TERKINI

Dalam Muktamar Pemuda sekarang ini sedang diusahsakan Minit Mesyuarat Agung tahun lepas tidak sah, sekaligus muktamar tahun lepas tidak sah.
Tujuan semata-mata untuk membatalkan keputusan pemilihan tahun lepas.
Sedang diusahakan supaya diadakan pemilihan semula supaya calon mereka dimenangkan dan Shuhaizan Kayat disingkir
Puak UG ni tak sedar yang bangkangan mereka ini boleh menyebabkan keseluruhan PAS diharamkan oleh ROS.
Ni panggil dia bodoh sombong

PETIKAN LAMA: KERANA HADI PAS BERANTAKAN



19 April 2009

Cadangan Penubuhan Kerajaan Perpaduan Terhenti?


Marang – Presiden PAS Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau menarik balik cadangan menubuhkan kerajaan perpaduan (unity government) yang beliau tawarkan kepada rakyat Malaysia beberapa bulan sebelum ini.

Beliau berkata ia kerana masih ramai yang tidak faham tentang konsep kerajaan perpaduan yang cuba diketengahkan oleh beliau.

“Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang kerajaan perpaduan termasuk dikalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri,

“(mungkin) kerana kesibukkan (mereka) tidak mengetahui istilah-istilah dalam politik, kerana tidak membaca (banyak) buku-buku politik.”katanya di kediaman beliau, disini kelmarin.

Katanya didalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada kerajaan perpaduan, kerajaan campuran, kerajaan ‘fron-national’ sebagaimana kerajaan Barisan nasional di Malaysia.

“Di Malaysia adalah kerajaan ‘front-national’ yang ada pembangkang, manakala kerajaan campuran ialah kerajaan yang (bercampur) antara satu parti (dengan parti),

“diajak parti lain untuk memerintah dengan syarat2 yang dibuat biasanya terikat dengan syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan yang dibuat,”jelasnya.
Katanya kerajaan perpaduan adalah satu konsep yang berbeza kerana ia bukan berbentuk ‘front-national’ dan bukan dalam bentuk kerajaan campuran.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan perpaduan adalah sebuah kerajaan yang melibatkan semua parti politik duduk dalam kerajaan tanpa ‘pembangkang’.

“semua parti ada syakhsiah ada identiti (dan) ada kepribadian sendiri, dan berhak untuk membangkang,

“dimana kerajaan perpaduan ini membolehkan orang dalam UMNO sendiri membangkang kerajaan, membangkang partinya sendiri,” katanya yang menambah, kerajaan perpaduan akan memecahkan tradisi yang dibuat oleh UMNO.

Orang UMNO pada hari ini, katanya, tidak boleh membangkang partinya sendiri dan sekiranya seseorang membangkang, mereka boleh dipecat.
Katanya dalam masa yang sama perubahan mesti berlaku dalam kerajaan perpaduan yang memberikan keadilan kepada semua rakyat.

“Mestilah berlaku perubahan yang adil untuk semua rakyat termasuklah Sutruhanjaya Pilihanraya, badan kehakiman dan pentadbiran negara, konsepnya mesti berubah bukan apa yang ada pada hari ini,

“sebagai contoh apa yang ada di Indonesia, kerajaan perpaduan di sana berlaku pemisahan kuasa diantara badan PEMILU (SPR) dengan badan politik,

“pemisahan kuasa dalam badan kehakiman sehingga badan kehakiman Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah,”terangnya lagi.
Katanya kerajaan perpaduan juga boleh menyeret Perdana Menteri dan menteri-menteri ke mahkamah sebagaimana yang berlaku di Israel, sebagai contoh Perdana Menteri Israel boleh disiasat dan dibawa kmahkamah.
Katanya dalam Pilihanraya di Indonesia adalah pilihanraya yang berubah dimana bukan hanya kerajaan yang memerintah mempunyai hak menggunakan kemudahan TV untuk berkempen, bahkan semua parti politik boleh menggunakannya dan rakyat mempunyai kebebasan.

Menurutnya cadangan beliau menubuhkan kerajaan perpaduan kepada mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, telah mendapat persetujuan daripada komponen Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

“Mereka bersetuju, DAP menyertai beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana orang UMNO sendiri takut untuk menubuhkan kerajaan perpaduan, mungkin mereka takut kerana ada orang yang akan dibicarakan dimahkamah,

Oleh itu, katanya, beliau menarik balik cadangan beliau berkaitan penubuhan kerajaan perpaduan, namun beliau yakin pada suatu hari nanti, masyarakat akan merima cadangannya.

Apabila ditanya, samada isu kerajaan perpaduan akan menjadi perbahasan hangat dalam Muktamar PAS akan datang, beliau berkata, ia terpulang kepada kefahaman ahli-ahli PAS dan ia akan menjadi kayu pengukur sejauh mana kefahaman ahli tentang kerajaan perpaduan.
“Sekiranya kita tidak faham lebih baik jangan bercakap kerana orang akan nampak kejahilan kita,”katanya.

Dengar Radio Buletinonline Tentang Unity Government

JUMLAH PEMILIKAN SAHAM MENANTU HJ HADI???


Pemilikan saham oleh menantu  Haji Hadi Di Kumpulan Peransang???

Tulang Besi check harga saham
Kumpulan Perangsang ni RM1.80 seunit.
ESOS ni harga RM1 seunit.
Ertinya Din Ayam boleh buat untung atas angin 500k x 0.80 = RM400,000






Marah sangat Wan Azizah dijadikan calon untuk MB kerana kroni katanya, abis yang di bawah ni apa? Kroni atasan PAS peringkat tertinggi? Kemudian suruh para ahli sekalian WALA dan taat jangan berbelah bagi? 

Presiden PAS Abdul Hadi Awang, Setiausaha Agong Mustafa Ali, Ketua Penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik Abd Hadi Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar, Raja Petra Kamaruddin, di Manchester, UK.

Carta Organisasi Kumpulan Peransang Selangor Berhad. Abang kepada Raja Petra Kamaruddin, Tuan Haji Raja Idris Raja Kamarudin adalah Pengerusi lembaga Pengarah Kump. Perangsang Selngor Berhad. Zaharuddin Mohammad (menantu Hj Abdul Hadi adalah Ketua Jabatan Agama syarikat berkenaan.



Zaharuddin Muhammad (menantu Hj Abd Hadi)

Tak hairan mengapa bertungkus-lumus pertahan TSKI sebagai MB. Geng pro-Ulamak pula yang bertungkus-lumus menyokong dan mengusung di atas istilah WALA dapat apa? Jauh sekali yang menentang!

Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa: 

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه 
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah 

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

Hadi rumitkan lagi krisis MB Selangor, kata peguam PAS

Hadi rumitkan lagi krisis MB Selangor, kata peguam PAS

Zulhazmi Shariff berucap semasa program Kemelut MB Selangor di Anjung Amjal berdekatan Universiti Malaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 16 September, 2014. Zulhazmi Shariff berucap semasa program Kemelut MB Selangor di Anjung Amjal berdekatan Universiti Malaya semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Zhafri Azmi, 16 September, 2014.Pentas kedua forum anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) semakin terbuka dan lantang mengkritik tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar Selangor, sekaligus menyebabkan krisis menjadi bertambah rumit.
Ahli panel, bekas Exco Pemuda PAS Zulhazmi Shariff secara berterus terang menuding jari kepada kegagalan Hadi berfungsi sebagai presiden parti sehingga menyebabkan pemimpin PAS kini bertelagah sesama sendiri.
Merujuk kepada peranan presiden dalam Perlembagaan PAS, Zulhazmi yang merupakan seorang peguam berkata Hadi sepatutnya bertindak menjamin perpaduan Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, sebaliknya membuat keputusan secara peribadi di luar mesyuarat.
"Ini adalah kegagalan presiden. Kalau beliau seorang ketua yang betul beliau patut jaga AJK PAS Pusat supaya apa-apa jua langkah perlu diambil bagi menjamin perpaduan AJK PAS Pusat, tetapi adakah AJK PAS Pusat bersatu sekarang?
"Bila ini berlaku, presiden perlu panggil AJK buat 'regroup', tetapi presiden tidak buat keputusan dalam mesyuarat, ini masalahnya," katanya dalam forum "Kemelut MB Selangor: Mampukah Pakatan Rakyat (PR) Bertahan?" di Kuala Lumpur malam tadi.
Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) itu berkata, masalah ini boleh selesai jika Hadi menarik balik surat pencalonan yang dihantarnya kepada istana dan tidak memberi pilihan kepada Sultan Selangor selain Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Beliau mendakwa, masalah kelewatan peralihan kuasa menteri besar baru adalah daripada 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor dan bukannya berpunca daripada Sultan.
Beliau menyalahkan 13 Adun PAS Selangor yang sehingga sekarang tidak menyatakan persetujuan dengan 28 Adun PR lain menyokong Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.
"Istana jadi begitu sebab PAS. Kalau PAS tidak buat begitu istana tidak akan kacau bilau," katanya sambil menyindir beberapa petikan ucapan Hadi di Marang 6 September lalu.
Katanya, daripada terus menjadi batu penghalang kepada Dr Wan Aziah, PAS yang dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan istana perlu memainkan peranan menasihati Sultan Selangor menerima Adun Kajang itu yang sudah mempunyai sokongan majoriti.
"Jika tidak mahu peningkan kepala Tuanku, kenapa PAS tidak ambil pendekatan menghadap Tuanku jelaskan majoriti Dr Wan Azizah? Ini lebih baik.
"Kita hendak ajak perdamaian. Bukan konsep PAS pecah belahkan orang," katanya.
Beliau berkata, Hadi tidak wala' (patuh) kepada parti apabila menggunakan kedudukannya sebagai presiden membuat keputusan sendiri dan menepis ahli Parlimen Marang itu mempunyai kuasa veto tanpa melalui keputusan mesyuarat.
Beliau turut membidas arahan pemimpin tertinggi parti yang melarang ahli PAS menyertai forum PasMa kerana entiti itu hanya satu badan bukan kerajaan (NGO) dan bukan parti alternatif kepada PAS.
Katanya, tindakan itu sama seperti menghalang PAS bekerjasama dengan NGO lain seperti Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) seperti yang dibenarkan dalam perlembagaan parti. – 16 September, 2014.



Subky Latif pula terkena sindrom kurang ingatan

oleh: amirulmukminin




Barangkali PAS sudah menuju ke penghujung apabila satu demi satu pemimpinnya terjangkit sindrom kurang ingatan.
Sebelum ini , presiden Hadi Awang dijangkiti penyakit lupa keputusan sendiri apabila mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin Ali sebagai MB baru Selangor pada 17 Ogos; menyempitkan kepada hanya Azmin pada 25 Ogos; tidak menghantar nama kedua-duanya kepada sultan Selangor dan pada pertengahan September mencadangkan MB yang telah meletak jawatan Khalid Ibrahim kekal di kedudukannya.

Kini bekas AJK PAS Pusat dan bekas editor Harakah Subky Latif pula dijangkiti sindrom sama lewat tulisannya meminta DAP bekerjasama dengan PAS dan mengkesampingkan PKR yang kononnya akan terumbang-ambing sebaik sahaja Anwar Ibrahim telah tiada.

"Jika DAP merasa perlu keluar daripada cap derhaka istana, ia mesti membuat keputusan menenangkan PKR supaya berlunak dengan PAS.

"Ia (DAP) akan lebih terserlah jika dapat sekutu Melayu yang boleh bersamanya bagi mencabar kekuasaan BN dan Putrajaya. Sekutu yang ada akar umbi ialah PAS. PAS akan ada lama.

"Tetapi PKR tidak boleh jadi sekutu yang penting, kerana pertama tidak jelas siapa yang boleh menjaganya selepas tiada Anwar?" tulisnya dalam kolum di harakahdaily.

Subky salah seorang pemimpin PAS yang aktif ketika gelombang Reformasi melanda negara dan selepasnya. Mustahil beliau lupa kerjasama dalam Barisan Alternatif yang berakhir dengan gabungan itu hancur berkecai pada tahun 2000 apabila DAP meninggalkan BA.

DAP bergabung pada 1999 demi membela nasib Anwar dan penyokong Reformasi yang dibelasah oleh FRU menemui jalan buntu bekerjasama dengan sebuah parti yang inginkan hukum Hudud. Pada peringkat awalnya, DAP menutup sebelah mata terhadap keinginan PAS melaksanakan Hudud.

Menuju PRU 1999, isu yang diutamakan adalah keadilan untuk Anwar dan perjuangan menentang kronisme serta nepotisme BN. Buat pertama kalinya pembangkang mempunyai matlamat yang satu dan mengkesampingkan perbezaan ideologi mereka dalam melawan BN.

Hadi tergesa-gesa

Namun selepas PAS mendapat Terengganu, MB Hadi Awang tidak sabar-sabar ingin melaksanakan Hudud. DAP menetang hasrat itu. Dalam kemelut pilihan raya negeri Sarawak, DAP yang khuatir akan hilang undi Cina di negeri itu mendesak PAS tidak meletakkan Hudud sebagai keutamaan.

Satu rundingan dibuat antara kepimpinan tertinggi DAP dan PAS. Pemimpin tertinggi DAP yang hadir antaranya Lim Kit Siang dan pemimpin PAS pula Nik Aziz dan Hadi Awang. Presiden Fadzil Noor uzur di hospital. Dengan sikap berkeras Hadi Awang seperti ditunjukkan sepanjang krisis Selangor, pemimpin DAP tidak mempunyai pilihan lain selain meninggalkan BA beberapa hari selepas pertemuan tersebut.

DAP tidak mengambil tahu mengenai BA sehinggalah Anwar keluar penjara pada 2004. Karismatik Anwar mengetuai kempen menggempur BN menyebabkan DAP tertarik untuk bersama arus reformasi buat kali kedua.

Anwar menjadi faktor penyatu antara PAS dan DAP. Muncul perundingan demi perundingan yang berakhir dengan persetujuan kedua-dua parti untuk bekerjasama dengan nilai-nilai yang boleh diterima oleh parti masing-masing bagi menumbangkan BN.

Pada PRU 2008 ketiga-tiga parti masuk pilihan raya tanpa bertembung di mana-mana kerusi. Mereka menang besar pada 8 Mac 2008 dan Pakatan Rakyat dibentuk atas kehendak rakyat seminggu kemudian.

Soalan cepu emas kepada Subky ialah di manakah kekuatan Hadi Awang sepanjang 2000 hingga 2008 yang membolehkan DAP bersama PAS menawan Putrajaya?

Jika Subky berkhayal, dengan sikap pembuli Hadi kebelakangan ini DAP akan bersekutu dengannya maka Subky juga akan dipersoalkan kekuatan mindanya seperti Hadi.

Pertemuan sulit

Subky tentunya maklum Hadi yang enggan bertemu Anwar secara rasmi itu cuba mengadakan rundingan sulit dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memujuk beliau menyokong PAS bagi mengekalkan Khalid sebagai MB. Pertemuan itu diminta dirahsiakan. Namun pihak DAP memberitahunya kepada Anwar.

Bagi DAP perbuatan Hadi itu, selepas Adun PKR, DAP dan PAS sendiri mengemukakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Khalid adalah membelakangkan prinsip urustadbir parti yang baik. Pemimpin DAP juga melarang PKR terlalu mengikut rentak PAS kerana bagi mereka pemimpin PAS sendiri sudah tidak boleh menyelamatkan parti mereka, untuk apa PKR perlu menyelamatkan PAS. Tiada pemikiran politik yang waras dalam kalangan pemimpin tertinggi PAS, kecuali beberapa kerat golongan profesional.

Kecualilah Subky sedang berkhayal pemuda PAS diketuai mullah Al Tantawi mampu menghantar agen-agen menyusup masuk dan mengindoktrinasikan pemimpin muda DAP agar menerima PAS sebagaimana MCA menerima dan takutkan Umno dalam BN.

Jelas sejak Umno berhubung baik dengan PAS lewat kerjasama untuk meluluskan Hudud di Kelantan minda pemimpin PAS sudah beransur-ansur diresapi gelombang biru. Mereka yang telah bertahun-tahun berjuang pun termakan muslihat Umno yang mahu melihat fatwa mengundi parti itu ‘berdosa’ digugurkan di Kelantan.

Apabila Umno mahu Hudud maka parti itu sudah suci dan tiada halangan kepada pengikut PAS untuk mengundi Umno. Pada akal logik adalah lebih baik mengundi Umno yang kaya raya berbanding PAS yang miskin. Apatah lagi halangan berdosa telah tiada malah mungkin bertukar pahala pula. Sedangkan jika Umno menang di Kelantan maka mustahil mereka akan melaksanakan Hudud.

Masa Hadi berundur

Subky sebagai wartawan berpuluh tahun, pernah menjadi editor Utusan Melayu dan Harakah sepatutnya membisikkan kepada Hadi masanya telah tiba untuk  berundur. Bukan Subky tidak maklum hanya di sekeliling kelompok PAS Terengganu dan Kelantan sahaja Hadi dipuja-puja seperti pemimpin agung Iran.

Dalam kalangan ahli PAS di pantai barat Semenanjung, Hadi dilondeh kedai kopi. Ahli PAS tidak menyebut ‘tuan guru’ merujuk Hadi. Sebaliknya memanggil nama sahaja. Malah ketika berbahas itu mereka tidak menanggalkan ketayap sehingga menimbulkan kehairanan penyokong Umno melihat fenomena ahli PAS menghentam tuan guru mereka sendiri.

Bukan Subky tidak tahu akhbar kerajaan negeri, Selangorkini di masjid-masjid kubu kuat PAS tidak lagi dibaca oleh jemaah selepas solat jumaat. Jika seratus dihantar mungkin 10 nashkah sahaja yang diambil. Anak emas Hadi, Khalid Ibrahim dicemuh oleh ahli PAS.

Semua itu, rasanya amat diketahui Subky kerana beliau tinggal di Selangor. Hanya Subky tidak sampai hati untuk memberitahu Hadi.

Sebaliknya, perwakilan yang bermuktamar di Johor tidak perlu bersikap seperti Subky. Mereka wajib berterus terang dengan Hadi yang selesa dengan sokongan di pantai timur tetapi tidak tahu sokongan di pantai Barat telah terhakis melihat flip flop Hadi yang menjadi-jadi kebelakangan ini.

PANTUN KUTUK PARTI