Henti ceramah Anwar, Imej Polis Semakin Buruk - Mahfuz Omar


Henti ceramah Anwar, Imej Polis Semakin Buruk - Mahfuz Omar


Monday, 25 January 2010 11:22 AM Oleh Roziyah Mahamad


KUALA LUMPUR : Imej polis akan lebih buruk apabila menghentikan ceramah umum Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana majlis tersebut jelas tidak menimbulkan kekecohan dan lebih menonjolkan perpaduan.


"Bila berlaku pembakaran gereja, polis mengarahkan pihak gereja sendiri yang mengawal keadaan kerana alasan mereka tidak cukup anggota tetapi bila majlis seperti ini berlangsung polis boleh hantar begitu ramai anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menghentikan program tersebut," jelas Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar ketika dihubungi Era Pakatan.com.
Beliau berkata, ini merupakan provokasi yang cuba dicetuskan oleh pihak polis dan kerajaan seharusnya serius melihat perkara.


"Pimpinan pegawai polis harus dirombak dan jawatan ketua polis yang ada sekarang harus dilucutkan dengan segera," jelas Mahfuz lagi.
Menurut beliau, pihaknya berjaya mengawal keadaan dan meminta semua hadirin bersurai bagi menghormati keputusan pihak polis ketika itu. Tindakan itu katanya tidak wajar kerana program itu lebih mesra rakyat dan mengumpulkan pelbagai kaum selain amalan Pakatan Rakyat (PR) yang sentiasa turun bersemuka dengan rakyat.


Terdahulu, program ceramah umum Anwar di Kampung Kerinci malam tadi bertukar kecoh apabila polis bertindak dengan menaiki pentas dan memberhentikan program tersebut. Kejadian itu berlaku selepas setengah jam Anwar memulakan ceramahnya.


Polis yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid bersama-sama beberapa anggotanya bertindak menaiki pentas ceramah itu di Blok L Flat PKNS Kampung Kerinci meminta ketua pembangkang itu berhenti menyampaikan ceramah.
Penyokong yang hadir ketika itu lantang berteriak membantah tindakan polis yang menghalang ceramagh itu daripada dilangsungkan.

Ekoran perkara itu, majlis tersebut terpaksa dihentikan dan para penyokongnya membawa ketua pembangkang itu ke dalam sebuah rumah yang terletak bersebelahan dengan pentas tersebut.
Pihak urusetia juga bertindak menutup lampu dipentas tersebut, menyebabkan para penyokong bersorak dan melaungkan 'Reformasi' kepada beberapa kali kepada anggota polis yang masih berada di atas pentas.
Kekecohan yang berlaku hampir 10 minit itu disaksikan hampir 500 hadirin yang hadir di situ sejak jam 8.30 malam tadi. Lebih 30 anggota polis termasuk FRU kelihatan di tempat ceramah tersebut.

CERAMAH DI GANGGU: ANWAR MASIH MENJADI ANCAMAN BUAT Bn/Umno



Sejak beberapa minggu lalu, Anwar menjelajah keseluruh negara bagi menjelaskan tentang ancaman yang sedang beliau hadapi sekarang .Ancaman berupa plot cerita lama dan pelakon baru yang akan muncul nanti pastinya menarik perhatian seluruh warga negara darul boleh yang terkenal dengan berbagai majik dan juga lawak jenaka pimpinannya.Bukan sahaja kehilangan, jenayah dan juga masalah rasuah yang tiada penghujungnya, malah kehilangan yang seringkali berlaku sehinggakan membabitkan enjit jet juga menjadi bahan jenaka rakyat.

Kini , isu baru yang akan menjadi heboh seantario negara hatta dunia ialah pertuduhan kali ke 2 bagaimana seorang pembantu beliau yang mengaku di liwat berkali-kali , namun mengambil sikap berdiam diri dan akhirnya berjumpa perdana menteri bagi menjelaskan kedudukan beliau di liwat.Anehnya , ianya berlaku dalam apa yang di katakan sebagai majik anak muda yang mana tidak di sahkan oleh doktor perubatan.Meski pun dunia belum melahirkan pakar dalam bidang sodomi, namun Malaysia mengiktiraf adanya pakar sodomi yang julung-julung kalinya di lahirkan di negara dunia ke tiga ini.

Anwar seperti biasanya , masih tidak yakin dengan para hakim yang akan menjatuhkan hukuman ke atas beliau. Diatas kertas sebelah kakinya telah melangkah masuk terperosok ke penjara Sungai Buloh dan sebelah lagi pula di tarik keluar oleh para penyokongnya , yang mahukan perubahan yang akan di bawa beliau sekiranya berjaya dalam pilihanraya yang ke 13 nanti. Itulah harapan rakyat kerana hanya itu yang ada bagi rakyat dalam negara.

Selain apa yang di katakan retorik menjanjikan kelebihan buat rakyat dan mendahulukan rakyat, Najib di lihat masih lagi gagal mengawal para ahli kabinetnya dan juga parti dominan dalam Barisan Nasional/ Umno dari menjadi sebuah parti yang hanya dikatakan berjuang bagi mengumpulkan kekayaan para pimpinannnya. Berkali-kali pimpinan atasan membuat teguran, namun tanpa contoh teladan yang baik, mana mungkin pimpinan yang lain mahu mengikutinya. Sedangkan dalam masa yang sama anak muda melihat kekayaan yang di miliki pimpinan pemerintah adalah hasil dari menjadi menteri didalam kabinet pemerintah. Mereka yakin semua ini bukan akibat gaji yang dimiliki , melainkan kekayaan yang di kaut hasil perbuatan yang tidak bermoral.Sehingga kini parti komponen Bn masih belum selesai bertelagah sesama mereka.Mic, Gerakan dan Mca dilihat akan berpaling juga apabila berita kekalahan mereka diterima.Umno akan menjadi parti tunggal di ketika itu.

Berbalik kepada Anwar , kempen beliau kali ini di lihat lebih bersedia. hanya baru-baru ini di Sungai Manik beliau menjelaskan bahawa sekiranya beliau di tahan , Pakatan Rakyat tidak akan berkubur. Anwar menjadi ikon dalam membentuk kerjasama DAP dan PAS yang dilihat cuba di ganggu gugat oleh pemerintah dengan menimbulkan berbagai isu yang boleh memecah belahkan kedua-dua parti itu, namun usaha itu sehingga kini gagal segagalnya kerana selain dari rakyat yang sudah jelak dan tahu teknik Umno yang usang, kini pimpinan DAP dan PAS di lihat boleh berkerja sama dengan lebih erat malah hubungan ni sentiasa membimbangkan pemerintah.

Betul ancaman Anwar selepas pilihanraya ke 12 baru-baru ini , dengan apa yang di katakan sebagai tsunami politik, bukan kerana kerja kuat pimpinan , namun kerena rakyat telah di sedarkan dengan kemudahan sistem maklumat yang sampai di tangan mereka.Rakyat mula memikirkan bagaimana mahu merubah dan mencuba satu sistem baru yang di bawa pula oleh generasi baru yang mahukan perubahan yang dapat memuskan semua bangsa di dalam negara.

Dalam hal inilah peranan Anwar di lihat sebagai satu ancaman yang cukup besar untuk mematahkan serangan Bn dan membantu Pakatan Rakyat dan mengambil alih negara ini.Zaid Ibrahim pernah mencadangkan agar Tuan Guru Nik Aziz mengambuil alih sebagai penasihat Pakatan Rakyat kerana beliau telah memahami susur galur sistem kehakiman negara ini.Beliau dapat menghidu apa yang akan di hadapi Anwar. Situasi ini hanya ada dua pilihan buat pemerintah .Pertamanya jika Anwar di tahan pemerintah akan menghadapi gelombang kebangkitan rakyat baik dalaman mahukan secara luaran. Didalam negara mungkin akan hangat untuk beberapa bulan dan kemudiannya menjadi suam kuku, namun ancaman paling besar ialah jika apa yang pernah di buat dahulu iaitu kempen bebaskan Anwar yang mana di laksanakan di luar negara sehingga mengamcam mamak bendahara ke luar negera dimana soalan berkaitan dengan Anwar pastinya kan di tanya oleh wartawan diluar negara bekaitan dengan hak asasi dan pertuduhan yang di rekacipta.

Selain itu, juga pemerintah berpendapat bahawa dengan menahan Anwar , gerakan bagi membangitkan gelombang Pakatan Rakyat akan di lihat sebagai gelombang yang akan menjatuhkan Bn/Umno. Maka kerana itu, Anwar perlu di tahan. Anwar perlu di dakwa kerana hanya dengan cara inilah sahaja Bn / Umno akan dapat merdeka dari unsur ancaman dalaman. Menahan Anwar ada risikonya, dan kalau tidak di tahan pun Anwar akan memainkan peranan yang besar dalam kempen pilihanraya ke 13 nanti.Ikon Anwar masih menjadi ancaman buat pimpinan yang pernah berada di bawah kawalan beliau semasa menjadi timbalan perdana menteri.Suasana pilihanraya lain dari suasana tenang. Suasana pilihanraya penuh dengan emosi dan kempen yang dilakukan serta laporan yang memburukkan pembangkang membangkit emosi untuk rakyat menolak Bn.Rakyat benci dengan laporan yang penuh dengan retorik,menipu dan memperbodohkan rakyat. Rakyat mahukan kerajaan yang lebih terbuka dan telus dan bukan menipu serta memperbodohkan rakyat.










Kini tugas tersebut akan di galas semula oleh isteri beliau Wan Azizah yang memulakan lawatan pertamanya ke Permatang Pauh baru-baru ini. dalam ucapan beliau di hadapan khlayak kaum tionghua di Permatang Pauh , Wan Aziziah mebicarakan tentang sokongan rakyat harus di perkukuhkan menjelang pilihanraya yang akan datang. Masa tidak cukup buat Bn/Umno memikirkan cara terbaik mengambil hati rakyat.Cara yang di guna mereka mengundang risiko rakyat makin membenci mereka jika ulasan para hakim dan juga peguambela di lepaskan di dalam internet.

Bagi Bn semua kajian bagi menahan Anwar sama ada memberikan kelebihan atau kekurangn telah di ambil kira. Mereka menjangkakan dengan menahan Anwar dan melaga-lagakan DAP dan PAS pasti akan berjaya juga dan perpecahan akan berlaku. Jika ini terjadi dan rakyat termakan strategi mereka, maka mereka punya masa 5 tahun berikutnya untuk meneruskan pemerintahan mereka. Akan tetapi, jika penahan Anwar berjaya pula di manfaatkan oleh rakyat dan pimpinan Pakatan Rakyat, Bn/Umno akan menghadapi ancaman di pinggirkan rakyat dengan lebih teruk lagi. Pemikiran rakyat kini lebih terbuka dan berbeza. Memperbodohkan rakyat menjadi bahan ketawa dari lobi hotel hingga kekedai-kedai kopi kampung. Tambahan pula misteri kehilangan enjin jet masih lagi menjadi bahan jenaka anak-anak yang seringkali bertanyakan bapa mereka bagaimana enjin jet di larikan oleh 2 insan yang begitu gagah untuk menghilangkan nya.


Para pimpinan Pakatan Rakyat harus punya strategi bagaimana melahirkan pimpinan baru yang boleh menarik perhatian rakyat seperti Anwar.Mereka juga harus bersedia menerima suasana muram ketika beliau ditahan dahulu. Ramai yang tidak bertahan lama dan menjadi suam.Suasana suam ini perlulah di hindari, sebaliknya harus terus di bangkitkan semangat juang menunggu hari memangkah.Ingat, rakyat betapa kuasa di puncak pemerintahan penting bagi menjayakan hasrat rakyat dan harapan mereka untuk menegakkan keadilan. Jika ianya gagal di laksanakan, Bn/Umno akan bersorak riang dengan agenda mereka,sebaliknya jika gagal pula usaha mereka memperngaruhi rakyat , mereka kan di hukum dengan lebih dahsyat lagi dari pilihanraya ke 12. Oleh itu menahan Anwar ada baik buruknya buat pemerintah. Jangan sampai rakyat mula celik,bangkit tanpa rasa takut dan pemimpin yang zalim biasanya menerima musibah yang cukup dahsyat. belajarlah dari sejarah kerana sejarah adalah peristiwa lam;au bertujuan mengingatkan kita hari ini.






Amiruddin Ahmad, adalah penulis bebas,
menulis untuk akhbar Konsep Era Pakatan,

EXCO Aliran,
Aliran Kesedaran Negara.