JIKA UMNO BOLEH JATUHKAN PEJA KERANA RASA TIDAK PUAS HATI.KENAPA PERASAAN SAMA TERHADAP MUHYIDDIN MASIH MAHU DIPENDAM?

 

Asas utama mengapa UMNO bertindak menjatuhkan Ahmad Faizal Azumu atau Peja ialah kerana tidak puas hari dengan beberapa tindakan bekas Menteri Besar Perak itu.

Rasa tidak puas hati itu pada asasnya didorong oleh dua sebab yang utama – perlantikan Setiausaha Politik dan penjualan ladang milik kerajaan negeri kepada sebuah syarikat Singapura di bawah harga pasaran.

UMNO benar-benar tidak puas hati, tersinggung dan marah dengan tindakan Peja melantik Adun UMNO Pengkalan Hulu dalam Bahagian Gerik, Aznel Ibrahim sebagai Setiausaha Politiknya tanpa meminta izin atau berunding dengan mereka terlebih dahulu.

Lebih membuatkan UMNO marah lagi ialah bila Peja mempertahkan perlantikan itu dengan mengatakan ia adalah dalam bidang kuasanya dan tidak memerlukan beliau berunding dengan sesiapa.

Bagi penjualan ladang milik kerajaan negeri pula, UMNO melalui Najib Razak mendedahkan, ladang seluas 15 ribu hektar dan bernilai RM1.03 bilion itu telah dijual kepada sebuah syarikat Singapura dengan harga RM342 juta saja.

Ladang itu juga, tambah Najib, memberi keuntungan tahunan sebanyak RM40 juta kepada kerajaan negeri Perak sebelum ini.

“Itulah sebabnya UMNO menarik balik sokongan terhadap Peja,” dedah Najib melalui media sosialnya.

Bermakna, dengan jumlah kerusi Dun terbanyak di Perak dan disebabkan wujud perasaan tidak puas hati terhadap Peja, UMNO tanpa berfikir panjang lagi telah bertindak menjatuhkan seorang ketua kerajaan negeri.

Dari segi politik, itulah tindakan yang bijak di mana UMNO tahu menggunakan kuasa atau kelebihan yang ada padanya bila mereka tidak lagi dihormati.

Menyamai dengan apa yang berlaku di Perak, UMNO juga ada banyak perasaan tidak puas hati terhadap Muhyiddin Yassin di peringkat pusat.

Dari segi pengagihan jawatan dan kementerian, walaupun UMNO dan BN mempunyai 42 kerusi iaitu terbanyak juga jumlahnya, tetapi pemberian itu nyata tidak dilakukan dengan adil.

Selain tidak diberikan jawatan Timbalan Perdana Menteri, menteri kanan untuk UMNO pula hanya diperuntukkan satu berbanding Bersatu diberikan dua.

Begitu juga dengan kementerian kanan dan strategik, semuanya dibolot oleh Bersatu atau mereka yang keluar daripada UMNO dan PKR untuk menyertai parti pimpinan Muhyiddin itu.

Dari segi penjualan aset kerajaan, sebagaimana di Perak, kerajaan PN turut melakukan penjualan meragukan dan ia memang menimbulkan rasa tidak puas hati UMNO terhadapnya.

Yang terbaru ialah bila PNB menjual pegangan 56.3 peratus sahamnya dalam CCM Bhd kepada sebuah syarikat bukan Bumiputera, Batu Kawan Bhd.

Bagi UMNO, tindakan PNB itu adalah menyedihkan kerana CCM merupakan syarikat yang menguntungkan, selain memperlihatkan PNB yang sepatutnya berperanan melindungi kepentingan Bumiputera telah bertindak berlawanan dengan fungsinya dalam urusniaga yang dijalankan itu.

Yang paling UMNO tidak puas hati dengan Muhyiddin ialah berkaitan tuntutan mereka untuk pengeluaran KWSP dan lanjutan moratorium selama enam bulan lagi.

Dalam perbahasan Belanjawan 2021 baru-baru ini, Najib selaku Pengerusi BNBBC jelas menyatakan sokongan mereka terhadap belanjawan adalah dengan syarat dua tuntutan itu mesti dipenuhi oleh kerajaan.

Menjelang pengundian peringkat dasar, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz telah memberi komitmen untuk memenuhi tuntutan tersebut sehingga belanjawan akhirnya diluluskan dengan mudah.

Namun, apa yang berlaku tidak seperti yang dijanjikan di mana bukan saja tidak moratorium wajib yang diperkenalkan, janji pengeluaran KWSP yang diperkenalkan masih tertakluk dengan beberapa syarat dan kriteria melecehkan.

Ia menyebabkan UMNO tanpa malu-malu melabelkan program i-Sinar KWSP itu sebagai i-kecewa, i-malap, i-kencing dan sebagainya.

Sehingga semalam pun, Presiden UMNO, Zahid Hamidi masih bersuara meluahkan rasa tidak puas hati berkaitan pengeluaran KWSP itu dan menuntut ia dipermudahkan sebagaimana dijanjikan.

Najib pula, dalam posting di media sosialnya, turut tidak henti-henti menuntut pengeluaran KWSP oleh pencarum dipermudahkan di kala rakyat kesusahan dan memerlukan wang sekarang ini.

Isunya di sini jika kerana tidak puas hati terhadap Peja boleh membuatkan UMNO bertindak menarik sokongan dan menjatuhkannya, mengapa tidak dilakukan hal yang sama terhadap Muhyiddin?

Bukankah rasa tidak puas hati UMNO terhadap Muhyiddin jauh lebih besar lagi berbanding perasaan tidak puas hati terhadap Peja?

Bukankah sikap tidak menghormati dan membuli UMNO oleh Muhyiddin juga jauh lebih menyakitkan daripada apa yang dilakukan Peja?

UMNO nak tunggu apa lagi sebenarnya? 

(Shahbudindotcom 06/12/2020)



JANGAN INGAT PARTI SENDIRI SAJA KUAT

 

Hamdan Taha


Hari yang menarik buat saya hari ini...berjumpa dua penyokong dan ahli pas yang berjawatan di peringkat kawasan dan negeri...


Dia kata kes perak ini menyebab kami ahli pas ni hilang kepercayaan pada umno..


Umno ni masih tak sedar bahawa dia parti paling kuat dan abang besar dalam gabungan sudah berlalu...


Dia kata menjelang pru ke 15 jika umno tidak bersama PN umno akan kalah teruk dalam pru kerana orang melayu telah hilang kepercayaan kepada umno...


Jika umno bersama PH orang melayu akan tolak umno...tanbahan pula bersama Dap...


Saya jawap kes perak itu pas perlukan maklumat yang lebih tepat kenapa Peja perlu di tukar,umno tidak akan buat sesuatu kerja tampa ambil kira untung rugi politik dan yang lagi penting ialah tuanku sultan tidak murka atas tindakan umno....jadi pas kenalah buat kerja lebih sikit....jangan tergantung maklumat hanya pada razman pesuruhan jaya pas sahaja....


Ke dua jangan lah kata umno akan kalah dalam pru apabila orang melayu tolak mereka....jangan lupa pru tahun 99 umno telah di tolak oleh orang melayu ketika itu...hanya total sokongan 35 peratus sahaja sokongan orang melayu kepada BN....tapi keputusana pru BN dapat 2/3 kerusi dalam dewan rakyat.....kenapa kerana orang bukan melayu solid sokong BN....


Saya masa tu bertanding nak dapat undi cina dan india satu undi pun tak merasa....peti undi melayu kebanyakan saya menang tapi mejoriti tak besar....peti undi bukan melayu saya kalah sampai 1200 undi....saya dapat 28 undi saja....


Jadi jika umno bergabung dengan PH barangkali betul sokongan undi melayu merosot sedikit....tapi mereka pula dapat undi melayu PH dan undi mejoriti bukan melayu...


Masa tu PN hanya parti gabungan di semenajung antara BERSATU DAN PAS sahaja...di sabah baru ada parti parti lain....satu sudut untung lah pas dan bersatu semua tempat boleh masuk bertanding termasuk bukit bintang....jika tidak siapa nak bertanding di sana...tak kan bagi free kat dap menang tampa bertanding....


Jadi harap orang pas dan bersatu jangan lah rasa diri tu dah kuat....paling penting sebenarnya semua parti kerjasama....


Jangan rasa kita saja kuat....


Bab peja tu kenapa dia kalah dan di singkir tu bab lain.....


Rakan saya ni kata kenapa lah umno tak berlapang dada menerima bersatu....sebagai rakan.....saya jawap dah berlapang dada lah tu...tu sebab dia jadi PM dan semua mp bersatu pengang jawatan menteri hebat hebat belaka.....macam kata umno tak bagi kerjasama lagi....jika ikut nisbah pembahagian secara adil umno lah yang lebih bukan bersatu....tapi dah lapang dada....maka dapat lah semua tu ke bersatu...


