4 LORI.. SEKIQ PUN TAK LAYAK. APA LA OAS NI KOMAN SOANA..

 



MUHYIDDIN KEKAL UNDUR DIRI, PELUANG SUDAH TERBUKA UNTUK PAS TERAJUI PN


13 January 2026


Meskipun ada cubaan untuk memujuk dan mengekalkan Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN, mesyuarat MPT Bersatu malam tadi akur dengan hasrat bekas Perdana Menteri itu untuk berundur.


MPT Bersatu turut menghormati keputusan Muhyiddin untuk berundur itu kerana ia dibuat atas dasar prinsip dan tanggungjawab.


Dengan ketetapan itu bermakna kemungkinan Muhyiddin kembali menerajui PN tidak lagi berbangkit dan dianggap sebagai isu yang sudah selesai.


Mesyuarat PN dalam waktu terdekat ini hanya perlu mengesahkan perletakan Muhyiddin dan seterusnya melantik pengerusi yang baru.


Ketegasan Muhyiddin untuk kekal berundur, walau ada cubaan untuk memujuk, merayu dan menyatakan sokongan kepadanya, keteguhan hati beliau tentunya sesuatu yang boleh dipuji.


Ia memperlihatkan beliau seorang pemimpin yang berprinsip, tidak mudah goyah pendirian dan sentiasa mengota apa yang dikatanya.


Berikutan itu, PN kini perlu terus bergerak ke hadapan dengan segera mengadakan mesyuarat dan melantik pengerusi yang baru.


Sebagaimana disebut banyak kali sebelum ini, PAS sebagai parti terbesar dalam PN adalah paling layak dan sesuai untuk menamakan salah seorang pemimpinnya untuk menerajui gabungan itu.


Inilah masanya PAS harus yakin dan berani menampilkan keyakinan untuk menerajui PN, seterusnya membawa gabungan itu memenangi PRU16 akan datang.


Diulang sekali lagi, dalam keadaan sekarang di mana UMNO bermasalah dan PKR berpecah serta semakin tidak diyakini pengundi, PAS adalah satu-satunya harapan rakyat untuk menyelamat serta membawa hala tuju yang lebih baik bagi negara ini.


Disokong dan diyakini oleh majoriti pengundi Melayu serta meletakkan Islam sebagai panduan perjuangan, PAS kini ada peluang terbuka untuk membuktikan kemampuannya memimpin perubahan.


Menerajui PN adalah langkah pertama yang tidak seharusnya dilepaskan oleh PAS bagi membuktikan ia adalah parti yang tidak kurang kemampuannya dalam pentadbiran negara.


Setelah berjaya mentadbir empat negeri (sekarang tinggal 3), sudah sampai masanya PAS melangkah lebih gagah ke hadapan.


Takbirrrr….


Dalam pada itu, mesyuarat MPT Bersatu malam tadi tidak membincangkan langsung isu disiplin ahli-ahlinya, termasuk ura-ura pemecatan Hamzah Zainuddin yang heboh diperkatakan sebelum ini.


Barangkali disebabkan isu pemecatan Hamzah itu terlalu hangat diperkatakan, maka Bersatu memilih untuk tidak mahu membincangkannya.


Tetapi, semua ini tifak bermakna Timbalan Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Larut itu sudah selamat masa depannya.


Ini kerana  isu disiplin beliau masih lagi ada dalam fail Lembaga Disiplin parti  dan ia boleh diangkat semula pada bila-bila masa..


Oleh itu, Hamzah harus berhati-hati dan jangan sesekali leka diri.


Lagi pula, Muhyiddin hanya berundur sebagai Pengerusi PN, tetapi tidak pernah menarik diri daripada ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan pengikutnya juga masih berharap untuk beliau berkuasa semula. - ShahbudinHusin 13Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/muhyiddin-kekal-undur-diri-peluang-makin-terbuka-untuk-pas-terajui-pn/



No comments: