Shahrul Azwan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Perintah reman selama lima hari sehingga 10 Januari ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
SPRM memaklumkan kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an.
Mereka ditahan antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan untuk mendapatkan projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM.
Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.
Penahanan ini adalah susulan pendedahan terhadap mantan Panglima Tentera Darat yang direhatkan Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Hafizuddeain Jantan dan isterinya Puan Sri Datin Wira Hartiah binti Hamzah oleh aktivis dikenali sebagai Chegu Bard.
Pendedahan itu antara lain menunjukkan aliran masuk mencurigakan luar biasa tinggi bagi pegawai kerajaan dan seorang suri rumah. #KartelTender #tenteradaratt #ptgmalaysia #contentmonetizationn #fbprofypjangkauansemuaorang #fbprofollowersemuaorang credit: nurhisyam mazlan



No comments:
Post a Comment