Lagi satu sahabat ana nak bagitu kat anta....masa pas bertanding solo pas dapat 18 jer kerusi dengan jumlah kerusi yang di pertandingkan hampir 200 kerusi....anta tau ke bila pas merasa kerusi paling banyak dalam parlimen sehingga pas dapat jadi ketua pembangkang....bila tu ketika pas bersama Dap dan parti keadilan tahun 1999....pas bertanding lebih kurang 60 kerusi sahaja...menang 24.....pas tahun 2018 paling banyak hilang wang pertaruhan....tapi ketika bersama Dap satu kerusi pun tak hilang wang pertaruhan


Saya kata kita penyokong ni jangan dengar semua cakap pemimpin tu....hari ni mana ada pemimpin tahapnya maksum....kena ikut semua cakap dia....awat pas tak sabar sabar tunggu arahan tuanku baru keluarkan kenyataan....ini sejam lepas peja kalah terus buat kenyataan pas tak mau ikut kerajaan baru...bukan umno yang tolak pas..tapi pas dah buat keputusan begitu....bersatu pun sama...


Tiba tiba umno nak buat kerjasama dengan PH bersatu dan pas marah marah dan maki hamun...aiiiii pelik....kenapa nak marah dam sibuk hal orang pulakkk



KERAJAAN JAUH LEBIH STABIL


Image may contain: 3 people, text that says "UNI AWT Sinar comumy Harian Kami sedia bekerjasama dengan UMNO: PH Perak BY NORMAWATI ADNAN 6 DECEMBER 2020 AT 13:15 IPOH Parti gabungan Pakatan Harapan (PH) sedia bekerjasama dengan UMNO untuk membentuk kerajaan baharu yang lebih stabil di Perak."

 faezuddin puad


Jika ianya direalisasikan di Perak maka rakyat akan mendapat sebuah kerajaan yang jauh lebih stabil daripada kerajaan PN.

Selepas itu Johor, Melaka, Kedah, Sabah dan Persekutuan boleh pakai formula yang sama.
Hanya sebuah kerajaan yang stabil mampu keluarkan rakyat daripada masalah Covid-19 dan masalah ekonomi.





KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN JOHOR PASCA SIDANG DUN NEGERI




6 Disember 2020
1. Dalam sebuah sistem demokrasi yang sihat, Kerajaan semasa tidak wajar bersifat angkuh. Kerajaan harus sedar bahawa mereka dipilih oleh rakyat dan rakyat boleh menolak mereka pada bila-bila masa menerusi pilihan raya. Pada masa sama, pembangkang tidak dianggap sebagai musuh tetapi pesiang yang dihormati.
2. Pembangkang dalam sistem Westminster disifatkan sebagai 'His Majesty’s Loyal Opposition', dimana eksekutif dan pembangkang dianggap sebagai sebahagian daripada sistem kerajaan Duli Yang Maha Mulia.
3. Ketua Pembangkang Johor YB Aminolhuda Hassan bersama-sama pimpinan PH Johor telah bertemu dengan YAB Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad sebelum daripada ini. Beberapa perkara untuk memperkasakan demokrasi dan menghormati pengundi termasuklah di kawasan pembangkang telah dibincangkan.
4. Pertama, peruntukan sama rata kepada semua ADUN termasuk pembangkang. Kedua, Jawatankuasa Pilihan Dewan. Ketiga, penyertaan semua ADUN dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Daerah (JTPD).
5. MB telah memberi respon. Seperti dimaklumkan menerusi ucapan belanjawan 2021, sejumlah RM150 ribu telah diperuntukkan untuk ADUN-ADUN pembangkang dan ditambah RM50k secara one-off menerusi ucapan penggulungannya.
6. Berkaitan penubuhan Jawatankuasa Pilihan dan penyertaan ADUN-ADUN pembangkang dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Daerah, MB telah menyatakan tiada halangan tetapi perlu diangkat ke peringkat seterusnya untuk proses lanjut.
7. Ini adalah sejarah dalam demokrasi Johor. Bahkan, Johor telah menjadi contoh
terbaik
bagaimana dewan yang mulia ini telah memainkan peranan berkesan dengan meletakkan kepentingan rakyat pada kedudukan paling hadapan tanpa mengira politik kepartian.
8. PH Johor percaya, saat kita berhadapan wabak Covid19 yang memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan penjajaran politik, Johor telah mencari hikmah mengukuhkan demokrasi menerusi perlaksanaan 3 perkara diatas demi kepentingan rakyat.
9. Lebih menarik, kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang turut merupakan Adun Gambir tidak bertindak sepertimana kerajaan Johor dalam hal ehwal pengukuhan institusi demokrasi yang inklusif.
10. Walaupun begitu, PH Johor melahirkan kekesalan apabila usul dibawa oleh ADUN Pekan Nenas agar Kerajaan pada tahun 2021 memberikan pengecualian cukai harta bagi rumah kos rendah kepada rakyat yang terkesan dengan Pandemik COVID19 ditewaskan menerusi undi belah bahagi 29-27.
TAMAT
----------
YB AMINOLHUDA HASSAN
Pengerusi AMANAH Johor
ADUN Parit Yaani
YB JIMMY PUAH WEE TSE
Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor
ADUN Bukit Batu
YB TAN HONG PIN
Setiausaha DAP Johor
ADUN Skudai

Kerajaan baharu di Perak: Nada Pas sudah lain

 





CEPAT INSAF...LOKMAN KATA PESTA KERAP...

 Image may contain: 1 person, glasses, text that says ""Bila di kubur, malaikat tak tanya saya Menteri Besar atau tidak" Faizal Azumu Ridauddin Daud Disember 4, 2020 15:52 MYT Ahmad Faizal Azumu minta semua pihak harus bersabar susulan kemelut yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pagi Jumaat. Gambar BERNAMA KUALA LUMPUR: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menasihatkan ahli politik supaya beringat kerana kepentingan rakyat sentiasa perlu diutamakan."

SELEPAS PERAK UMNO BERBAIK DENGAN PH DI JOHOR


Selepas UMNO Perak, UMNO Johor pula menganggap PH sebagai rakan mereka.

Berapa lama lagi Muhyiddin mampu bertahan dengan perkembangan ini? Bagaimana

pulak dengan Pas...lepas MN kini PN maka PN tidak bersama MN...Pas pasti mencari

sesuatu yang menguntungkan.

Image may contain: 2 people, text that says "malaysiakini BERITA UTAMA office rakan MB Johor anggap PH strategik' Hasni juga umum peruntukan tambahan RM50,000 kepada Adun pembangkang untuk menangan Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan RM200,000 diberi kepada mereka."

BARISAN HARAPAN ?

 CNP



Who is better? A comparison of manifesto between Barisan Nasional and  Pakatan Harapan – Malaysia Today


Kalau Dap dan Amanah serta Keadilan di Johor boleh bekerjasama dengan Umno untuk menjatuhkan seorang MB dari Bersatu di Perak, apa masalahnya jika Umno atau mana-mana parti selain dari PH boleh bekerjasama dengan Anwar untuk menjatuhkan Presiden Bersatu sebagai PM?

Mereka yang bising selama ini hanyalah puak-puak pemuja atok saka saja...

 

Eloklah bergabung sampai PRU15 tiba 2023.Bagi ANWAR PM9,PH tadbir pusat.Nanti time PRU15,BN UMNO nak keluar lawan PH pun takde hal sikit pun tarak goyang gentar punya.Kami PH bukan penakut bacul pondan macam PAS yang makan keliling.Pulihkan negara dan kebajikan marhen agenda utama kami sampai PRU15 tiba.Gencatan senjata perlu serta merta sekian.

BN UMNO lebih selamat sokong DSAI,PH jike tidak nasib korang akan seburuk PPBM,PAS ingat tu bila PRU15 tiba.Jangan kata aku tak bagi amaran. BN gabung dengan PH jadilah BH BARISAN HARAPAN.Sudah sudahlah tu bergaduh berpecah sejak 1998.MAHATHIR punca segale punca.

PERASAN PARTI HEBAT SANGAT KALAU SEKADAR TUMPANG DAN TIADA MARUAH ?

 


Image may contain: 1 person, text that says "Nasrudin Hassan 2h Ya Allah! Jangan jadikan kami kerdil dihadapan musuh Islam. Izinkan kami menang keatas mereka. Kami bajai nekad dengan iman kami. Izinkan nekad kami menewaskan mereka."

Alahaiii...selama ini anta tak perasan ke dah lama parti anta "kerdil" bahkan tiada maruah lagi?

Bila parti anta jual agama demi jawatan dan kedudukan, maka tidak pelik Allah tarik darjat dan kemuliaan dari parti anta. Sebab itu, parti anta sekarang jadi kerdil sekali.

Apakah tidak kerdil jika parti anta yang sanggup jual maruah bekerjasama dengan pengkhianat merampas mandat rakyat, tetapi Presuden bahkan Murobbi parti anta hanya layak jadi Duta Khas? Timbalan pula jadi menteri jaga alam sekitar menjaga pencemaran tong=tong sampah?

Sudah jadi kerdil masih perasan besar ke, lebai?

WFAUZDIN NS

 

TUNGGANG AGAMA DEMI LABA


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF


 Dia punya gedung dalil, malaikat Zabaniah pun pening sebab bertukar ikut laba politik olamak ijo.


Image may contain: 2 people, text that says "From this: To this: Nasional Tunggang agama. malaysiakini Kemenangan tanpa pilihan raya anugerah Allah March 5, 2020 in BERITA Cubaan tukar kerajaan ini penderhakaan dar pengkhianatan, kata wakil PAS Diterbitkan 10 minit lepas Dikemaskini beberapa saat lepas Rampas dari PH VS 3:08 PM. 04/12/2020 Twitter for iPhone kalah undi dlm dewan"


Perumpamaan bahasa hari ini:
"Jangan minum sebotol todi, mabuk dua tiga botol!"
Maksudnya, kepada yg bukan berugama Islam nak minum... janganlah minum todi. Minumlah jenama khamar carlsberg @ heineken, kerna kesan minum sebotol khamar itu kurang memabukkan dari 3 botol.
Kepada para tabib atau tok bomoh sekalian, sila masukkan si nusi tu dalam botol. #ajergampang





TUMBANGKAN PENGKHIANAT


FAEZUDDIN PUAD




1. Bersatu merupakan parti serpihan UMNO yang ditubuhkan sebelum PRU14 bertujuan menggantikan UMNO sebagai parti orang melayu di Malaysia.


2. Sebaik saja Bersatu-PH menang PRU14, beberapa wakil rakyat UMNO keluar UMNO untuk menyertai Bersatu.


3. Bersatu turut berjaya memikat PAS rakan Muafakat Nasional UMNO. Sekarang PAS kelihatan lebih cenderung kepada Bersatu dengan menyertai Perikatan Nasional secara rasmi. Muafakat Nasional entah ke mana.


4. Selain itu di peringkat persekutuan, walaupun PN disokong UMNO, UMNO tidak pun diberi porfolio strategik dalam barisan kabinet Muhyiddin,


5. Manakala menjelang PRU15 nanti pula, UMNO akan terpaksa berunding dan berkongsi kerusi-kerusi melayu dengan Bersatu dan PAS. Dengan kuasa PM di tangan Bersatu-PN, adakah UMNO akan beroleh kerusi yang banyak dan strategik? dan kembali berkuasa di negeri-negeri?

Image may contain: 1 person

6. Segala tindakan Bersatu terhadap UMNO mutakhir ini dilihat hanya melemahkan UMNO. Ketara yang Bersatu mahu ganti UMNO. Tidakkah UMNO rasa dikhianati?


7. Terus menyokong dan kerjasama dengan Bersatu bermakna membunuh UMNO secara perlahan. Pepatah melayu menyebut, sokong yang membawa rebah.


8. Sama seperti UMNO, PH turut dikhianati Bersatu melalui langkah sheraton sehingga tumbangnya kerajaan pilihan rakyat di peringkat persekutuan dan negeri-negeri.


9. Lalu dalam keadaan begini, saya melihat PH dan UMNO mempunyai satu matlamat yang sama iaitu menumbangkan pengkhianat.


10. Matlamat ini boleh dicapai dengan langkah pertama iaitu gabungan alternatif PH-UMNO membentuk kerajaan di Perak.


11. Sekiranya langkah pertama ini berjaya di Perak, tak mustahil ianya akan turut berjaya di Johor, Melaka, Kedah, Sabah dan akhir sekali di peringkat persekutuan.

12. Ini bermakna, Bersatu akan menjadi pembangkang dan matlamat menumpaskan pengkhianat akan berhasil.


13. Selain itu, kerjasama PH-UMNO akan berjaya tubuhkan sebuah kerajaan yang jauh lebih stabil berbanding kerajaan PN. Hanya kerajaan yang stabil mampu atasi masalah Covid-19 dan masalah ekonomi yang sedang melanda negara.


14 . Justeru, PH-UMNO patut ambil peluang krisis politik di Perak sebagai titik mula keruntuhan kerajaan PN-Bersatu dan mengembalikan mandat rakyat.


15. Rakyat perlu diutamakan masa ini. Lain-lain perbezaan yang mewujudkan jurang antara PH dan UMNO bolehlah dibincangkan kemudian.

Wallahualam.

 

26 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

 


TERIMA KASIH KERANA   MEMBERI SOKONGAN KEPADA 


WRLR.


SILA TEKAN    >     UNTUK MEMBACA BERITA AWAL.


CUBA INI DALAM MASYARAKAT MAJMUK

Who is better? A comparison of manifesto between Barisan Nasional and  Pakatan Harapan – Malaysia Today

Domino kejatuhan Perikatan Nasional bermula?