Jika ada usul Undi Percaya terhadap MB, PH Johor sedia sokong

 

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor terdedah kepada tindak balas Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri hari ini susulan kenyataan pemimpin Bersatu, Datuk Osman Sapian sebelum ini.

Osman pada 5 Disember lalu menyifatkan langkah Umno di Perak menjatuhkan Menteri Besar Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai tidak boleh diterima dan Bersatu Johor harus bertindak balas terhadap MB Umno.

Bagi ketua-ketua parti komponen Pakatan Harapan (PH) Johor, sekiranya Bersatu mahu 'balas dendam' terhadap pengkhianatan di Perak maka PH sedia memberikan sokongan."Majlis Pengerusi PH Johor telah bermesyuarat di Kluang.

"Kami ambil maklum berkaitan laporan berita oleh portal Utusan Malaysia bahawa Datuk Osman Sapian berkata, MB Johor boleh terima nasib sama seperti Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kalau 12 ADUN PPBM di negeri ini 'balas dendam' melalui usul undi percaya.

"Sebarang langkah atau usul yang ingin dibangkitkan oleh ADUN PPBM akan disaksikan pada esok hari (hari ini)," kata kenyataan bersama PH Johor.

Dengan selisih 2 kerusi, menurut PH Johor, usaha menjatuhkan MB Datuk Hasni Mohammad tidak sukar untuk dilakukan.

PH Johor yang mempunyai 27 ADUN yang akan mengundi menentang MB Umno.

"PH Johor memiliki 27 ADUN. Jumlah ini signifikan dalam setiap usul yang ingin dikemukakan di Dewan Negeri Johor.

"Kami berpendirian sebarang usul atau langkah yang bakal dibawa oleh ADUN PPBM akan diteliti oleh PH Johor dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan negeri," kata mereka lagi.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Pengerusi KEADILAN Johor Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi AMANAH Johor Aminolhuda Hassan dan Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong.





 


No comments: