin terhadap gejala rasuah, siasatlah dan laporlah kes-kes berkenaan. Buktikan juga yang saya lesap duit kerajaan!!

Jika tidak dapat diam sajalah

Link : http://chedet.cc/?p=1702

Akhirnya, Kerisauan YB Rafizi Ramli 2 Bulan Lepas Dijelmakan Oleh Pengerusi Tabung Haji Ini Yang Beria-Ia "Melalak" Menolak Kerisauan Kenyataan Rafizi Itu... Akhirnya, Lidah Bercabang Ini Buat Jua Semalam Apabila Dokumen Pembelian Tanah Itu Dibongkarkann Oleh Blogger Dan Disahkan Oleh "Lidang Bercabang" Ini Sendiri!!!... ‪#‎Share‬ ::.kikiki.::


RAFIZI DAH DEDAH AWAL LAGI....RAFIZI VS PENGERUSI TABUNG HAJI

 MELALAK DIA MARAH KE RAFIZI..ALIH  ALIH  BUAT JUGA





Rafizi VS Pengerusi Tabung HajiAkhirnya, Kerisauan YB Rafizi Ramli 2 Bulan Lepas Dijelmakan Oleh Pengerusi Tabung Haji Ini Yang Beria-Ia "Melalak" Menolak Kerisauan Kenyataan Rafizi Itu... Akhirnya, Lidah Bercabang Ini Buat Jua Semalam Apabila Dokumen Pembelian Tanah Itu Dibongkarkann Oleh Blogger Dan Disahkan Oleh "Lidang Bercabang" Ini Sendiri!!!... #Share ::.kikiki.::
Posted by Kami Boikot Buletin Utama TV3 on Friday, May 8, 2015

WAJAH DI LEMBAGA TABUNG HAJI-KENALI MEREKA


DRAMA TERJEMAHAN YANG PATUT ANDA TONTON

Tun Mahathir Vs Dato' Sri NajibHappy labour day!(Debate) Parody Tun Mahathir Vs Dato' Sri Najib Yang Kelakar! Subtitle : Bahasa MelayuEditing, Translation and Render By Dravidian Keyboard Warrior's#AhmadMaslan #Mahathir #Najib #AbdulRaniKulum#Sempena_Kehangatan_pilihan_raya_kecil_permatang_pauh_2015_yang_akan_datang!!
Posted by Dravidian Keyboard Warrior's on Thursday, April 30, 2015

(function() { var d = document, w = window; w

Cuti 55 hari di NZ untuk ziarah anak dan isteri - Edmund Santhara

MUHD MUKHLIS MOHD SYARIF 3 hari lepas bising pasal timbalan menteri cuti 55 hari bekerja pergi jumpa anak dia di New Zealand. 55 hari berker...