BERSATU AKAN MATI ?



JAMZURI ARDANI


 "BERSATU IS DEAD!" - kata seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu kepada saya bila saya tanyakan kepadanya tentang nasib parti itu setelah Mahaidin ditumbangkan.

Bersatu terperangkap akibat kebodohan dan pengkhianatan sendiri. Parti itu sudah hilang arah tuju. Umno menolak sebarang kerjasama dengan parti Bersatu dalam pilihanraya. Di Melaka, Umno langsung tidak beri muka pada Bersatu.
Semua orang tahu, Bersatu parti yang tiada kekuatan. Dalam PRU14, parti itu sekadar menumpang kekuatan PH. Tapi jenis manusia tak tahu diuntung, Bersatu menikam rakan yang pernah menolongnya.
Umno bukan parti bodoh. Umno pun tahu Bersatu tidak boleh dipercayai. Kalau Bersatu boleh tikam PH, tidak ada sebab untuk parti itu tidak tikam Umno nanti. Cuma PAS sahaja yang masih percaya dengan Bersatu. Tapi, itu pun mungkin tidak akan lama. Bila Bersatu sudah tidak lagi dilihat memberi apa-apa untung kepada PAS, parti itu akan kembali ke pangkuan Umno semula dan meninggalkan Bersatu.
Umno jatuhkan Perdana Menteri dari Bersatu, Bersatu hanya mampu berputih mata. Umno jatuhkan MB Bersatu, Bersatu tak mampu buat apa-apa. Peminta sedekah tidak boleh memilih. Terima sahaja seadanya.
Baru-baru ini Menteri Umno buang semua lantikan politik dari Bersatu dalam kementeriannya. Bersatu hanya mampu merintih. Nak bertindak tak berani. Maklumlah, jadi melukut di tepi gantang.
Saya harap Bersatu kalah teruk di Melaka. Biar hilang deposit semua calon Bersatu. Parti itu memang parti paling tak berguna. Biar parti itu lenyap terus tanpa kubur. Kewujudan parti seperti ini memalukan negara.
Itulah harapan saya.