LAWAN RASUAH SEJAK DULU

 


OWHHHH- RUPANYA ZAMAN PAS JADI KERAJAAN

 










SENARAI HANCING PAS. WALAUN JANGAN SYOK SANGAT

 







PH JANGAN SYOK SENDIRI, SOKONGAN RAKYAT MAKIN MENIPIS

'Hujah karut', peguam negara digesa halang usaha 'aneh' Anwar dapatkan kekebalan

 

Kumpulan peguam Lawyers for Liberty berkata peguam negara sebagai penjaga kepentingan awam tidak boleh mengabaikan tindakan perdana menteri.

MalaysiaNow

3 minit bacaan

Kongsi

Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar (kanan) digesa menghalang usaha Anwar Ibrahim mendapatkan imuniti menjelang bicara saman serangan seksual melibatkan perdana menteri.

 

Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) hari ini turut berkongsi rasa terkejut pelbagai pihak berhubung tindakan kontroversi Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kekebalan undang-undang bagi dirinya menjelang saman sivil serangan seksual terhadapnya, dengan menyifatkan tindakan itu "tidak masuk akal" dan tanpa sebarang asas undang-undang.

LFL turut mempersoalkan hujah peguam Anwar dalam menggunakan Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, merujuk kepada beberapa persoalan dikemukakan kepada Mahkamah Persekutuan dalam permohonan mendapatkan imuniti untuk perdana menteri.

"Peruntukan-peruntukan itu hanya berkait dengan kuasa eksekutif persekutuan, pembentukan Kabinet dan bahawa Agong bertindak atas nasihat. Ia tidak memberikan mana-mana perdana menteri semasa dengan kekebalan, dan sebarang percubaan ke arah itu adalah bertentangan dengan prinsip yang sudah pun diterima mengenai tafsiran peruntukan perlembagaan," kata pengarah LFL, Zaid Malek dalam satu kenyataan.

Ringkasnya, untuk mencadangkan bahawa di negara kita, perdana menteri kebal daripada tindakan mahkamah oleh orang awam, adalah sesuatu yang karut dari segi undang-undang," katanya.

Di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong dan sultan sesebuah negeri diberikan kekebalan daripada saman sivil atau jenayah atas kapasiti peribadi mereka, melainkan saman tersebut mendapat kebenaran peguam negara.

Zaid berkata Yang di-Pertuan Agong masih boleh berdepan kes sivil dan jenayah di bawah peruntukan sama.

"Adalah tidak boleh dipertahankan dan tidak boleh diterima apabila PM diberikan kekebalan yang tidak dimiliki oleh Agong.

"Dalam keadaan ini, menjadi kewajipan bagi peguam negara untuk campur tangan dalam saman sivil tersebut dan menentang sebarang percubaan memberi imuniti kepada perdana menteri. Peguam negara sebagai penjaga kepentingan awam tidak boleh mengabaikan perkara ini dengan tidak berbuat apa-apa."

Anwar disaman oleh Muhammed Yusoff Rawther, bekas pembantu penyelidiknya, yang mendakwa pemimpin PKR itu menyerangnya secara seksual pada Oktober 2018, iaitu beberapa hari sebelum memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Perbicaraan dijadualkan bermula pada 16 Jun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Yusoff kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh selepas didakwa dengan tuduhan dadah dan senjata api susulan serbuan kontroversi polis ke atas kenderaannya pada September tahun lalu.

Pemuda berusia 33 tahun itu telah berulang kali menafikan tuduhan terhadapnya, dan menyatakan beliau menjadi mangsa mereka yang berkuasa dengan menamakan Anwar dan bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador sebagai antara pihak yang menyimpan dendam terhadapnya.

Permohonan Anwar mendapatkan kekebalan telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada ahli politik dan pengamal undang-undang, di mana kebanyakan mereka menyifatkan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku di samping mengejutkan.

Dalam afidavit difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, peguam Anwar yang baru dilantik, Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie, turut memohon penangguhan prosiding perbicaraan sivil sementara menunggu permohonan di Mahkamah Persekutuan.

Antara lain, Anwar mahu mahkamah tertinggi memutuskan sama ada "seorang perdana menteri yang sedang memegang jawatan menikmati kekebalan terhad daripada tindakan sivil berhubung dakwaan perlakuan peribadi yang berlaku sebelum pelantikannya", sambil menambah saman sivil tersebut akan "menjejaskan keupayaan beliau untuk melaksanakan fungsi eksekutif dengan berkesan".

Beliau juga memohon mahkamah memutuskan persoalan sama ada dalam membenarkan sesebuah tindakan saman sivil melibatkan dakwaan terhadapnya sebelum menduduki jawatan akan "menjejaskan kestabilan sebuah institusi teras kerajaan".

Selanjutnya, Anwar mengingatkan tanggungjawab mahkamah "melindungi kebebasan dan maruah seorang penyandang jawatan awam daripada tindakan litigasi yang boleh menjejaskan keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas awam, dalam keadaan tiada jenayah dibuktikan

LFL berkata adalah tidak relevan serangan seksual sebagaimana yang didakwa itu berlaku sebelum Anwar memegang jawatan tertinggi.

"Jika ini menjadi pertimbangan, ia akan melucutkan hak undang-undang mana-mana pihak untuk membuat tuntutan sah terhadap mana-mana perdana menteri semasa mahupun yang akan datang, dan jelas melanggar prinsip kesaksamaan yang dianuti dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa 'semua orang adalah sama di sisi undang-undang'."

Ia mengingatkan Anwar mengenai tanggungjawab moral sebagai perdana menteri untuk menegakkan perlembagaan dan tidak cuba "membatalkan atau mengubah prinsip asas yang termaktub di dalamnya".

"Tindakan Anwar memfailkan permohonan aneh ini sepatutnya membunyikan loceng amaran untuk semua rakyat Malaysia kerana ia merupakan percubaan pintu belakang untuk memperkenalkan konsep kekebalan undang-undang kepada perdana menteri, iaitu ketua cabang eksekutif, semata-mata kerana kedudukannya.

"Ini bukan konsep yang wujud di mana-mana negara demokrasi; ia adalah pelanggaran kedaulatan undang-undang dan terang-terangan bersifat autoritarian," tambah Zaid.

 

SENARAI 5 MENTERI KABINET BARU ANWAR IBRAHIM

KEJUTAN BESAR : NURUL IZZAH BAKAL JADI MENTERI KEWANGAN⁉️

PKR Sedang Retak - Apa Akan Jadi Seterusnya?

Dasar subsidi LPG silinder 14kg, ada atau tidak?



 



HarapandailyMay 31, 2025

OLEH: ANTHONY LOKE

Kebelakangan ini, terdapat kekeliruan dalam kalangan peniaga kecil berhubung dakwaan bahawa subsidi LPG silinder 14kg telah dibatalkan.

Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah mendapatkan pengesahan daripada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup – subsidi tersebut masih dikekalkan oleh kerajaan.

Harga semasa bagi LPG silinder 14kg kekal pada RM26, yang merupakan harga bersubsidi. Sekiranya tanpa subsidi, harganya boleh mencecah RM70.

LPG silinder ini disasarkan untuk kegunaan isi rumah, dan mereka masih layak menikmati subsidi ini.

Bagi para peniaga kecil seperti penjaja dan pengusaha pasar malam, di mana penggunaan yang tidak melebihi tiga silinder, masih dibenarkan membeli LPG silinder 14kg pada harga bersubsidi.

 

 

Penguatkuasaan yang bermula pada 1 Mei oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertujuan membanteras penyalahgunaan subsidi oleh pembekal, terutamanya mereka yang memindahkan LPG dari tong kecil bersubsidi ke tong besar untuk dijual pada harga tidak bersubsidi.

Kepada peniaga yang menerima notis, perlu difahami bahawa notis tersebut bukan saman atau denda, tetapi satu peringatan bahawa penggunaan melebihi tiga tong memerlukan permit khas.

Saya faham ada kekeliruan dalam pelaksanaan dasar ini, terutama dalam konteks pusat penjaja yang mempunyai banyak gerai dengan keperluan gas tersendiri. Isu ini telah saya sampaikan kepada KPDN dan akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan.

Saya ingin menjelaskan bahawa subsidi tidak dihentikan.

Apa yang dilakukan kerajaan adalah memperketat penguatkuasaan untuk mengelakkan ketirisan dan memastikan subsidi benar-benar sampai kepada golongan yang memerlukan.

Butiran lanjut akan terus diperhalusi demi memastikan pelaksanaan yang adil dan jelas kepada semua.


ANTHONY LOKE ialah Setiausaha Agung DAP dan Menteri Pengangkutan.

 

RAFIZI & NIK NAZMI LETAK JAWATAN APA KOMEN YB SANY TENTANG ISU INI AYUH ...

PAS ada tak kecam Nurul Izzah??? Lain macam......

BELAJAR DARIPADA KEJAYAAN TENGKU ZAFRUL



31 May 2025


Tidak ada mana-mana menteri yang pernah berjaya dalam karier politik sehebat pencapaian Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.


Setakat ini beliau telah berjaya dilantik menerajui kementerian kanan di bawah tiga Perdana Menteri berbeza yang datang dari tiga parti yang berbeza.


Mula-mula dilantik sebagai Menteri Kewangan ketika Muhyiddin Yassin (Presiden Bersatu) jadi Perdana Menteri dan kemudian kekal lagi di jawatan sama ketika Ismail Sabri Yaakob (Naib Presiden UMNO) mengambil alih jawatan Perdana Menteri.


Seterusnya apabila Anwar Ibrahim (Presiden PKR) dilantik sebagai Perdana Menteri, sekali lagi Tengku Zafrul terus dikekalkan sebagai menteri.


Cuma kementeriannya saja yang berubah daripada portfolio Kewangan kepada  Pelaburan, Perdagangan dan Industri.


Meski berbeza portfolio, Tengku Zafrul boleh dianggap sebagai menteri kesayangan Perdana Menteri kerana sentiasa turut serta dalam lawatan-lawatan Anwar ke luar negara.


Menjadi menteri dengan dua kali dilantik sebagai Senator terlebih dahulu, tempoh untuk beliau boleh berada dalam kabinet akan berakhir pada Disember ini.


Sebab itu, keputusan Tengku Zafrul keluar UMNO dan meletakkan semua jawatannya dalam parti itu, diikuti dengan hasrat untuk menyertai PKR, tanpa dapat disangkal walau sebesar hama, ia adalah bertujuan untuk memastikan dirinya kekal berada dalam kerajaan lagi selepas ini.


Tambahan lagi, seiring itu terdapat pula kekosongan dua jawatan menteri daripada kouta PKR  susulan perletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai menteri.


Ada dua kemungkinan boleh dirasa sedang dicaturkan kepada Tengku Zafrul  – pertama, beliau akan diberikan peluang bertanding sebagai Ahli Parlimen dan akan mengambil alih jawatan Menteri Ekonomi yang ditinggalkan oleh Rafizi.


Jawatan menteri di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri akan dikembalikan kepada UMNO untuk diisi oleh calon baru daripada parti itu.


Terdapat dua pemimpin PKR yang memegang dua kerusi serentak, Ahli Parlimen dan Adun ketika ini iaitu Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun.


Untuk memberi laluan kepada Tengku Zafrul menjadi Ahli Parlimen, salah seorang daripada mereka boleh diarahkan untuk mengosongkan kerusi yang sedang diduduki.


Kedua, Tengku Zafrul akan dibawa bertanding di kerusi Dun di Selangor dan seterusnya dijadikan Menteri Besar.


Jika ini perencaan PKR dan Anwar, maka Amirudin akan dibawa ke pusat sebagai menteri dan beliau akan mengosongkan kerusi Dun Sungai Tua yang sedang didudukinya bagi memberi laluan Tengku Zafrul bertanding di situ.


Ertinya, melalui perancangan yang sedang diatur itu dan jika Tengku Zafrul berjaya menang, sama ada sebagai Ahli Parlimen atau Adun, jangka hayatnya berada dalam kerajaan akan menjadi lebih lama lagi selepas ini.


Jika R Ramanan sebelum ini dipertikaikan kerana baru empat tahun masuk PKR tetapi telah berjaya menjadi Naib Presiden dan sebelumnya sebagai Ahli Parlimen serta Timbalan Menteri, rasanya lakaran kejayaan yang akan dilakukan oleh Tengku Zafrul akan jadi jauh lebih cemerlang lagi.


Yang penting, baik akan diletakkan bertanding di Parlimen atau Dun, beliau mesti beroleh kemenangan.


Kepada anak-anak muda, cubalah belajar daripada apa yang dilakukan Tengku Zafrul ini untuk menikmati laluan kejayaan dalam kehidupan. – ShahbudinHusin 31Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/belajar-daripada-kejayaan-tengku-zafrul/



BANYAK PERCATURAN DIDEPAN

 UMNO telah terima surat peletakan jawatan Tengku Zafrul - Ahmad Zahid


Berita lanjut menyusul. 


#BernamaNews




TAKDIRRRR....

 

Nabi kata, fitnah akhir zaman akan keluar dari mulut ulamak jahat.


Sebab tu Nabi kata juga ulamak jahat ni lebih mudharat berbanding Dajjal.


;)




Tik Tokers Madani gelar Walaun Rafizi.....

Rafizi dah ada plan!, 'Hentikan drama politik', PM pertama kali jawab ra...

Saranan Takiyuddin Hassan amat pelik, tidak betul (Isu permohonan Anwar ...

Nasi Jadi Bubur,PKR Gali Lubang Kubur


Zuwairy Md Yusof









N,Ramanan,Amirudin dan KARTEL PKR boleh berangan mahu memenangi PRU16 2026 dengan 80/50 parlimen kerana anda memang hanya syok sendiri dengan angan2 masing2 tanpa kekuatan seperti di bawa RR pada PRU15 lalu.Peguam macam Faizal Rahman buat live tiktok pun korang sekat sampai dia kene buat live di fb sendiri.Itu yang Ahli PKR berdaftar punya live ko sekat sebab takut bayang2 ketat lutut dan kecut telur.Belum lagi si Rafizi sendiri buat live londeh melondeh PKR punya caca merba,hahaha.


KARTEL PKR yang di kejar tak dapat,yang di kendong keciciran. 


Anwar+ Rafizi = EQ + IQ.


Izzah belum terbukti dari sudut EQ & IQ.Tapi aku pasti penyokong dan CYTRO2 SKOMM pasukan Damai kurang dua².Kurang IQ sebab korang tak boleh ramalkan apa akan jadi.Kurang EQ sebab korang tak ada empathy terhadap Rafizi.PRN Sabah 2025 kekalahan buruk pertama PKR akibat Kebodohan dan Kegelojohan NIA,Ramanan,Kamil dan KARTEL PKR tengoklah nanti.JKOMM Tok Abah dan SKOMM Harun Shah,Wan Hadi,Adam Yusuf,Joker,Yanie,Wfzaudin,Taufik Iskandar,Haidar Fitri pun tak boleh bantu PKR ni,hahaha.Kamil Munim,Farhan Fauzi usah mimpi nak jadi MP Padang Rengas dan Indera Mahkota ya budak2 Farhash Salvador w


alaupun undi PHBN di satukan,kikiki


Link post twitter https://x.com/md_zuwairi/status/1928575587271999653

NOHHH SANUSI NAK BUAT MENATANG APA PLAK


 

MAKAN DAPAT MOTO


 

FITNAH TAK SUDAH


 

NOH... KEDAH KIOK TERUIH


 

PAS DERMA DAP LAGI


 DAP DAP DAP..

Islam terancam, Melayu terancam! ❌


Derma jihad bagi DAP ✅






TENGKU ZAFRUL SESUAI JADI MENTEEI EKONOMI