The Samurai Attack
“Ahhh…mapuh gi lah dio nok sakau duit, tak dok kena mengena pun dengan kita rakyat biasa. Tu kes berprofil tinggi biaq pi lah,pandai2lah SPRM settle”..
~PokMat Kuba.
Tu kata2 si PokMat Kuba sambil hirup kopi panas kat kedai kopi PokMat beruk.
Dia gini citer dia Pokmat weh..rakyat maroh pegawai besar kerajaan dok sakau duit..dok buat party yeay..yeay..tu bukan sebab dengki atau nak menyibuk,tapi atas sebab2 berikut :-
1️⃣ Hok duit dia sakau tu duit rakyat, bukan duit sendiri.
Gaji, projek, elaun dan apa bagai itu semua datang daripada cukai & hasil negara.
Bila pegawai atasan sakau:
• Sekolah rosak tak dibaiki.
• Hospital sesak & alat tak cukup.
• Jalan berlubang, banjir tak selesai.
Rakyat rasa: “Kami bayar, sek demo suka hati je kaut..?”
2️⃣ Pegawai tinggi sepatutnya contoh teladan kepada pegawai bawahan.
Orang berpangkat tinggi:
• Ada kuasa.
• Ada gaji besar.
• Ada kemudahan.
Bila yang paling atas mencuri, mesejnya jelas:
“Kalau bos buat, kami yg bawah pun boleh buat.”
Ini rosakkan moral seluruh sistem.
3️⃣ Kesan langsung kepada kehidupan rakyat.
Rasuah bukan benda abstrak:
• Harga barang naik sebab kos projek bocor.
• Kualiti projek rendah sebab kontraktor kroni.
• Bantuan tak sampai pada orang susah.
Akhirnya rakyat yang menanggung kesan, bukan si sakau.
4️⃣ Ketidakadilan yang menyakitkan hati
Rakyat biasa:
• Salah parkir → saman.
• Tak bayar cukai → disiasat.
• Hutang PTPTN → dikejar.
Tapi pegawai besar:
• Sakau juta-juta
• Lepas bertahun baru dibicara
• Ada yang lepas atau hukuman ringan.
Ini buat rakyat rasa undang-undang berat sebelah.
5️⃣ Mereka hidup mewah atas penderitaan orang lain.
Jam mahal, rumah besar, kereta mewah
sedangkan:
• Ada rakyat ikat perut,nak beli basikal bagi anak pun kena buat loan koperasi.
• Ada penjawat awam bawahan kerja lebih masa tanpa ganjaran setimpal.
Rakyat nampak jurang itu, sebab tu marah.
6️⃣ Rasuah hancurkan masa depan negara.
Bila rasuah jadi budaya:
• Pelabur takut nak masuk.
• Anak muda hilang harapan.
• Orang bijak lari ke luar negara.
Negara rugi jangka panjang, bukan setakat duit.
Haaa…situ duduk. Jangan dok jadi benok supo patat koli sangat gak PokMat kuba wehh!!!
Ekmin,
MatYoeCino
Sarikata :-
Mapuh = mampus
Kuba = kerbau
Sakau = rompak
Benok = bodoh sombong
Patat koli = bawah kuali
No comments:
Post a Comment