Kartel tender Tentera Darat: SPRM reman 17 pengarah syarikat.

Shahrul Azwan








Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).


Perintah reman selama lima hari sehingga 10 Januari ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.


SPRM memaklumkan kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an.


Mereka ditahan antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.


Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan untuk mendapatkan projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM.


Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.


Penahanan ini adalah susulan pendedahan terhadap mantan Panglima Tentera Darat yang direhatkan Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Hafizuddeain Jantan dan isterinya Puan Sri Datin Wira Hartiah binti Hamzah oleh aktivis dikenali sebagai Chegu Bard.


Pendedahan itu antara lain menunjukkan aliran masuk mencurigakan luar biasa tinggi bagi  pegawai kerajaan dan seorang suri rumah. #KartelTender #tenteradaratt #ptgmalaysia #contentmonetizationn #fbprofypjangkauansemuaorang #fbprofollowersemuaorang credit: nurhisyam mazlan




4 ADUN BARU ANGKAT SUMPAH. PAS YANG MELEPAS.


 Empat ADUN Bersatu Angkat Sumpah Exco Perlis














ARAU: Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis di sini hari ini.


Majlis istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan itu berlangsung pada pukul 11.30 pagi di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau di sini.


Turut berangkat pada majlis tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Waris Yang Kedua Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.


Hadir sama, Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah dan Speaker DUN, Rus’sele Eizan.


Antara ADUN Pas yang hadir mengikuti istiadat angkat sumpah itu terdiri daripada ADUN Sanglang, Mohd. Shukri Ramli; Muhammad Azmir Azizan (Santan); Razali Saad (Simpang Empat); Haziq Asyraf Dun (Beseri) dan Wan Badariah Wan Saad (Mata Ayer) serta ADUN Indera Kayangan dari PKR, Gan Ay Ling.


ADUN dari Bersatu yang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri itu terdiri daripada ADUN Titi Tinggi, Izizam Ibrahim; Marzita Mansor (Sena); Megat Hashirat Hassan (Pauh) dan Wan Zikri Afhtar Ishak (Tambun Tulang).


Abu Bakar selaku Menteri Besar akan memegang portfolio Pentadbiran, Kewangan, Pelaburan dan Ekonomi, Tanah dan Sumber Asli, Pelancongan dan Seni Budaya, Infrastruktur dan Kemajuan Luar Bandar dan Keselamatan serta Hubungan Sempadan.


Izizam pula memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kepenggunaan dan Sumber Manusia dan Modal Insan.


Selain itu, Marzita akan memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pendidikan, Perpaduan dan Kebajikan serta Pembasmian Kemiskinan.


Megat Hashirat memegang portfolio Pertanian, Kesihatan, Keusahawanan dan Koperasi serta Alam Sekitar manakala Wan Zikri pula memegang portfolio Belia dan Sukan, Komunikasi dan Digital, Pengangkutan dan Sains, Teknologi serta Inovasi.


Tiga kekosongan jawatan masih belum diisi susulan Pas memutuskan untuk tidak menganggotai barisan Exco kerajaan negeri sebagai tanda solidariti kepada peletakan jawatan bekas Menteri Besar, Mohd. Shukri sebelum ini.


📸 : Pejabat SUK Perlis 

.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽

.

Sumber : Utusan Malaysia

.

Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis2026

#PakatMaiPerlis

#TahunMelawatPerlis




KIOK..NAK TIPU SAPA LA DIA NI

Zuki Zulkifli


 Kenapa gi delete kenyataan berkaitan KB Sentral yang ini...haha .

Kerajaan PAS Kelantan yang memerintah tu bodow .





Berat2 , berat telajok kena takir terr🤣🤣 . Nampak sangat atas darat lagi vodorr dari urat belikat . Guna penjawat awam seperti JKR demi pembohongan selagi boleh .


Cc https://www.facebook.com/share/1AMKnGNX4a/


Cc

https://www.facebook.com/share/1ATpBzEZMD/


Cc

https://www.facebook.com/share/1MiopDBUL8/




JANGAN BIAR MEREKA LEPAS



 The Samurai Attack


Ahhh…mapuh gi lah dio nok sakau duit, tak dok kena mengena pun dengan kita rakyat biasa. Tu kes berprofil tinggi biaq pi lah,pandai2lah SPRM settle”..


~PokMat Kuba.


Tu kata2 si PokMat Kuba sambil hirup kopi panas kat kedai kopi PokMat beruk.


Dia gini citer dia Pokmat weh..rakyat maroh pegawai besar kerajaan dok sakau duit..dok buat party yeay..yeay..tu bukan sebab dengki atau nak menyibuk,tapi atas sebab2 berikut :-


1️⃣ Hok duit dia sakau tu duit rakyat, bukan duit sendiri.


Gaji, projek, elaun dan apa bagai  itu semua datang daripada cukai & hasil negara.

Bila pegawai atasan sakau:

 • Sekolah rosak tak dibaiki.

 • Hospital sesak & alat tak cukup.

 • Jalan berlubang, banjir tak selesai.


Rakyat rasa: “Kami bayar, sek demo suka hati je kaut..?”


2️⃣ Pegawai tinggi sepatutnya contoh teladan kepada pegawai bawahan.


Orang berpangkat tinggi:

 • Ada kuasa.

 • Ada gaji besar.

 • Ada kemudahan.


Bila yang paling atas mencuri, mesejnya jelas:


“Kalau bos buat, kami yg bawah pun boleh buat.”


Ini rosakkan moral seluruh sistem.


3️⃣ Kesan langsung kepada kehidupan rakyat.


Rasuah bukan benda abstrak:

 • Harga barang naik sebab kos projek bocor.

 • Kualiti projek rendah sebab kontraktor kroni.

 • Bantuan tak sampai pada orang susah.


Akhirnya rakyat yang menanggung kesan, bukan si sakau.


4️⃣ Ketidakadilan yang menyakitkan hati

Rakyat biasa:

 • Salah parkir → saman.

 • Tak bayar cukai → disiasat.

 • Hutang PTPTN → dikejar.


Tapi pegawai besar:

 • Sakau juta-juta

 • Lepas bertahun baru dibicara

 • Ada yang lepas atau hukuman ringan.


Ini buat rakyat rasa undang-undang berat sebelah.


5️⃣ Mereka hidup mewah atas penderitaan orang lain.

Jam mahal, rumah besar, kereta mewah 

sedangkan:

 • Ada rakyat ikat perut,nak beli basikal bagi anak pun kena buat loan koperasi.

 • Ada penjawat awam bawahan kerja lebih masa tanpa ganjaran setimpal.


Rakyat nampak jurang itu, sebab tu marah.


6️⃣ Rasuah hancurkan masa depan negara.

Bila rasuah jadi budaya:

 • Pelabur takut nak masuk.

 • Anak muda hilang harapan.

 • Orang bijak lari ke luar negara.


Negara rugi jangka panjang, bukan setakat duit.


Haaa…situ duduk. Jangan dok jadi benok supo patat koli sangat gak PokMat kuba wehh!!!


Ekmin,

MatYoeCino


Sarikata :-

Mapuh = mampus

Kuba = kerbau

Sakau = rompak

Benok = bodoh sombong

Patat koli = bawah kuali