BOB KELANANG
Semenjak gagal menjemput Tun Dr Mahathir masuk PAS, kelihatan serangan Hadi terhadap Tun M Itu semakin menjadi-jadi.
Walaupun secara terang-terangan Bekas Perdana Menteri itu berusaha mahu mengalahkan BN dalam PRU pada kali ini, tetapi beliau kelihatan seperti tidak berpuas hati.
"Tun M kini, cukup ditakuti BN, sepertimana ketakutan BN dahulu terhadap Tok Guru Nik Aziz"
Jika dahulu, disamping Anwar Ibrahim dan Tok Guru Nik Abdul Aziz, Hadi Awang juga sasaran serangan utama BN dalam TV. Ini kerana, kewujudan mereka ketika itu adalah bahaya bagi BN.
Namun kini, sasaran serangan utama BN itu, bukan lagi kepada Hadi Awang, sebaliknya kepada Tun Dr Mahathir, disamping dikekalkan serangan kepada Anwar Ibrahim.
Lebih menarik, serangan Hadi kini semakin berani, apabila mula menyerang individu Anwar Ibrahim yang dahulunya dianggap sebagai kawan rapatnya.
Menurut cerita Salahuddin Ayub semasa Husam dipecat dari keahlian PAS, bahawa Hadi tidak boleh dengar tiga nama; yang kalau dengar, wajahnya boleh berubah.
Pertama, Husam Musa. Kedua, Ustaz Fadzil Noor. Dan ketiga, Anwar Ibrahim.
"Bukan kerana dia benci, tetapi dia cemburu dengan kebijaksanaan ketiga-tiga tokoh ini, sehingga sekarang dia gagal menyaingi ketokohan mereka", lebih kurang begitu penjelasan bekas pemimpin PAS itu.
Pak Abu yang juga bekas Presiden JIM pernah bercerita bahawa saingan Hadi dan Anwar Ibrahim bukan saingan biasa. Mereka bersaing sejak dari muda sehingga di umur senja. Mereka bersaing untuk menampilkan siapa yang lebih gerakan Islam.
Menurut Pak Abu lagi, kelebihan Anwar Ibrahim, dia berjaya membina imaginasi gerakan Islam dunia, sehingga dia yang tidak mampu bercakap arab pun, terlebih dahulu berkawan rapat dengan tokoh-tokoh
hebat
gerakan Islam seluruh dunia berbanding Hadi.Malahan, semasa Hadi dilantik menjadi salah seorang yang berjawatan dalam kesatuan ulama antarabangsa pun, Al-Qaradawi meminta pandangan dari Anwar Ibrahim terlebih dahulu.
Hadi sememangnya
hebat
. Tetapi, kehebatannya melahirkan kecemburuannya dengan ketokohan Anwar Ibrahim."Bayangkan, jika Hadi tidak cemburu? Kemungkinan ketokohan Hadi mampu atasi ketokohan Tok Guru Nik Abdul Aziz"