Peguam : Anwar layak pegang jawatan Presiden KEADILAN

Peguam : Anwar layak pegang jawatan Presiden KEADILAN

KUALA LUMPUR 31 Mac : Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh mememang jawatan Presiden KEADILAN walaupun dijatuhkan hukuman dalam kes fitnah II baru-baru ini.
Anwar_IbrahimDalam satu kenyataan seorang peguam, Radzlan Jalaludin memaklumkan spekulasi bahawa Anwar berdepan dengan risiko pembatalan oleh Pendaftaran Pertubuhan ekoran sabitannya dalam kes Fitnah 2 adalah tidak tepat.
“Biarpun disabitkan dengan kesalahan dan keputusan ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim masih dibenarkan untuk menduduki jawatan Presiden KEADILAN selaras dengan Seksyen 9A(4) Akta Pertubuhan 1966 yang membolehkan beliau dikecualikan daripada pengguguran kelayakan tersebut (exempted from the application of such disqualification),” kenyataan itu dipetik.

Malah tegas Radzlan, tidak ada alasan dan sebab munasabah untuk Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak atau menghalang Anwar daripada menggunakan peruntukan undang-undang ini bagi menerajui KEADILAN selaku Presiden.

Penantian rakyat khususnya anggota Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) selama lebih 15 tahun akan berakhir selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencalonkan diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN dalam Pemilihan KEADILAN 2014.

Wibawa dan ketokohan beliau diyakini mampu menerajui KEADILAN sebagai sebuah parti masa depan.
Rakyat dan anggota KEADILAN khususnya yakin dan percaya bahawa kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan memperkukuh KEADILAN dan menguatkan muafakat dalam Pakatan Rakyat serta menyemarakkan lagi perjuangan reformasi demi masa depan Malaysia

Memali yang belum pernah dicerita kpd umum - Tun Musa Hitam


Himpunan Reformasi 2.0 KELANTAN -IKUTI PENERANGAN SAIFUDDIN KES ANWAR


Himpunan Reformasi 2.0 -IKUTI PENERANGAN SAIFUDDIN KES ANWAR


Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin

Tiga aspek kelemahan kerajaan tangani krisis MH370- Saifuddin


KUALA LUMPUR 30 MAC: Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata terdapat tiga aspek utama kelemahan kerajaan dalam menangani krisis kehilangan pesawat Malaysian Airline System (MAS) MH370.

SaifuddinPertama katanya, dari sudut keselamatan negara apabila kecekapan radar tentera dan kawalan ke atas ruang udara Malaysia terdedah kepada ancaman asing.
“Aspek kedua adalah tatacara pengurusan sesuatu bencana berskala besar, yang mendedahkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengendalikan bantuan dari negara asing.

“Ia termasuk aspek kawalan maklumat sensitif atau maklumat tentera dan bagaimana koordinasi dilakukan supaya tidak wujud percanggahan yang mengakibatkan nama baik Malaysia terjejas,” ujarnya kepada Keadilandaily.

Beliau merujuk percanggahan maklumat daripada agensi kerajaan dan pasukan keselamatan yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat berkenaan sejak 8 Mac lalu.
Katanya lagi, aspek ketiga adalah dari sudut menguruskan perasaan anggota keluarga penumpang dan anak kapal oleh kerajaan dan pihak polis.

“Kalau tengok kenyataan ketua polis negara sebelum ini sangat tidak membantu keluarga pilot dengan teori bunuh diri dan penglibatannya dengan parti pembangkang. Itu semua keluar dari kenyataan ketua polis negara,” ujarnya.

Kritikan media antarabangsa

Menurut Saifuddin, tumpuan awal sepatutnya diberi kepada penumpang yang dikesan menggunakan pasport palsu dan latar belakang mereka serta muatan kargo dalam pesawat berkenaan.

“Sebaliknya media kawalan kerajaan membuat berbagai spekulasi terhadap pilot dan pembantu juruterbang tanpa menjaga perasaan keluarga penumpang dan anak kapal,” ujarnya lagi.

Beliau berkata, apa yang jelas, cara kerajaan Malaysia mengendalikan tragedi MH370 menerima kritikan hebat dari media serantau dan antarabangsa

“Kerajaan Malaysia tidak dapat mengelakkan diri dari menjadi tumpuan dunia. CNN, Bloomberg, Wall Street Journal dan sebagainya senada mengecam cara kerajaan Malaysia mengendalikan isu itu,” ujarnya.
“Sekarang baru mereka (kerajaan) buka mata, walau berapa kuatpun berusaha untuk kawal media, tapi tak boleh menutup kelemahan kerajaan. Imej Malaysia rosak teruk dan ini diakibatkan oleh kepimpinan yang lemah,” kata Saifuddin.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60421

Senarai calon Pemilihan KEADILAN 2014

Senarai calon Pemilihan KEADILAN 2014

Presiden (2 calon)
1) Datuk Seri Anwar Ibrahim
2) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden (6 calon)
1) Mohamed Azmin Ali
2) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
3) Tian Chua
4) Datuk Saifuddin Nasution Ismail
5) Datuk K Rama
6) Ganusegaran

Naib Presiden (16 calon)
1) Fuziah Salleh
2) N Surendran
3) Rafizi Ramli
4) Nurul Izzah Anwar
5) Mustafa Kamil Ayub
6) Baru Bian
7) Mansor Osman
8) Suresh Kumar
9) Elizabeth Wong
10) Dr Shamugan
11) Shamsul Iskandar Mohd Akin
12) Mohd Yahya Sahri
13) Lee Chin Cheh
14) Dr Sritaram
15) Dr Xavier Jayakumar
16) Tian Chua

Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) (78 calon)
Angkatan Muda KEADILAN (AMK)

Ketua AMK (3 calon)
1) Amiruddin Shaari
2) Nik Nazmi Nik Ahmad
3) Mohd Nazree Yunus

Timbalan AMK (4 calon)
1. Chang Lih Kang
2. Dr Afif  Bahardin
3. Ramesh
4. Sarman

Naib Ketua AMK (9 calon)

Exco AMK (62 calon)
Wanita Pusat

Ketua Wanita Pusat (2 calon)
1) Rodziah Ismail
2) Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita Pusat (3 calon)
1. Haniza Talha
2. Tengku Intan Tengku Abdul Hamid
3. Prof Madya Dr Rosnah Azraai

Naib Ketua Wanita Pusat (6 calon)

AJK Wanita Pusat (14 calon)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=60408

Mampukah Azmin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden?


Jika Khalid kalah, barangkali kedudukannya sebagai menteri besar akan tergugat.



azmin ali 1PETALING JAYA: Penyertaan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menentang suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertandingan Presiden PKR tidak mengejutkan. Ini adalah kerana beliau standby jika Anwar tidak boleh bertanding kerana hukuman penjara yang dijalaninya.

Justru itu apabila Pendaftar Pertubuhan mengesahkan Anwar tidak boleh bertanding, maka Wan Azizah secara automatik menjadi Presiden PKR menang tanpa bertanding.

Oleh itu kemungkinan Wan Azizah menang tanpa bertanding adalah lebih besar daripada beliau melawan suaminya sendiri.

Dalam pertandingan ini, nampaknya jawatan Timbalan Presiden PKR yang menjadi perhatian kerana lima calon telah mengesahkan untuk menentang ahli parlimen Gombak, Azmin Ali.

Mereka ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; ahli parlimen Batu, Tian Chua; Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail dan dua calon yang tidak dikenali, Datuk K Rama dan Ganusegaran.

Mampukah Azmin mengekalkan kerusinya? Dapatkah Khalid menundukkan musuh politiknya itu? Azmin dan Khalid tidak ngam memang sudah diketahui umum. Maka pertandingan di antara Azmin dan Khalid Ini adalah pertandingan kalah mati.

Mungkin cabaran Khalid yang lebih kuat daripada Tian Chua dan Saifudin kerana sebagai Menteri Besar, beliau boleh menjanjikan sesuatu kepada para penyokongnya. Jika pertandingan berlaku di antara dua penjuru, Khalid mungkin dapat mengatasi undi Azmin tetapi apabila berlaku pertandingan enam penjuru ini maka undi akan berpecah dan ia menguntungkan Azmin.

Wan Azizah dikatakan lebih memihak kepada Khalid Ibrahim manakala Anwar pula dikatakan lebih memihak kepada Azmin. Jika Azmin menang, ini bermakna percubaan Khalid yang berjawatan gagal menundukkan Azmin yang tiada jawatan. Barangkali undi simpati yang dapat dipungut oleh Azmin apabila beliau dipecat dari jawatan ahli lembaga pengarah PKNS daripada Khalid.

Jika Khalid kalah, apakah Khalid akan kekal sebagai menteri besar? Barangkali dengan kekalahan Khalid nanti, Anwar ada alasan untuk menyingkirkan Khalid daripada jawatan menteri besar kerana perwakilan tidak mahu beliau kekal di situ.

Sebaliknya jika Khalid menang, kedudukannya sebagai menteri besar tidak akan tergugat.
13 calon pula merebut kerusi naib presiden iaitu Fuziah Salleh,N Surendran,Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Mustafa Kamal Ayub, Baru Bian, Mansor Osman, Suresh Kumar,Elizabeth Wong, Dr Shamugan,
Sresram, Mohd Yahya Shaari dan Lee Chin Cheh.

Pertandingan Naib Presiden juga menarik kerana ramai yang bertanding. Yang disebut-sebut akan menang ialah Fuziah salleh, N Surendran, Rafizi Ramli dan Nurul Izzah Anwar. Keempat-empat calon ini lebih menonjol daripada 13 calon.

Pendek kata pertandingan PKR kali Ini agak menarik walaupun ada yang menganggap perlawanan Anwar dengan Wan Azizah sebagai gimik politik semata-mata. Selagi ada Anwar, selahi itu peranan PKR dalam Pakatan Rakyat masih kuat. Andainya PKR tanpa Anwar, PKR tidak akan menonjol seperti DAP dan PAS lagi.


(function() { var d = document, w = window; w

KEH..KEH...WOOOOOO.....Ridzwan sindir pengerusi Ummah, kalau nak bagi nampak banyak, lebih baik letak cawangan Pas seluruh negara

June 18, 2021  PCOM dah nafi Cinta Gaza dah nafi UMMAH Care dah nafi Rupanya sokongan 440 NGO tu hanyalah ‘khayalan’ Pengerusi UMMAH ? Kalau...