KERAJAAN CARI JALAN SELESAIKAN ISU PENCEN, LANTIKAN AWAM

AMBIL TINDAKAN TEGAS KE ATAS PENSABOTAJ EKONOMI, SOSIAL NEGARA

Anwar gesa terima hakikat kemiskinan


Image result for anwar ibrahim


KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim menggesa para pegawai kerajaan menerima hakikat kemiskinan di Malaysia seperti yang dikatakan pegawai kanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, mengatakan mereka yang terkejut dengan kenyataan pegawai itu “terpisah” daripada keadaan di lapangan.
Anwar berkata kampung-kampung di Port Dickson, di mana beliau ahli Parlimen, akan menunjukkan tahap kemiskinan lebih tinggi daripada angka-angka rasmi.
Penegasan kerajaan bahawa kemiskinan hampir dibasmi dipertikaikan Philip Alston, pelapor khas PBB mengenai kemiskinan dan hak asasi manusia.
Beliau menyeru kemiskinan bandar diiakui dan paras kemiskinan sekarang iaitu RM980 sebulan untuk keluarga 4 anggota disemak semula, untuk memasukkan orang dengan pendapatan isi rumah sehingga RM2,500.
Cadangan Alston ditepis Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali.
Anwar berkata apa yang Alston lakukan tidak mengejutkannya, tetapi mengejutkan orang-orang terpisah daripada keadaan sebenar.
“Saya menggesa kerajaan, terutama Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi mengakui perkara itu.”
Presiden PKR itu, yang juga bekas menteri kewangan, berucap di Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur-Selangor sempena ulangtahun ke-90 malam tadi.
Beliau berkata salah satu “bencana dan kegagalan terbesar” dalam pembikinan dasar adalah apabila masalah tidak dikenal pasti dengan betul.
Beliau berkata antara sebab rakyat menolak Barisan Nasional adalah kegagalan atau kecacatan dalam dasar-dasar BN, seperti Dasar Ekonomi Baru yang menurutnya gagal menangani kemiskinan dalam kalangan orang Melayu selepas 40 tahun.
“Kemiskinan yang teruk masih ada,” katanya, dan menambah ia wujud dalam pelbagai komuniti terutama di kawasan luar bandar.
“Kita perlu bergerak kepada suatu agenda ekonomi baru berdasarkan keperluan dan keperluan untuk pertumbuhan negara.”
Kerajaan antara lain perlu melakukan segala yang boleh untuk melonjakkan ekonomi dan menarik pelaburan.
Manakala golongan miskin, tanpa mengira kaum, mesti dibantu kerajaan dan sektor swasta, dan persatuan-persatuan dan dewan-dewan peniagaan mesti menjalankan program-program yang merentasi kaum.

KALAU PENYATUAN NATIONAL, KENAPA HANYA ADA LAMBANG 2 PARTI SAHAJA



Mula Penyatuan Ummah atau PENYAPU dan kini kepada Penyatuan National  atau PAN.


Projek kerjasama UMNO dan Pas yang sebelum ini bertemakan penyatuan ummah dilaporkan akan ditukar kepada penyatuan nasional.
Menurut sumber, dengan penggunaan kalimah “ummah” ada pihak dalam parti terbabit bimbang ia disalahertikan kepada agenda khusus untuk orang Islam semata-mata.
“Penyatuan nasional mungkin menjadi tema baru bagi piagam kerjasama Umno dan PAS yang akan dimeterai pada 14 September nanti.
“Kedua-dua parti mahu agenda itu dilihat lebih inklusif dan tidak berfokus semata-mata kepada agenda untuk umat Melayu dan Islam,” kata satu sumber yang rapat dengan kedua-dua parti.
Pada 31 Ogos lalu, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan memaklumkan pihaknya memutuskan untuk menukar tema penyatuan ummah yang digunakan secara meluas ketika ini kepada nama lain.
Menurut Mohamad, perkara itu diputuskan ekoran terdapat pertikaian berhubung tema tersebut, selain mahu menggambarkan penyertaan semua kaum dalam penyatuan tersebut.
Tetapi, apa yang musykilnya, jika tema penyatuan nasional mahu digunakan, mengapakah logo yang digunakan hanya menggunakan logo UMNO dan Pas saja?
Malah baju T yang dikatakan akan dipakai oleh mereka yang hadir pada 14 September nanti juga hanya menampakkan logo UMNO dan Pas?
Kenapa tidak dilibatkan sekali, misalnya logo MCA dan MIC jika tema penyatuan nasional mahu digunakan dan penyertaan semua kaum diperlukan?
Kalau hanya UMNO dan Pas yang ditonjolkan, di mana penyatuan nasionalnya?
Bukankah lebih baik guna saja tema penyatuan ummah sebagaimana rancangan asal?
Janganlah tipu-tipu, guna tema penyatuan nasional tapi hanya menonjolkan dua logo parti Melayu saja.
Lagi pun, bukankah juga UMNO dan Pas sekarang ini sedang giat berkempen memboikot barangan keluaran bukan Melayu?
Maka, terlanjur dengan itu, tidakkah sepatutnya diboikot sekali pengundi bukan Melayu untuk menghadapi PRU akan datang? (Shahbudindotcom 07/09/2019)

BERGAMBAR : ANWAR DI JOHOR BHARU

Seusai majlis di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia saya mengadakan perjumpaan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor.
Saya menggesa mereka untuk berada di landasan reformasi dan keadilan yang sebenar serta mengutamakan rakyat.

Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, orang berdiri, ruang tamu dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang duduk, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, tersenyum
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang duduk, orang berdiri, ruang tamu dan dalaman


Berucap dan turut merasmikan seminar ‘Bahasa Melayu Identiti Negara’ di UTHM di Batu Pahat, Johor.
Saya tegaskan bahawa kita harus fokus dalam mengangkat martabat Bahasa Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, dan ini memerlukan dukungan semua kaum di negara ini.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, di pentas dan bermain alatan muzikal
Imej mungkin mengandungi: 7 orang, orang senyum, orang berdiri
Imej mungkin mengandungi: 2 orang, orang senyum
Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri