Selepas pengumuman saya pagi tadi bahawa pelekat "road tax" tidak lagi diwajibkan untuk dipaparkan di cermin kenderaan, saya tahu ramai yang ada pelbagai persoalan.
Saya akan memberikan pencerahan kepada soalan-soalan yang sering ditanya;
1) Adakah wajib untuk download apps "MyJPJ"?
*_Tidak. Ia adalah salah satu opsyen sahaja untuk mendapat salinan digital untuk road tax dan lesen memandu._*
2) Kalau tak dapat download apps MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah saya akan disaman?
*_Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan._*
3) Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?
*_Ya. Perlu dibayar. Hanya sticker tak perlu ditampal._*
4) Kalau warga emas yang tak ada smart phone dan kawasan yang tak ada internet, macam mana?
*_Jangan bimbang, digital format bukan diWAJIBkan._*
*_Masih boleh dapatkan sticker road tax dan lesen fizikal dari JPJ sekiranya perlu._*
5) Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, macam mana tunjukkan digital road tax?
*_Senang sahaja, digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan simpan dalam kereta._*
*_Namun, kalau tak dapat tunjuk bukti pun, bukan satu kesalahan._*
*_Pihak penguatkuasa akan check butiran dalam gadget mereka._*
6) Mengapa saya tak dapat login MyJPJ sejak pagi tadi?
*_Seperti mana-mana sistem yang baru, sudah tentu ramai orang ingin mendaftar pada masa yang sama. Trafik yang sangat tinggi._*
_Saya tahu ada banyak lagi persoalan oleh orang ramai. Kita akan cuba memberi penerangan yang sejelas-jelasnya._
_Saya sedar dalam apa sahaja proses perubahan, ia akan mengambil masa untuk disesuaikan._
_Ada pihak yang tidak akan setuju dengan perubahan tersebut_
_Saya menghormati semua pandangan dan cuba menguruskan perubahan sebaik mungkin_
_Saya bersama pasukan saya di MOT dan JPJ akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ini._
_Sama-sama kita menuju ke arah yang lebih baik_.
_Terima kasih!_
*Anthony Loke*
*MENTERI PENGANGKUTAN*