CONTOH BERITA PALSU


TUKAQ TIUB


CONTOH TERBAIK

BERITA PALSU

PEJABAT CEO GLC TERENGGANU DIKUNCI KERANA DISIASAT, KATA MENTERI BESAR

SEBUAH anak syarikat milik kerajaan negeri Terengganu sedang disiasat secara dalaman dan kerana itu pejabat ketua pegawai eksekutifnya dikunci, kata Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau yang dipetik Sinar Harian berkata tindakan kunci pejabat Eastern Pacific Industrial Corperation (Epic) itu adalah proses biasa mengikut prosedur.

“Maka langkah sedemikian (kunci pintu) itu dibuat oleh kerana ia melibatkan siasatan yang sedang berjalan dalam beberapa perkara yang saya tak dapat bagi lebih lanjut,” katanya seperti dipetik Sinar Online.

Samsuri bagaimanapun enggan mengulas lanjut butiran siasatan di Epic itu.

“Siasatan apa, siapa yang disiasat, bagaimana, bila, kenapa disiasat itu adalah persoalan yang masih awal untuk diumumkan pada tahap ini.

“Biarlah proses itu berjalan. Selesai barulah kita maklumkan pada awam,” katanya.

Sebuah blog kelmarin memuat naik foto pejabat sebuah GLC di Terengganu dikunci dengan rantai, kononnya kerana perebutan kuasa antara pemimpin PAS Terengganu yang masing-masing mahu meletakkan orang mereka di pejabat itu.

Pejabat CEO itu dipercayai dikunci pada hujung minggu lepas tanpa sebarang notis dan disedari apabila beliau datang ke pejabat pada Ahad, menurut blog itu. – 19 Disember, 2018.

MUSTAHIL

ADA RASUAH

ADA SALAH 

GUNA KUASA

DALAM

 NEGERI ISLAM

PEGAWAI WARAK

SEMBAHYANG

TAK TINGGAL

PERGI UMRAH

HANTUK KEPALA 

PADA BATU ITAM

INI BERITA JAHAT

DARI  DAP DAN

LIM KIT SIANG 

CEMBURU PADA

NEGERI ISLAM

KALAU TAKUT PECAT WAYTHA, PERCAYALAH AKHIRNYA TUN M SENDIRI AKAN DITOLAK RAKYAT



Di mana-mana saja ketika ini terdapat isyarat yang cukup jelas dan nyata mahukan agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy dipecat dengan segera daripada kabinet.

Selain wakil pembangkang dan kerajaan sudah sama-sama senada bersuara mengenainya, petisyen dalam talian yang mendesak  pemecatannya juga sehingga ini sudah mendapat hampir 300 ribu tandatangan sokongan.

Jika kita tanyai orangramai yang lalu lalang di tepi jalan pula, daripada 10 yang ditemui, mungkin kesemuanya sependirian turut mahukan Waythamoorthy disingkirkan sebagai menteri.

Yang nyata, imej buruk beliau lebih teruk berbanding Najib Razak yang ketika skandal 1MDB tengah menjadi perbualan hangat suatu ketika dahulu yang mana daripada 10 orang yang ditemui, barangkali masih ada dua atau tiga orang yang masih suka dan menyokongnya.

Kemarahan orangramai terhadap Waythamoorthy bukan saja kerana insiden kuil di Subang Jaya yang mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, tetapi juga kerana beliau dilihat langsung tidak berperanan sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap perpaduan dan intergrasi nasional.

Apakah peranan beliau yang kita sama-sama dapat lihat dari segi memupuk perpaduan dalam negara ini?

Sudahlah ketika insiden rusuhan di kuil itu beliau seolah-olah bertindak menyimbah minyak untuk menyemarakkan lagi api pergaduhan, sedangkan sebagai menteri, tugasnya yang sepatutnya ialah menyiram air untuk meredakan pergaduhan yang sedang berlaku.

Dalam soal menuntut pemecatannya sebagai menteri, ia sebenarnya tidak sesekali bermotifkan perkauman atau kerana beliau berbangsa India, tetapi lebih disebabkan sikap dan pendiriannya yang mengecewakan, selain kemampuan dan kewibawaannya juga sama sekali tiada.

Jika Tun Mahathir merasakan kerusi menteri yang menjaga perpaduan dan intergrasi nasional itu merupakan kouta kaum India, beliau boleh melantik pemimpin India lain yang sederhana, berwibawa, berkelayakan serta diterima ramai sebagai penggantinya.

Rakyat pasti tiada masalah jika penggantinya pemimpin India juga. Tetapi rakyat akan terus bermasalah jika Tun Mahathir tidak mahu memecatnya.

Malah, jika tiada pemimpin India yang layak, selain menteri yang menjaga hal ehwal perpaduan itu patut diserahkan kepada pemimpin Melayu yang mewakili bangsa teras di negara ini, pemimpin kaum Cina yang berkelayakan juga boleh dicuba.

Cuma, jangan sesekali dikekalkan lagi Waythamoorthy di kerusi menteri dalam kerajaan yang ada sekarang ini.

Rakyat tidak boleh lagi menerimanya dan kalau boleh memandang muka, mendengar suara dan menatap wajahnya juga mereka tidak mahu sama sekali.

Tun Mahathir tidak perlu bertangguh lagi untuk memecat Waythamoorthy  itu sebelum lebih banyak insiden buruk yang menjurus kepada perpecahan antara kaum terus berlaku lagi.

Bahkan, kalau Tun Mahathir terus menyimpannya dalam kabinet, penolakan rakyat terhadap kerajaan terus akan lebih membesar dan akhirnya menyebabkan Pakatan Harapan sendiri tidak diingini rakyat lagi untuk terus mentadbir negara ini.

Fikir-fikirkanlah, Tun....(ShahbudinHusin 19/12/2018)

Rahim Thamby Chik adalah ‘Bapa Segala Skandal Melaka’




Image result for rahim tamby chik



Saya merujuk kepada pengumuman Rahim Thamby Chik dan pengikut-pengikutnya untuk keluar dari parti UMNO.

Keputusan untuk keluar parti adalah hak mereka, tetapi saya menolak sebarang cadangan untuk menerima Rahim Thamby Chik dan pengikut-pengikutnya ke dalam mana-mana parti Pakatan Harapan (PH) Melaka.

Jelas bahawa baru-baru ini, UMNO sedang mengalami krisis dalaman di mana pemimpin demi pemimpin berpusu-pusu untuk keluar parti. Perkara ini dilakukan bukan untuk agenda reformasi tetapi untuk kepentingan diri mereka.

Untuk peringatan, Rahim Thamby Chik merupakan bekas Ketua Menteri Melaka yang terlibat dalam pelbagai skandal. Pada tahun 1994, beliau terlibat dalam kejadian rogol statutory terhadap seorang pelajar sekolah, yang kemudiannya kes ini ditutup oleh Peguam Negara.

Sebaliknya, Lim Guan Eng, yang merupakan Ahli Parlimen Kota Melaka ketika itu, dipenjarakan di bawah Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan apabila beliau tampil membela nasib dan menuntut keadilan untuk mangsa.

Pada tahun 1994, menurut sebuah laporan polis yang dibuat oleh Datuk Seri Anwar pada tahun 1999, Peguam Negara dan Badan Pencegah Rasuah mendapati terdapat bukti prima facie bahawa Rahim Ramby Chik terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah dalam kes Syarikat Dayamik. Peguam Negara sekali lagi menutup kes tersebut dan tiada tindakan diambil.

Pada tahun 2011 juga, Rahim Thamby Chik merupakan dalang yang menyiarkan video seks palsu untuk menganiayai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Oleh itu, Rahim Thamby Chik bukanlah “Bapa Pembangunan Melaka” sepertimana yang diuar-uarkan, tetapi merupakan “Bapa Segala Skandal Melaka”. Saya menyeru agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menolak sekeras-kerasnya sebarang permohonan keahlian oleh Rahim Thamby Chik dan pengikut-pengikutnya. Jika tidak, kemasukan Rahim Thamby Chik akan merosakkan integriti Kerajaan Negeri dan melemahkan keyakinan rakyat terhadap PH Melaka.

Di peringkat nasional, saya menyeru agar Majlis Presiden PH membicarakan isu lompat parti ini secara menyeluruh dan membuat keputusan tegas untuk menolak dan menghentikan perkara ini daripada terus merebak. Penerima bekas pemimpin-pemimpin UMNO ke dalam PH juga merupakan suatu pengkhianatan kepada rakyat dan ahli-ahli PH yang telah bertungkus-lumus melawan rejim Barisan Nasional untuk bertahun-tahun.

Parlimen dan Kabinet juga harus membincangkan isu ini untuk mengambil langkah mereformasikan undang-undang supaya kelakuan lompat parti yang tidak beretika dapat dielakkan, kerana perkara ini telah banyak kali menggugat integriti sistem demokrasi negara. – Roketkini.com

*Khoo Poay Tiong adalah Ahli Parlimen Kota Melaka

Lemah sangatkah akidah perjuangan para pelompat UMNO?


Image result for umno






Apa sudah jadi pada laungan “Hidup UMNO”?. Laungan ini nampaknya kian sirna daripada arena politik Malaysia. Bukan pemimpin kecil – kecil yang melompat keluar dari UMNO, tetapi pemimpin senior berpengalaman juga kecut lari menyelamat diri.

Mungkin mereka ini khuatir dengan contoh – contoh yang ditunjukkan depan mata mereka. Najib Razak yang dulunya mereka ampu puji kini kerjanya masuk lokap dan keluar lokap. Azeez Rahim yang dulu singa garang kini menjadi tikus yang tertambat dengan kemelut Tabung Haji. Presiden UMNO sendiri, Zahid Hamidi pula nampaknya hanya menunggu masa.

Maka bergetarlah hati – hati para pemimpin UMNO yang merasakan giliran mereka juga sudah berada di hujung simpang.

Beranilah Kerana Benar, Takut Kerana Salah

Pesan saya kepada pemimpin UMNO yang sedang khuatir ini, beranilah kerana benar dan takutlah kerana salah. Teruslah berjuang sebagai pembangkang yang jujur, ikhlas dan berani. Setiap pemerintah memerlukan pembangkang yang berkesan.

Pembangkang yang kuat akan menjadi agen semak dan imbang yang penting dalam memastikan urustadbir negara sentiasa terpandu mengikut kepentingan rakyat. Jika pembangkang benar – benar berkerja jujur, tekad, ikhlas dan konsisten, lambat laun pihak pembangkang yang baik akan menjadi kerajaan juga seperti yang diperolehi Pakatan Harapan hari ini.

Tapi kerjanya tidak mudah. Pihak Pembangkang suatu ketika dahulu terpaksa menempuh lokap, berbaring di atas jalan raya, badan dipijak, baju dikoyak, pedih mata dek gas pemedih mata, diaibkan melalui media – media arus perdana, malah ada yang dipenjara bertahun – tahun.

Kerja Pembangkang Hari Ini Lebih Mudah

Bukan niat untuk bernostalgia dengan romantisme lama, tetapi ingin memberitahu kepada para pemimpin UMNO betapa beruntungnya mereka. Kerja mereka sebagai Pembangkang hari ini sangat mudah hasil usaha Pembangkang terdahulu. Rakyat sudah cukup matang dan kritikal dalam menilai. Kebijaksanaan rakyat ini menjadikan tidak terlalu susah untuk Kerajaan bertukar tangan.

Pembangkang juga hari ini ada ruang seluas – luasnya untuk tampil menerusi media arus perdana. Berdemonstrasi juga bebas tanpa ada provokasi daripada pihak Kerajaan. Lalu apa sebenarnya yang ditakutkan pemimpin UMNO yang melompat ini?

Apa Yang Pelompat Risaukan ?

Jika alasannya mereka tidak biasa menjadi pembangkang, maka inilah masanya untuk mereka menerima hakikat yang rakyat telah memilih Kerajaan baharu dan meletakkan UMNO sebagai pembangkang. Jika alasannya mereka ingin menyumbang tenaga sebagai Kerajaan, mereka perlu tahu bahawa Malaysia baharu ini tidak lagi seperti Kerajaan terdahulu yang meminggirkan Pembangkang. Mereka boleh pada bila – bila masa terlibat, memberi pandangan dan sumbang saran untuk memantapkan agenda rakyat.

Atau sebenarnya para pelompat UMNO ini gelisah kehilangan elaun beribu-ribu ringgit sebulan?, atau mereka terlalu janggal untuk hidup tanpa kuasa untuk meluluskan projek dan menerima lobi – lobi para kontraktor?, atau mereka tak biasa hidup tanpa menggunakan aset – aset Kerajaan yang digunakan seperti harta peribadi sebelum ini?

Atau yang paling mungkin adalah, mereka – mereka ini sedang merayu untuk tidak diberi nasib yang serupa seperti Najib Razak, Azeez Rahim dan Zahid Hamidi.

Pembangkang Yang Kuat Perlu Lebih Dihormati Berbanding Para Pengecut Yang Melompat

Sewajarnya jika pemimpin dan anggota UMNO merasakan UMNO tidak lagi kuat seperti dahulu, maka mereka perlu berusaha untuk membawa kembali UMNO ke landasan perjuangan yang lebih relevan. Bukannya masing – masing melompat untuk menyelamatkan nasib sendiri. Betapa palsunya kesetiaan yang dicanang sebelum ini apabila begitu mudah para pelompat ini meninggalkan bahtera lama mereka yang sedang diuji.

Justeru, saya merakam setinggi – tinggi rasa hormat kepada rakan – rakan UMNO yang masih setia dalam UMNO. Saya merasakan UMNO akan tampil lebih kuat setelah gelombang ini berlalu. UMNO yang kuat bermakna pihak pembangkang juga akan lebih kuat. Pembangkang yang kuat akan membawa banyak manfaat untuk rakyat.

Pakatan Harapan Perlu Berhati – hati Menerima Sang Pelompat

Kerajaan Pakatan Harapan juga perlu berhati – hati dalam menerima kehadiran bertali arus para pelompat ini. Jika mereka ini benar – benar mahu membantu Kerajaan, mereka boleh saja berperanan daripada meja pembangkang. Kerajaan baharu juga perlu sentiasa bermuhasabah. Apakah layanan yang sewajarnya telah diberikan kepada pihak Pembangkang ?. Jangan sampai Pembangkang hari ini merasakan perkara yang sama seperti yang dilakukan Kerajaan terdahulu. Suara Pembangkang tidak didengari dan kehadiran di Parlimen sekadar untuk mendengar pengumuman – pengumuman sebelah pihak Kerajaan.

Malah para pelompat ini perlu melalui proses tapisan yang ketat. Majoriti rakyat telah menghukum UMNO pada Pilihan Raya Umum yang lepas, lalu bagaimana Pakatan Harapan boleh mudah – mudah menerima pelompat ini dengan anggapan mereka sudah ‘bertaubat’.





Kesan gempa politik UMNO


Saya amat tersentuh apabila mengetahui ahli-ahli DAP dari Triang sanggup menempuhi perjalanan jauh dan berjam-jam ke Ayer Hitam, Johor pada 18 Mac 2018 untuk menyaksikan pengumuman diri saya sebagai calon PakatanHarapan untuk kawasan Ayer Hitam oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, yang disertai Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan pemimpin tertinggi lain.

Walaupun saya tidak menang kerusi tersebut, persaingan di Ayer Hitam telah membantu kami memberi satu pesanan kepada penyokong iaitu: Tidak mustahil untuk mengalahkan kerajaan Barisan Nasional.
Apa yang kita belajar? Jika kita hanya mengikut “pandangan awam” yang dihasilkan oleh media arus perdana Bahasa Melayu dan Cina secara membuta tuli, kita mungkin akan hilang harapan, kemas barang, dan menggantung kasut kita.
Sebaiknya, kita pemimpin Pakatan Harapan di peringkat nasional dan akar umbi, perlu memimpin pandangan awam dan bersedia untuk membuat keputusan sukar, berpandukan kepercayaan dan prinsip kita.
Kini, media hanya berfokuskan kepada isu pemimpin UMNO yang melompat parti. Perhatian dan perspektif sedemikian rupa terhadap isu initelah menimbulkan sentimen negatif dalam penyokong Pakatan.
Salah satu contoh ialah ahli politik yang tidak beretika seperti Rahim Thamby Chik memohon untuk menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Beliau merupakan liabiliti dan tidak memberi nilai tambah kepada perjuangan Pakatan.
Persoalan utama kita sekarang ialah bagaimana kita, sebagai Pakatan, masyarakat dan sebuah negara akan menangani keretakan UMNO. Kita perlu menerima hakikat bahawa 9 Mei 2018 ialah gempa dan tsunami politik yang begitu besar, dan sudah tentu implikasi besar yang lain akan menyusul.
Selagi Najib Razak dan orang kanannya Zahid Hamidi mengetuai UMNO, maka orang Melayu akar umbi dan pertengahan serta pengundi Malaysia yang lain tidak akan kembali untuk menyokongnya. Reputasi kleptokrasi mereka telah mencemarkan kepemimpinan mereka. Jika Zahid terus mengetuai UMNO, perpecahan akan berlaku, dan pemimpin akan melompat keluar parti sebelum kapal tenggelam.

Gempa politik terkini iaitu perhimpunan anti-ICERD pada 8 Disember 2018 merupakan satu alamat berakhirnya UMNO di Sabah. Bagi rakyat Sabah termasuk ahli UMNO Sabah, kerjasama di antara UMNO dan PAS ialah satuidea yang kurang bijak. Pengundi Sabah terdiri daripada pelbagai etnik darisegi luaran berbanding kebanyakan pengundi di Semenanjung.

Zahid dan Najib hanya tahu politik kotor bangsa dan agama, dan mereka sememangnya tidak mewakili masa depan. Ramai orang percaya bahawa kepimpinan UMNO hanya menjadi sebuah sayap Dewan PAS di bawah kepimpinan Zahid.

Terdapat sekurang-kurangannya dua kumpulan dalam UMNO yang tidak serasi, satu menyokong Hishamuddin Hussein dan satu lagi menyokong Khairy Jamaluddin. Kedua-dua kumpulan ini tidak bertembung antara satu samalain, tetapi kedua-duanya menolak kepimpinan Najib dan Zahid.

Mungkinkah wujudnya kumpulan pemimpin UMNO yang meninggalkan parti dan menubuhkan parti pelbagai kaum yang baru? Jika ia berlaku, apakah langkah yang perlu diambali Pakatan? Jika berlaku sebaliknya, bagaimanakah Pakatan dapat menangani situasi tersebut?

Kita berada di pengalaman peralihan yang pertama – politik, ekonomi dan sosial – dalam sejarah negara kita. Kejatuhan bekas rejim autokratik bukanlah satu kerja yang mudah.

Saya memohon penyokong DAP dan Pakatan Harapan untuk bersabar dalam fasa gempa politik hari ini.

Benar, kita harus bersuara tanparasa takut dan berpihak, tetapi kita perlu bekerjasama dengan rakan kongsi Pakatan dalam meneliti fasa peralihan ini.

Daripada melemparkan tuduhan, sebaliknya kita harus komited dengan matlamat untuk membangunkan Malaysia Baharu di manarakyat sama-sama berkongsi manfaat keamanan, kesaksamaan dan negara yang lebih makmur.

Perpecahan UMNO hari ini sebenarnya satu pencapaian hebat  bagi demokrasi di Malaysia. Memandangkan UMNO tidak lagi meneruskan perjuangan asal seperti tahun 1946, lebih baik sebuah platform baru diwujudkan demi manfaat untuk semua rakyat Malaysia, termasuk orang Melayu.


*Ucapan Pengarah Pendidikan Politik Nasional DAP, Liew Chin Tong bersempena lawatan ke bahagian DAP Triang, Bera, Pahang pada 17 Disember 2018

(function() { var d = document, w = window; w

Undi Pas Tidak Jamin Islam Didaulatkan (ULANGSIAR)

Oleh: Syed Mohd Al-Amin Tuan Sharif Sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 14 dan jauh sebelumnya pun pada PRU13,12,11 dan 10, malahan sejak ...