21 bulan ini bahaya jika tersilap memilih PM...

 

May be an image of 2 people and text that says "KEJUJURAN DAN PENGKHIANATAN MENENTUKAN MEREKA TERPILIH?"


NORMAN RADZUAN



PM BAGAIMANA YANG KITA PERLUKAN SAAT INI

Kita bukan sekadar mahukan jawatan PM9 utk diisi tetapi kita mahu PM yg mampu memulihkan ekonomi dgn kualiti dan pengaruhnya bertaraf International. Kita bukan hendak lantik Ketua Kampung yg hanya pandai berceloteh.

Kita mahu PM yg jujur, yg tidak korup dan berwawasan. Kita mahu PM yg mempunyai hubungan baik dan dihormati di peringkat antarabangsa kerana dgn kualiti yg ada seperti ini barulah negara mampu diubah.

Kita tidak mahu PM yg mahu dirinya dipilih demi kepentingan Melayu dan Islam sebab kita mahu PM yg mampu menjaga kepentingan semua kaum di Malaysia. Rakyat yg susah ketika ini bukan sahaja org Melayu tetapi semua bangsa yg ada.

Kita tidak mahu PM yg menawarkan jawatan Menteri kpd mana2 MP atau parti yg menyokongnya. Kita tidak mahu PM yg menawarkan jawatan GLC demi mempertahankan jawatannya. Kita tidak mahu kerajaan menggunakan puluhan juta ringgit duit rakyat sebulan hanya utk menampung keperluan MP kerana dana2 besar itu jauh lebih baik utk bajet keperluan Covid19.

Jadi kita berharap Perdana Menteri yg baru dilantik adalah mereka yg mampu mengubah nasib negara bukan Perdana Menteri yg sekadar tahu memainkan isu agama dan bangsa.

Malaysia memerlukan PM berkualiti dan rakyat yg berkualiti utk kita menjadi negara maju seperti Singapura. Quality is not about next election, its about next generation.

 

No comments: