Parti politik hancurkan keharmonian kaum

 NORMAN RADZUAN




Parti politik hancurkan keharmonian kaum

KEBODOHAN ATAU KEGILAAN?

Kerajaan Perpaduan mereka kata tak boleh guna nama ini sb tak libatkan mereka. Kurangkan jumlah Menteri mereka tak puji. PM tak ambil gaji mereka tak peduli. Lantik Penasihat2 tanpa gaji mereka keji.

Buat slogan Malaysia Madani mereka kata falsafah barat. Sampai Menu Rahmah yg sudah tentu kebaikan utk golongan B40 pun mereka sanggah.

Itu belum bab ekonomi… saham meningkat, ringgit semakin mengukuh, pelaburan berbillion mula hadir, ada harga barang semakin murah, PMX dpt jimatkan hampir Rm 2 billion wang rakyat ( projek tambatan banjir )… lalu mereka masih bertanya apa yg kerajaan ini buat? Mereka ini bodoh atau gila?

Jadi apa yg mereka mahu? PM yg lantik begitu ramai penasihat hingga terpaksa dibayar ratusan ribu, PM yg beri projek dgn menantu berbillion ringgit, PM yg hanya tahu beri perutusan, PM yg belanja ratusan juta utk melantik 70 lebih Menteri ( scheme Of things).

Atau mereka berbangga Menteri yg dapat gaji puluhan ribu tapi tak buat kerja, PM yg membuatkan byk pelabur meninggalkan negara ini? Menteri yg membazirkan hampir RM 2 billion wang rakyat?

Please lah rakyat Malaysia jika mahu berpolitik sekalipun jgn jumuk yg membodohkan diri. Lihat adakah PN menjalankan tanggungjawab mereka sebagai check n balance utk kerajaan?

Mereka tidak pernah mencadangkan suatu yg baik utk ekonomi negara. Yg mereka tahu bangkang dan lihat sendiri apa yg mereka bangkang yg hanya merugikan rakyat. Apa sahaja mereka memperbodohkan rakyat dgn membangkang.

PN membangkang isu2 yg sebenarnya apa kerajaan buat itu membawa kebaikan utk negara. Sepatutnya mereka bersama kerajaan educate masyarakat terutama org Melayu. Sdgkan semua tahu dunia mengkagumi ketokohan PMX.

Mereka hanya guna sentimen perkauman. Siapa anak 70an seperti saya? Sayang semangat perpaduan yg telah digilap oleh kerajaan sebelum itu telah dihancurkan dgn sentimen perkauman oleh parti politik. Ia sgt tidak bertanggungjawab dan hanya membuatkan rasa benci antara kaum kembali memuncak.

Demi politik mereka tak peduli soal agama hingga mereka sanggup lakukan fitnah. Fitnah dulu minta maaf kemudian. Kadang2 tak masuk akal mereka yg berimejkan Islam sanggup memfitnah. Kesian org2 kampung yg kurang pengetahuan dibohong begitu sahaja.

Beritahu saya di mana Islam terancam. Saya org Melayu, saya org Islam jika Islam ini terancam nescaya saya akn lawan PMX sb saya lebih taksub kpd agama saya.

 

No comments: