KAH..KAH..BANYAK JUGA DENGAR CERITA MASA JADI TPM....ADA YANG MINTA NAK JADI TYDP PUN ADA.....TAPI NAMPAKNYA KALI INI BATU PAHAT AKAN JATUH KEPADA PH SEMULA SEBAB RAKYAT KENAL PENGKHIANAT

 

Jangan buat cerita dongeng tentang jawatan timbalan speaker, Rashid beritahu Anwar.

Rashid Hasnon berkata, untuk mendapatkan jawatan timbalan Speaker Dewan Rakyat, seseorang itu perlu mendapat undi majoriti oleh Ahli Parlimen yang bersidang, bukan ditetapkan oleh Anwar Ibrahim.

BATU PAHAT: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim dinasihatkan agar tidak membuat “cerita dongeng” tentang pencalonan Mohd Rashid Hasnon sebagai timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Rashid berkata, tidak wujud adegan menangis merayu untuk mendapatkan jawatan itu seperti yang dijaja oleh Anwar dalam ceramah Jelajah Harapan di Batu Pahat baru-baru ini.

“Hakikatnya, untuk mendapatkan jawatan timbalan Speaker Dewan Rakyat, perlu mendapat undi majoriti oleh Ahli Parlimen yang bersidang, bukan Anwar yang menetapkannya,” katanya.

“Cadangan untuk saya menjawat jawatan itu dicadangkan oleh perdana menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad sebelum undian dilakukan,” katanya.

Tambahnya, apabila beliau menerima undian paling banyak daripada Ahli Parlimen, maka jawatan itu diserahkan kepadanya.

“Sudah-sudah lah nak menipu rakyat kerana orang sekarang bukan bodoh untuk dibawakan cerita dongeng, kononnya beliau paling berkuasa untuk menentukan semua keputusan. Ketika itu, beliau sudah tiada sebarang jawatan selain menjadi Ahli Parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui program beramah mesra dengan penduduk Parit Gantung yang mengadakan majlis kenduri sekampung
di Surau Al-Falah.

Rashid berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anwar bahawa beliau “menangis dan merayu” untuk mendapatkan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat.

Semalam, Berita Harian melaporkan Anwar turut menyatakan Rashid, penyandang kerusi Parlimen Batu Pahat sebagai pengkhianat parti dan pengundinya.

Dalam pada itu, Rashid berkata, rakyat sekarang ini hanya mahu tahu apa yang hendak dibawakan oleh seorang wakil rakyat sekiranya terpilih, bukan “cerita karut marut seperti itu”.

“Hakikatnya, PH sudah tidak mempunyai isu (untuk dibangkitkan) atau janji yang boleh diberikan kepada rakyat.

“Janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 (PRU14) hanya tinggal janji semata-mata,” katanya.

No comments: