PM Anwar Optimis LHDN Mampu Pungut Cukai Lebih Baik


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025.

CYBERJAYA, 10 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim optimis inisiatif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mampu memperoleh kutipan hasil cukai yang lebih baik jika mereka mengekalkan semua standard dan disiplin dilaksanakan ketika ini.

Perdana Menteri berkata, beliau berbangga dengan prestasi LHDN dalam tempoh beberapa tahun lalu, terutama pada tahun lalu yang berjaya mencapai kutipan cukai langsung berjumlah RM184.8 bilion, peningkatan sebanyak RM1.46 bilion berbanding tahun sebelumnya.

“Saya fikir, ia (sistem yang dilaksanakan) lebih terurus, berstruktur dan instrumen baharu yang diperkenalkan seperti e-invous akan membantu (kutipan cukai yang lebih baik),” katanya selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di sini, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025.

Dalam pada itu, Anwar menempelak Pengerusi Pakatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin yang mengkritik syarat Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen PN yang dikatakan terlalu ketat dan tidak adil.

Perdana Menteri berkata, ruang perbincangan antara pembangkang dan kerajaan sentiasa terbuka.

“Saya dahulu lima mesyuarat semasa jadi pembangkang. Mesyuarat lah dahulu, draf itu boleh dipinda.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Hasil Ke-29 di Menara Hasil di Cyberjaya pada 10 Mac 2025.

“Ini hendak bising di luar sebab apa? Nak jadi hero jalanan, belajar dahulu,” katanya.


No comments: