KEH.. KEH.. KEH... HIDUP MALAYU.... KITA SAKAW MASA ADA KUASA.

 


Kerajaan diakui kemudi ekonomi negara lebih baik, pembangkang puji usaha tarik ARM masuk melabur

 



Seorang penulis Pas mengakui kerajaan Madani terutamanya Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mengemudi ekonomi negara dengan lebih baik.

Dikenali sebagai Dr Tanaka Mustafa, beliau turut memuji perkongsian strategik antara Malaysia dan peneraju cip AI global, ARM Holdings Plc (ARM).



“Apa yang PMX dan team Rafizi buat adalah untuk mengemudi ekonomi negara dengan lebih baik – mengikut cara yang mereka anggap lebih baik, lebih canggih dan lebih berdaya saing.



“Mereka pun tidak gila untuk menjerumuskan negara kita kepada keruntuhan ekonomi, sebab mereka pun bukan nak memerintah satu penggal sahaja,” katanya dalam tulisan terbaharu hari ini.


Beberapa artikel sebelumnya juga telah memuji dan menyokong sebahagian cara PMX mengemudi negara dan ekonomi serta menyifatkan perancangan-perancangan Rafizi yang semakin bagus.


“Melobi ARM untuk masuk melabur dalam negara kita adalah salah satu benda yang bukan politician level kampung boleh fikir.


“Malahan PMX pun tak akan fikir sampai ke situ. Datuk Seri Rafizi jenis kepala otak engineer, dan mungkin termotivasi pula dengan minat dan impian beliau juga.



“Minat dia ini kita boleh tengok pada penganjuran program realiti “Innovathon”, yang beliau sendiri jadi juri.

“Jadi, tak hairan dia sedang plan untuk projek mega berkaitan teknologi AI dengan permulaan libatkan ARM – yang rasanya dia akan follow sampai berjaya,” jelasnya.



Untuk rekod, peluncuran kerjasama strategik dalam industri semikonduktor antara Kerajaan Malaysia dengan ARM Holdings Plc (ARM) telah dirasmikan oleh Perdana Menteri pada 5 Mac lalu.


Rafizi menegaskan kerjasama dengan syarikat semikonduktor terkemuka dunia dari United Kingdom (UK) itu perlu berfokus kepada pemindahan ekosistem semikonduktor negara ini dari OSAT ke IP, membangunkan teknologi asli, dan membolehkan Malaysia meneroka bidang kecerdasan buatan (AI), robotik, kenderaan autonomi, serta internet kebendaan (IoT).



Mengulas lanjut, Tanaka menyifatkan perancangan jangka panjang itu sebenarnya seolah-olah untuk membangkitkan Malaysia menjadi kuasa besar teknologi AI kelak.


“Negara-negara rantau Asia Tenggara ni belum jelas lagi halatuju AI, sekadar nak jadi pengguna tu memang dah berlambak.


“Hala tuju ekonomi kita pun kelak akan berorientasikan AI dan pengeluaran cip.

“Bahkan mungkin dengan penemuan bahan mentah REE dalam negara kita sendiri, kita boleh cipta teknologi cip buatan kita sendiri menggunakan bahan REE sendiri, seterusnya digunakan dalam pembangunan teknologi AI kita sendiri.



“Besar cita-cita, tetapi penuh dengan onak duri isu beras tempatan, santan mahal, dan sebagainya,” akui Tanaka lagi.






KAU FITNAH KAU DELETE...KAU INGAT KAU SELAMAT...TUNGGU PINTU DIKETUK...SEDIA DUIT YA WALAUN...

 





Lelaki ‘delete’ akaun lepas tuduh masjid di Perak tidak dibenar azan guna pembesar suara

Seorang pengguna Facebook mengundang kemarahan ramai selepas memuat naik hantaran berbaur fitnah, mendakwa sebuah masjid di Perak tidak dibenar melaungkan Azan menggunakan pembesar suara.

Pengguna menggunakan akaun Zam Rich cuba mengaitkan kerajaan MADANI kononnya telah melarang azan menggunakan pembesar suara.

“Di Masjid Air Kuning Taiping, Perak dah tak boleh azan guna pembesar suara. Sejak kerajaan madanon ni. Orang Islam dan Melayu tak nampak lagi ka. Bersatulah wahai pemimpin Melayu dan Islam”.


Demikian hantaran tular itu. Akaun Facebook individu berkenaan tidak dapat dikesan setakat ini dipercayai telah dipadam.

Untuk info, azan tidak didengari penduduk setempat adalah disebabkan pembesar suara masjid sedang rosak dan bukan berpunca daripada tekanan mana-mana pihak termasuk berunsur politik kepartian.

Ia dimaklumkan sendiri Pengerusi masjid itu, Abu Bakar Che Ros, yang menjelaskan situasi azan tidak didengari ahli kariah berpunca masalah PA sistem masjid berkenaan yang berlaku sejak beberapa hari lalu yang kini sudah pun dibaiki.


Penjelasan pihak masjid

Susulan penjelasan itu, orang ramai menggesa pihak berkuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap pemfitnah.

Mereka menuntut tindakan tegas kerana hantaran tersebut jelas mahu memburukkan kerajaan, memulakan perpecahan dan kebencian.





MCA YANG MAKIN DITOLAK MASYARAKAT CINA! NASIHAT PEDAS LOKMAN ADAM TERHAD...


Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) digesa mendedahkan jumlah sebenar kerugian didakwa dialami syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terbabit dalam urus niaga saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa, hasil pengiraan kasarnya KWSP mengalami kerugian antara RM500 juta hingga RM700 juta akibat urus niaga dan penjualan 150 juta saham MAHB. Menurutnya, ia bukan satu jumlah yang kecil kerana itu KWSP pun memberi penjelasan sewajarnya. "Macam mana boleh kata tak rugi? Jumlah plot (perbezaan harga jualan dan belian saham MAHB) ini cukup besar, daripada RM6 kepada RM11 dalam tempoh begitu singkat tidak sampai setahun.





Bagaimana Manfaatkan Teknologi AI Di Kalangan Anak Muda?

 


Menguasai AI bukan hanya memberi nilali tambah kepada anak muda tetapi semakin banyak ilmu ditimba, semakin tinggi nilai akhlak dan adab tersemat di dada mereka. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PENDAPAT, 10 Mar – Dewasa ini, penggunaan kecerdasan buatan (AI) kini semakin diminati terutama di kalangan pemain industri digital, pembuatan malah dalam kursus latihan teknologi dan vokasional (TVET).

Bagaimanapun ia mampu dimanfaatkan dengan sebaiknya dalam pembelajaran jika pelajar terdiri daripada kalangan anak muda tidak meninggalkan budaya membaca dan berfikir secara kritikal untuk menimba ilmu.

Sewaktu sesi ‘Temu Anwar’ di sebuah universiti tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan beberapa ‘petua’ agar pelajar tidak digalakkan bergantung sepenuhnya kepada AI tetapi sebaliknya menjadikan ia sebagai kekuatan baharu untuk membantu menambah ilmu yang dipelajari.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada Program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) tahun lalu. Foto Bernama

“Anda boleh bergantung (pada AI). Cuma jangan tinggalkan yang asas. Anda perlu membaca, belajar dan berfikiran kritis baru boleh memanfaatkan AI dengan sebaiknya. Kebergantungan keterlaluan kepada AI (menyebabkan) kita tak baca lagi dah (buku) dan (cari) semua jawapan di Google. Tapi di Google itu jawapannya (secara) rumusan dan ringkasan.

“Yang tidak kita lakukan adalah membaca. Membaca itu adalah apabila kita menelaah buku, lihat daripada keseluruhan pemikiran, kita tidak ambil (hanya) satu cebisan (ilmu),” katanya.

Imbangi Pengaruh AI Dengan Perubahan Persekitaran

Amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada para cendekiawan Islam sudah pasti menaikkan semangat mereka untuk terus menyumbang bakti kepada masyarakat. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut perdana menteri lagi, selain mengambil kira maklumat atau kandungan yang dikeluarkan oleh AI, konteks kepada output itu juga memainkan peranan yang penting.

Sehubungan itu, beliau berkata walaupun kandungan yang dikeluarkan oleh AI itu tepat, namun tidak bermakna konteks kepada maklumat itu juga bertepatan.

“Bukan bermakna maklumat (daripada AI itu tidak betul tetapi konteks juga kadang-kadang tidak betul. Dalam apa-apa pun, termasuk belajar al-Quran ada teks (kandungan) dan konteks, ada ayat, tafsir dan takwil. Itu daripada awal kita dilatih untuk apa yang disebut sebagai terjemahan and tafsiran,” katanya.

Kepentingan menguasai ilmu baharu amat ditekankan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berdialog dengan anak muda pada Temu Anwar di sebuah universiti tahun lalu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain itu, Anwar turut menyentuh mengenai ketaasuban sesetengah individu terhadap penggunaan peranti, yang menurut beliau hal itu bukan masalah baharu sebaliknya telah dikenal pasti sejak 1980-an dengan pengenalan komputer.

Jelasnya kebergantungan kepada peranti tidak dapat menggantikan nilai kemanusiaan dan hubungan sesama ibu, bapa, keluarga dan sahabat yang terkesan akibat ketaasuban menggunakan alat itu.

“Pemikir-pemikir masa itu (1980-an) dalam bidang pendidikan sudah beri amaran, bimbang anak muda hanya tergantung kepada peranti (gadget) dan meninggalkan budaya membaca,” katanya.

Semasa di Pulau Pinang pada Program Temu Anwar, Perdana Menteri terus mengajak semua rakyat meningkatkan pengetahuan masing-masing bagi meneruskan agenda pembangunan yang digarap menerusi kerangka EkonomI MADANI. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ini penting bagi mengimbangi pengaruh AI terhadap minda anak muda dengan cabaran perubahan persekitaran semasa yang menuntut mereka bergerak lebih pantas menimba ilmu bagi meningkatkan keboleh pasaran masing-masing dalam industri kelak.

Memanfaatkan AI bermakna anak muda berkenaan berada dalam arus perdana tanpa meminggirkan soal akhlak, adab dan sopan-santun sebagai seorang rakyat Malaysia.

Apa yang digariskan Perdana Menteri adalah untuk kebaikan anak muda itu sendiri kerana merekalah bakal mencorakkan masa depan negara apabila tiba masanya.

Amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Alumni Universiti Malaya (UM) bukan sahaja memperkasakan alma mater malah lebih penting pastinya dapat membantu kembali anak muda yang sedang menimba ilmu termasuk kecerdasan buatan (AI). Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anak muda kini mesti merebut peluang dan ruang yang dibuka seluas-luasnya tanpa mengendahkan hiruk-pikuk politik kebencian dan permusuhan yang cuba disebarkan di menara gading kerana akal dan fikiran waras serta maklumat tepat melindungi mereka dari terjerumus ke dalam kancah kebinasaan.



SPRM DIARAH SIASAT DAN GELEDAH DAN SERBU RUMAH ANNUAR MUSA

Walaun Pandai Pula Suruh Hormat Raja-raja Melayu

LIVE: HAL KEBAJIKAN DI BULAN RAMADHAN PUN NAK DI POLITIKKAN

PM Anwar Tempelak Muhyiddin ‘Bising’ Di Luar Tapi Tak Mahu Berunding

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

CYBERJAYA, 10 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim menempelak Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin yang mengkritik bahawa syarat MoU terlalu ketat dan tidak adil sedangkan dalam masa sama tidak mahu duduk berunding dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Perdana Menteri berkata, tidak ada gunanya Muhyiddin ‘bising’ di luar berhubung syarat memorandum persefahaman (MoU) peruntukan untuk pembangkang sedangkan ruang perbincangan antara pembangkang dan kerajaan sentiasa terbuka.

“Saya dahulu lima mesyuarat semasa jadi pembangkang. Mesyuarat lah dahulu, draf itu boleh dipinda.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ini hendak bising di luar sebab apa? Nak jadi hero jalanan, belajar dahulu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menjelaskan PN menolak MoU tersebut sebelum ini kerana syarat yang ditetapkan kerajaan disifatkan terlalu ketat dan tidak adil.

Ia seolah-olah perlu ‘menyerahkan segala-galanya’ kepada kerajaan hanya untuk mendapatkan sejumlah peruntukan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Tambah Anwar, pembangkang sengaja mempermainkan isu berkenaan untuk menarik perhatian dan menjadi modal politik kononnya sehingga mengatakan mereka terpaksa berhutang, sedangkan pendapatan dan elaun setiap ahli Parlimen menjangkau sehingga RM40,000 sebulan.

“Tahu berapa gaji Ahli Parlimen, elaun mesyuarat apa semua? RM30,000 hingga 40,000. Siapa dapat RM30,000 di sini? Tiada. Jadi bukanlah tiada wang sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, peruntukan setiap kawasan Parlimen termasuk yang dikuasai pembangkang tetap disalurkan kerajaan kepada rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Katanya, ahli Parlimen bertindak dan memainkan peranannya dengan memberi usul serta cadangan bagi setiap projek yang akan dijalankan.

“Katalah Tambun itu pembangkang, projek jalan. Cuma, projek itu berjalan terus kepada rakyat atau tanpa melalui cadangan ahli Parlimen, itu beza dia.

“Jadi untuk menyatakan rakyat terbeban itu tidak benar. Kedua, menyatakan ahli Parlimen jadi miskin papa kedana itu, saya tak tahu kalau RM40,000 miskin lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jadi kita dengar syarahan mereka di Parlimen seolah-seolah kami ini sampai berhutang, hutang kalau beli kereta banyak, isteri banyak, mungkin kena hutang. Kalau tidak, saya fikir tidak perlu hutang,” katanya.


PM Anwar Optimis LHDN Mampu Pungut Cukai Lebih Baik


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025.

CYBERJAYA, 10 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mampu memperoleh kutipan hasil cukai yang lebih baik jika mereka mengekalkan semua standard dan disiplin dilaksanakan ketika ini.

Perdana Menteri berkata, beliau berbangga dengan prestasi LHDN dalam tempoh beberapa tahun lalu, terutama pada tahun lalu yang berjaya mencapai kutipan cukai langsung berjumlah RM184.8 bilion, peningkatan sebanyak RM1.46 bilion berbanding tahun sebelumnya.

“Saya fikir, ia (sistem yang dilaksanakan) lebih terurus, berstruktur dan instrumen baharu yang diperkenalkan seperti e-invous akan membantu (kutipan cukai yang lebih baik),” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025.

Dalam pada itu, Anwar menempelak Pengerusi Pakatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin yang mengkritik syarat Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN yang dikatakan terlalu ketat dan tidak adil.

Perdana Menteri berkata, ruang perbincangan antara pembangkang dan kerajaan sentiasa terbuka.

“Saya dahulu lima mesyuarat semasa jadi pembangkang. Mesyuarat lah dahulu, draf itu boleh dipinda.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025.

“Ini hendak bising di luar sebab apa? Nak jadi hero jalanan, belajar dahulu,” katanya.


‘Mana cukup buat video 48 saat, datang ke Masjid Negara mohon maaf’

 



Selepas menghina dan memaki hamun agama Islam, pengguna Facebook Vijayan Savarinathan hari ini tampil memohon maaf secara terbuka.

Dia yang menetap di Australia mengakui memuat naik video yang kini tular itu dalam keadaan marah susulan sebuah rakaman melibatkan penyampai radio yang dianggapnya menghina Hindu.

“Saya minta maaf ikhlas daripada hati saya, apa yang saya buat dan saya cakap memang tidak patut.


“Sebab mereka (penyampai radio) buat video itu saya pun marah dan tidak boleh tahan sebab kita kena hina tapi itu bukan alasan untuk saya buat video begitu,” katanya.

Rakaman video berdurasi 48 saat di Facebook lelaki berkenaan, hanya dalam tempoh sembilan jam telah meraih lebih 177,000 tontonan dan dihujani lebih 2,500 komen setakat ini.

Menjengah ruangan komen, rata-rata secara sinis menggesa Vijayan supaya memohon maaf di tempat ibadat masyarakat Muslim seperti Masjid Negara.


“Datang Masjid Negara lepas solat Jumaat, buat permohonan maaf di sana secara terbuka.
Secara peribadi, saya akan maafkan kamu selepas menerima hukuman setimpal dari pihak berkuasa,” kata Lan Anuar.

“Datang masjid la minta maaf, mana boleh rekod video…,” tegas Akmal Hizzat Azizan.

“Tidak semudah itu untuk nak memaafkan, kau dah bermulut celupar mengata dan hina Islam. Lepas tu kau tuduh kami nak bunuh kau bagai, sedangkan kami tak berbuat begitu. Kau ingat mudah-mudah kami nak maafkan?” tempelak Muhamad Syamil.

Gesaan sinis supaya Vijayan memohon maaf di masjid dengan bersemuka di hadapan imam susulan Tindakan tiga penyampai radio Era bertindak memohon maaf kepada Bendahari Agung MIC merangkap Ketua Bahagian MIC Segambut, Datuk N Sivakumar di kuil Batu Caves.

Walau bagaimanapun, Sivakumar yang juga Presiden Majlis Kuil-Kuil dan Persatuan-Persatuan Agama Hindu Malaysia (Mahima) beberapa kali bertegas penyampai radio terbabit tidak boleh dimaafkan dan tindakan tetap perlu diambil.

“On human ethics ground (atas dasar kemanusiaan) kita boleh maafkan tapi mesti ada satu tindakan yang akan bagi satu mesej yang clear (jelas),” katanya dalam video yang tular dan mengundang kecaman orang ramai.

‘Plot twist’

Berhubung dakwaan kononnya penyampai radio Era mempersenda satu perayaan agama Hindu sehingga mereka dan tiga lagi staf terpaksa menempuh lebih dua jam dirakam keterangan di Bukit Aman pada 5 Mac lalu, muncul pula ‘plot twist’ yang mengejutkan.

Peguam Mahmud Jumaat mengesahkan video tular membabitkan tiga penyampai radio itu telah disunting oleh pihak tidak bertanggungjawab sehingga mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat.



Hal itu disahkan selepas menemui salah orang penyampai radio yang menjelaskan situasi sebenar selepas video yang disunting sehingga hanya memaparkan sebutan ‘vel,vel’ itu dimuat naik.

Beliau dilapor berkata, video yang disifatkannya sebagai cubaan untuk membakar sentimen perkauman dengan niat jahat itu kemudian dimanipulasi untuk mencetuskan salah faham khususnya komuniti India.

“Persoalan utama kini timbul, siapakah dalang di sebalik penyuntingan video ini? Tindakan itu dilihat sebagai cubaan untuk membakar sentimen perkauman dengan niat jahat.
“Sila rujuk kembali klip yang dimainkan oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan majoriti pempengaruh India di Tiktok.

“Sekiranya kita teliti, video tersebut telah disunting hanya setakat lima saat ketika disebut ‘vel,vel’ sahaja,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Semakan netizen mendapati tiga penyampai radio berkenaan sebenarnya ketawa disebabkan gelagat salah seorangnya, Azad Jasman meniru tarian masuk gelanggang peninju popular negara, Miki Ghazali.

Menerusi klip penuh video itu, video itu juga ada menyebut nama Miki Ghazali di ruangan kapsyen, selain daripada tarian yang serupa dengan gaya masuk gelanggang petinju tersebut ketika salah sebuah perlawanan baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Mahmud percaya sekiranya video itu ditayangkan secara penuh daripada awal, memang jelas apa yang dibuat oleh salah seorang penyampai radio itu semata-mata untuk meniru tarian Miki kerana adanya latar belakang lagu Paqueta.

“Terdapat salah faham dalam kes ini dan ada pihak cuba menganiaya, mengkhianati dan memfitnah ketiga DJ ini,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar polis menyiasat kes berkenaan bagi membongkar siapakah dalang yang telah menyunting video tular sehingga wujudnya salah faham antara kaum.

“Saya harap penjelasan ini membuktikan bahawa kita semua ditipu dan diperdaya oleh agenda jahat yang cuba memecahbelahkan kita sebagai satu keluarga yang harmoni.

“Kepada polis, daripada siasat tiga DJ ini sebaiknya siasat siapakah dalang yang menyunting video dan menghasut orang ramai terutama kaum India,” kata Mahmud lagi.



TERKINI! Syed Saddiq ‘isytihar harta’ demi Muar | Adun Bersatu lepas jaw...

TERKINI! Saifuddin ‘ugut’ pembangkang- Pas | Anwar kagum Tok Mat 'perfor...

[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin

KANTOI HABIS MB KERAJAAN PAS YANG MENIPU! BERMAIN DENGAN ISU ROYALTI MIN...

JAWATAN PERDANA MENTERI BUKAN LAGI SUATU KEMEGAHAN, TIGA DARIPADA 10 SEDANG DITIMPA KEAIBAN

 

Jawatan Perdana Menteri adalah kedudukan tertinggi dan teristimewa dalam negara ini.

Walaupun secara prinsipnya sesiapa saja boleh menjadi Perdana Menteri, tetapi kerana keistimewaan dan ketinggian martabatnya, hanya sepuluh orang saja berpeluang menduduki jawatan tersebut sejak merdeka.

Pendeknya, jawatan Perdana Menteri adalah kedudukan yang benar-benar terpilih dan penuh kemegahan.

Dengan itu, bukan setakat mereka yang menjadi Perdana Menteri saja yang berasa bangga kerana memegang jawatan itu, bahkan kaum keluarga, kenalan dan sesiapa yang dapat bekerja dengan Perdana Menteri juga sudah tentu “kembangnya” berbeza dengan orang biasa.

Penghormatan dan sanjungan masyarakat dengan mudah datang melimpah, malah orang yang sebelum ini tidak ketahuan pun boleh tiba-tiba menjelma serta merapatkan diri.

Begitulah adat dunia, di mana ada gula disitulah semut akan datang berkerumun.

Namun demikian, di sebalik kemegahan jawatan Perdana Menteri itu, tiga daripada sepuluh yang pernah memegang jawatan itu kini sedang melalui jalan pengakiran yang penuh berliku setelah mereka hilang kuasa.

Seorang sedang dipenjara, seorang yang lain sedang berdepan perbicaraan di mahkamah dan seorang lagi dalam siasatan oleh SPRM.

Sama seperti nasib seorang bekas Perdana Menteri yang sudah masuk penjara, dua lagi bekas Perdana Menteri yang sedang dibicarakan dan dalam siasatan SPRM sekarang ini juga  berkemungkinan akan masuk penjara akhirnya.

Jika perkara itu berlaku dalam waktu terdekat ini atau dalam tempoh dua tiga tahun akan datang, bermakna daripada sepuluh Perdana Menteri yang Malaysia pernah ada sejak merdeka, tiga daripadanya merasa masuk penjara apabila tidak lagi berkuasa.

Ertinya, jawatan Perdana Menteri bukan lagi sesuatu yang boleh membawa kemegahan yang berpanjangan kepada sesiapa yang berpeluang mendudukinya dan kepada mereka yang pernah mengelilinginya.

Berdasarkan trend itu, tidaklah memeranjatkan jika ada lagi bekas Perdana Menteri selepas ini, setelah mereka hilang kuasa, akan turut melalui situasi yang sama.

Walaupun seseorang itu mungkin cuba sedaya upaya untuk mengelak daripada terlibat dalam salah laku ketika berkuasa, seringkali pula kuasa itu menjadi sesuatu yang melekakan mereka, tambahan lagi bila ada kuasa sebesar Perdana Menteri.

Lantaran itu, tanpa sedar atau mungkin disebabkan pengaruh pihak lain, mereka terjebak juga akhirnya.

Ketika ada kuasa memang seronok dan mengasyikkan, tetapi ketika bala datang menimpa, semua yang ada disisi akan mula menjauhkan diri.

Yang dulu selalu menampakkan wajah atau asal berjumpa mesti cium tangan, biasanya tidak lagi kelihatan.

Salah laku itu mungkin boleh ditutup atau didiamkan jika selepas mereka tidak lagi berkuasa, parti yang sama dapat meneruskan sambungan kuasa.

Kiranya parti yang berbeza mengambil alih kuasa, risiko untuk salah laku itu dikorek adalah besar sekali, waima sekecil mana sekali pun salah laku tersebut.


Untuk itu, sesiapa juga yang berpeluang menjadi Perdana Menteri selepas ini atau kepada yang sedang berkuasa sekarang, ambillah perkara ini sebagai iktibar dan peringatan.

Tanamkan dalam fikiran dalam-dalam bahawa setakat ini,  daripada sepuluh Perdana Menteri  yang pernah memimpin negara ini, tiga daripadanya atau 30 peratus telah ditimpa keaiban setelah mereka hilang kuasa.

Barangkali tiada posisi jawatan lain di dunia ini yang menyaksikan 30 peratus bekas penjawatnya berakhir sedemikian rupa.

Tambahan lagi, selepas era kemegahan BN berakhir pada 2018, menukar parti dan menukar Perdana Menteri akan menjadi kebiasaan saja selepas ini. – ShahbudinHusin 08Mac2025.





TERANCAMKAH RAMADAN KALI INI?



Alhamdulillah hari ini 10 Ramadan, maknanya kita telah berpuasa 1/3 drp Ramadan, ada lagi 2/3 Ramadan menjelang kita berhariraya. 


Setakat hari ini ambo tidak nampak apa apa yang terancam sepanjang 10 hari Ramadan ini, samada Islam itu sendiri yang terancam atau kita sebagai umat Islam yang teramcam. Kalau ada yang dia sendiri rasa teramcam,wallahu'alam.


Setakat ini tidak ada masjid yang ditutup, tidak ada arahan melanggar syariat seperti mesti menjarakkan sof, bukan merapatkan sof, tidak ada sekatan untuk majlis iftor. 


Bazar Ramadan pun nampak ok, tidak ada yang merungut barang yang dijual tidak laku, pembeli pun tidak ramai yang merungut barang mahal, tidak ada kempen kempen jangan membeli dengan penjual yang tidak solat atau tidak tutup aurat. 


Apa yang lebih penting tidak ada sekatan atau halangan untuk orang bukan Islam sama sama merasai kemeriahan Ramadan dengan juadah berbuka yang berbagai bagai. 


Semoga semangat Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang lebih baik, kalau setakat rasa gelabah kerana ada pemimpin yang ada kaitan dengan kita disiasat SPRM kerana penemuan wang ratusan juga tu, kira ok la lagi, biasa la tu.



Enam pencapaian hebat PM Anwar yang tidak boleh dinafikan

 



Pengurus Dana Bertauliah, Datuk Dr Nazri Khan menyenaraikan enam pencapaian hebat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sepanjang mengemudi Kerajaan Persekutuan.

Nazri yang juga dikenali sebagai DDNK berpendapat kestabilan politik dan pembangunan ekonomi merupakan perkara yang berlaku sepanjang pentadbiran PMX setelah berkhidmat sejak 24 November 2022.

Menerusi TikTok, beliau menyenaraikan enam perkara hebat yang Perdana Menteri Anwar lakukan di negara ini:


1) Menstabilkan politik Malaysia sejak dua tahun setengah. Ini pencapaian paling hebat untuk membawa keyakinan kepada pelabur.

2) Pertumbuhan ekonomi tertinggi sejak 2017. Tahun 2023 pertumbuhan ekonomi 5.1 peratus.

3) Pelaksanaan gaji minimum naik dari RM1,500 kepada RM1,700. Beri manfaat kepada 4 juta pekerja. Purata pendapatan pada 2024 adalah RM3,700 merupakan tertinggi sejak 10 tahun lepas.

4) Rekod pelaburan asing meningkat terutama dalam semikonduktor dengan kebanyakan FDI dari China dan Amerika Syarikat (AS).

5) Menstabilkan ringgit mencecah paras paling kuat hingga 4.1 pada September tahun lalu. Sebelum ini, ringgit paling lemah 4.8.

6) Tumpuan kepada ekonomi digital dan pembangunan Kecerdasan Buatan (AI). Antaranya, pelaburan bernilai RM20 bilion oleh konglomerat Malaysia, YTL di Johor. Google pula melabur membina pusat data (DC) di Elmina Business Park (EBP) manakala Microsoft melabur sebanyak RM10 bilion termasuk membina infrastruktur digital dan mewujudkan peluang kemahiran AI.