Pelawak Tauke mahu saman penyebar fitnah

 


Pelawak Tauke mahu saman penyebar fitnah

Pelawak Tauke mahu saman penyebar fitnah. Pelawak tanah air, Tauke Jambu bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang cuba menyebarkan fitnah berkaitan nama baiknya yang ditahan polis bagi membantu siasatan kes kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan seks, baru-baru ini.

Menerusi entri Instagram, dia menjelaskan perkara tersebut di Instastorynya sementelah peguamnya sedang mengumpul setiap bukti berunsur fitnah dan berita palsu yang mengaibkan namanya.

“Harap maklum kepada semua, tindakan undang-undang akan diambil oleh pihak peguam saya susulan daripada pelbagai kenyataan tidak berasas, fitnah, cacian serta penyebaran berita palsu berkaitan dengan saya baru-baru ini.

“Kerjasama yang telah saya berikan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah disalah anggap dan banyak pihak telah memilih untuk menghukum sebelum menilai,” tulisnya.

Pelawak

Mengulas lanjut, Tauke berharap tindakan undang-undang yang akan diambil tersebut dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu di media sosial terutama berkaitan dengan dirinya.

“Saya berharap melalui tindakan undang-undang ini dapat menghentikan sebarang penyebaran berita palsu di media sosial yang menjadi norma di kalangan masyarakat kini,” jelasnya menerusi Instastory.

Dalam kenyataan sebelum ini, pelawak itu menafikan dakwaan yang tular mengatakan dia membawa peralatan seks seperti yang dikaitkan dalam kes pada 1 Ogos lalu.

Menurutnya, dia hanya membawa buah tangan berupa petai dan rambutan gading sahaja untuk diberikan kepada isterinya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/gaya/2021/08/kerjasama-dengan-pdrm-disalah-anggap-tauke-bakal-ambil-tindakan-kepada-penyebar-fitnah/