JANGAN INGAT PARTI SENDIRI SAJA KUAT

 

Hamdan Taha


Hari yang menarik buat saya hari ini...berjumpa dua penyokong dan ahli pas yang berjawatan di peringkat kawasan dan negeri...


Dia kata kes perak ini menyebab kami ahli pas ni hilang kepercayaan pada umno..


Umno ni masih tak sedar bahawa dia parti paling kuat dan abang besar dalam gabungan sudah berlalu...


Dia kata menjelang pru ke 15 jika umno tidak bersama PN umno akan kalah teruk dalam pru kerana orang melayu telah hilang kepercayaan kepada umno...


Jika umno bersama PH orang melayu akan tolak umno...tanbahan pula bersama Dap...


Saya jawap kes perak itu pas perlukan maklumat yang lebih tepat kenapa Peja perlu di tukar,umno tidak akan buat sesuatu kerja tampa ambil kira untung rugi politik dan yang lagi penting ialah tuanku sultan tidak murka atas tindakan umno....jadi pas kenalah buat kerja lebih sikit....jangan tergantung maklumat hanya pada razman pesuruhan jaya pas sahaja....


Ke dua jangan lah kata umno akan kalah dalam pru apabila orang melayu tolak mereka....jangan lupa pru tahun 99 umno telah di tolak oleh orang melayu ketika itu...hanya total sokongan 35 peratus sahaja sokongan orang melayu kepada BN....tapi keputusana pru BN dapat 2/3 kerusi dalam dewan rakyat.....kenapa kerana orang bukan melayu solid sokong BN....


Saya masa tu bertanding nak dapat undi cina dan india satu undi pun tak merasa....peti undi melayu kebanyakan saya menang tapi mejoriti tak besar....peti undi bukan melayu saya kalah sampai 1200 undi....saya dapat 28 undi saja....


Jadi jika umno bergabung dengan PH barangkali betul sokongan undi melayu merosot sedikit....tapi mereka pula dapat undi melayu PH dan undi mejoriti bukan melayu...


Masa tu PN hanya parti gabungan di semenajung antara BERSATU DAN PAS sahaja...di sabah baru ada parti parti lain....satu sudut untung lah pas dan bersatu semua tempat boleh masuk bertanding termasuk bukit bintang....jika tidak siapa nak bertanding di sana...tak kan bagi free kat dap menang tampa bertanding....


Jadi harap orang pas dan bersatu jangan lah rasa diri tu dah kuat....paling penting sebenarnya semua parti kerjasama....


Jangan rasa kita saja kuat....


Bab peja tu kenapa dia kalah dan di singkir tu bab lain.....


Rakan saya ni kata kenapa lah umno tak berlapang dada menerima bersatu....sebagai rakan.....saya jawap dah berlapang dada lah tu...tu sebab dia jadi PM dan semua mp bersatu pengang jawatan menteri hebat hebat belaka.....macam kata umno tak bagi kerjasama lagi....jika ikut nisbah pembahagian secara adil umno lah yang lebih bukan bersatu....tapi dah lapang dada....maka dapat lah semua tu ke bersatu...


Lagi satu sahabat ana nak bagitu kat anta....masa pas bertanding solo pas dapat 18 jer kerusi dengan jumlah kerusi yang di pertandingkan hampir 200 kerusi....anta tau ke bila pas merasa kerusi paling banyak dalam parlimen sehingga pas dapat jadi ketua pembangkang....bila tu ketika pas bersama Dap dan parti keadilan tahun 1999....pas bertanding lebih kurang 60 kerusi sahaja...menang 24.....pas tahun 2018 paling banyak hilang wang pertaruhan....tapi ketika bersama Dap satu kerusi pun tak hilang wang pertaruhan


Saya kata kita penyokong ni jangan dengar semua cakap pemimpin tu....hari ni mana ada pemimpin tahapnya maksum....kena ikut semua cakap dia....awat pas tak sabar sabar tunggu arahan tuanku baru keluarkan kenyataan....ini sejam lepas peja kalah terus buat kenyataan pas tak mau ikut kerajaan baru...bukan umno yang tolak pas..tapi pas dah buat keputusan begitu....bersatu pun sama...


Tiba tiba umno nak buat kerjasama dengan PH bersatu dan pas marah marah dan maki hamun...aiiiii pelik....kenapa nak marah dam sibuk hal orang pulakkk



No comments: