5 DISEMBER 2020 / 19 RABIUL AKHIR 1442
1. Majlis Pengerusi PH Johor telah bermesyuarat hari ini di
Kluang.
2. Kami ambil maklum berkaitan laporan berita oleh portal Utusan
Malaysia pagi ini. Dato Osman Sapian berkata, MB Johor boleh terima nasib sama
seperti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kalau 12 ADUN PPBM di negeri ini 'balas
dendam' melalui usul undi percaya.
3. Esok adalah hari terakhir Sidang DUN Johor. Sebarang langkah
atau usul yang ingin dibangkitkan oleh ADUN PPBM akan disaksikan pada esok
hari.
4. PH Johor memiliki 27 ADUN. Jumlah ini signifikan dalam setiap
usul yang ingin dikemukakan di Dewan Negeri Johor.
5. Kami berpendirian sebarang usul atau langkah yang bakal
dibawa oleh ADUN PPBM esok akan diteliti oleh PH Johor dengan mengambil kira
kepentingan rakyat dan kestabilan negeri.
TAMAT
YB Aminolhuda Hassan
Pengerusi Parti Amanah Negara Negeri Johor
YB Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor
YB Senator Liew Chin Tong
Pengerusi DAP Negeri Johor