KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN JOHOR PASCA SIDANG DUN NEGERI




6 Disember 2020
1. Dalam sebuah sistem demokrasi yang sihat, Kerajaan semasa tidak wajar bersifat angkuh. Kerajaan harus sedar bahawa mereka dipilih oleh rakyat dan rakyat boleh menolak mereka pada bila-bila masa menerusi pilihan raya. Pada masa sama, pembangkang tidak dianggap sebagai musuh tetapi pesiang yang dihormati.
2. Pembangkang dalam sistem Westminster disifatkan sebagai 'His Majesty’s Loyal Opposition', dimana eksekutif dan pembangkang dianggap sebagai sebahagian daripada sistem kerajaan Duli Yang Maha Mulia.
3. Ketua Pembangkang Johor YB Aminolhuda Hassan bersama-sama pimpinan PH Johor telah bertemu dengan YAB Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad sebelum daripada ini. Beberapa perkara untuk memperkasakan demokrasi dan menghormati pengundi termasuklah di kawasan pembangkang telah dibincangkan.
4. Pertama, peruntukan sama rata kepada semua ADUN termasuk pembangkang. Kedua, Jawatankuasa Pilihan Dewan. Ketiga, penyertaan semua ADUN dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Daerah (JTPD).
5. MB telah memberi respon. Seperti dimaklumkan menerusi ucapan belanjawan 2021, sejumlah RM150 ribu telah diperuntukkan untuk ADUN-ADUN pembangkang dan ditambah RM50k secara one-off menerusi ucapan penggulungannya.
6. Berkaitan penubuhan Jawatankuasa Pilihan dan penyertaan ADUN-ADUN pembangkang dalam mesyuarat Jawatankuasa Tindakan dan Pembangunan Daerah, MB telah menyatakan tiada halangan tetapi perlu diangkat ke peringkat seterusnya untuk proses lanjut.
7. Ini adalah sejarah dalam demokrasi Johor. Bahkan, Johor telah menjadi contoh
terbaik
bagaimana dewan yang mulia ini telah memainkan peranan berkesan dengan meletakkan kepentingan rakyat pada kedudukan paling hadapan tanpa mengira politik kepartian.
8. PH Johor percaya, saat kita berhadapan wabak Covid19 yang memberi kesan kepada ekonomi rakyat dan penjajaran politik, Johor telah mencari hikmah mengukuhkan demokrasi menerusi perlaksanaan 3 perkara diatas demi kepentingan rakyat.
9. Lebih menarik, kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang turut merupakan Adun Gambir tidak bertindak sepertimana kerajaan Johor dalam hal ehwal pengukuhan institusi demokrasi yang inklusif.
10. Walaupun begitu, PH Johor melahirkan kekesalan apabila usul dibawa oleh ADUN Pekan Nenas agar Kerajaan pada tahun 2021 memberikan pengecualian cukai harta bagi rumah kos rendah kepada rakyat yang terkesan dengan Pandemik COVID19 ditewaskan menerusi undi belah bahagi 29-27.
TAMAT
----------
YB AMINOLHUDA HASSAN
Pengerusi AMANAH Johor
ADUN Parit Yaani
YB JIMMY PUAH WEE TSE
Timbalan Pengerusi KEADILAN Johor
ADUN Bukit Batu
YB TAN HONG PIN
Setiausaha DAP Johor
ADUN Skudai

No comments: