BOB KELANANG
PEJUANG cuba sabotaj DSAI… kalau betul, papa sikit pun xheran
kalau atok saka nak sokong PN walaupun dengan alasan beliau xberminat dengan
kedudukan dalam kabinet cuma nak dapatkan KUASA untuk menangani masalah
Covid-19… DAN kononnya akan menyertai PN jika tiada penjenayah dalam gabungan
itu…
SAPA pun xheran tindakan atok saka kecuali puak walaunTOLOL yang
taksubBODO dengan kepimpinan lobai yang seia-sekata dengan atok saka yang xmau
DSAI menjadi PM…
Persaingan untuk merebut jawatan perdana menteri dipercayai
melibatkan Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob (Ahli Parlimen Bera) dan
Presiden PKR, Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Port Dickson).
Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong hari ini menitahkan agar
kesemua 220 ahli parlimen menghantar nama calon perdana menteri secara bertulis
sebelum jam 4 petang.
Ahli Parlimen dari Umno dan Bersatu menyatakan parti itu akan
menyokong Ismail, manakala Pakatan Harapan dan sekutunya mendakwa Anwar
mempunyai 105 sokongan ahli parlimen dan kemungkinan akan berubah kerana
pendirian GPS dan Warisan akan menentukan siapa majoriti antara calon2 PM…
Abang Johari Openg membayangkan untuk menyerahkan kebijaksaan
YDPA untuk menentukan pilihannya… Ini ditafsirkan oleh beberapa pihak sebagai
GPS berkecuali dalam pemilihan calon perdana menteri.
Seorang calon perdana menteri memerlukan sokongan
sekurang-kurangnya 111 ahli parlimen untuk membentuk majoriti mudah.
Menurut Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong telah menitahkan
agar perdana menteri yang baru masih perlu membuktikan majoriti diperolehinya
secepat mungkin di Dewan Rakyat.