Lidah PAS, Harakah 2.0 atau nama sebenarnya Sinar Harian hari
ini menyiarkan komentar Roslan SMS tentang pemansuhan pelekat cukai kereta.
Kata Roslan, masalah rakyat lebih penting daripada cukai jalan.
Zaman YahooGroups dulu, Roslan SMS ni kiranya antara mentor aku
la. Selalu aku baca tulisannya dan jadikan rujukan dalam menulis. Masa tu aku
baru 20an.
Tapi entah mengapa, lepas saja Langkah Sheraton, ramai yang
hilang kecerdikan mereka. Termasuklah Roslan SMS ni juga. Mungkin semua telah
dimakan sumpah akibat khianat mandat rakyat dahulu.
Berbalik soal isu yang dibangkitkan. Pertama sekali, kenapa dari
lebai sampai ke walaun masih ulang ayat yang sama. Soal harga telur. Sedangkan
rakyat boleh nampak betapa bekalan telur sekarang sudah pulih dan harganya
sangat munasabah.
Memang tak dapat semurah tahun 90an dulu tapi jauh lebih murah
berbanding ketika PN ada dalam kerajaan dulu. Rasanya hampir separuh juga dari
harga zaman PN. Dia gagal uruskan dulu, sekarang ni orang lain berjaya, dia
enggan akui.
Bukan setakat telur, ayam dan minyak masak pun dah turun harga.
Minyak masak sekarang separuh dari harga zaman PN dulu. Harga sayur baru naik,
pun menteri dan gerakkan agensi. Kalau masa PN dulu, hanya berdalih dan suruh
rakyat bersabar.
Kedua, kerajaan memang cakna dengan isu kos sara hidup ni. PM
kita, YAB DS Anwar Ibrahim dari hari pertama dilantik lagi dah sebut. Dan
memang nampak ada usaha dari kerajaan nak bantu rakyat. Berbeza dengan masa
Mahiaddin dulu. Sibuk nak berpolitik sahaja.
Ketiga, pelekat cukai jalan dengan kos sara hidup tak
bersangkutan pun walaupun memang terdapat rungutan soal kualiti pelekat
tersebut. Dan dua hal ini pun diuruskan oleh dua kementerian berbeza.
Masalah kos sara hidup diuruskan oleh MAFS dan KPDN. Pelekat
cukai jalan diuruskan oleh MOT. Takkanlah sebab kos sara hidup tinggi, maka
idea yang baik dalam kementerian lain kerajaan tak perlu laksanakan? Kan tak
cerdik begitu.
Contohnya, kita keluar nak beli ikan. Masa dalam perjalanan,
nampak ada orang jual durian harga murah. Kita cukup duit. Ruang dalam bonet
pun ada. Takkan nak lepaskan beli durian yang murah tu sebab belum beli ikan?
Kan itu satu kerugian!
Lagipun nak mansuhkan pelekat cukai jalan ni pun bukan sampai
kerajaan kena mesyuarat sampai 17 hari 17 malam, atau terpaksa pergi London
macam Mahiaddin jumpa RPK tempohari. Tidak. Boleh kata tak perlukan effort
langsung pun sebab sistem dah sedia ada.
JPJ dah lama gunakan peranti yang boleh periksa tarikh luput
cukai jalan kenderaan. Jadi tak perlu nak tambah apa pun. Cuma sebelum ni tiada
orang yang ada kesungguhan nak laksanakan apa yang menteri laksanakan. Itu je
pun.
Jelaslah puak PN ni memang tak ada idea langsung nak
membangkang. Segala benda dia cuba jadikan isu walaupun benda tu boleh menjerat
leher sendiri. Sesuailah netizen gelar puak ni Pertikaian Nasional. Sebab
tahunya cuma nak pertikai saja.
Tapi itulah hakikatnya. Dalam PN tak ada seorang pemimpin pun
yang berwibawa untuk bawa suara rakyat. Mereka cuma perjuang kepentingan
sendiri. Sebab itu mereka tak faham aspirasi rakyat. Syukur mereka tak jadi
kerajaan. Guane boh?