BAWA UNTUNG DAN KELENTONG


 

MENU BARU JIMAT DI PASARAN


 

SAYA DAH LAMA KATA, LEBIH ELOK JIKA NURUL IZZAH SENDIRI BERUNDUR DIRI

 

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar akhirnya mengalah juga terhadap pelbagai kritikan atas perlantikan dirinya sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri.

Katanya, bermula hari ini beliau tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada bapanya, Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah dalam satu kenyataan berkata, ini berikutan beliau menerima pelawaan untuk menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan bagi membantu usaha memperkukuh ekonomi negara yang dipengerusikan Mohd Hassan Merican.

“Pengerusi Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan, Mohd Hassan Marican, telah mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat.

“Saya dengan rendah diri menerima pelawaan dan tanggungjawab tersebut.

“Dengan peranan baru itu, saya tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri.

“Saya amat menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” katanya lagi.

Nurul Izzah turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan atas setiap sokongan yang diberikan, baik daripada orang ramai mahupun seluruh pasukan perkhidmatan awam dan komuniti kerajaan sepanjang keberadaannya memegang jawatan sebagai penasihat kanan kepada Perdana Menteri itu.

Hmmmmm…..

Menerima pelawaan Mohd Hassan menyertai Seketariat Jawatankuasa Penasihat kepada Menteri Kewangan barangkali hanya sebagai alasan atas pengunduran Nurul Izzah sebagai penasihat kanan kepada bapanya yang mengundang kritikan ramai sebaik ia diketahui ramai sebelum ini.

Rata-rata orangramai, kecuali pembodek dan pengampu, tidak dapat menerima perlantikan itu kerana ia merupakan suatu amalan nepotisme yang terang lagi nyata, walaupun Anwar cuba mempertahankan perlantikan itu dengan alasan anaknya tidak menerima sebarang gaji dan elaun atas jawatan tersebut.

Meskipun dipertahankan dengan alasan tersebut, secara umumnya rakyat tidak dapat menerima perlantikan itu kerana konflik kepentingan tetap berlaku walau tidak dibayar gaji, selain membuka pintu fitnah dengan sengaja.

Blog ini sendiri beberapa kali menulis tentang perkara itu, malah pernah menyarankan agak Nurul Izzah mengundur diri sebagai langkah menyelamatkan keadaan serta nama baik bapanya.

Artikel berkaitan di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/01/30/apa-kata-jika-nurul-izzah-sukarela-mengundurkan-diri.html

Agaknya, setelah berfikir panjang dan demi menjaga nama baik bapanya, Nurul Izzah sedar juga akhirnya kesan buruk daripada perlantikan dirinya itu.

Jika tiada perlantikan anaknya itu, Anwar tentu saja tidak menerima kritikan dan kecaman yang terbuka daripada orang ramai.

Ia adalah kesilapan yang tidak seharusnya Anwar lakukan dalam tempoh belum sampai 100 hari menduduki jawatan Perdana Menteri.

Walaupun pengunduran itu agak terlambat, ia bagaimanapun tetap lebih baik daripada tidak berusaha langsung memperbaiki keadaan.

Semoga kesilapan tersebut yang kini telah diperbetulkan dengan Nurul Izzah sendiri mengundur diri adalah suatu yang berguna untuk Anwar pelajari dalam menempuh hari-hari mendatangnya yang masih panjang serta banyak lagi cabaran sebagai Perdana Menteri.

Menjadi pemimpin, terutama Perdana Menteri, selain menunaikan janji, sama pentingnya ialah tidak lupa dengan apa yang pernah diperjuangkan dan kita sendiri mengecamnya selama ini.

Rakyat sentiasa memerhati, walaupun kadangkala dengan kuasa yang dimiliki, pemimpin selalu sangat terbuai dan lupa diri. – ShahbudinHusin 12/02/2023.


KES PENCERAIAN BERFOFIL TINGGI-ABAH TAK JAWAB SAMPAI LA NI


 

KITA HENDAK KAN SUPAYA PENYAMUN NI DITANGKAP SEBERAPA SEGERA DAN DIJATUHKAN HUKUMAN...


 

KEH.KEH...DIA PUNYA MERAPU NAK CAKAP - IKUT SUKA DIA NAK CAKAP- AGAK HANGPA MB KEDAH OK KA ?


 

SAKIT LAGI BILA DIGLAR WALAUN


 

KALI NI LEBAI TAK BOLEH DAH NAK KUTUK BAB NEPOTISME- KALAU TOLONG BAPAK DAN MERTUA DI PEJABAT OK DAK ?



Ini berita yang mungkin lebai dan walaun tunggu. Nurul Izzah bukan lagi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM. Lebai ready nak bersorak ke tu? Konon mereka berjaya tekan Nurul Izzah sampai lepaskan jawatan tersebut.

Tapi nanti dulu. Sebenarnya Izzah lepaskan jawatan penasihat kerana beliau dijemput oleh Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang diketuai Tan Sri Hassan Marican untuk bersama sekretariat yang dibentuk bagi menyokong operasi jawatankuasa itu. Baca di: https://bit.ly/3xf0nwD.

Ini juga bermaksud kebolehan dan kepakaran Nurul Izzah diiktiraf oleh seorang tokoh korporat hebat seperti TS Hassan. Bukan calang-calang. Takkan TS Hassan nak jemput orang sebarangan yang boleh menggangu operasi jawatankuasa tersebut.

Untung Nurul Izzah. Dapat menimba pengalaman dari TS Hassan dan barisan penasihat yang lain seperti Profesor Ulung Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah dan Profesor Ekonomi di Sunway University Business School, Dr Yeah Kim Leng.

Semoga ini akan meningkatkan kemahiran Nurul Izzah dalam bidang ekonomi serta melengkapkan lagi profile beliau sebagai persediaan menjadi PM Wanita pertama Malaysia. InsyaAllah. Guane boh?

Raja Gelap

 

LAMA DAH DIA MENGHILANG AKIBAT KENA KUTUK DULU- GAMAKNYA LEPAS KENA CUCUK VAKSIN RAMAI JADI CAM GINI-ENTAH ENTAH TAK PERNAH PERGI MARKET. TU DIA TAK TAU REGA BARANG-NI HARAP BINI JA NI....




Lidah PAS, Harakah 2.0 atau nama sebenarnya Sinar Harian hari ini menyiarkan komentar Roslan SMS tentang pemansuhan pelekat cukai kereta. Kata Roslan, masalah rakyat lebih penting daripada cukai jalan.

Zaman YahooGroups dulu, Roslan SMS ni kiranya antara mentor aku la. Selalu aku baca tulisannya dan jadikan rujukan dalam menulis. Masa tu aku baru 20an.

Tapi entah mengapa, lepas saja Langkah Sheraton, ramai yang hilang kecerdikan mereka. Termasuklah Roslan SMS ni juga. Mungkin semua telah dimakan sumpah akibat khianat mandat rakyat dahulu.

Berbalik soal isu yang dibangkitkan. Pertama sekali, kenapa dari lebai sampai ke walaun masih ulang ayat yang sama. Soal harga telur. Sedangkan rakyat boleh nampak betapa bekalan telur sekarang sudah pulih dan harganya sangat munasabah.

Memang tak dapat semurah tahun 90an dulu tapi jauh lebih murah berbanding ketika PN ada dalam kerajaan dulu. Rasanya hampir separuh juga dari harga zaman PN. Dia gagal uruskan dulu, sekarang ni orang lain berjaya, dia enggan akui.

Bukan setakat telur, ayam dan minyak masak pun dah turun harga. Minyak masak sekarang separuh dari harga zaman PN dulu. Harga sayur baru naik, pun menteri dan gerakkan agensi. Kalau masa PN dulu, hanya berdalih dan suruh rakyat bersabar.

Kedua, kerajaan memang cakna dengan isu kos sara hidup ni. PM kita, YAB DS Anwar Ibrahim dari hari pertama dilantik lagi dah sebut. Dan memang nampak ada usaha dari kerajaan nak bantu rakyat. Berbeza dengan masa Mahiaddin dulu. Sibuk nak berpolitik sahaja.

Ketiga, pelekat cukai jalan dengan kos sara hidup tak bersangkutan pun walaupun memang terdapat rungutan soal kualiti pelekat tersebut. Dan dua hal ini pun diuruskan oleh dua kementerian berbeza.

Masalah kos sara hidup diuruskan oleh MAFS dan KPDN. Pelekat cukai jalan diuruskan oleh MOT. Takkanlah sebab kos sara hidup tinggi, maka idea yang baik dalam kementerian lain kerajaan tak perlu laksanakan? Kan tak cerdik begitu.

Contohnya, kita keluar nak beli ikan. Masa dalam perjalanan, nampak ada orang jual durian harga murah. Kita cukup duit. Ruang dalam bonet pun ada. Takkan nak lepaskan beli durian yang murah tu sebab belum beli ikan? Kan itu satu kerugian!

Lagipun nak mansuhkan pelekat cukai jalan ni pun bukan sampai kerajaan kena mesyuarat sampai 17 hari 17 malam, atau terpaksa pergi London macam Mahiaddin jumpa RPK tempohari. Tidak. Boleh kata tak perlukan effort langsung pun sebab sistem dah sedia ada.

JPJ dah lama gunakan peranti yang boleh periksa tarikh luput cukai jalan kenderaan. Jadi tak perlu nak tambah apa pun. Cuma sebelum ni tiada orang yang ada kesungguhan nak laksanakan apa yang menteri laksanakan. Itu je pun.

Jelaslah puak PN ni memang tak ada idea langsung nak membangkang. Segala benda dia cuba jadikan isu walaupun benda tu boleh menjerat leher sendiri. Sesuailah netizen gelar puak ni Pertikaian Nasional. Sebab tahunya cuma nak pertikai saja.

Tapi itulah hakikatnya. Dalam PN tak ada seorang pemimpin pun yang berwibawa untuk bawa suara rakyat. Mereka cuma perjuang kepentingan sendiri. Sebab itu mereka tak faham aspirasi rakyat. Syukur mereka tak jadi kerajaan. Guane boh?

Raja Gelap

 

JELAS TERAKAM KAMERA‼️DENGAR APA KOMEN ANAK-ANAK MUDA DAPAT BERTEMU DENG...

NEPOTISME- LANGKAH BIJAK NURUL BUKAN LAGI PENASIHAT KANAN EKONOMI...

 

Nurul Izzah bukan lagi penasihat kanan PM

Pelantikan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri mencetuskan kontroversi sebelum ini.

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mengesahkan beliau tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR berkata beliau kini menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan yang dipengerusikan oleh Mohd Hassan Marican.

“Hassan mengundang saya menyertai Sekretariat Jawatankuasa Penasihat bagi membantu usaha mereka dalam memperkukuh ekonomi negara dan rakyat. Saya dengan rendah diri menerima tanggungjawab ini.

“Menerusi peranan baharu ini, saya tidak lagi berkhidmat sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan.

Kata Nurul Izzah beliau menghargai setiap peluang untuk menyumbang kepada negara demi melakar masa depan yang lebih baik untuk Malaysia.

“Saya berharap khidmat membantu Hassan berserta anggota jawatankuasa lain mampu memberi manfaat kepada negara tercinta.

“Terima kasih saya ucapkan kepada seluruh jawatankuasa. Sama-samalah kita menyumbang dalam sebarang kapasiti demi negara kita,” katanya.

Terdahulu Hassan dalam satu kenyataan berasingan, memaklumlan Nurul Izzah dijemput untuk mengetuai secara bersama sekretariat untuk menyokong operasi Jawatankuasa Penasihat Menteri Kewangan.

Jawatankuasa Penasihat itu dianggotai Pengerusi Sarawak Energy Bhd Abdul Hamed Sepawi; Pengerusi Eksekutif FPSO Ventures Sdn Bhd Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ulung Ekonomi di Institut Asia-Eropah Universiti Malaya Rajah Rasiah; dan Profesor Ekonomi di Fakulti Perniagaan Universiti Sunway Yeah Kim Leng.

Pembentukan jawatankuasa itu diumumkan Anwar pada 7 Feb lalu dan setiap anggotanya tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan.

Pada akhir bulan lalu, Nurul Izzah mendedahkan beliau dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada perdana menteri berkuat kuasa 3 Jan lalu.

Anwar kemudiannya mempertahankan pelantikan itu dengan berkata, Nurul Izzah tidak dibayar gaji dan beliau layak untuk jawatan berkenaan kerana ijazahnya dalam bidang kejuruteraan, dasar awam dan sosial.

Bagaimanapun, beberapa pengkritik mempersoalkan pelantikan itu sebagai nepotisme yang pasti akan meletakkan kerajaan perpaduan dalam keadaan bertahan kerana memberi peluang kepada pembangkang untuk menyerang mereka.

MANJA BETOI,,,,,



MrNiceGuy
Ngadu ke? Alahhhh .... Manje nau Duit tabung kan ada? Napa tak guna..

TAKKAN DIA NAK MENGAKU


NORMAN RADZUAN




Tentulah Muhyiddin denial…apa you all ingat Muhyiddin akn mengaku dan kita pun tahu mustahil ia berlaku. Dkt sekolah kentut pun sampai tunjuk langit bersumpah tak mengaku.

Mcm geng dia sebelum ini nafi nafi nafi… ada bukti dgn video terus ‘tukar’ itu bukan rasuah tapi sedekah. Sebelum ini pun ‘saya tidak fitnah dan tidak akn mohon maaf’. Bila kes di bawa ke mahkamah terus mohon selesai luar mahkamah…yelah hati hitam boleh simpan dalam jubah.

Muhyiddin boleh la nafi. Tiba2 SPRM sahkan sdg siasat projek bernilai Rm 1.2 billion…tak apa la kita tunggu. Masa tidak pernah berhenti.

 

Parti politik hancurkan keharmonian kaum

 NORMAN RADZUAN




Parti politik hancurkan keharmonian kaum

KEBODOHAN ATAU KEGILAAN?

Kerajaan Perpaduan mereka kata tak boleh guna nama ini sb tak libatkan mereka. Kurangkan jumlah Menteri mereka tak puji. PM tak ambil gaji mereka tak peduli. Lantik Penasihat2 tanpa gaji mereka keji.

Buat slogan Malaysia Madani mereka kata falsafah barat. Sampai Menu Rahmah yg sudah tentu kebaikan utk golongan B40 pun mereka sanggah.

Itu belum bab ekonomi… saham meningkat, ringgit semakin mengukuh, pelaburan berbillion mula hadir, ada harga barang semakin murah, PMX dpt jimatkan hampir Rm 2 billion wang rakyat ( projek tambatan banjir )… lalu mereka masih bertanya apa yg kerajaan ini buat? Mereka ini bodoh atau gila?

Jadi apa yg mereka mahu? PM yg lantik begitu ramai penasihat hingga terpaksa dibayar ratusan ribu, PM yg beri projek dgn menantu berbillion ringgit, PM yg hanya tahu beri perutusan, PM yg belanja ratusan juta utk melantik 70 lebih Menteri ( scheme Of things).

Atau mereka berbangga Menteri yg dapat gaji puluhan ribu tapi tak buat kerja, PM yg membuatkan byk pelabur meninggalkan negara ini? Menteri yg membazirkan hampir RM 2 billion wang rakyat?

Please lah rakyat Malaysia jika mahu berpolitik sekalipun jgn jumuk yg membodohkan diri. Lihat adakah PN menjalankan tanggungjawab mereka sebagai check n balance utk kerajaan?

Mereka tidak pernah mencadangkan suatu yg baik utk ekonomi negara. Yg mereka tahu bangkang dan lihat sendiri apa yg mereka bangkang yg hanya merugikan rakyat. Apa sahaja mereka memperbodohkan rakyat dgn membangkang.

PN membangkang isu2 yg sebenarnya apa kerajaan buat itu membawa kebaikan utk negara. Sepatutnya mereka bersama kerajaan educate masyarakat terutama org Melayu. Sdgkan semua tahu dunia mengkagumi ketokohan PMX.

Mereka hanya guna sentimen perkauman. Siapa anak 70an seperti saya? Sayang semangat perpaduan yg telah digilap oleh kerajaan sebelum itu telah dihancurkan dgn sentimen perkauman oleh parti politik. Ia sgt tidak bertanggungjawab dan hanya membuatkan rasa benci antara kaum kembali memuncak.

Demi politik mereka tak peduli soal agama hingga mereka sanggup lakukan fitnah. Fitnah dulu minta maaf kemudian. Kadang2 tak masuk akal mereka yg berimejkan Islam sanggup memfitnah. Kesian org2 kampung yg kurang pengetahuan dibohong begitu sahaja.

Beritahu saya di mana Islam terancam. Saya org Melayu, saya org Islam jika Islam ini terancam nescaya saya akn lawan PMX sb saya lebih taksub kpd agama saya.

 

DAN DAN TU DIA KELUAR FATWA KERAJAAN MELAMPAU PADA ISLAM....KEH..KEH...MASYUKKKK TARAK...KENA KLUAR LAGI YA YUB.




 

LAPORAN PAC. VAKSIN- SEMUA BOLEH DIKESAN


 

KALAU RAZMAN KENA BAYAR 1 JUTA MEMANG KERUSI DIA AKAN HILANG

 


10 DITAHAN DI LOKAP SPRM


 

INGAT AKU BODO MACAM HANG KA


 

Anwar revisits idea of Asian Monetary Fund

ISWARDY MORNI- MB KEDAH TAK KAN TAK TAHU ?..KAH..KAH MB KEDAH KATA TAK TAHU- ADOIIII....BENGONG NYA HANG...


 

KENAPA 52 ORANG DITAHAN DI DALAM HUTAN KALAU BUKAN MENCURI ? MB KEDAH DIAM BAB INI..


 

PN DALAM DUKA LARA


 

SAPA FAHAM BAHASA SIAM


 

MASA SEKOLAH DULU DUDUK KELAS PENGHABISAN- KELAS YANG CIKGU CIKGU GELEK KEPALA- LEPAS UPSR MAK AYAH HANTAR DIA SEKOLAH PONDOK- INGAT DIA LEBIH CERDIK. TAPI NAMPAKNYA SAMA..BOLEH LA AGAMA TU ..TAPI BAB NAK FAHAM DAN MALAS MEMBACA TETAP KEKAL...

 

Ini masalah bila orang kurang membaca tapi hati hitam, sehitam.bontot kuali. Lain kali kalau nak kritik pun, baca dulu. Cari fakta.

Ini tidak. Nampak isu sikit je, terus gaduh nak guna untuk hasut rakyat benci kerajaan. Itu je niatnya. Nak rakyat benci kerajaan.

Sudahlah bahasanya huduh. Mencerminkan tahap IQ orangnya. Bikin malu Melayu je. Akhirnya sendiri nampak bengap. Guane boh?

Raja Gelap




NANTI TUA TAK ADA PENCEN- NAK KENA KERJA JADI JAGA PULAK KA ? SIMPANAN UNTUK HARI TUA.....TAPI KALAU NDAK JUGA BAGI BIAR SAMPAI TINGGAL 0....

 

Tadi ada yang komen, rupanya di TikTok ada yang suruh DS Anwar letak jawatan sebab isu KWSP. Aku jarang di TikTok walaupun ada juga buat video. Jadi tak pernah jumpa posting yang sebegitu.

Aku tak faham kenapa nak suruh DS Anwar letak jawatan hanya sebab tak setuju pengeluaran KWSP. Pertama, bukan DS Anwar yang janji akan benarkan pengeluaran wang KWSP. Penyokong undi PH dulu pun bukan sebab nak keluarkan wang KWSP.

Kedua, Rafizi malah DS Anwar sendiri beri jaminan kerajaan akan cari jalan untuk bantu rakyat tanpa perlu keluarkan simpanan hari tua masing-masing. Kenapa masih nak marah sampai begitu lagi?

Aku berkecuali soal pengeluaran KWSP ini. Macam aku tulis sebelum ini, kalau dibenarkan pun, yang paling terdesak tak ramai boleh dapat. Yang untung orang yang tak perlukan, tapi simpanan banyak lagi.

Sebab itu DS Anwar keberatan nak benarkan. Tapi dalam masa yang sama, PM akui kesukaran yang dihadapi oleh rakyat. Sebab itu perkara ini akan dititik beratkan dalam merangka belanjawan.

Masalahnya, bila kerajaan nak bantu rakyat, tanpa rakyat perlu gadaikan simpanan masa depan, nak marah tu kenapa? Sepatutnya bersyukur. Bantuan akan diberi, simpanan hari tua kekal selamat.

Cuma kita belum tahu bagaimana bentuk bantuan itu akan diberikan. Jadi bersabarlah dahulu. Jangan kelam kabut nak marah. Sampai nak suruh letak jawatan, rasa dah mengarut sangat dah tu.

Kadang-kadang aku rasa ada pihak yang gunakan isu KWSP ini hanya untuk membisikkan kebencian terhadap kerajaan. Pihak tu bukan perlukan pun duit tu. Dan bukan simpati sangat pun terhadap rakyat.

Hati-hati dengar bisikan. Jangan terpedaya dengan manusia berhati hitam. Sekarang memang susah, tapi jangan sampai lepas pencen pun masih susah. InsyaAllah, kita doakan kerajaan jumpa jalan terbaik untuk bantu rakyat. Guane boh?

Raja Gelap