Pelawak Tauke mahu saman penyebar fitnah

 


Pelawak Tauke mahu saman penyebar fitnah

Pelawak Tauke mahu saman penyebar fitnah. Pelawak tanah air, Tauke Jambu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menyebarkan fitnah berkaitan nama baiknya yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks, baru-baru ini.

Menerusi entri Instagram, dia menjelaskan perkara tersebut di Instastorynya sementelah peguamnya sedang mengumpul setiap bukti berunsur fitnah dan berita palsu yang mengaibkan namanya.

“Harap maklum kepada semua, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak peguam saya susulan daripada pelbagai kenyataan tidak berasas, fitnah, cacian serta penyebaran berita palsu berkaitan dengan saya baru-baru ini.

“Kerjasama yang telah saya berikan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah disalah anggap dan banyak pihak telah memilih untuk menghukum sebelum menilai,” tulisnya.

Pelawak

Mengulas lanjut, Tauke berharap tindakan undang-undang yang akan diambil tersebut dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu di media sosial terutama berkaitan dengan dirinya.

“Saya berharap melalui tindakan undang-undang ini dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu di media sosial yang menjadi norma di kalangan masyarakat kini,” jelasnya menerusi Instastory.

Dalam kenyataan sebelum ini, pelawak itu menafikan dakwaan yang tular mengatakan dia membawa peralatan seks seperti yang dikaitkan dalam kes pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, dia hanya membawa buah tangan berupa petai dan rambutan gading sahaja untuk diberikan kepada isterinya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/gaya/2021/08/kerjasama-dengan-pdrm-disalah-anggap-tauke-bakal-ambil-tindakan-kepada-penyebar-fitnah/

SOKONGAN BERSYARAT PN KEPADA ISMAIL SABRI SEPATUTNYA TIDAK SAH DAN WAJAR DITOLAK, MELANGGAR TITAH AGONG

 

Dalam kenyataan media Mahiaddin Md Yasin selaku Pengerusi Perikatan Nasional atau PN petang tadi, beliau memberitahu sokongan Ahli-Ahli Parlimen gabungan itu seramai 50 orang kepada Ismail Sabri Yaakob untuk diangkat menjadi Perdana Menteri adalah bersyarat.

Jumlah 50 orang itu adalah merangkumi 31 daripada Bersatu, 18 daripada Pas dan 1 daripada Star.

Mahiaddin berkata, jika mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong untuk menjadi Perdana Menteri nanti, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO mesti memastikan anggota kabinetnya terdiri daripada individu yang berintegriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah mahkamah.

“Kerajaan PN di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep raja berpelembagaan,” katanya lagi.

Maksud mudah untuk difahami ialah Mahiaddin cuba memberi peringatan kepada Ismail Sabri agar tidak memberi sebarang kedudukan dalam kerajaan kepada “kluster mahkamah” dalam UMNO yang antaranya adalah Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Tindakan Mahiaddin meletakkan syarat itu, selain memberi beberapa petunjuk seperti merupakan suatu ugutan dan seolah-olah untuk memberitahu bahawa Ismail Sabri adalah proksinya, ia juga merupakan suatu pelanggaran kepada titah Agong.

Dalam titah Agong yang disampaikan kepada semua Ahli Parlimen melalui Speaker pada 27 Ogos lalu, adalah jelas disebut bahawa sokongan kepada mana-mana Ahli Parlimen untuk dipilih sebagai sebagai Perdana Menteri adalah dengan penyataan kepercayaan yang terang, jelas dan tanpa syarat.

Kenapa PN masih cuba meletakkan syarat tertentu?

Tidak fahamkah titah Agong itu?

Dengan PN telah melanggar titah Agong, bermakna sokongan 50 Ahli Parlimen PN kepada Ismail Sabri dengan sendirinya boleh dianggap tidak sah.

Apabila tidak sah, bermakna 50 sokongan daripada PN sepatutnya tidak terpakai dan tertolak dengan sendirinya.

Mahiaddin dan PN dalam hal ini terang-terang telah tidak menghormati titah Agong dan ia dilakukan secara sengaja melalui kenyataan media yang dikeluarkannya.

114 tolak 50, bermakna sokongan yang sah untuk Ismail Sabri hanya tunggal 64 saja lagi.

Ampun Tuanku, diharap perkara ini diteliti dan diambil kira dengan sewajarnya demi kemuliaan kedudukan titah Tuanku yang sewenang-wenangnya tidak dipatuhi oleh pemimpin yang kemaruk kuasa dan demi kepentingan negara secara keseluruhannya yang menjunjung Raja Berperlembagaan. 

(ShahbudinHusin 19/08/2021)


Tiada Gabungan Membentuk Majoriti? War Kabinet Pilihan Terakhir?

TINDAKAN TEPAT ANW4R!! TUNGGU&LIHAT SAJA..

Sokongan bersyarat langgar titah Agong – Mahfuz

 MGF01032021_TEMUBUAL-MAHFUZ-OMAR_05-1


KUALA LUMPUR – Sokongan bersyarat yang dikenakan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan didakwa bertentangan dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar berkata, penetapan syarat seperti dinyatakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan parti gabungan itu ‘membohongi’ Yang di-Pertuan Agong.

Ini, katanya, bermakna kerajaan yang bakal dibentuk oleh Ismail Sabri jika terpilih sebagai Perdana Menteri kesembilan tidak akan stabil dan kucar kacir politik akan berulang.

“Oleh itu, satu proses baharu perlu dicari oleh Yang di-Pertuan Agong bagi menjamin Perdana Menteri yang dilantik nanti seorang yang tidak takut dengan peras ugut politik dalaman seperti yang berlaku dan tidak terikat dengan kepentingan politik parti sendiri.

“Saya percaya dengan syarat dan ugutan yang dibuat oleh PN kepada Ismail Sabri menjadikan Malaysia sedang dipengaruhi oleh politik peras ugut yang bercorak kumpulan mafia.

“Saya percaya berasaskan pergolakan politik dalaman UMNO sebelum kejatuhan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri sudah tentu Ismail sabri berdepan dengan peras ugut dan syarat yang tidak dilafaskan oleh kumpulan Presiden UMNO,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Media melaporkan, Muhyiddin berkata, sekiranya Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau hendaklah memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti terdiri daripada mereka yang berintegriti, beramanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah di mahkamah.

Kerajaan PN bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berperlembagaan.

Beliau berharap, proses pelantikan perdana menteri yang baharu dapat berjalan lancar dan dimuktamadkan dalam masa terdekat menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Mahfuz, beliau memohon kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum membuat keputusan perlu melihat perkara itu sedalamnya demi masa depan kesejahteraan Malaysia. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

SOKONGAN KEPADA ISMAIL SABRI BERSYARAT – MUHYIDDIN

MGNews: Saya Redha Dan Terus Bersemangat - Ebit Lew



Peguam, Datuk Hasnal Rezua Merican bersama anak guamnya pendakwah terkenal, Ustad Ebit Lew bercakap kepada media selepas selesai memberi keterangan kepada polis berkaitan siasatan kes dakwaan gangguan seksual ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Calon PM 9: Tian Chua bidas Ahmad Maslan

DON'T GIVE UP!! - ANWAR MASIH ADA PELUANG! | Pertarungan Belum TAMAT

Ahli Parlimen: cuma 1 minit menghadap Agong untuk sahkan SD


May be an image of 2 people and people sitting


1 minit menghadap Agong, namakan calon PM, sahkan SD dihantar, kata Ahli Parlimen


FMT Reporters
Salim Sharif berkata, semua Ahli Parlimen diminta menamakan calon perdana menteri yang disokong untuk mengesahkan akuan berkanun dihantar semalam. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif berkata, mereka diberi masa kira-kira seminit untuk membuat perakuan calon perdana menteri yang disokong ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Negara.
Beliau berkata, semua Ahli Parlimen diminta menamakan calon yang disokong untuk mengesahkan akuan berkanun yang dihantar semalam.
“Ambil masa kira-kira seminit sahaja. Kami diminta memperkenalkan diri, mewakili Parlimen mana dan siapa calon sokongan.
“Sesi dijalankan secara seorang demi seorang bersama Yang di-Pertuan Agong,” katanya menurut laporan Berita Harian.
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, tidak bersama ketika sesi menghadap itu.
Sementara itu, seorang Ahli Parlimen dari Sarawak yang enggan namanya didedahkan mengesahkan sesi itu berlangsung kira-kira seminit sahaja secara bergilir.
Katanya, Ahli Parlimen juga diminta membuat perakuan calon yang disokong mereka.
Seramai 114 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), GPS, PAS dan Bebas dijadualkan menghadap Agong secara berperingkat.

BALAK HANYUT

 

BOB KELANANG


SATU keajaiban telah berlaku, balak tumbang yang hanyut dibawa oleh kepala air yang sangat deras didapati telah dipotong oleh jembalang tanah di hutan…

Mengikut risikan papa, jembalang tanah itu mengunakan 'chainsaw' berjenama Stihl buatan US…
Memey jilaker, sah MB Pas menipu!!
May be an image of outdoors and tree

21 bulan ini bahaya jika tersilap memilih PM...

 

May be an image of 2 people and text that says "KEJUJURAN DAN PENGKHIANATAN MENENTUKAN MEREKA TERPILIH?"


NORMAN RADZUAN



PM BAGAIMANA YANG KITA PERLUKAN SAAT INI

Kita bukan sekadar mahukan jawatan PM9 utk diisi tetapi kita mahu PM yg mampu memulihkan ekonomi dgn kualiti dan pengaruhnya bertaraf International. Kita bukan hendak lantik Ketua Kampung yg hanya pandai berceloteh.

Kita mahu PM yg jujur, yg tidak korup dan berwawasan. Kita mahu PM yg mempunyai hubungan baik dan dihormati di peringkat antarabangsa kerana dgn kualiti yg ada seperti ini barulah negara mampu diubah.

Kita tidak mahu PM yg mahu dirinya dipilih demi kepentingan Melayu dan Islam sebab kita mahu PM yg mampu menjaga kepentingan semua kaum di Malaysia. Rakyat yg susah ketika ini bukan sahaja org Melayu tetapi semua bangsa yg ada.

Kita tidak mahu PM yg menawarkan jawatan Menteri kpd mana2 MP atau parti yg menyokongnya. Kita tidak mahu PM yg menawarkan jawatan GLC demi mempertahankan jawatannya. Kita tidak mahu kerajaan menggunakan puluhan juta ringgit duit rakyat sebulan hanya utk menampung keperluan MP kerana dana2 besar itu jauh lebih baik utk bajet keperluan Covid19.

Jadi kita berharap Perdana Menteri yg baru dilantik adalah mereka yg mampu mengubah nasib negara bukan Perdana Menteri yg sekadar tahu memainkan isu agama dan bangsa.

Malaysia memerlukan PM berkualiti dan rakyat yg berkualiti utk kita menjadi negara maju seperti Singapura. Quality is not about next election, its about next generation.

 

MEMILIH PENJAHAT KEKAL BERKUASA UNTUK KEPENTINGAN KUASA?


KAK IDA ABDULLAH


Spesis tak malu dengan Tuhan kerana pilih jadi pencuri disokong rakyat bahlol yang akan sujud syukur bila terlepas nanti.

Bila kena saman 10K bising ckp hukuman 2 darjat sedangkan kamu tu yang keparat kamjat memilih penjahat kekal berkuasa.

 


 May be an image of 3 people, people standing and text that says "Nik Lee 12m Nasib seorang Hakim Mahkamah Tinggi Malaysia Semalam Najib belah awal sebab ada meeting BN. Hari ni dia terus tak datang bicara sebab nak pergi jumpa Agong. Tak whatapps Hakim pun kata tak datang. Kesian Hakim, kena otek otek je dengan Najib. -314694 h/ i MALAY MAIL 2 MIN READ Judge furious as Najib skips 1MDB trial; his lawyer says Agong called for meeting of MPs today Malay Mail"



MAIN DUA KOLAM KAH INI ?

 

Main 2 kolam ye?

C & P dari WA

Pasti ramai yang kecewa dgn perkembangan terkini bila angka 114 disebut menyokong DS Ismail Sabri.

Ada beberapa fakta yang harus kita tekankan misalnya pihak Istana tidak menyebut tentang majoriti, yang isytihar menang ni Umno.

Tindakan mendahului YDPA menggambarkan tiada lagi sisa hormat mereka ini kepada institusi beraja.

Jadi mengapa nak panggil?

Ada beberapa teori yang dikemukakan antaranya pihak Istana menerima 236 undi, yang bermaksud 16 undi lebih dari sepatutnya.

Ini mungkin kerana ada ahli Parlimen yang menghantar 2 deklarasi, satu dari parti dan satu lagi dari diri sendiri.

Seperti yang disebut akhbar theStar, YDPA mahu tahu samada SD ini dikeluarkan tanpa ada paksaan.

Mengapa panggil PN/BN sahaja?

Disyaki mereka ini yang bermasalah. PH, Pejuang dan Warisan telah umumkan 105 bersama DS Anwar namun parti Bersatu, Umno, GPS, dan lain-lain sehingga semalam gagal memberi indikasi jelas sokongan kepada siapa. Malah pengumuman berita baik dari mantan PM TS Muhyiddin juga tertangguh hingga sekarang.

Wajar kita jangan gopoh dan mendahului YDPA dalam mengumumkan keputusan, malah esok Jumaat masih ada Mesyuarat Majlis Raja-raja untuk membincangkan lagi hal ini.

 BERITA

327Shares
facebook sharing button
twitter sharing button
sharethis sharing button

Agong mahu pastikan 114 MP tak sokong Ismail di bawah tekanan

Diterbitkan 
4

Pertemuan Yang di-Pertuan Agong dengan 114 ahli parlimen hari ini adalah untuk memastikan bahawa mereka tidak memberikan sokongan kepada ahli parlimen Bera di bawah tekanan.

Ahli-ahli parlimen yang menghadap Yang di-Pertuan Agong memberitahu bahawa dalam pertemuan itu, baginda meminta mereka mengesahkan kandungan akuan berkanun (SD) mereka yang menyokong Ismail dan apakah mereka menandatanganinya secara sukarela atau di bawah tekanan.

“Yang di-Pertuan Agong telah memanggil ahli parlimen yang telah membuat perakuan sumpah untuk mengesahkan pertama sekali kandungan sumpah dan mengesahkan bahawa pilihan kami ini, adakah ia atas rela hati.

“Kami ada 18 orang (dari GPS), dan mengesahkan bahawa kita telah memilih calon perdana menteri dan mengesahkan bahawa calon yang kita pilih ini atas rela hati daripada setiap ahli parlimen,” kata ahli parlimen Petra Jaya dari GPS, Fadilah Yusof kepada pemberita di Kuching.

Fadilah berkata semua ahli parlimen GPS kecuali ahli parlimen Bintulu Tiong King Sing menghadap Yang di-Pertuan Agong secara seorang demi seorang menerusi persidangan video.

Tiong kini di Kuala Lumpur dan menghadap Yang di-Pertuan Agong secara bersemuka bersama ahli-ahli parlimen yang lain.

Fadilah tidak mendedahkan calon yang dipilih GPS tetapi difahamkan, mereka memilih Ismail.

Hal ini kerana hanya ahli-ahli parlimen dalam kalangan majoriti yang dipanggil menghadap ke Istana Negara di Kuala Lumpur hari ini.

Seramai 105 ahli parlimen yang menyokong presiden PKR Anwar Ibrahim tidak menerima jemputan berkenaan.

Sokongan 114 ahli parlimen buat Ismail sudah lebih tiga sokongan daripada 111 sokongan yang diperlukan untuk mencapai majoriti mudah.

Sementara itu, ahli parlimen Pontian dari Umno, Ahmad Maslan turut mengesahkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mahu tahu apakah ahli-ahli parlimen terlibat menyokong Ismail secara sukarela.

“Tujuan menghadap ini saya difahamkan untuk mengesahkan SD yang telah dibuat, di hadapan Yang di-Pertuan Agong, adakah kita sukarela membuat akuan itu ada di bawah tekanan dan lain-lain.

“Kalau saya sendiri, tentunya saya sukarela mencadangkan Ismail sebagai perdana menteri.

“Saya yakin kepada keupayaan beliau, saya dah kenal beliau lama,” kata Ahmad kepada pemberita di Kuala Lumpur.

Setelah Yang di-Pertuan Agong mengesahkan sokongan diterima Ismail, baginda akan mengadakan pertemuan khas dengan raja-raja Melayu untuk berbincang mengenai hal berkenaan. 

Sokongan PN kepada Ismail Sabri sebagai PM adalah bersyarat

 


PRAY FOR YAN KEDAH VIDIO FULL BANJIR DI KEDAH SERAM ASTAGFIRULLAH

ADAKAH ISMAIL SABRI PERDANA MENTERI PROKSI KEPADA MAHIADDIN?

 

Belum pun Ismail Sabri Yaakob dilantik lagi sebagai Perdana Menteri yang baru, Pengerusi PN, Mahiaddin Md Yasin sudah pun mengeluarkan kenyataan medianya petang tadi.

Antara intipatinya kenyatan media beliau ialah:-

⁃ 50 Ahli Parlimen PN sebulat suara menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

⁃ Memaklumkan peranan beliau dalam mengusahakan supaya GPS di Sarawak dan PBS di Sabah mengambil pendekatan yang sama.

⁃ Ingin memastikan Ismail Sabri terus melaksanakan dasar-dasar kerajaan PN sebelum ini.

⁃ Memaklumkan sokongan PN kepada Ismail Sabri adalah sokongan bersyarat.

⁃ Antara syarat itu ialah tidak mahu kluster mahkamah diberi sebarang kedudukan dalam kerajaan.

Di bawah ini adalah kenyataan media penuh beliau itu.

Apakah tujuan Mahiaddin mengeluarkan kenyataan media begitu awal begini, sedangkan Agong belum pun memutuskan lagi perlantikan Perdana Menteri yang baru?

Adakah Mahiaddin ingin memberitahu UMNO bahawa Ismail Sabri adalah calon Perdana Menteri proksinya?

Adakah beliau mahu memberitahu bahawa kerajaan yang wujud yang diketuai Ismail Sabri selepas ini mesti kerajaan PN, bukan apa-apa kerajaan lain selainnya?

Adakah Mahiaddin ingin memberitahu Ismail Sabri bahawa sokongan GPS dan PBS adalah turut diusahakan olehnya dan oleh itu, mesti ada rasa terhutang budi kepadanya?

Seterusnya dengan memberi syarat-syarat tertentu itu, adakah Mahiadddin melalui PN sedang mengancam Ismail Sabri bahawa mereka juga boleh menarik sokongan terhadapnya sebagaimana UMNO berbuat demikian sebelum ini jika ada syarat-syarat yang ditetapkan PN tidak dipenuhi?

Nampaknya, jika benar akhirnya Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri, kenyataan media Mahiaddin ini adalah petanda pergolakan dan berantakan sesama sendiri dalam kerajaan PN 2.0 nanti semakin sukar untuk dielakkan.Mampukah Ismail Sabri dan UMNO yang hanya ada 38 kerusi di belakangnya bertahan dengan tekanan PN yang punya 50 kerusi? 

(ShahbudinHusin 19/08/2021)


Sedih! Tak sangka begini akhlak Mufti Perlis

 


Sedih! Tak sangka begini akhlak Mufti Perlis


Cerita sedih yang berlaku hari ini dalam masa hampir sejam.

Saya baru sahaja follow SS Mufti sekitar jam 11 pagi, lalu ternampak posting terkini dengan caption beliau.

Saya pun cuba nasib je dan komen dalam tu, lagipun komen saya tu saya cuba murnikan supaya tidak berbaur sindiran atau menggelar SS Mufti dengan gelaran yang tak baik.

Saya juga berusaha untuk mendapatkan pencerahan berkaitan isu ejen zakat perlis kepada SS Mufti melalui ‘PM tepi.’ Saya juga berusaha untuk menulis dengan baik dan harmoni agar tidak ada sebarang prejudis atau salah sangka.

Tiba-tiba tepat jam 12 tengah hari saya sudah tidak boleh membuka akaun rasmi instagram SS Mufti.

Demikianlah kisah sedih saya pada hari ini.

Sumber | Facebook Furqan Abdullah

Ismail Sabri Tidak Berminat Jadi PM. Tapi Jadi Mangsa Keadaan

UMNO JILAT LUDAHNYA SENDIRI

BERSATU PARTI LEBAI MALANG

 

Dalam sejarah politik negara, Bersatu barangkali boleh dianggap sebagai parti bernasib paling malang.

Selepas PH memenangi PRU14 pada 2018, Bersatu melalui Tun Mahathir Mohamad berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri dan mengetuai tiga kerajaan negeri iaitu Johor, Kedah dan Perak.

Johor ketika itu dipimpin Osman Sapian dan diikuti Dr. Shahruddin Jamal, Kedah oleh Mukhriz Mahathir manakala Perak oleh Ahmad Faizal Azumu atau Peja.

Berikutan Mahiaddin Md Yasin melakukan pengkhianatan untuk mengejar jawatan Perdana Menteri pada awal tahun 2020 lalu dengan menubuhkan kerajaan PN, dua kerajaan negeri yang diketuai Bersatu terlepas daripada genggamannya.

Jawatan Menteri Besar Johor diambil-alih oleh Hasni Mohamad daripada UMNO sementara Kedah oleh Sanusi Mohd Nor daripada Pas.

Kemudian, UMNO menikam Bersatu di Perak pula dengan menumbangkan Peja melalui sandiwara undi percaya kerana inginkan jawatan Menteri Besar itu.

Lalu berjayalah UMNO mencapai cita-citanya dengan Saarani Mohamad kini menjadi Menteri Besar Perak menggantikan Peja.

Baru-baru ini, berikutan dikhianati oleh UMNO, Bersatu akhirnya hilang jawatan Perdana Menteri yang dipegang Mahiaddin.

Sebagaimana Mahiaddin mengkhianati PH untuk merampas jawatan Perdana Menteri, beliau akhirnya dikhianati oleh UMNO yang pada awalnya menyokong beliau menduduki jawatan tersebut.

Meski dikhianati dan dijatuhkan oleh UMNO, Mahiaddin dan Bersatu sekarang ini tiada pilihan lain selain terpaksa menyokong Ismail Sabri Yaakob yang merupakan Naib Presiden UMNO sebagai calon Perdana Menteri.

Maknanya, jika Ismail Sabri terpilih sebagai Perdana Menteri, sebagaimana di Perak di mana pengganti jawatan itu diambil alih oleh UMNO, tempat Mahiaddin mengetuai kerajaan pusat juga diambil oleh UMNO.

Menariknya, Mahiaddian selaku Presiden Bersatu seakan menuruti nasib malang Peja yang merupakan Timbalan Presiden parti itu.

Hanya dalam Bersatu, Presiden dan Timbalannya dijatuhkan oleh parti yang sama dan kemudian mereka menyokong pula pemimpin daripada parti tersebut untuk mengganti kerusi yang mereka tinggalkan.

Aduhhh….malang sekali nasibmu Bersatu!!

Hakikatnya, elok-elok ada kerusi Perdana Menteri dan tiga kerajaan negeri, tetapi dek kerana rakus kuasa dan sanggup berbuat khianat, akhirnya mereka sendiri dikhianati hingga tiada apa-apa lagi yang tinggal sekarang ini.

Jika UMNO melalui Ismail Sabri berjaya menduduki kerusi Perdana Menteri, nasib malang Bersatu dijangka tidak berakhir setakat ini saja.

Walaupun kerajaan PN 2.0 yang akan mentadbir negara adalah lanjutan kerajaan PN sebelum ini, tetapi oleh kerana ia bakal diketuai UMNO, lebih mungkin Bersatu akan terus diketepikan dan ditekan dalam banyak siri lagi selepas ini.

Selain Mahiaddin sendiri bakal kena saman dengan Najib Razak, yang pasti, Geng Hamzah Zainuddin dan Geng Azmin Ali tidak akan semudah itu untuk diberi laluan terus bertanding di kerusi-kerusi lompat mereka, meskipun telah memberi sumbangan meletakkan calon UMNO di kerusi Perdana Menteri.

Hilang semua jawatan, kena saman dan kerusi pilihanraya pun bakal melayang, apa lagi kalau bukan namanya Si Lebai Malang?


 (ShahbudinHusin 18/08/2021)



JANGAN PERCAYA NAK ALIH SUNGAI ...TUHAN TUNJUK DEPAN DEPAN...

 Banjir kilat: Sanusi kata tiada aktiviti membalak di Hutan Simpan Gunung Jerai


Banjir kilat: Sanusi kata tiada aktiviti membalak di Hutan Simpan Gunung Jerai


Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai di sini yang menyebabkan berlaku banjir kilat pada petang Rabu, kata Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Tiada aktiviti pembalakan di Hutan Simpan Gunung Jerai kerana hutan tersebut diwartakan sebagai Hutan Perlindungan.

“Difahamkan, kejadian banjir kilat itu disebabkan fenomena kepala air yang berlaku di kawasan puncak Gunung Jerai,” katanya di sini pada Rabu.

Pada Rabu, lebih 10 kampung di kaki Gunung Jerai dan taman perumahan di Bandar Yan dan Gurun dilanda banjir kilat, kira-kira jam 3 petang.

Sumber | SH



Covid-19: Varian Delta akhirnya tersebar ke seluruh negara hasil dari kelonggaran kerajaan

 Covid-19: Varian Delta akhirnya tersebar ke seluruh negara hasil dari kelonggaran kerajaan


1- Hari ini Malaysia mencatatkan kes Covid-19 tertinggi , 22,242 Kes Baru dicatatkan, Kematian sudah pun melebihi 13 ribu orang..Membaca data dari portal KKM hari ini yang buat aku marah bukan kadar Positif, tetap merebaknya varian Delta ke Seluruh negeri termasuk Perak..

2- Sapa baca tulisan aku minggu lepas, Aku ada menulis dengan jelas, Antara kebimbangan aku bila kerajaan membenarkan dan melonggarkan aktiviti rentas rentas daerah dan Negeri tanpa kawalan terutama dari Lembah Klang terutama adalah kebimbangan tersebarnya varian Delta.. dan hari ini data KKM membuktikannya.. Semua Negeri luar lembah Klang berlaku Lonjakan..

3- Padan lah kadar kes Positif dan kematian dan kes di Perak tiba tiba melonjak, Bagi aku ini satu satu nya kesilapan Kerajaan yang terbesar, menganggap varian Delta sebagai perkara enteng.. Aku dah kata, Ikut Kajian Badan Kesihatan di UK, Mereka yang dah divaksin bole sebarkan varian Delta sama seperti mereka yang takk divaksin..

4- Aku dah ingatkan, pelunya tempoh sebulan setelah Selangor dan KL selepas capai Herd Immunity untuk memutuskan rantaian wabak dan melemahkan varian Delta.. Hidupkan dulu Ekonomi di lokaliti setempat..Malangnya Kerajaan buat keputusan pada masa itu semata mata nak tunjukkan kejayaan Vaksinasi….

5- Untuk pengetahuan data Varian Delta di Perak yang aku baca Bulan lepas adalah 0 Kes, Dan selepas tindakan Kerajaan, Perak dah catatkan ada 4 Varian Delta.. Aku baca data ni betul betul buat aku marah.. Selangor catat 69 Kes dan 18 KL.. 200 Kes di Sarawak , lain kes tertumpu di Labuan, dan kali ini sekali lagi Sarawak berlaku Lonjakan..

6- lihat saja negeri yg kebelakangan ini berlaku kematian yang Tinggi seperti Johor, kedah dan Melaka catatkan penemuan 18 Varian Delta di Johor dan 13 Di Kedah, Manakala negeri kecil seperti Melaka dan Terengganu ada 8 Varian dikesan..Tak hairan kematian negeri ini Tinggi..

7- Aku tak faham cara bagaimana Pakar dan Penasihat Kesihatan menasihatkan Kerajaan, Pelik.. Dok sibuk tulis cerpen Cahaya di Hujung Terowong, Kadar jangkitan Tahap 4 dan 5, Hakikatnya dulu tanpa Vaksin pun, Memang kadar kesembuhan di Negara kita tinggi lebih 90%.. Kematian disebabkan sistem kesihatan yang Lumpuh..

8- Ini masalahnya Dok sibuk kejayaan Vaksinasi, Tapi lupa merancang strategi kawalan dan sistem kesihatan yang baik dalam memutuskan rantaian.. ini belum kesan bukan Ekonomi tanpa persediaan yg betul..Di China, seorang Positif, Satu Pelabuhan tutup biarpun hampir 90 % Rakyatnya di Vaksin..

9- Sapa punya Kerja aats semua dasar sampah ni ? Dah tentulah Calon PM dan BN,PAS dan UMNO.. Kerja Pak Mail.. ðŸ™‚

Ipohmali