BYE BYE ATOK

 



PEJUANG ditubuhkan Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri, pada Ogos 2020 sebelum beliau meletak jawatan sebagai Pengerusinya pada Disember tahun lalu.

Sebelum ini, perwakilan PEJUANG mengumumkan tarik diri daripada GTA, pada mesyuarat agung kedua parti itu, 14 Januari lalu.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipetik berkata, keputusan itu juga membolehkan PEJUANG mempunyai sedikit masa untuk mengukuhkan parti dalam banyak perkara, sebelum ia benar-benar dapat memberi nilai tambah kepada mana-mana parti dalam gabungan berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), GTA yang bertanding menggunakan logo PEJUANG, gagal meraih sebarang kemenangan meskipun meletakkan calon di 125 kerusi.

Dr Mahathir sendiri kalah teruk dengan majoriti 13,518 undi di kerusi Parlimen Langkawi, malah bekas Perdana Menteri itu juga hilang wang deposit apabila sekadar meraih 4,566 undi

No comments: