MAIN DUA KOLAM LEBIH UNTUNG BUAT PAS- KALAH MENANG UNTUNG JUGA ...MACAMANA NAK MEMERINTAH KEADAAN PUN BERKECAMUK ?

 

Apa pun keputusan Pas, itu hak mereka – Muhyiddin

By

 Nizam Zain

MGF16012021_-MINUM-PETANG-BERSAMA-ABAH-0110


Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap pada sidang media Majlis Minum Petang sambil Sembang Santai bersama Profesional Negeri Melaka di Hotel Mudzaffar Ayer Keroh Melaka. Foto AMIRUL SHAUFIQ 29 OKTOBER 2021.

AYER KEROH – Perikatan Nasional (PN) tidak akan mencampuri urusan parti komponennya Pas yang akan memuktamadkan usaha memperkukuhkan Muafakat Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia terpulang kepada rakan politiknya itu untuk membuat pertimbangan sewajarnya bagi memastikan ia tidak memberi menjejaskan PN dalam menghadapi PRN Melaka.

“Saya serahkan kepada Pas untuk membuat keputusan apa, kami sudah bincang dengan panjang dalam mesyuarat. Apa pun Pas nak putuskan itu adalah hak mereka, saya harap mereka akan memberikan pertimbangan yang semasaknya.

“Ia supaya strategi kita menghadapi pilihan raya ini tepat, tidak timbul satu situasi ketidaktentuan yang mungkin akan membawa kesan kepada penyertaan kita di Melaka,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Pas dijangka membuat keputusan getir sama ada mahu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan bersama UMNO atau sebaliknya dalam Muktamar Pas Tahunan ke-67 bermula dengan ketiga-tiga sayap hujung minggu ini.

Ia susulan keputusan Majlis Tertinggi UMNO semalam yang sebulat suara mahu meneruskan persefahaman dengan Pas bagi menghadapi PRN Melaka.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pendirian itu selaras ketetapan perhimpuan agung parti itu tahun lepas, antara lain untuk memperkukuhkan MN yang dibentuk antara dua parti itu. – MG


No comments: