WALAUNG


 

SETUJU


 

INGAT LAGI DAK TUAN TUAN...SEBELUM KERAJAAN 33 BULAN NAK TUMBANG.....ADA KEMENTERIA APA NTAH...SA..SA ADA BAGI TANDER TERUS ...TAK SILAP AKU LA.



Arif Kadir


 MASAK! Jawatan "Menteri Kanan" ni hanya di zaman PN-PAS tebuk atap 33 bulan aje tuan². RM1.1bilion tu banyak tuan². Masak lemak kaa masak asam pedas ni?





INI MASA KERAJAAN 33. BULAN RASANYA.

 





SELANGOR ATASI RUMAH IBADAT DENGAN BERHEMAH


 

KISAH WALAUN NAK BERJIHAD.

 


Che Ibrahim


Ada walaun tag ambo, mesej ambo, dok sumpah maki isu kuil haram ke ambo...supa la ambo tak kenal feel penyokong Pas hari ni ( ambo taksir panggil walaun dah).


Ambo ulang....bukan kijaan ambo nak peruntuh kuil Haram, dan bukan kijaan ambo nak pertahan kuil haram. 


Kamu buat kerja kamu, kerajaan buat kerja dia, aku buat kerja aku..... Mung nak gi roboh kuil hindu 10 butir sehari pun aku nak peduli apa, tu urusan mu dgn kuil, dengan polis dan dengan mahkamah jika ditangkap. 


Dakwaan atau anggapan kamu sebagai satu jihad suci, belum tentu lagi diterima di sisi Allah kerana Allah melarang kita menganggu tempat ibadat agama apa sekalipun. Soal dia ceroboh tanah orang, maka itu urusan tuan tanah dan pihak berkuasa, usah berlagak sebagai penguasa wpun kamu membenci PMX.


PERLUKAH KITA BERKELAHI UNTUK ORANG LAIN?


Tanah tu milik orang Pas, ambo kenal pemiliknya sebab pernah bersama ambo dalam Pas dulu dulu, bahkan seorang tu pernah bersama ambo di KIAS.


Kuil tu dibina oleh orang hindu untuk beribadat, siapa pun akan pertahan rumah suci mereka demi tuhan mereka.


Memang patut penyokong Pas back up, seorang tu pernah advance duit rm1.4 juta untuk bayar ke Brown Claire @ Editor Sarawak Report. 


Memang patut orang Hindu pertahan rumah ibadat mereka, mereka juga ada hujah, beribadat bukan satu jenayah.

 

Apa pun ambo mohon berlepas diri dari maki hamun ke ambo, ambo tidak nak peruntuh kuil haram dan bukan nak pertahan kuil haram, sebab dua dua bukan kijaan ambo, InsyaAllah, Allah tak akan tanya ambo bab ini.


Ambo ambil sikap sebagaimana sikap Abdul Mutalib bila tentera Abrahah menyerang Ka'abah, dia hanya menyelamatkan dirinya dan keluarganya serta ternakanya. 


Bagi Abdul Mutalib, Ka'abah itu ada tuan dan penjaganya, tahulah penjaganya menjaganya.


Tanah itu ada pemiliknya dan kuil itu pun ada pemiliknya, biarkan mereka selesai masalah mereka. Lagi pun kita ada kerajaan, untuk apa kita perlu ambilalih tugas kerajaan???





Bekas Menteri Kanan didakwa terbabit penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion, SPRM teliti laporan

 


Bekas Menteri Kanan didakwa terbabit penyelewengan pelaburan RM1.11 bilion, SPRM teliti laporan


GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Kuala Lumpur: Dakwaan penyelewengan pelaburan berjumlah kira-kira RM1.11 bilion yang dikaitkan dengan bekas Menteri Kanan di sebuah kementerian kini dalam penelitian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

SPRM dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mengesahkan menerima laporan berkaitan dakwaan penyelewengan pelaburan itu.

Katanya, laporan itu diterima daripada gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada kira-kira jam 2 petang hari ini.

"Berdasarkan laporan itu, pengadu mengesyaki bekas Menteri Kanan dan pegawai kementerian ketika itu terbabit dalam perkara ini.

"Selain itu, dikatakan terdapat keraguan mengenai proses rundingan dan kelulusan yang didakwa tidak membabitkan sepenuhnya kementerian serta agensi berkaitan seperti Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI)," kata kenyataan itu, hari ini.

SPRM berkata, pengadu turut melaporkan beberapa isu yang dikatakan boleh menimbulkan persepsi konflik kepentingan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya sedang meneliti secara menyeluruh laporan yang diterima bagi mengenal pasti sama ada terdapat unsur rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa mengikut peruntukan Akta SPRM 2009.

Katanya, antara langkah susulan yang diambil ialah meneliti dokumen serta bukti dikemukakan sebelum siasatan lanjut diteruskan selaras dengan komitmen terhadap integriti dan ketelusan proses siasatan.

Disiarkan pada: Februari 12, 2026 @ 8:16pm




SELANGOR SUDAH PUNYA UNDANG UNDANG SENDIRI


 

KISAH RON 95. PENGGUNAAN DIBAWAH 200 LITER


 

SEMBANG BAB AGAMA LAIN KEMAIN.TAPI KAWASAN DIA PALING TERUK. KUNCI LORI MANA ?


 

TANYA ANWAR LA NGOK...KO TAKUT NAK TANYA KAH? SEBAB KALAU TANYA MESTI NAMPAK BODO


 

NEGARA INI MESTI DISANDARKAN KEPADA UNDANG UNDANG


 

TAK TERFIKIR



Irfan Abdullah


 Dok terfikir, kenapa sekumpulan manusia ini suka sangat bina rumah ibadat atas tanah milik orang lain?






Dok terfikir lagi, kenapa tak mahu tak beli tanah dan bina atas tanah sendiri? 


Dok terfikir lagi, apa jawapan ajaran agama mereka dalam isu ini? 


Ini perbuatan di luar logik akal bagi negara kita yang bertamadun.


Cuma itulah, segelintir pihak sengaja gagal faham undang-undang dan hak orang lain.


Segelintir lagi menangguk di air yang keruh.


Nah akhirnya semua isu akan jadi isu perkauman. Begitulah kitaran kehidupan di Malaysia negara bekas jajahan British ini. 😁




KALAU RAMAI DIA AKAN KUASAI.

Arif Kadir Al Katami






 INFO TERBARU : Gangster yang melanggar Jan Jaafar dengan HILUX kini dah IPD Kajang. Terima kasih Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) dan Saifuddin Nasution Ismail





KALAU UMNO BERGANTUNG PADA DIA. MEMANG MELINGKUO LA UMNO.

 


TERBAIK. KAMI NAK TENGOK UMNO BOLEH KUAT ATAU KAMI HENTAM KAW KAW SEOERTI DULU. KAU TAK BERTANDING OUN TAK RUGI UMNO.



 DR AKMAL KEMBALI BUKA JALAN KERJASAMA UMNO – PAS, ENGGAN TANDING JIKA BN BERSAMA PH


12 February 2026


Ketua Pemuda UMNO,  Dr Akmal Saleh sekali lagi tampil menyarankan agar UMNO dan PAS bekerjasama.


Jika sebelum ini Adun Merlimau itu menyarankan kerjasama tersebut diwujudkan dalam PRU16 akan datang, kali ini beliau mahu ia dimulakan pada PRN Melaka yang akan berlangsung sebelum akhir tahun ini.


Menurutnya, UMNO dan PAS perlu membentuk pakatan pada PRN Melaka kerana perpecahan politik Melayu ketika ini melemahkan pengaruh mereka walaupun di kawasan majoriti penduduknya terdiri daripada orang Melayu.


Dr Akmal berkata lagi, PRN Melaka sepatutnya menjadi kes ujian bagi kerjasama politik antara dua parti Melayu-Muslim terbesar itu.


“Jika kita mahukan perpaduan Melayu, kita kena mula sekarang. Kita tak boleh hanya bercakap. 


“Kita mesti buktikan di Melaka, walaupun UMNO perlu beri laluan kepada PAS (di beberapa kerusi),” katanya dalam episod terbaru podcast Keluar Sekejap.


Beliau menegaskan, UMNO hanya boleh memulihkan kekuatannya dengan menjalin semula hubungan dengan pengundi teras Melayu-Bumiputeranya, sambil menyebut undi yang hilang daripada UMNO bukan pergi kepada PH, sebaliknya kepada PAS dan PN.


“Mungkin orang di Kuala Lumpur tak rasa. Anda boleh datang ke Melaka dan lihat sendiri, pergi ke kampung-kampung,” ujarnya.


Kata Dr Akmal, seruan ke arah perpaduan ‘bukanlah tentang merampas hak orang lain, tetapi tentang memastikan orang Melayu ‘rasa selamat dan bersatu’.


Serentak dengan itu, sebagai tanda komitmennya kepada penyatuan Melayu, Dr Akmal juga mengumumkan tidak akan bertanding pada PRN Melaka akan datang jika BN terus bekerjasama dengan PH.


Dalam  PRN Melaka tahun 2021, BN menang 21 daripada 28 kerusi dipertandingkan, manakala PH memperoleh lima dan PN (Bersatu) dua.


Bagaimanapun, Adun Rembia daripada UMNO, Jailani Khamis berpindah ke blok pembangkang selepas dilaporkan menyertai PAS pada 2023.


Kepada kedua-dua parti - UMNO dan PAS - mereka hendaklah mengambil serius saranan Dr Akmal ini jika benar-benar ingin melihat penyatuan Melayu tercapai di negara ini.


Tiada cara lain untuk mewujudkan penyatuan Melayu di negara ini melainkan dua parti Melayu terbesar itu sedia bekerjasama.


Oleh kerana pilihan raya paling awal di Semenanjung ialah PRN Melaka, amatlah sesuai langkah pertama dimulakan di negeri penuh bersejarah itu.


Lagi pun ketika ini, sementara salah satu komponen PN iaitu Bersatu sedang bermasalah dan UMNO pula tidak bertambah sokongan Melayu yang diperolehinya sejak bersama dalam kerajaan perpaduan yang ada DAP di dalamnya, maka pilihan yang terbaik ialah kedua-dua parti harus berbaik semula.


Lupakan sengketa lama, buang yang keruh dan ambil yang jernih demi kepentingan bangsa dan negara.


Bila bangsa Melayu secara majoritinya dapat disatukan, maka negara juga dapat diselamatkan.


Kerjasama UMNO dan PAS yang bermula di Melaka nanti, kemudian boleh diteruskan di PRN Johor dan seterusnya dalam PRU16 akan datang.


Politik negara kita berdepan kekalutan dan suasana tidak menentu yang tidak pernah berlaku sebelum ini di mana hampir saban minggu ada saja isu baru yang muncul merimaskan kehidupan rakyat.


Hanya dengan penyatuan Melayu yang bermula dengan UMNO dan PAS bekerjasama saja dapat memberi kestabilan kepada negara. - ShahbudinHusin 12Februari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/02/dr-akmal-kembali-buka-jalan-kerjasama-umno-pas-enggan-tanding-jika-bn-bersama-ph/



ASYIK FITNAH SAJA LEBAI PAS


 

YB TESLA KENA BALUN


 

YIDDIN... KOYAK


 

ANWAR JAWAB