Che Ibrahim
Ada walaun tag ambo, mesej ambo, dok sumpah maki isu kuil haram ke ambo...supa la ambo tak kenal feel penyokong Pas hari ni ( ambo taksir panggil walaun dah).
Ambo ulang....bukan kijaan ambo nak peruntuh kuil Haram, dan bukan kijaan ambo nak pertahan kuil haram.
Kamu buat kerja kamu, kerajaan buat kerja dia, aku buat kerja aku..... Mung nak gi roboh kuil hindu 10 butir sehari pun aku nak peduli apa, tu urusan mu dgn kuil, dengan polis dan dengan mahkamah jika ditangkap.
Dakwaan atau anggapan kamu sebagai satu jihad suci, belum tentu lagi diterima di sisi Allah kerana Allah melarang kita menganggu tempat ibadat agama apa sekalipun. Soal dia ceroboh tanah orang, maka itu urusan tuan tanah dan pihak berkuasa, usah berlagak sebagai penguasa wpun kamu membenci PMX.
PERLUKAH KITA BERKELAHI UNTUK ORANG LAIN?
Tanah tu milik orang Pas, ambo kenal pemiliknya sebab pernah bersama ambo dalam Pas dulu dulu, bahkan seorang tu pernah bersama ambo di KIAS.
Kuil tu dibina oleh orang hindu untuk beribadat, siapa pun akan pertahan rumah suci mereka demi tuhan mereka.
Memang patut penyokong Pas back up, seorang tu pernah advance duit rm1.4 juta untuk bayar ke Brown Claire @ Editor Sarawak Report.
Memang patut orang Hindu pertahan rumah ibadat mereka, mereka juga ada hujah, beribadat bukan satu jenayah.
Apa pun ambo mohon berlepas diri dari maki hamun ke ambo, ambo tidak nak peruntuh kuil haram dan bukan nak pertahan kuil haram, sebab dua dua bukan kijaan ambo, InsyaAllah, Allah tak akan tanya ambo bab ini.
Ambo ambil sikap sebagaimana sikap Abdul Mutalib bila tentera Abrahah menyerang Ka'abah, dia hanya menyelamatkan dirinya dan keluarganya serta ternakanya.
Bagi Abdul Mutalib, Ka'abah itu ada tuan dan penjaganya, tahulah penjaganya menjaganya.
Tanah itu ada pemiliknya dan kuil itu pun ada pemiliknya, biarkan mereka selesai masalah mereka. Lagi pun kita ada kerajaan, untuk apa kita perlu ambilalih tugas kerajaan???
No comments:
Post a Comment