NAMPAK TAK !!!!- PAS AKAN MENDABIK DADA KONONNYA MENJADI REBUTAN ANTARA PN DAN MN- PAS TAK SEDAR DIRI SATU KERUSI PUN DIA TAK MENANG..MAKNA KATA PAS HANYA DI PERGUNAKAN OLEH KUDUA DUANYA

 


Pas akui jadi ‘rebutan’ UMNO, Bersatu – Tuan Ibrahim

By

 Haslina AR Kamaludin





 31 October 2021

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

KUALA LUMPUR – Menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Pas mengakui menjadi rebutan di antara UMNO dan juga parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, menerusi mesyuarat yang diadakan malam tadi, kedua-dua parti itu sudah menyatakan hasrat untuk bersama parti itu.

“Malam tadi, kita mengadakan mesyuarat bersama UMNO dan Bersatu. Insya-Allah dalam bicara soal persiapan menghadapi PRN Melaka, nampaknya sekarang Pas dikehendaki oleh semua parti.

“UMNO buat keputusan untuk bersetuju bersama-sama Pas. Pas merakam ucapan terima kasih kepada UMNO kerana merasai perlunya muafakat politik ini dikekalkan.

“Pada waktu sama, Bersatu juga mahu bersama Pas. Lalu saya cadangkan gunakan sahaja lambang Pas,” katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-62 hari ini.

Beliau berkata, Pas melihat cabaran hari ini sangat besar berbanding soal kerusi.

“Tidak ada parti yang mempunyai pengalaman panjang dalam politik seperti Pas. Kita sanggup kompromi luar biasa yang jarang parti lain lakukan demikian.

“Kita pernah bagi kerusi kepada Allahyarham Datuk Onn Jaafar yang keluar UMNO dan juga kepada Tan Seri Tengku Razaleigh Hamzah yang menubuhkan parti Semangat 46,” katanya.

Beliau berkata, jiwa besar Pas harus dilihat dalam kerangka lebih strategi.

“Pemuda Pas perlu menyantuni 5.8 juta pengundi baharu nanti yang rata-rata mereka tidak mahu mengikut mana-mana parti dan dasar parti.

“Pemuda perlu meneropong anak-anak muda di institusi awam atau di sekolah-sekolah.

“Ini bukan perkara baharu, UMNO sudah lakukan, pegang anak muda, hantar ke luar negara dan akhirnya balik ke Malaysia jadi pemimpin, itulah Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim berkata, agenda muafakat yang dibawa oleh Pas bukan hanya untuk agenda politik dan perebutan kerusi, malah ia lebih besar di mana membawa negara dan dunia keluar daripada kemurkaan Allah.

“Tindakan beberapa pemimpin UMNO Terengganu sebelum ini yang isytihar tidak mahu bekerjasama dengan Pas. Mereka isyithar dan anggap perlawanan persahabatan dalam politik.

“Saya kata muafakat kita jauh lebih besar. Bukan kerangka politik dan tidak ada perlawanan persahabatan dalam politik,” ujarnya.- MG


No comments: