INGAT PESAN TOK HURU AYOH CHIK


 

JANGAN PAJAK OTAK MACAM WALAUN

 

Tak sampai 24 jam video panglima perang PH Rafizi Ramli di medsos T1ktok mendunia...


Setakat malam 9 Nov ni, view dah cecah 1.3M ..


Medsos T1ktok ni penggunanya budak muda yg umur lingkungan 18 tahun hingga 34 tahun.


So dah macam boleh agak da undi anak muda akan pergi ke team Ismail Sabri/Zahid Hamidi ke.. Pergi ke Muhyiddin/Hj Hadi ke, atau pergi ke team Anwar/Rafizi.


Benda ni yang buat cytro UMNO dan warlord Perikatan Nasional takut gila.


Dan isu isytihar harta ni memang begitu dekat dan majoriti penyokong atas pagar 95% sokong..


Walaupun presiden PAS Ustat Hadi kata isytihar harta ni budaya kominis dan sosialis, saya rasa hanya walaun tegar PAS je yang percaya . Kerana walaun ni memang dari dulu terkenal sebab pajak otak kepada lebai.


Jangan persoal presiden PAS dan serahkan sepenuhnya keputusan akal dan fikiran kepada pemimpin, kita kat bawah ni ikut dan jangan cakap apa-apa..


Wisata Roh



ADIK ADIK ABANG ABANG KAKAK MAKCIK SEMUA- DENGAR ABANG NI PESAN. AKAI MAU DOK ADA SUPAYA KENA BANYAK GUNA OTAK..UNDILAH PH


 

UNDI KEPADA MEREKA YANG BOLEH SELAMATKAN NEGARA




 

PERBEZAAN POLITIK UNTUK DIRAIKAN


 

UBAHLAH SISTEM KERAJAAN YANG BOBROK


 

TOKOH KEBANGKITAN ISLAM ANAK MUDA


 

AIM ADA JASA ANWAR MEMBANTU ORANG SUSAH


 

SELAIN PILIHAN PALING STABIL, PH MALAH HARUS DIBERI MAJORITI LEBIH KUKUH



 Walaupun PN dan BN saling bermusuhan dalam menghadapi PRU15 ini, hakikatnya mereka adalah bersama dalam kerajaan.

Ketika Mahiaddin Md Yasin daripada PN menjadi Perdana Menteri, BN memberi sokongan kepada kerajaan pimpinannya.

Kemudian, apabila Ismail Sabri Yaakob daripada BN menjadi Perdana Menteri sehinggalah sekarang, PN juga menyokong kerajaannya.

Hakikatnya, mereka adalah bersama tapi bergaduh dan mereka bergaduh tapi bersama.

Untuk itu, dalam PRU15 ini haruskah BN dan PN diberi undi lagi?

Secara logiknya, memberi undi kepada BN atau PN hanya mengulangi pengalaman ditadbir oleh kerajaan PN dan BN selama 31 bulan sebelum ini yang penuh ketidakstabilan, ketidaktentuan dan ketidakmakmuran.

Jika salah satu antara BN dan PN tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan, kebarangkalian mereka bersama lagi untuk membentul kerajaan campuran juga adalah tinggi.

Maknanya selepas PRU15 nanti, kerajaan yang wujud tiada beza dengan kerajaan yang ada sekarang iaitu cantuman BN dan PN.

Menteri-menteri yang ada sekarang akan terus jadi menteri lagi.

Hadi Awang akan kekal jadi duta makan gaji buta, malah jika PN lebih banyak kerusi daripada BN, Mahiaddin tentunya akan jadi Perdana Menteri sekali lagi.

Sanggupkah kita dikenakan darurat, PKP tanpa henti-henti dan asyik-asyik Mahiaddin muncul dengan perutusan khas di TV saja?

Lebih buruk lagi jika BN mendapat lebih banyak kerusi daripada PN, walaupun Ismail Sabri telah ditetapkan sebagai posteri boy dan calon Perdana Menteri, tidak mustahil ketika itu Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN pula yang mahukan jawatan Perdana Menteri itu.

Elok-elok kita dapat Perdana Menteri yang sibuk rasmi program itu program ini, tapi nanti Perdana Menteri saban hari keluar TV kerana hadir perbicaraan di mahkamah belaka.

Aduhhh…sanggupkah kita?

Kalau Ismail Sabri kekal juga sebagai Perdana Menteri, barisan kabinet pasti akan ditentukan oleh Zahid Hamidi selaku Presiden UMNO dan Pengerusi BN dan ini tidak menjanjikan kestabilan.

Mahu tidak mahu, hanya PH sebagai pilihan yang stabil.

Di samping kedudukan PH ketika ini sedang mendahului di depan berbanding BN dan PN, memberi kemenangan kepada gabungan itu dengan jumlah kerusi kemenangan yang lebih stabil adalah dikira amat mustahak sekali.

Ini kerana, dengan jumlah kerusi yang stabil itu, ia dengan sendirinya dapat menjanjikan kestabilan dan kemakmuran yang sebenar kepada rakyat dan negara.

Kalau ada yang mempertikaikan sejarah 22 bulan PH jadi kerajaan, kita juga jangan lupa sejarah lebih buruk PN dan BN jadi kerajaan selama 31 bulan selepas kejatuhan PH itu.

Apakah kerajaan PN dan BN tidak lebih buruk berbanding PH?

Dan jangan kita lupa, kerajaan PH selama 22 bulan itu, di sebalik dijaja dengan pelbagai imej buruk, ia adalah pimpinan Tun Mahathir Mohamad yang dalam hatinya penuh dengki dan khianat kepada Anwar dan juga PH.

Sebab itulah banyak caca marba dan ketidaktentuan, malah ia sebenarnya memang disengajakan.

Dan sekarang Tun Mahathir yang bertoksid itu sudah tiada lagi dalam PH.

Kalau sejak awal Anwar mengetuai kerajaan PH, bukan saja ketidaktentuan tidak berlaku, malah tempoh 22 bulan juga mungkin tidak wujud sama sekali.

PH yang sekarang diketuai Anwar sedang berada di hadapan dan inilah satu-satunya pilihan paling munasabah bagi rakyat pada pengundian 19 November nanti jika rakyat inginkan sebuah kerajaan yang lebih stabil dan mampu menjanjikan masa depan yang lebih baik. – ShahbudinHusin 10/11/2022.


TAK APA- AHLI WALAUN SEDIA JIHAD TIN MILO


 

APA YANG MEMBEZAKAN ANWAR IBRAHIM DENGAN SEMUA PERDANA MENTERI SEBELUM INI



Dr. Madhi Hasan


Mengapakah sebahagian besar rakyat Malaysia menganggap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri sejak lebih dua dekad yang lalu? 


Harapan itu sering timbul setiap kali berlangsungnya Pilihan Raya Umum meskipun Anwar sendiri tidak bertanding dalam PRU. 


Anwar sebenarnya hanya berpeluang bertanding sekali sahaja dalam PRU sejak dipecat dari UMNO  iaitu pada PRU-13. Bagi empat PRU yang lain, Anwar  berada di dalam penjara (PRU-10, PRU-11 dan PRU-14) ataupun tidak dibenarkan bertanding (PRU-12). 


Pada pandangan sebahagian rakyat yang inginkan Anwar menjadi Perdana Menteri, beliau mempunyai beberapa kualiti dan ciri kepimpinan yang tidak dipunyai oleh pemimpin-pemimpin lain. 


Dengan jatuhnya Mahiaddin Yassin daripada kerusi Perdana Menteri pada 16 Ogos 2021, nama Anwar sekali lagi diangkat sebagai calon Perdana Menteri.


Jika Anwar berjaya menjadi Perdana Menteri pada kali ini, berikut adalah lima perkara tentang Anwar yang tidak dimiliki oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.


(i) Perdana Menteri pertama yang pernah dipenjarakan


Anwar akan menempah tempat sebaris dengan nama-nama besar dalam sejarah seperti Nelson Mandela, Jawaharlal Nehru, Sukarno, Recep Tayyep Erdogan dan Vaclav Havel iaitu bekas-bekas banduan atau tahanan politik yang akhirnya mencapai tampuk kuasa.  


Bermula dengan ditahan tanpa bicara di bawah ISA di antara tahun 1974-1976,  Anwar kemudiannya  menjalani hukuman penjara di antara tahun 1998-2004 dan 2015-2018. 


Keseluruhannya Anwar telah menghabiskan hayatnya selama dua tahun sebagai tahanan ISA di Kamunting dan sembilan  tahun di dalam penjara Sungai Buloh. 


Mengapakah reputasi dan karier politik Anwar masih bertahan walaupun telah disabitkan oleh mahkamah dengan kesalahan rasuah dan liwat? 


Ia adalah kerana rakyat dan masyarakat antarabangsa telah menyaksikan ketidakadilan yang menjolok mata sewaktu perjalanan perbicaraan bagi ketiga-tiga kes Anwar. Kesemua pertuduhan ke atasnya dilihat bermotif politik dengan tujuan membunuh nama baik dan karier politik Anwar.


Badan-badan perundangan antarabangsa iaitu International Bar Association, Centre for the Independence of Judges of the International Commission of Jurists, Commonwealth Lawyers’ Association dan Union Internationale des Avocats telah memantau perbicaraan Anwar dan mengeluarkan satu laporan yang bertajuk “Justice in Jeopardy: Malaysia 2000”. 


Laporan itu membuat kesimpulan bahawa kebebasan badan kehakiman dan integriti agensi pendakwaan di Malaysia telah terjejas teruk semasa perbicaraan tersebut. Amnesty International telah memberikan gelaran “Prisoner of Conscience” kepada Anwar.


(ii) Perdana Menteri pertama daripada parti berbilang kaum


Kesemua Perdana Menteri sebelum ini adalah pemimpin parti-parti nasionalis Melayu iaitu UMNO dan BERSATU. Anwar akan mencipta sejarah sebagai  Perdana Menteri yang menerajui sebuah parti berbilang kaum iaitu Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN). 


Pada masa dahulu parti berbilang kaum seperti Parti Negara yang dipimpin Dato’ Onn gagal bertahan kerana pengaruh politik perkauman amat kuat. 


Anwar berjaya membuktikan bahawa parti berbilang kaum seperti KEADILAN boleh mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Kini ia merupakan satu-satunya parti yang mempunyai cabang di semua 222 kawasan parlimen.


Anwar adalah pemimpin politik yang konsisten memperjuangkan nasib rakyat bawahan tanpa mengira batas kaum dan agama. Politik aliran sederhana yang dibawa oleh Anwar membolehkannya diterima sebagai pemimpin bagi semua kaum. 


Kejayaan KEADILAN dalam pilihan raya menunjukkan yang parti berbilang kaum menjadi semakin relevan manakala politik perkauman menjadi semakin ketinggalan zaman.


(iii) Perdana Menteri pertama yang merupakan pemimpin gerakan Islam


Anwar akan menjadi satu-satunya Perdana Menteri yang memulakan perjuangannya melalui gerakan Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Semua kajian oleh para sarjana telah mengiktiraf sumbangan besar oleh Anwar dan ABIM kepada fenomena kebangkitan Islam di Malaysia pada tahun 1970-an. 


Di bawah kepimpinan Anwar, ABIM mengambil pendekatan perjuangan Islam yang sederhana yang bersesuaian dengan suasana masyarakat Malaysia. 


Anwar amat dihormati di seluruh dunia Islam dan mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh penting seperti ulama terkenal Sheikh Yusuf al-Qaradhawi  dan Presiden Turki Recep Tayyep Erdogan.


Apabila Anwar menyertai kerajaan pada tahun 1982, beliau telah memperkenalkan beberapa institusi dan program berteraskan Islam. Universiti Islam Antarabangsa, Bank Islam, sistem takaful dan perbankan Islam adalah antara hasil usaha Anwar. 


Hari ini, Anwar berusaha mempopularkan konsep “Muslim Democrat” bagi menggalakkan amalan demokrasi yang progresif di kalangan umat Islam. Walaupun mempunyai latar belakang gerakan Islam, musuh-musuh Anwar menuduhnya sebagai seorang sekular, liberal dan menganuti faham pluralisme agama.


(iv) Perdana Menteri pertama daripada latar belakang perguruan dan pendidikan


Anwar akan menjadi Perdana Menteri pertama yang bermula sebagai seorang pendidik. Beliau telah menubuhkan dan mengetuai sebuah sekolah swasta iaitu Yayasan Anda dengan tujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang tercicir. Sewaktu menjadi Menteri Pendidikan beliau telah memperkenalkan Falsafah Pendidikan Negara.  


Kredibiliti Anwar sebagai seorang intelektual dan pemikir adalah tulen dan bukan dibuat-buat sepertimana kebanyakan ahli politik lain. Anwar terlibat mengasaskan International Institute of Islamic Thought (IIIT) bersama tokoh-tokoh pemikir Islam antarabangsa dan kini menjawat jawatan sebagai Pengerusi badan pemikir tersebut. 


Beliau juga pernah menjadi Profesor Pelawat di beberapa buah universiti terkemuka di Amerika Syarikat dan United Kingdom setelah dibebaskan dari penjara pada tahun 2004.


(v) Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman yang panjang sebagai Menteri Kewangan


Setakat ini hanya Najib Razak seorang sahaja Perdana Menteri yang mempunyai pengalaman sebagai Menteri Kewangan sebelum menjadi Perdana Menteri. Bezanya dengan Anwar ialah Najib menyandang jawatan tersebut selama enam bulan sahaja sebelum beliau diangkat sebagai Perdana Menteri. 


Anwar pula mempunyai pengalaman yang jauh lebih panjang sebagai Menteri Kewangan iaitu  selama lebih tujuh tahun (1991-1998).


Walaupun tanpa kelulusan dalam bidang kewangan, Anwar membuktikan kecekapannya mengurus kewangan negara dengan mencapai belanjawan berimbang dan mengurangkan hutang negara.  Pencapaian seperti itu tidak pernah lagi dapat diulang oleh mana-mana Menteri Kewangan sejak tahun 1998 sehingga kini. 


Prestasi beliau turut menarik perhatian antarabangsa sehingga majalah Euromoney menamakan Anwar sebagai “Finance Minister of the Year” pada tahun 1996.  Antara jasa beliau ialah memperkukuh perlaksanaan sistem perbankan tanpa faedah yang kini dikenali sebagai perbankan Islam.


Krisis pandemik, ekonomi dan politik yang telah gagal ditangani oleh Mahiaddin Yassin pada ketika ini adalah satu keadaan luarbiasa yang tidak pernah dialami oleh negara. 


Krisis luarbiasa seperti ini memerlukan seorang pemimpin dengan karisma, keyakinan dan daya kepimpinan yang luarbiasa. Keadaannya samalah tatkala Great Britain memerlukan Winston Churchill sewaktu berdepan dengan ancaman Hitler dalam Perang Dunia Kedua. 


Berdasarkan sejarah perjuangan dan rekod kepimpinan Anwar Ibrahim yang luarbiasa, beliau sahajalah yang dilihat mempunyai keupayaan untuk memimpin negara ini keluar dari krisis. 


Dr. Madhi Hasan ialah Felo di Institut Kajian Pilihan Raya & Pemajuan Demokrasi (IESAD), Universiti Selangor.



Dilema Sistem Pengangkutan Awam Di Kuala Lumpur


 Oleh: Andre Lai


ULASAN PIMPINAN: Saya masih ingat zaman sebelum adanya RapidKL pada 1980an dan 1990an. Di tempat saya tinggal di Ampang, hanya ada bas mini dan syarikat bas Len Chee. Masa itu penduduk setempat bergantung kepada sistem pengangkutan awam. Laluan bas meliputi hampir kesemua kawasan dan perjalanan agak tepat pada masa.


Tidak ada proses elektronik, hanya tenaga pekerja manual konduktor bas menjual tiket. Pada masa itu, sistem pengangkutan bas sebelum adanya LRT begitu efektif – dengan menaiki bas anda boleh ke mana-mana dengan tambang yang amat murah. Tetapi hari ini, walaupun terdapatnya banyak pilihan pengangkutan awam, namun pengguna tetap memilih kenderaan persendirian untuk ke mana-mana.


Pagi tadi (semalam), warga kota dikejutkan dengan notis RapidKL mengatakan stesen LRT ditutup pada saat-saat terakhir, menyebabkan ramai pengguna terpaksa mencari jalan penyelesaian untuk ke destinasi masing-masing. Semestinya ramai pekerja lambat ke pejabat, dan ramai pelajar sekolah hampir terlepas ke sekolah tepat pada masanya.


Saya pasti ia bukan sesuatu yang berlaku secara spontan, apabila 16 stesen terpaksa ditutup untuk membuat penyelenggaraan yang besar. Walaupun RapidKL menyediakan bas pengantara untuk ke stesen terdekat, tetapi masih terdapat rungutan dalam media sosial menunggu bas amat lama.


Menurut kenyataan rasmi RapidKL pada 8 November 2022, “Atas faktor keselamatan, perkhidmatan di antara kedua-dua stesen tersebut terpaksa diberhentikan apabila gangguan pada sistem Kawalan Tren Automatik (ATC) Laluan Kelana Jaya mula dikesan pada jam 3.03 petang ini.”


16 stesen LRT ditutup


Sebanyak 16 stesen terpaksa ditutup sehingga 15 November 2022. Persoalannya adalah, sebagai sebuah operator pengangkutan awam yang memonopoli sistem pengangkutan LRT/MRT, tidakkah ada usaha pemantauan berterusan untuk mengurangkan risiko penyelenggaraan seperti 9 November 2022. Sudah pastinya ada komponen sedia ada dan consultan yang boleh bersiap sedia menghadapi kecemasan sebegini. Tetapi di mana silapnya?

Bas mini wilayah lebih efisyen

Andaikan, ia adalah satu isu teknikal yang luar biasa dan jarang berlaku, meskipun perkara ini juga mencerminkan kekurangan inisiatif kerajaan Malaysia mengendalikan sistem pengangkutan awam. Lihat 2 dekad kebelakangan ini, kerajaan Malaysia telah mencurahkan banyak masa, wang dan pelaburan untuk menambahbaik sistem pengangkutan yang lebih baik.


Dari sistem LRT, bas Rapid, Monorail dan kini MRT pasti sesuatu yang boleh menambahbaik imej Kuala Lumpur sebagai satu kosmopolitan moden. Sistem kereta api telah menembusi horizon langit, dan hab transit muncul di kiri dan kanan di seluruh negara. Tetapi rakyat Malaysia masih tidak mempercayai pengangkutan awam sekarang. Bahkan Prasarana juga terpalit dengan kontroversi trek keretapi berlanggar pada 2021 dalam insiden ‘kiss-kiss’, sebagaimana dikias oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, bekas pengerusi Prasarana.


Sistem bersepadu pengangkutan awam


Mungkin tidak adil untuk membandingkan sistem keretapi-dalam-bandar di Malaysia dengan negara lain. Sistem LRT bermula di Malaysia pada 1996, dengan laluan Ampang ke Sri Petaling melalui pusat bandaraya. Di Hong Kong pula, sistem MTR bermula sedekad lebih awal. Namun apabila melihat kecekapan sistem pengangkutan di Hong Kong, anda boleh melihat setiap 5 minit pastinya ada bas awam dan sekurang-kurangnya bas pengantara ke stesen MTR melalui sistem pembayaran bersepadu.

Andre Lai

Piawaian masalah pengangkutan awam telah menjadi bualan rakyat Malaysia sekian lamanya. Antara sebab adanya isu pengangkutan awam utama Malaysia adalah kekurangan liputan laluan dan penempatan hab keretapi yang jauh. Selalunya, hab ini terletak terlalu jauh dari rumah individu untuk orang ramai pergi dengan mudah. Walaupun adanya perkhidmatan ‘feeder bus’, namun banyak rungutan yang bas pengantara tidak pernah cukup dan tepat pada masanya, terutama di waktu pagi.


Kekadang, untuk menjimatkan masa, pengguna terpaksa menggunakan perkhidmatan teksi/e-hailing atau memandu ke tempat letak kereta awam untuk menaiki pengangkutan awam. Tujuan untuk mengurangkan ‘carbon footprint’ tidak dapat dicapai. Ya, saya hanya boleh memberi hujah dan bukannya jalan penyelesaian. Tetapi yang lebih membimbangkan adalah keengganan Menteri Pengangkutan sebelum ini untuk memahami masalah pengangkutan awam, sebaliknya melatah dan menyalahkan kepada pesaing politik di dalam Parlimen.


Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini, terdapat kelulusan banyak projek lebuhraya antara bandar yang menggalakkan penggunaan kenderaan persendirian justeru meningkatkan keuntungan syarikat konsesi (dan pemegang kepentingan mereka). Semua konsesi, diluluskan oleh mantan Menteri-menteri Pengangkutan bukan dari kerajaan Pakatan HARAPAN.


Kos pengangkutan tinggi


Satu lagi isu yang dihadapi pengguna adalah kos pengangkutan yang tinggi. Kelemahan pengangkutan awam di Malaysia bukanlah kerana ia terlalu mahal dengan satu-satu tiket keretapi. Tidak – ia hanya menjadi isu apabila kita melihat gambaran keseluruhan. Apabila stesen diletakkan terlalu jauh, kita memerlukan bas pengantara untuk mengatasi masalah jarak jauh.

Tinggal kenangan, tiket bas mini yang murah

Tetapi apabila bas pengantara tidak boleh dipercayai, alternatif sama ada menggunakan kereta persendirian atau menggunakan teksi/ehailing – yang pada akhirnya meningkatkan kos bulanan untuk pengangkutan. Sekurang-kurangya, di zaman pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan 2018 – 2020, kerajaan Malaysia pernah melancarkan pas My100 untuk menggalakkan warga kota untuk menggunakan pengangkutan awam. Yang kemudiannya disambung oleh kerajaan dibawah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri.


Buat masa sekarang, jumlah pengguna pengangkutan awam tidak ideal seperti yang dijangka. Warga kota dijanjikan liputan sepenuh kawasan dengan implementasi MRT 3, tetapi ia hanya boleh direalisasi pada 2030. Kerajaan sebelum ini langsung tidak memberi fokus kepada pengangkutan awam, melainkan meneruskan subsidi kepada pengguna pas pengangkutan bulanan seperti yang dibentangkan dalam belanjawan 2023 (sebelum pembubaran Parlimen)


Jelas sekali bahawa keadaan semasa perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki. Tetapi jika rakyat Malaysia benar-benar mahu menerima pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan dan membantu mereka yang tidak mempunyai kenderaan persendirian, kita memerlukan lebih banyak daripada sekadar melaksanakan sistem pengangkutan di seluruh negara. Kita memerlukan perubahan kepada infrastruktur, pemahaman tentang gambaran keseluruhan, dan iltizam sebenar untuk menyelesaikan masalah pengangkutan awam.


Walaupun isu pengangkutan awam tidak banyak dikemukakan dalam manifesto HARAPAN dalam PRU15, tetapi tempoh 2018-2020, rakyat boleh melihat penetapan dasar pengangkutan awam di bawah kerajaan PH. Percayalah, agenda reformasi menjadi asas Malaysia yang lebih baik sekiranya rakyat Malaysia membuat keputusan yang bijak pada 19 November ini.


Kita pernah melakukan dan Kita BOLEH … untuk memenangi HARAPAN sekali lagi!


_______________________________________________________________________________

Penulis merupakan Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju