Calon Bayan Baru akan debat, calon PM bila lagi?
Rakyat Malaysia ternanti nati calon calon Perdana Menteri Malaysia ke 10 untuk berkongsi pentas debat bagi dinilai siapakah yang paling layak diangkat sebagai ketua kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke 15.
Bagaimanapun cabaran debat itu, kata calon parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin direalisasikan terlebih dahulu apabila beliau menerima jemputan calon BN, Saw Yee Fung hari ini.
“Hari ini calon BN datang menjemput saya berdebat. Saya seorang demokrat. Saya terbuka untuk berdebat. Debat itu budaya demokrasi,” katanya.
Dengan berlakunya debat di parlimen Bayan Baru, Sim berharap calon Perdana Menteri BN dan PH akan menganjurkan debat dalam masa terdekat.
“Saya ingin melihat calon-calon Perdana Menteri, Anwar Ibrahim vs Ismail Sabri, Zahid Hamidi dan Muhyddin.
“Kalau calon #BayanBaru berani berdebat, takkan calon-calon PM tak berani? Anwar sudah bersedia. Kita tunggu jawapan Ismail Sabri dan Zahid pula,” katanya.