Kalau Tuan-tuan terserempak dengan lelaki ini di jalanan, Tuan mungkin takkan toleh dua kali.
Rupanya biasa.
Pakai jaket juruterbang, muka senyum memanjang dan nampak macam budak IT yang baru habis kelas komputer.
Dia bukan Jeneral tentera yang penuh bintang di dada. Dia bukan ahli politik yang pandai berpidato berapi-api.
Nama dia Selcuk Bayraktar.
Tapi jangan tertipu dengan wajah "innocent" tu. Di pentas geopolitik dunia hari ini, lelaki ini mungkin lebih digeruni daripada ramai Presiden negara lain.
Majalah Time dan media Barat menggelarnya "The Drone Father".
Manakala di Rusia dan Armenia, namanya disumpah seranah kerana ciptaannya telah menukarkan kereta kebal kebanggaan mereka menjadi besi buruk yang terbakar.
Siapa sebenarnya Selcuk Bayraktar?
Dia adalah bukti hidup bahawa "Pena (dan Kod Komputer) itu lebih tajam daripada Pedang".
Kisah bermula di Amerika Syarikat, sekitar tahun 2000-an.
Selcuk adalah seorang pelajar genius. Dia bukan calang-calang pelajar. Dia pemegang Ijazah Sarjana dari University of Pennsylvania (UPenn) dan kemudian menyambung kajian di Massachusetts Institute of Technology (MIT).
Bagi yang tak tahu, MIT ni kira "Kiblat Teknologi" dunia. Kalau masuk situ, keluar confirm gaji 6 angka dalam Dolar. (insyaAllah).
Selcuk hidup selesa di US. Dia kaji benda-benda pelik macam swarm robots dan algoritma pendaratan helikopter.
Masa depan cerah menanti dia di Silicon Valley.
Tapi, hatinya di Turki.
Masa tu (sekitar 2005-2009), Turki ada masalah besar.
Turki sedang berperang dengan pengganas PKK di kawasan pergunungan. Askar Turki buta. Mereka tak nampak musuh.
Turki terpaksa "mengemis" teknologi dron daripada Isbiol (Heron) dan Amerika (Predator).
Masalahnya, bila minta nak beli, Amerika tak bagi (Kongres sekat). Bila sewa dari Isbiol, ada banyak isu. Sewa tu. Boleh bayangkan tak.
Kadang-kadang, imej dron tu sampai lambat. Ada dakwaan kata imej tu "ditapis" dulu oleh pihak luar sebelum sampai ke tentera Turki.
Bila askar Turki sampai, musuh dah lari.
Selcuk nampak penghinaan ini. Darah mudanya mendidih.
Dia buat keputusan gila. Dia tinggalkan PhD dia di Amerika, dia tinggalkan tawaran kerja lumayan dan dia balik ke Istanbul.
Dia balik ke kilang bapa dia, Ozdemir Bayraktar.
Masa tu, syarikat Baykar hanyalah sebuah bengkel kecil yang buat komponen kereta (auto parts). Bukan syarikat senjata gergasi.
Selcuk kata kat bapa dia: "Walid, kita kena buat pesawat sendiri. Kita tak boleh harap orang lain."
Bermulalah fasa perjuangan yang perit.
Selcuk bukan duduk dalam ofis berhawa dingin. Dia turun ke lapangan.
Dia tinggal dalam kontena bersama askar di pergunungan Gabar dan Hakkari yang sejuk beku dan bahaya.
Dia nak faham apa yang askar perlukan. Dia nak uji kod komputer dia dalam situasi perang sebenar.
Siang dia pasang wayar, malam dia tulis kod (coding). Bertahun-tahun dia hidup macam tu.
Ramai jeneral tentera masa tu gelakkan dia. "Kau budak mentah, nak lawan teknologi Amerika? Jangan mimpilah."
Pelik juga askar sendiri gelakkan. Betul tak? Rileks. Sambung baca bawah ni.
Sistem birokrasi Turki masa tu pun masih dikuasai "Old Guard" yang lebih suka beli barang import (sebab ada komisyen masyuk) daripada sokong barang tempatan.
Tapi Selcuk degil. Dia dan abangnya, Haluk Bayraktar, teruskan juga.
Akhirnya, lahirlah Bayraktar TB2.
Apa yang istimewa sangat pasal TB2 ni? Kenapa satu dunia gila nak beli?
Dari sudut pandang penganalisis ketenteraan, TB2 ni adalah "The Toyota Hilux of Drones".
Ia bukan dron paling laju. Ia bukan dron paling canggih. Dron Reaper milik Amerika jauh lebih besar dan laju.
Tapi TB2 ada satu benda yang Amerika tak ada: Cost-Efficiency (Berbaloi).
Harga sebiji dron Reaper Amerika boleh cecah USD 30 juta. Mengarut harga tu. Mesti makan komisen ni.
Harga sebiji TB2? Dianggarkan sekitar USD 5 juta sahaja.
Maksudnya, kalau musuh tembak jatuh satu TB2, Turki boleh hantar 5 lagi ganti tanpa bankrap.
Ini mengubah doktrin perang. Dulu dron adalah "barang kayangan", sayang nak guna. Sekarang dron jadi barang pakai-buang (expendable).
Teknologi kedua yang Selcuk masukkan adalah Sistem Autonomi Pintar.
TB2 boleh berlepas, terbang dan mendarat sendiri (autonomous taxiing) tanpa dikawal manusia.
Kalau signal putus, dia pandai balik rumah sendiri.
Tapi senjata paling bisa dron ini adalah peluru pintarnya, MAM-L.
Ini peluru mikro buatan syarikat Roketsan Turki. Kecil, tapi ada pemandu laser.
Selcuk reka software dron tu supaya boleh "bercakap" dengan peluru tu dengan ketepatan pakar bedah.
Ujian sebenar datang pada tahun 2020. Perang Nagorno-Karabakh antara Azerbaijan dan Armenia.
Armenia ada kereta kebal kebanggaan Soviet/Rusia. Mereka ada sistem pertahanan udara S-300 dan Pantsir yang kononnya "kebal".
Tapi di skrin komputer Selcuk, kereta kebal tu nampak macam itik mainan.
Video-video yang dikeluarkan menunjukkan dron TB2 memusnahkan ratusan kereta kebal Armenia.
Askar Armenia tak nampak pun dron tu sebab ia kecil dan senyap.
Rusia malu besar. Sistem pertahanan udara Pantsir mereka (yang berharga jutaan dolar) hancur dibom oleh dron "murah" buatan Turki.
Dunia tergamam.
Majalah pertahanan antarabangsa mula menulis tajuk besar: "The Age of the Tank is Dead" (Zaman Kereta Kebal Sudah Mati).
Dan orang yang membunuhnya adalah seorang jurutera lulusan MIT yang suka pakai jaket bomber.
Kemudian perang Ukraine meletus.
Lagu "Bayraktar" dinyanyikan oleh askar Ukraine.
Dron ini menjadi simbol perlawanan terhadap pencerobohan Rusia di peringkat awal perang.
Kejayaan ini melonjakkan nama Turki.
Dulu Turki dikenali sebagai negara pengimport senjata. Hari ini, negara-negara Eropah seperti Poland, Romania, malah Arab Saudi beratur nak beli dron dari Selcuk.
Tapi, kejayaan Selcuk bukan tanpa kontroversi.
Kita kena adil dan neutral. Ada juga kritikan.
Dron tetap senjata pembunuh. Ramai juga orang awam yang terkorban dalam konflik-konflik ini.
Pihak Barat kadang-kadang label Selcuk sebagai "Merchant of Death" (Saudagar Maut). Barat, kan? Diorang tak cermin diri sendiri rasanya.
Satu lagi poin kritikal: Selcuk berkahwin dengan Sumeyye Erdogan, anak perempuan Presiden Erdogan pada tahun 2016.
Ramai pengkritik kata kejayaan Baykar adalah sebab kronisme (nepotisme) bapa mertua.
Namun, fakta sejarah menolak dakwaan ini sedikit. Selcuk dah mula buat dron mini pertama sejak 2007, jauh sebelum dia kahwin dengan anak Presiden.
Malah, bapa Selcuk, Ozdemir, adalah kawan lama Erbakan (guru Erdogan). Jadi hubungan itu memang dah lama, tapi kejayaan teknikal dron itu adalah asli.
Kalau dron tu tak bagus, takkan Poland (ahli NATO) dan Ukraine nak beli, kan? Dorang beli sebab kualiti, bukan sebab dia menantu siapa.
Sekarang, Selcuk tak pandang belakang dah.
Dia sedang bangunkan projek gila seterusnya: Bayraktar KIZILELMA (Epal Merah).
Ini bukan lagi dron kipas. Ini adalah Jet Pejuang Tanpa Pemandu.
Ia laju (supersonik), ia halimunan (stealth) dan ia guna enjin jet. Ia direka untuk terbang dari kapal pengangkut pesawat TCG Anadolu.
Visi Selcuk jelas: Masa depan perang udara bukan lagi milik juruterbang manusia (Top Gun), tapi milik AI dan kod komputer.
Kisah Selcuk Bayraktar adalah tamparan hebat buat dunia Islam.
Dia membuktikan bahawa kita tak semestinya jadi pengguna teknologi Barat sampai kiamat.
Kita boleh jadi pencipta. Syaratnya?
Ilmu dan kemahuan untuk tinggalkan rasuah serta komisen. Bukan untuk kayakan diri sendiri tetapi demi agama, bangsa dan negara.
Selcuk tak balik Turki bawa semangat kosong. Dia balik bawa ilmu MIT. Dia gabungkan semangat patriotik dengan disiplin kejuruteraan yang tinggi.
Dia wujudkan pesta TEKNOFEST di Turki. Pesta sains terbesar di dunia.
Dia nak anak-anak muda Turki jadi macam dia. Jangan mimpi nak jadi artis je, mimpi nak jadi jurutera roket.
Hari ini, bila kita tengok dron Bayraktar terbang di langit, kita bukan sekadar tengok mesin.
Kita tengok hasil keringat seorang anak muda yang menolak zon selesa di Amerika, demi maruah tanah airnya.
Dia ajar kita satu benda: Kedaulatan negara bukan dibina dengan slogan politik, tapi juga dibina di makmal, di kilang dan di barisan kod komputer.
MasyaAllah, hebat perancangan Allah. Siapa sangka dari sebuah bengkel alat ganti kereta, lahir satu teknologi yang menggerunkan kuasa besar dunia.
Moga inspirasi Selcuk Bayraktar ini mengalir dalam darah anak-anak muda kita di Malaysia juga.
___
KITAB TAMADUN UTHMANIYAH
Banyak lagi fakta 'mindblown' dan sisi gelap sejarah Uthmaniyah yang jarang didedahkan, daripada hubungan rahsia dengan Alam Melayu sampailah ke punca sebenar kejatuhan empayar ini. Buku ini merungkai segala mitos yang selama ini kita percaya bulat-bulat dengan kajian yang sangat teliti dan membuka mata. Korang wajib dapatkan naskhah penuh ilmu ini untuk faham realiti sebenar sejarah dunia Islam di: https://s.shopee.com.my/13AlUSl4r
Dan
KHALIFAH DUNIA ISLAM
Rupa-rupanya ada 125 orang khalifah yang pegang amanah besar ni sepanjang sejarah Islam, bukan cuma empat orang Khulafa ar-Rashidin je.
Buku ni bongkar profil lengkap mereka dari zaman Madinah sampai kejatuhan Uthmaniyah, sesuai untuk korang yang nak faham sejarah tapi malas baca buku tebal-tebal. Grab naskhah korang sebelum harga naik kat sini: https://s.shopee.com.my/4AsbPLQphp



No comments:
Post a Comment