Rompin dan Permatang Pauh- Keadaan Minda Orang Melayu maju dan subur.
Keadaan minda
orang Melayu sihat rupa2 nya. Jumlah orang Melayu berminda UMNO makin
berkurangan. Siapa mereka ini?Nanti kita beritahu.
Bangsa lain di Malaysia
sudah lama bersedia membebaskan minda mereka dari kebiasaan. Mereka bukan
Islam- tapi telah lama mempraktikkan salah satu rahsia puasa( sebab puasa akan
datang) yakni meninggalkan kebiasaan( makan, minum dan berkelamin dll).
Jenerasi Melayu
yang bersedia meninggalkan kebiasaan bergantung dan berpaut kepada UMNO semakin
meningkat. Di Rompin kumpulan mereka menyebabkan Dato Hassan Ariffin dapat undi
kurang dari yang pernah dicapai oleh arwah JJ. Pada waktu yang sama, saya tidak
pelulah sebut penyokong Arwah JJ yang tidak sokong Hassan Ariffin.
Di Permatang
Pauh, golongan yang sedia meninggalkan kebiasaan bergayut kepada UMNO
mengesahkan sikaplawan mereka.
Maka 2 perkara
ini- pertambahan jenerasi yang sedia merungkai belengu ikatan dan kesediaan mengesahkan
dan mengonfirmkan pendirian- menyebabkan saya berfikir- the state of the Malay
mind adalah subur dan penuh potensi.
Siapa yang dapat
menfaedahkan keadaan inilah yang akan disokong oleh pengundi melayu.
Golongan minda
UMNO ini macam mana?
1.
Golongan ini termasuk yang percaya kalau
kerajaan bertukar- pencen tak dapat.
2.
kalau UMNO bukan kerajaan penjawat awam kena
berhenti
3.
kalau UMNO tak ada, orang Melayu akan terbiar
4.
kalau UMNO tidak ada, agama Islam akan diancam
5.
dan kalau UMNO taka da, inistutsi Raja Melayu
akan hilang.
6.
Kalau UMNO takde, GST yang ‘baik’ itu akan
hilang
7.
Kalau UMNO tak ada, rakyat tak mahu mana nak
bayar saman kereta.
8.
Kalau UMNO tak ada, ramai orang rindukan Ahmad
Maslan, Shabery Chik, Hassan Malek dan Ismail Sabri.
9.
Termasuk dalam kumpulan ini, para pemimpin umno
yang mengkakak-tuakan blue ocean strategy. Benda ini dah 10 tahun basi tapi
masih diulangi sehinga meloyakan tekak pendengar.
Itu antara nya.
Saya ahli DAP-
saya mahukan institusi raja berpelembagaan terus hidup kerana institusi itu sebahagian
dari budaya saya orang Melayu. Yang berfikiran seperti raya ramai dalam negara
ini dan kian meningkat. Dan saya rasa, institusi Raja Melayu akan menyesuaikan
diri mereka se-ikutnya.
Hanya mereka
mesti mulakan dengan meleraikan diri mereka dari belengu minda UMNO. Insitusi Raja
Melayu dilindungi oleh perlembagaan dan undang2 serta demografi Melayu. UMNO
sahaja yang mengada ngada mengstiharkan mereka pelindung yang lebih baik.
Kita semua tahu
rekod UMNO puluhan tahun yang lalu. Ianya membuktikan bahawa apa yang pernah
dilakukan oleh UMNO ketika itu tidak salah dari segi undang2. . Tidak ada
seorang pun didakwa. Mungkin KPN perlu membaca sejarah daalm perkara ini.
Perkara yang
tidak diduga telah pun berlaku. Sultan Johor telah menyuarakan bantahan
rakyat mengenakan cukai GST terhadap perkhidmatan mereka. Bisnes
kerajaan
bukan berniaga. Mereka memberi khidmat social. Nyatalah dalam hal ini,
Sultan
Johor lagi cerdik dari orang UMNO.
Kalau Sultan Johor bertitah GST tidak masuk akal- akal promoter GST bagaimana?
Kemudian sultan
johor juga menyokong bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Ini suatu pemikiran yang
anti fikiran minda UMNO. Nyatalah Sultan Johor mahukan rakyat Johor khususnya
dan pendengar titah nya diseluruh negara lebih pandai dari tahap kepandaian
yang UMNO mahukan.
Bayangkan-
berapa ramai ahli UMNO kena masuk kelas orang dewasa seperti zaman Tun Razak. Alif
tendang mim, jadi sarkas.
Tapi untuk majoriti orang Melayu
diseluruh negara, Melayu yang mengundi di Rompin dan Permatang Pauh,
menunjukkan jalan selamat untuk orang Melayu.