Isunya Bukan Timah, Tapi Mutu Rendah Ahli Parlimen



Rakyat bukan bodoh. Orang Melayu bukan bodoh, tetapi beberapa ahli politik Melayu minda yang cetek dan tak layak jadi wakil rakyat. Rusnah telah menghina orang Melayu dan wanita Melayu dengan pendapat nya. Bila ia di kutuk orang ramai di sosial media, dia berbuat U-turn. The rakyat is NOT stupid but we do have a lot of low quality MPs who like to harp on trivial issues and when are slammed on social media, back-pedal furiously and claim they were misunderstood. She is a liability for GE-15. Sack her Credit to some clever people for their graphics. These were shared by FB friends. Credit theegg.com for the confused graphics. Brilliant! Check out their websit

Sidang Media Datuk Lokman Adam : Laporan Polis Terhadap Muhyiddin Yassin...



Datuk Lokman Adam membuat laporan polis terhadap tindakan PN yang membuat kempen di Melaka walaupun jelas ianya melanggar Akta SPR dan SOP KKM



SOP PELBAGAI DARJAT


Bantahan itu dibangkitkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Dato' Seri Ahmad Maslan yang mempertahankan bahawa pelancaran jentera pilihan raya BARISAN NASIONAL telah mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan. "Pada kefahaman kami apabila diberikan kenyataan oleh KKM pada kefahaman kami kenyataan itu ditujukan pada aktiviti kempen di negeri Melaka, kami bukan sengaja untuk melanggar apa-apa SOP ditetapkan.

PRN Melaka | Anwar beri bayangan tidak ketepikan tiga DUN Melaka




Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tidak akan ketepikan tiga ADUN negeri Melaka yang umum menyokong Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri. Ini kerana kata Anwar, tiga ADUN ini menyokong untuk mengembalikan mandat Pakatan Harapan yang dikhianati sebelum ini.

(PRN Melaka) Shamsul Iskandar: Sidang Media Mengenai Pilihan Raya Negeri...


(PRN Melaka) Shamsul Iskandar: Sidang Media Mengenai Pilihan Raya Negeri Melaka 31/10/2021

AKHIRNYA UMNO U-TURN



“YAB Ketua Menteri Adly Zahari, pemimpin yang berkaliber dan berkualiti tawaduk dan rendah diri, sejenang bersamanya cukup bernilai dan bermakna, walaupun dari sudut yang berbeza, kejatuhannya satu kerugian buat orang Melaka, politik tak mengenal personaliti, hanya kerana kerakusan segelintir, yang baik pun dilihat buruk, yang cantik pula jadi hodoh,” katanya menerusi hantaran di Facebook. Justeru, jika UMNO berpecah dengan PAS, keadaannya akan semakin parah kerana para walaun juga tidak akan mengundi UMNO.




Semua parti sah guna logo PH dalam PRN Melaka, kata Adly

 


Oleh SURI LAILA / October 31, 2021

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mengesahkan penggunaan logo rasmi gabungan itu bagi semua parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November ini.

Adly dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini, meminta jentera parti mengutamakan logo dan slogan gabungan itu.

“Pimpinan PH Negeri Melaka dengan ini mengesahkan penggunaan logo PH untuk semua parti dalam PRN Melaka 2021.

“Slogan kempen ialah ‘Maju Bersama Harapan’.

“Semua jentera parti PH diminta mengutamakan logo dan slogan ini sepanjang PRN Melaka 2021,” katanya.

Pada Jumaat lalu, Pimpinan Tertinggi PH telah memutuskan untuk menggunakan lambang rasmi PH sepanjang pilihan raya berlangsung.

Pengagihan kerusi juga dimaklumkan telah selesai dimuktamadkan.

 


PN goyang tidak tahu guna lambang apa, kata Umno

 =

Oleh SURI LAILA / October 31, 2021

Ketua Penerangan BN Selangor, Isham Jalil menganggap Perikatan Nasional (PN) sedang goyang dan tidak pasti untuk menggunakan lambang apa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November ini.

Isham yang juga bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak, merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada semalam bahawa gabungan itu belum memutuskan logo yang akan digunakan mereka.

Isham menyifatkan, jika PN menggunakan logo Pas, besar kemungkinan orang bukan Melayu tidak akan mengundi mereka.

“Azmin kata PN belum buat keputusan untuk pakai lambang apa dalam PRN Melaka kali ini. Mereka sudah goyang dan tidak pasti untuk pakai lambang apa

“Jika mereka guna lambang Perikatan Nasional pula, mereka akan hilang undi Melayu Pas.

“Dalam kedua-dua kes, mereka (PPBM) tahu sukar untuk mereka menang apa-apa kerusi. Tambahan lagi dengan rekod buruk mereka mentadbir kerajaan selama 39 bulan sebelum ini (22 bulan dalam PH dan 17 bulan dalam PN),” katanya dalam satu hantaran Facebook hari ini.

Menurut Isham, PN kini hanya ingin memecahkan undi Melayu supaya Barisan Nasional kalah dalam PRN kali ini.

Dan sekali lagi katanya, PN akan membantu PH untuk menang dengan pecahkan undi Melayu seperti yang mereka lakukan semasa PRU-14 yang lalu.

“Inilah dia perangai Parti Pemecah Belah Melayu (PPBM),” selarnya.

Panas !!! 16,902 penjawat awam belum daftar vaksin akan dikenakan tindakan esok


Dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan. Itu antara tindakan tegas yang bakal diambil terhadap mana-mana penjawat awam yang masih enggan mengambil vaksin Covid-19 tanpa sebarang alasan kesihatan, bermula esok.

Tindakan itu dibuat selaras dengan arahan dikeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 tahun 2021 oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 18 Oktober lalu.

Pekeliling ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd. Rahman itu jelas menyatakan, penjawat awam yang tidak mematuhi arahan daripada ketua jabatan untuk mendapatkan dos vaksin Covid-19 selepas 1 November boleh dikenakan tindakan tatatertib atau ditamatkan perkhidmatan.

Menurut pekeliling itu lagi, langkah berkenaan diambil bertujuan memastikan persekitaran tempat kerja yang selamat dan penyampaian perkhidmatan serta produktiviti perkhidmatan awam berada pada tahap optimum.

Pekeliling tersebut turut menyatakan bahawa penjawat awam tertakluk kepada syarat-syarat perkhidmatan selaras dengan Fasal (2) Perkara 132 Perlembagaan Persekutuan dan terikat dengan Surat Aku Janji yang ditandatangani apabila dilantik ke dalam perkhidmatan awam Persekutuan.

Semua pegawai awam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A) 395/1993].

PU(A) 395/1993 memperuntukkan tujuh hukuman tatatertib yang boleh dikenakan kepada pegawai awam yang didapati melakukan kesalahan, iaitu amaran, denda, dilucut hak emolumen, tangguh pergerakan gaji, turun gaji, turun pangkat atau dibuang kerja.

Penjawat awam yang dikenakan tatatertib juga, tidak layak untuk dipertimbang kenaikan pangkat bagi tempoh tertentu mengikut jenis hukuman, seperti amaran (12 bulan), denda (18 bulan), lucut hak emolumen (24 bulan), tangguh pergerakan gaji (30 bulan), turun gaji (36 bulan) dan turun pangkat (48 bulan)

Statistik terkini dikeluarkan JPA setakat semalam mendapati, seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam belum mendaftar bagi mendapatkan pelalian berkenaan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin turut mengesahkan kira-kira 2,000 guru di seluruh negara dikesan masih enggan menerima suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya, pihaknya tidak mahu guru-guru yang menolak vaksin tanpa sebab ini akan menyalahkan kementerian atau kerajaan sekiranya tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka kelak.

“Sebagai penjawat awam, guru juga tertakluk kepada peraturan di bawah JPA,” katanya.

DEMI SERVIVAL PANGKAT DAN JAWATAN.PAS ISTIQAMAH MAIN DUA KOLAM. WALAU KOLAM ITU NAJIS...

 Sanusi


Pas bersedia bermain dalam 100 ‘100’ dan akan terus istiqamah demi untuk penyatuan ummah.

Itu ketegasan dinyatakan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berhubung pendirian parti itu sama ada akan bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) atau Muafakat Nasional (MN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurutnya, ketetapan itu bukan disebabkan Pas rakus kuasa, sebaliknya mahu melihat UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas kembali bergabung.

“Main 100 ‘kolam’ pun tak apa sekiranya atas nama penyatuan, perpaduan dan kesatuan politik Islam Melayu.

“Sekiranya ada 100 ‘kolam’ pun, kita akan berenang, jangan kata dua atau tiga, lebih pun kami bersedia,” katanya pada sidang media selepas perasmian penutup MyDigitalMaker Virtual Fair Negeri Kedah (MaiReka) di Wisma Darul Aman pada Ahad.

Muhammad Sanusi berkata, Pas sedang berusaha melakukan kerja-kerja pendamaian bagi menyatukan semula semua parti dalam PN dengan semangat setiakawan yang tinggi.

“Semangat setiakawan dalam MN mahupun PN akan dihargai. Allah SWT perintahkan apabila berlaku perbalahan untuk kita damaikan pihak yang berbalah. Mana boleh pendamai dikatakan rakus kuasa.

Rundingan masih dijalankan sehingga kini untuk elak pertembungan tiga penjuru,” katanya.

Menurutnya, penyatuan akan menguntungkan semua pihak, manakala perpecahan hanya merugikan dan melemahkan kita.

“Siapa nak untung, siapa nak rugi, tentulah orang nak untung. Oleh itu jangan letakkan kepentingan peribadi di hadapan, halangan yang boleh bantutkan usaha penyatuan kita ketepikan,” katanya lagi.

Muhammad Sanusi berkata, biarpun Pas dilihat seolah dilema untuk memilih antara PN dan MN, namun realitinya Pas bersedia menjalin kerjasama dengan pihak mahukan kepada penyatuan.

“Dalam dilema itu bukan Pas, tetapi orang lain. Pas tiada masalah apa-apa, sesiapa yang mahu kepada penyatuan dipersilakan. Pas bersedia bekerjasama dengan kedua-duanya sekaligus,” katanya.

Menurutnya, adalah tidak adil untuk melabel Pas sebagai rakus kuasa apabila menjalin kerjasama dengan MN dan PN serentak, kerana parti itu hanya mahu menyatukan politik Islam Melayu.

“Ini bukan kerakusan kuasa tetapi kewajipan Pas untuk menyatukan umat Islam. Mana boleh kata itu kerakusan kuasa, adalah dosa menuduh Pas rakus.

“Penyatuan itu suatu kewajipan, penyatuan ummah wajib manakala perpecahan haram dan harus dielakkan. Apabila ia suatu kewajipan dalam agama, kita perlu tunaikan. Bukan sekadar suka-suka atau atas kepentingan sesiapa, saya harap perkara ini dilaksana semua pihak,” katanya.

Pada Sabtu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memberi bayangan bahawa masih ada ruang untuk Pas, UMNO dan Bersatu duduk bersama dalam menghadapi PRN Melaka pada 20 November depan.

Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pula pada Rabu, memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas pada PRN Melaka menerusi Muafakat Nasional (MN) namun tiada pendirian dinyatakan mengenai kerjasama dengan Bersatu.

PH belum putus nasib bekas tiga ADUN tumbangkan kerajaan PN

 


Pakatan Harapan (PH) masih belum memutuskan nasib tiga bekas ADUN Umno dan Bersatu yang menumbangkan pentadbiran Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali, biarpun Datuk Norhizam Hassan Baktee telah ditolak bertanding menggunakan tiket PH.


Menurut Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim perbincangan masih diadakan oleh PH Melaka dalam memutuskan nasib mereka mengambil kira usaha ketiga-tiga bekas ADUN itu dalam mengembalikan mandat rakyat kepada PH.


"Satu dah (ditolak), tinggal tiga. Kita masih dalam peringkat akhir. Kita kena jelaskan juga kedudukan ini.


"Pimpinan PH Melaka bincang dengan mereka, minta kerjasama mereka. Mereka mengambil keputusan menyokong PH dan memulihkan mandat kepada PH yang dirampas atau dikhianati sebelumnya.


"Sekarang kita ada masalah untuk menolak begitu sahaja sebagaimana yang diharapkan dalam media sosial. Itu tidak tepat sebab dia sokong untuk kembalikan mandat kita," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan di majlis sumbangan bakul makanan sempena Deepavali, di Port Dickson, pagi tadi.


Menurut Anwar, faktor ketiga-tiga bekas ADUN tersebut sanggup dipecat dari parti asal mereka perlu diambil kita sebelum keputusan dibuat.


"Kedua persefahaman mereka untuk bersama (PH). Kalau mereka umpamanya ambil keputusan, mereka dah jangka akan dipecat oleh Umno atau Bersatu. Jadi demikian kita nak ketepikan begitu sahaja, tidak bholeh.


"Saya terpaksa bincang dengan kepimpinan PH di Melaka untuk mengambil kira hal ini sebelum sebelum buat keputusan.


"Tetapi saya kurang bersetuju jika orang longgokkan mereka sebagai kumpulan Langkah Sheraton umpamanya. Ini mereka nak kembalikan amanah kepada PH. Itu pertimbangan kita," kata Anwar lagi


KEADILAN teruskan sesi libat urus bersama anak muda profesional

 

Sesi libat urus bersama anak muda profesional diteruskan bagi mendengar pendapat bernas dalam era pasca pandemik dan ke arah memperbaiki ekonomi, pentadbiran dan sosial pada masa hadapan.


Sehubungan itu, satu dialog diadakan antara Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekumpulan 30 profesional yang berumur 20-40an di Ibu Pejabat KEADILAN, semalam.


Menurut Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN Nik Nazmi Nik Ahmad, dialog tersebut berjaya menghimpunkan perserta dari kalangan pemilik perniagaan, peguam, doktor, eksekutif korporat dan pelbagai kerjaya lain untuk sesi sumbang saran secara terbuka.


"Pertemuan ini sebahagian daripada usaha berterusan KEADILAN mendengar pendapat anak muda serta memahami aspirasi dan idea mereka tentang kaedah memajukan negara.


"Semasa sesi perbincangan, mereka membawa pelbagai isu kepada kami, termasuklah masalah gaji rendah dan integriti wakil rakyat.


"Mereka juga mengetengahkan pandangan tentang bagaimana KEADILAN dan PH boleh kekal responsif terhadap kebimbangan utama pengundi Malaysia," katanya.


Bagi pihak KEADILAN, kata Nik Nazmi, parti itu tetap akan memberikan dokongan kepada budaya inklusif masyarakat majmuk dan mengutamakan perjuangan reformasi sistem di negara ini.


Katanya, parti akan sentiasa memberi ruang dan peluang kepada anak muda dalam menyampaikan pandangan terutama di ruang media sosial yang dicetuskan oleh penggiat KEADILAN.


"Kami memberi penekanan tentang komitmen yang tidak akan goyah terhadap agenda inklusif dan berasaskan reformasi; yang telah menyaksikan KEADILAN muncul sebagai parti berbilang kaum paling berjaya dalam sejarah Malaysia.


"Kami juga menekankan parti akan terus melibatkan orang ramai melalui acara fizikal dan dalam talian termasuk melalui aplikasi media sosial seperti Clubhouse dan Twitter Spaces pada masa hadapan.


"Kami percaya acara seperti hari ini adalah satu kewajipan untuk parti politik seperti KEADILAN untuk melihat keperluan rakyat dan mencari jalan dan cara menegakkan kepentingan mereka," katanya lagi.


Turut terlibat ialah Bendahari KEADILAN, Lee Chean Chung dan Pengerusi Biro Profesional Belia KEADILAN, Seah Jhen Pei.


Walau ceramah tanpa kehadiran penonton, KEADILAN dikompaun RM10,000

 


Larangan berkempen secara berhimpun dikuatkuasakan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah bagi mengelakkan kontak fizikal yang boleh menimbulkan kluster Covid 19.

Namun malangnya, percubaan KEADILAN menganjurkan ceramah bergerak malam tadi tanpa penonton fizikal, tetap dikompaun RM10,000 dan menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan pemimpin serta penyokong Pakatan Harapan di Melaka.


Menurut Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, program penerangan tanpa melibatkan perkumpulan fizikal sepatutnya tidak dihalang kerana tidak menimbulkan kemungkinan jangkitan Covid.


"KEADILAN memikirkan cara munasabah untuk kita menjalankan kempen tanpa adanya dua elemen, iaitu perhimpunan yang akan mewujudkan keadaan sukar dilakukan penjarakan sosial serta majlis sosial.


"Justeru kita memulakan kempen ceramah bergerak tanpa penonton. Konsep kita gunakan lori, kita ubah suai jadi pentas ceramah di kawasan taman perumahan. Lori itu mempunyai alat pembear suara cukup kuat.


"Kita buat di dua lokasi malam tadi, iaitu di Taman Seri Krubong dan Taman Krubong Jaya dalam DUN Paya Rumput. Dalam ceramah yang hadir penceramah, petugas, rakan media, pegawai dan polis


"Pendengar duduk di rumah di pinggir rumah masing-masing atau di media sosial. Kita ceramah dalam 30 minit dan kita bergerak ke tempat lain


"Namun saya kesal sewaktu kami menganjurkan program itu di Taman Krubong Jaya pasukan polis mengeluarkan kompaun yang menyatakan kesalahan engkar SOP kerana adakan kempen pilihan raya," katanya dalam sidang media secara maya dari Melaka sebentar tadi.


Pada masa sama, Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu turut menafikan ceramah semalam merupakan kempen pilihan raya kerana proses penamaan calon belum bermula.


Katanya, pemberitahuan telah dilakukan kepada pihak polis di bawah Akta Perhimpunan Aman dan permit ceramah tidak perlu dipohon untuk program penerangan biasa.


"Ini kita kesalkan kerana buat pertama kali KEADILAN cuba jadi parti kreatif, kita guna pendekatan lebih teliti dan tidak berlaku kontak fizikal namun kita kesal polis masih keluarakn kompaun kerana adakan kempen


"Kita tahu PRN hanya berlaku apabila mula penamaan calon


"Semalam kita hanya lakukan program penerangan untuk menyediakan pengundi yang akan keluar mengundi mengenai isu terkini berkaitan hal negeri Melaka dan Belanjawan di peringkat Persekutuan," katanya.


Sehubungan itu, Shamsul mendesak Menteri Kesihatan dan Menteri Dalam Negeri menjelaskan secara terperinci Prosedur Operasi Piawai sepanjang tempoh kempen PRN.


Katanya, KEADILAN berhasrat akan menggunakan kaedah ceramah di parkir sebagaimana dilakukan di Amerika Syarikat (AS) sepanjang kempen pilihan raya presiden lalu, pada kali ini.


"Misalnya kita lihat di luar negara sewaktu kempen pemilihan Presiden AS ada ceramah drive thru, ceramah besar tetapi mereka duduk dalam kereta. Jadi macam mana kempen seperti ini ? Ini adalah kreativiti masing-masing


"Kita akan cuba adakan program seperti itu, babitkan konsep lain sedikit tetapi diamalkan di negara lain kerana meminimakan kehadiran orang tetapi mereka boleh duduk dalam kenderaan masing-masing.


"Saya akan menulis surat kepada Menteri Kesihatan. Saya ingin tegaskan kepada Menteri Dalam Negeri supaya dapat beri taklimat kepada polis di bawah.


"Kerana mereka tidak boleh memahami dengan jelas atau dipukul rata sahaja. Semalam, BN juga buat program, dari segi gambar ramai yang hadir. Begitu juga PN, lebih 10 orang hadir, apakah mereka juga disaman dengan kompaun," katanya lagi.


SPOT CHECK DATANG HAID TIDAK WAJAR DITERUSKAN


GEGAK-GEMPITA KONON NO BERSATU, REALITINYA 3 JUTA AHLI UMNO HIDUP-HIDUP KENA TIPU



Cissss…sembang kari dan gebang lebih saja UMNO selama ini rupanya.


Konon tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu dan sedia berlawan dengan parti itu dalam PRN Melaka, hakikatnya semua itu hanya tipu dan propa saja.


Realiti yang tersembunyi, UMNO sebenarnya penakut dan kecut perut untuk bertanding solo dalam pilihanraya tersebut.


Kalau dengar sembang pemimpin UMNO, khususnya Zahid Hamidi bukan main lagi konon beraninya mereka – mahu bertanding sololah, sedia lawan tiga penjurulah, yakin boleh menanglah, tak mahu bersama dengan Bersatulah, akur ketetapan PAUlah dan macam-macam lagi gebang gajah terbang, tapi semua itu tidak lebih suatu penipuan belaka.






Kalau tidak takut untuk bertanding solo dan bukan menipu namanya, untuk apa MT UMNO membuat keputusan memberi mandat kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri untuk mencari jalan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam PRN Melaka?


Dalam pengakuannya yang mustahil beliau berbohong, Ismail Sabri berkata, MT UMNO telah memberi mandat kepadanya selaku Perdana Menteri untuk berunding, termasuk berbincang dengan parti dalam kerajaan agar tidak berlaku pertembungan tiga penjuru dalam PRN Melaka.


Ismail yang juga Naib Presiden UMNO berkata, UMNO dan BN akan berusaha untuk mengelak pertembungan tiga penjuru antara parti dalam kerajaan, termasuk dengan Bersatu.


Katanya lagi, beliau sedang menjalankan rundingan dengan PAS dan Bersatu bagi memastikan pertembungan sesama sendiri pada pilihan raya dapat dielakkan, serta bagi menentukan bentuk kerjasama pada PRN Melaka, selaras mandat yang diberi MT itu.


“Keputusan UMNO adalah kita berhasrat mengelakkan pertembungan dengan mana-mana parti dalam kerajaan, terutama tiga penjuru.


“MT UMNO memberi mandat kepada saya untuk berunding dan berbincang dengan parti dalam kerajaan bagi mengelak pertembungan,” demikian katanya sebagaimana dilaporkan Berita Harian.


Dalam hal ini, adakah ahli UMNO tahu mengenai keputusan MT yang memberi mandat kepada Ismail Sabri untuk berunding dengan Pas dan Bersatu itu?


Kenapa dalam kenyataan media selepas mesyuarat MT minggu lalu hanya dilaporkan tentang hasrat UMNO untuk meneruskan kerjasama dengan Pas saja dan langsung tidak disebut tentang hubungan dengan Bersatu?


Mengapa UMNO tidak berterus-terang tentang mandat yang diberi kepada Perdana Menteri untuk mengadakan rundingan mengelakkan pertandingan tiga penjuru, termasuk dengan Bersatu itu?


Apa yang berlaku sekarang, Zahid Hamidi sudah berada di Jerman untuk menerima rawatan sakit belakang sehinggalah PRN Melaka berakhir, Najib Razak sedang sibuk berkempen untuk mencari kemenangan, tetapi Ismail Sabri dalam masa yang sama sedang mengadakan rundingan perdamaian dengan Bersatu.


Lakonan apakah semua ini?


Kepada ahli bawahan turut didendangkan dengan gegak gempita laungan UMNO tetap mahu berlawan dengan Bersatu, namun diam-diam Perdana Menteri diberi mandat berunding yang mana ia diputuskan oleh mesyuarat MT UMNO yang dipengerusikan oleh Zahid Hamidi sendiri.


Drama hipokrasi apa sedang mereka pentaskan ini?


Apa pun, lakonan dan hipokrasi ini menjadikan 3.4 juta ahli UMNO hidup-hidup kena tipu oleh pemimpin mereka sendiri. – ShahbudinHusin 31/10/2021.

Pemimpin Umno dedah kenapa Bersatu beriya-iya nak Pas guna logo PN

 


Panas! Pemimpin Umno dedah kenapa Bersatu beriya-iya nak Pas guna logo PN


Pada PRU-14, PAS telah mendapat lebih kurang 15 peratus undi Melayu di Melaka.

Oleh kerana faktor Dr Mahathir, PH pula telah mendapat 20 peratus undi Melayu, bertambah 10 peratus daripada undi Melayu yang diperoleh oleh PH berbanding pilihanraya-pilihanraya sebelum ini di Melaka.

UMNO dan Barisan Nasional telah mendapat 65 peratus undi Melayu di Melaka pada PRU-14.

PH (dan PPBM) telah menang kerana mereka telah memecahkan 10 peratus undi Melayu atas, dan dengan sokongan solid daripada hampir semua undi bukan Melayu terutama undi Cina mereka telah berjaya mengalahkan Barisan Nasional.

Kebanyakan daripada 10 peratus undi Melayu yang dipecahkan oleh PPBM/PH di atas adalah asalnya pengundi Barisan Nasional (BN); dalam pilihanraya-pilihanraya sebelum ini BN telah mendapat lebih kurang 70-75 peratus undi Melayu di Melaka berbanding 65 peratus semasa PRU-14.

Kali ini PPBM ingin menggunakan formula yang sama, iaitu dengan sekali lagi memecahkan sekurang-kurangnya 10 peratus undi Melayu tersebut daripada Barisan Nasional (BN) supaya BN tidak boleh menang pilihanraya walaupun ia bermaksud PH kembali berkuasa.

Apa yang dibuat oleh PPBM di PRN Melaka kali ini samalah seperti apa yang mereka telah buat pada PRU-14 yang lepas, tugas mereka ialah memecahkan undi Melayu untuk memenangkan PH.

Namun kali ini mereka (PPBM) tentunya tahu kebarangkaliannya mereka tidak boleh menang apa-apa kerusi hanya dengan memecahkan 10 peratus undi Melayu tersebut.

Dan kali ini belum tentu mereka akan dapat kembali 10 peratus undi Melayu yang mereka pecahkan dahulu dan besar kebarangkalian mereka akan hilang undi ini sebab Dr Mahathir tidak lagi bersama mereka (PPBM) dan mereka tidak ada akar umbi untuk meraih 10 peratus pengundi Melayu ini lagi.

Sebab itu kini mereka (PPBM) memerlukan PAS untuk menarik 15 peratus undi Melayu PAS kepada mereka pula dan menjadi akar umbi mereka.

Dan kali ini cita-cita mereka (PPBM) adalah lebih besar lagi, iaitu bukan sahaja mereka mahu memecahkan undi Melayu supaya Barisan Nasional tidak menang, namun mereka (PPBM) juga mahu cuba menang beberapa kerusi waima dua atau tiga kerusi supaya mereka boleh jadi penentu atau “kingmaker” jika tiada mana-mana parti mendapat majoriti kelak.

Namun demikian, walaupun pemecahan 15 peratus undi Melayu tersebut mungkin boleh menggugat supaya Barisan Nasional tidak menang, tetapi ianya tidak cukup untuk mereka (PPBM atau PAS) menang apa-apa kerusi.

Ini terbukti apabila dengan 15 peratus undi Melayu pada PRU-14 yang lepas pun PAS tidak menang apa-apa kerusi di Melaka, manakala PPBM hanya menang dua kerusi, itupun dengan sokongan undi bukan Melayu terutama undi Cina dengan bantuan PH, tetapi kali ini pengundi Cina PH tidak akan bantu mereka lagi.

Untuk mereka (PPBM) menang apa-apa kerusi dengan hanya sokongan 15 peratus undi Melayu dari PAS, mereka tahu mereka perlukan sokongan dari undi Cina dan India.

Namun mereka juga tentunya tahu bahawa pengundi-pengundi Cina dan India tidak akan sokong PAS, terutama apabila mereka nampak bendera PAS bersama PPBM dalam PN.

Mereka tentunya telah fikir yang lambang bulan PAS di atas kertas undi hanya akan menakut-nakutkan pengundi Cina, India dan bukan Islam oleh itu akan mengecilkan peluang mereka untuk meraih undi bukan Melayu dan menang apa-apa kerusi.

Untuk menyelesaikan masalah ini, mereka (PPBM) dan Muhyiddin tentunya telah buat keputusan dan mengarahkan PAS supaya menggunakan lambang dan logo Perikatan Nasional dan meninggalkan bendera dan lambang tradisi PAS iaitu bulan dalam pilihanraya ini; samalah seperti apabila PH menggunakan lambang PKR dalam PRU-14 supaya pengundi Melayu tidak nampak lambang roket DAP.

Strategi memecah-belahkan undi Melayu mereka ini amat licik.

Namun kali ini ia akan memakan diri mereka (PPBM/PN) kerana besar kemungkinan orang-orang bukan Melayu tidak akan mengundi PPBM/PN kerana pengkhianatan yang mereka telah lakukan apabila mereka (PPBM) menjatuhkan kerajaan PH semasa Langkah Sheraton dahulu.

Dan orang-orang Melayu yang biasanya mengundi PAS dan tidak mengundi PH/PPBM dalam PRU-14 lepas pula kali ini tidak nampak lambang bulan di peti undi lantas tidak mengundi mereka jua.

Apabila ini berlaku, yang mereka (PN) kejar (undi Cina dan India) tidak dapat, yang dikendong (undi Melayu) berciciran. Dan yang paling rugi adalah PAS dan orang-orang Melayu yang percaya kepada PPBM ini.

Saya lihat UMNO iaitu rakan Muafakat Nasional PAS tidak mahu lihat PAS terjebak dalam perangkap PPBM ini.

Ianya masih belum terlambat untuk membuat keputusan yang baik dan bijak.

Sebab itu kita cadangkan supaya PAS guna sahaja bendera dan lambang tradisi mereka iaitu lambang bulan yang berpuluh tahun lamanya dikibarkan dalam perjuangan mereka daripada disimpan sahaja dalam almari.

Sekurang-kurangnya dengan menggunakan lambang dan bendera sendiri ini mereka (PAS) akan meningkatkan kebarangkalian untuk mengekalkan jumlah pengundi Melayu yang mengundi mereka dahulu dengan lebih bermaruah.


BERSATU AKAN MATI ?



JAMZURI ARDANI


 "BERSATU IS DEAD!" - kata seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada saya bila saya tanyakan kepadanya tentang nasib parti itu setelah Mahaidin ditumbangkan.

Bersatu terperangkap akibat kebodohan dan pengkhianatan sendiri. Parti itu sudah hilang arah tuju. Umno menolak sebarang kerjasama dengan parti Bersatu dalam pilihanraya. Di Melaka, Umno langsung tidak beri muka pada Bersatu.
Semua orang tahu, Bersatu parti yang tiada kekuatan. Dalam PRU14, parti itu sekadar menumpang kekuatan PH. Tapi jenis manusia tak tahu diuntung, Bersatu menikam rakan yang pernah menolongnya.
Umno bukan parti bodoh. Umno pun tahu Bersatu tidak boleh dipercayai. Kalau Bersatu boleh tikam PH, tidak ada sebab untuk parti itu tidak tikam Umno nanti. Cuma PAS sahaja yang masih percaya dengan Bersatu. Tapi, itu pun mungkin tidak akan lama. Bila Bersatu sudah tidak lagi dilihat memberi apa-apa untung kepada PAS, parti itu akan kembali ke pangkuan Umno semula dan meninggalkan Bersatu.
Umno jatuhkan Perdana Menteri dari Bersatu, Bersatu hanya mampu berputih mata. Umno jatuhkan MB Bersatu, Bersatu tak mampu buat apa-apa. Peminta sedekah tidak boleh memilih. Terima sahaja seadanya.
Baru-baru ini Menteri Umno buang semua lantikan politik dari Bersatu dalam kementeriannya. Bersatu hanya mampu merintih. Nak bertindak tak berani. Maklumlah, jadi melukut di tepi gantang.
Saya harap Bersatu kalah teruk di Melaka. Biar hilang deposit semua calon Bersatu. Parti itu memang parti paling tak berguna. Biar parti itu lenyap terus tanpa kubur. Kewujudan parti seperti ini memalukan negara.
Itulah harapan saya.

PANJANG AKAL UNTUNG ATAS ANGIN..

 

Ibaratnya si A berebut harta dengan si B. Si C duduk tengah-tengah. Bagi si C, siapa dapat harta paling banyak, dia ikut. Kira macam bohsia la.

Sebab A dengan B tak habis berebut, si C pun cakap senang semua harta bagi pada dia. Biar dia yang pegang. Siapa nak pakai, minta dari dia.
Hahaha... Panjang akal lebai. Tapi aku suka dengan cadangan ini. Senang PH nak menang. PAS dalam PRU14 pun dapat telur ayam. Kalau pakai lambang PAS, sejarah dan pasti berulang. Kan helok tu...

ADAKAH RAKYAT MALAYSIA AKAN DIBULI

 

Bila aku tulis sebelum ini tentang projek mega yang tak diperlukan boleh menggadai negara, ada yang kata keterlaluan tuduhan itu.

Tapi cuba lihat ini. Bayangkan kalau hutang tak dapat dilangsai. Apa yang akan terjadi?
Jangan lupa Zimbabwe pernah buat perkara yang sama sehingga China kini menguasai Zimbabwe. Sampai rakyat Zimbabwe dibuli oleh majikan China.
Siapa yang buat hutang ni? Najib! Dia dari parti mana? UMNO/BN. Nak pilih BN lag dan jangan lupa, PN sendiri bergantung harap ke BN. Jadi mereka sama.

(function() { var d = document, w = window; w

'Masa untuk saya sertai KEADILAN, Generasi muda bosan politik lapuk' - Dr Maszlee

  Sungguhpun Pakatan Harapan (PH) kalah dalam Pilihan Raya Negeri Melaka baru baru ini, namun bagi Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee...