REE DI KEDAH- TAKKAN LA MB TAK TAU= KALAU TAK TAU JADI MB BUAT APA- KONON SAMPAI BILLION BILLION....

 

Tubuh RCI siasat kecurian nadir bumi di Kedah, gesa bekas wakil rakyat.



Mahadzir Abdul Hamid bersama penduduk Kampung Melayu Paya Terendam, Sik membantah perlombongan nadir bumi di kawasan itu (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas Adun Jeneri Mahadzir Abdul Hamid mencadangkan kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) atau tribunal untuk menyiasat dakwaan terperinci kecurian unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Kedah.

Mahadzir yang juga pengerusi Yayasan Jariah Malaysia berkata, siasatan menyeluruh perlu dilakukan untuk mengesan jika wujud penyelewengan atau salah guna kuasa sehingga berlaku kegiatan itu.

Beliau mendakwa, perbuatan itu berlaku sejak beberapa tahun lalu di kawasan berkenaan namun tiada tindakan tegas diambil.

“Saya rasa eloklah kerajaan tubuhkan tribunal siasatan atau RCI bagi menyiasat dalang atau sebab berlaku benda ini,” katanya menurut Astro Awani.

Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia, Meor Razak Meor Abdul Rahman pula mendakwa keputusan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Noor menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat swasta untuk meneroka perlombongan REE sebagai “bercanggah dengan fakta” dan melanggar Akta Perhutanan Negara 1984.

“Jadi macam mana seorang menteri besar selaku pengerusi jawatankuasa hasil bumi dan perhutanan tidak mengetahui tentang peruntukan akta ini, sepatutnya dia ada agensi teknikal yang menasihati beliau,” katanya.

Sanusi dilaporkan menandatangani MoU dengan Jangka Bakat Minerals Sdn Bhd dan Xiamen Tungsten Co Ltd dalam usaha penerokaan maklumat dan kepakaran bagi perlombongan REE di Kedah.

Media sebelum ini melaporkan seramai 52 lelaki ditahan kerana disyaki melakukan penerokaan REE secara haram di Hutan Simpan Bukit Enggang dua minggu lalu.

Operasi diketuai Jabatan Perhutanan Negeri Kedah itu turut merampas peralatan dan mesin dipercayai digunakan untuk kegiatan berkenaan.

No comments: