SAARANI DIKATAKAN MEMPUNYAI 32 AKUAN BERSUMPAH ADUN PH

 

Kerajaan UMNO dan PH di Perak?

Irwan Muhammad Zain
Kerajaan UMNO dan PH di Perak?
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad pula disebut-sebut bakal menggalas jawatan Menteri Besar Perak yang baharu. - Gambar Astro AWANI
KUALA LUMPUR: UMNO dijangka membentuk kerajaan bersama Pakatan Harapan di Perak susulan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu itu ditolak oleh majoriti wakil rakyat sewaktu undi diadakan untuk menentukan sokongan ke atasnya di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada Jumaat.
Menurut sumber yang rapat dengan UMNO Perak, kerajaan bersama UMNO, Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP itu akan dibentuk dalam masa terdekat.Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak yang juga ADUN Kota Tampan Datuk Saarani Mohamad pula disebut-sebut bakal menggalas jawatan Menteri Besar Perak yang baharu.
"Setakat ini kerajaan baru, kerajaan UMNO dan Pakatan Harapan dengan MB-nya dari UMNO, kemungkinan besar Saarani," kata sumber yang enggan namanya didedahkan itu.
Sebelum ini portal Suaratv melaporkan Saarani telah mempunyai sekurang-kurangnya 32 akuan bersumpah (SD) dari ADUN BN, PKR dan DAP bagi membolehkan beliau menjadi menteri besar.
Difahamkan lima ADUN dari Amanah juga telah bersetuju memberikan sokongan menerusi akuan bersumpah kepada Saarani untuk dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Ahmad Faizal.