SUMBER LAIN TAK DAK KA NAK PERBAIK PAIP AYIAQ- MASA MANA KETUM BOLEH LULUS PULAK..DOK KENA CEKUP KEMAIN LAGU MANA MB KEDAH NI NAK EKSPORT PULAK....KAH..KAH

 

Kertas cadangan mohon eksport daun ketum siap, kata MB Kedah

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor berkata langkah mengeksport daun
 ketum bertujuan mengekang kegiatan penyeludupan bahan itu.
 (Gambar bernama)

ALOR SETAR: Kertas cadangan berkaitan permohonan mengeksport daun ketum secara sah ke Thailand bagi tujuan perubatan oleh Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah telah siap dan akan diperhalusi dalam masa terdekat.

Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, berkata kertas cadangan itu akan dibawa dalam majlis mesyuarat kerajaan negeri yang kemungkinan pada minggu hadapan, untuk dibentangkan sebelum ia dihantar kepada kerajaan persekutuan.

“BPEN maklum kertas cadangan itu sudah disiapkan tetapi saya sendiri masih belum lihat lagi. Mungkin minggu hadapan ia akan dibawa masuk dalam mesyuarat untuk dibincangkan sebelum permohonan berkenaan dapat dihantar.

“Kita mohon sahaja, kerajaan persekutuan akan pertimbangkan kebenaran untuk eksport dengan dalil yang ada dalam kertas cadangan itu dan kalau kerajaan persekutuan kata ‘tidak sama sekali’, memang ‘tidak sama sekalilah’. Tiada jalan juga, jadi kita kena tunggu sahaja,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai perkembangan terkini berhubung kertas cadangan dibuat oleh BPEN untuk mengeksport daun ketum ke negara luar yang akan dihantar kepada kerajaan persekutuan.

Pada Mac lalu, Sanusi mencadangkan kerajaan persekutuan supaya dapat membenarkan kegiatan mengeksport daun ketum ke luar negara, terutamanya ke Thailand bagi tujuan perubatan sebagai langkah mengekang kegiatan penyeludupan ketum.

Beliau berkata, apabila cadangan mengeksport daun ketum itu dibangkitkan, ia bukan bermakna beliau mahu menyuruh rakyat di negeri ini menanam ketum dengan lebih banyak, sebaliknya hanya mahu menyelesaikan isu penyeludupan.

“Ketum ini memang sudah sedia ada dan jumlahnya pun sedia banyak. Apabila bercakap mengenai mahu eksport ketum ini, bukan bermaksud saya suruh rakyat Kedah teroka tanah baharu dan tanam pokok itu, kita cuma mahu selesaikan isu penyeludupan sahaja.

“Terdapat juga dakwaan berlaku penanaman ketum secara besar-besaran di kawasan tertentu tetapi ia bukan perkara baharu. Memang tidak salah hendak tanam ketum tetapi ia jadi kesalahan bila petik ketum itu, jadi nasihat saya kepada rakyat Kedah tidak perlulah tanam sebab sudah banyak,” katanya.


TUUD IA AIHHH...NAK BUKA KEDAI EMAS PULAK DAH...SIMPAN EMAS BANYAK BANYAK DUIT RASUAH.

 

Barang kemas jutaan ringgit ‘tidak normal’ untuk individu, kata saksi



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Saksi ke 21, yang juga Pengurus Syarikat Poh Kong Holding Berhad, Siow Der Ming hadir di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah, di sini diberitahu nilai keseluruhan barang kemas termasuk jam tangan dan tiga pen berjenama yang dirampas berkaitan kes rasuah membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) adalah berjumlah kira-kira RM5.13 juta.

Jumlah dan nilai berkenaan adalah membabitkan 346 barang kemas yang bernilai RM2.74 juta, 86 utas jam tangan yang bernilai RM2.39 juta serta tiga pen berjenama Mont Blanc yang bernilai RM5,500.

Saksi ke-21 perbicaraan kes itu, Siow Der Ming yang juga pengurus syarikat Poh Kong Holding Berhad berkata, adalah “tidak normal” bagi seseorang individu memiliki jumlah barang kemas yang banyak dan bernilai jutaan ringgit seperti itu.

Siow juga mengesahkan kepada mahkamah penilaian semua barang kemas itu dibuat pada Dis 2016 berdasarkan 25 tahun pengalamannya dalam perniagaan jual beli barang kemas.

“Agak tidak normal, mengikut pengalaman saya, tapi bukan mustahil untuk seseorang memiliki barangan sebanyak itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat mengenai pemilikan kesemua barang kemas berkenaan.

“Kalau bukan seorang ‘watch collector’, bilangan 50 utas (jam tangan mewah) untuk seseorang individu agak luar biasa,” katanya.

Siow yang pernah menjadi presiden Persatuan Perniagaan Emas Malaysia dari 2014 hingga 2018 turut mengesahkan daripada 86 utas jam tangan yang dirampas, 70% adalah bertaraf mewah namun semuanya adalah tulen.

Beliau turut mengesahkan kepada mahkamah bahawa kesemua barang kemas yang dirampas kecuali aksesori juga adalah tulen.

Sementara itu, saksi ke-22 Khalid Abdul Marlik Hakim memberitahu mahkamah, akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliki tertuduh kedua yang juga isteri kepada bekas pengarah JANS, Fauziah Piut telah dibekukan atas arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Untuk makluman, status akaun Fauziah Piut kini telah dibekukan daripada membuat apa apa urusan atas arahan SPRM.

“Baki pelaburan di dalam akaun ASB 155852927 semasa akaun disita atau dibeku oleh pihak SPRM adalah sebanyak RM680,793.41,” katanya menerusi kenyataan saksi.

Khalid yang sebelum ini merupakan bekas eksekutif kanan Jabatan Organisasi dan Kaedah, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) turut mengesahkan dokumen asal cetakan komputer laporan urus niaga ASN atas nama Fauziah yang ditunjukkan kepada mahkamah.

Selain Fauziah, dua lagi tertuduh ialah suaminya yang juga bekas pengarah JANS Awang Mohd Tahir Mohd Talib sebagai tertuduh pertama dan bekas timbalannya, Lim Lam Beng sebagai tertuduh ketiga.

Pada 29 Dis 2016, ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM61.57 juta.

Semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (a) dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Perbicaraan di hadapan hakim Abu Bakar Manat bersambung esok.


TUUUU DIAAAA...ROH ALTANTUNYA TAK TENTERAM SELAGI PEMBUNUHNYA TIDAK DIHUKUM

 

Altantuya minta polis siasat Razak Baginda jika ‘sesuatu’ berlaku kepadanya, mahkamah diberitahu




facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Altantuya Shaariibuu memberitahu polis dia datang ke Kuala Lumpur
 untuk mendapatkan wang yang dijanjikan Abdul Razak Baginda
 kepadanya.

SHAH ALAM: Warga Mongolia yang dibunuh, Altantuya Shaariibuu menyatakan dalam laporan polisnya supaya menyiasat Abdul Razak Baginda sekiranya berlaku apa-apa ke atasnya, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Pegawai Penyiasat Tonny Lunggan berkata, ia adalah salah satu sebab mengapa penganalisis politik itu ditahan pada 7 Nov 2006.

Dia memberi keterangan dalam saman kecuaian yang difailkan terhadap Razak, kerajaan dan dua anggota polis oleh keluarga Altantuya.

Dalam prosiding sebelum ini, Koperal Nurwazlihawa Ibrahim berkata, beliau menerima laporan daripada Altantuya di Balai Polis Tun HS Lee di Jalan Bandar, tengah hari 19 Okt 2006.

Laporan dua muka surat itu berkata, Altantuya telah datang ke Kuala Lumpur untuk berjumpa Razak dan mendapatkan wang yang dijanjikan kepadanya dan akan kembali ke Mongolia selepas itu.

Dia berkata, Razak telah mengancam nyawa dan memeras ugutnya melalui beberapa “surat bodoh”.

Tonny Lunggan.

Tonny hari ini memberitahu mahkamah bahawa polis tidak dapat merekodkan kenyataan Altantunya kerana dia telah hilang selepas itu dan kemudian dilaporkan meninggal dunia.

“Laporan perlu disiasat kerana dia hilang selepas itu. Lebih-lebih lagi apabila sepupu Altantuya, Namiraa Gerelmma, turut mengaitkan Razak dalam laporan polisnya,” kata saksi ke-26 itu dalam kenyataan saksinya.

Beliau berkata, polis menahan Razak pada 7 Nov dan penganalisis politik itu membuat laporan polis pada 23 Okt bahawa Altanyuya membuat kekecohan di luar rumahnya di Bukit Damansara di Kuala Lumpur pada 17 Okt.

Tonny berkata, Razak juga menyatakan dalam laporan itu bahawa pada 20 Okt, seorang lelaki dan dua wanita warga asing berada di luar rumahnya dan membuat kecoh.

“Razak, dalam kenyataannya yang dirakamkan pada 30 Okt juga mendedahkan bahawa dia telah memaklumkan kepada Azilah (Hadri) mengenai kekecohan yang berlaku pada 17 Okt lalu,” kata Tonny.

Beliau berkata, siasatan kemudian mendedahkan Azilah dan Sirul Azahar Umar tidak pernah mengenali Altantuya.

“Adalah jelas bahawa Razak terpaksa ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya dalam perbicaraan kes saman kecuaian yang difailkan bapa Altantuya, Setev, isterinya Altantsetseg Sanjaa dan anak Altantuya, Mungunshagai Bayarjargal.

Kepada soalan Sanget Kaur Deo, yang mewakili keluarga itu, Tonny berkata, beliau tidak tahu mengapa Razak membuat laporan pada 23 Okt sedangkan Altantuya pergi ke rumahnya pada 17 Okt.

Plaintif menamakan Razak, kerajaan serta bekas pegawai polis, Sirul dan Azilah sebagai defendan dalam saman itu.

Keluarga itu mendakwa wujud konspirasi dalam pembunuhan Altantuya dan menuntut ganti rugi RM100 juta, termasuk tuntutan tanggungan.

Altantuya dibunuh antara 10 malam pada 19 Okt 2006 dan 11 pagi keesokan harinya di hutan Puncak Alam, Selangor. Dia ditembak di kepala sebelum badannya diletupkan dengan bahan letupan.

Razak, yang merupakan pembantu kepada timbalan perdana menteri ketika itu, Najib Razak, didakwa bersubahat dengan Azilah dan Sirul, tetapi dia kemudian dibebaskan tanpa pembelaannya dipanggil.

Sirul dan Azilah, yang merupakan anggota polis daripada Unit Tindakan Khas telah disabitkan kesalahan pada 2009 oleh Mahkamah Tinggi kerana membunuh Altantuya.

Mereka berjaya membatalkan sabitan di Mahkamah Rayuan pada 2013, tetapi Mahkamah Persekutuan pada 2015 menukar sabitan dan menjatuhkan hukuman mati. Sirul melarikan diri ke Australia sebelum keputusan dibuat.

Sirul, yang ditahan di pusat tahanan Australia, mahupun Azilah, yang dihukum mati di Penjara Kajang, tidak mencabar saman itu.

Perbicaraan di hadapan hakim Vazeer Alam Mydin Meera bersambung.

KEH..KEH..KEH....AUTA PAK LEBAI PADA WALAUN : DULU PAS KATA HARAM PUSAT HIBURAN, SEKARANG HADKAN WAKTU OPERASI


BENAR-BENAR BESARKAH JIWA ZAHID HAMIDI?

 

Antara intipati ucapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi ketika Perhimpunan Agung Khas Ahad lalu ialah memberi ingatan kepada pemimpin-pemimpin yang telah lama menjadi wakil rakyat agar sedia untuk digugurkan dalam PRU15 akan datang.

Katanya, mereka yang telah menjadi wakil rakyat selama empat atau lima haruslah bersedia dan berlapang dada untuk digantikan dengan pemimpin yang baru.

Mengambil kira kemenangan cemerlang BN di PRN Melaka dan Johor, memang tidak dinafikan bahawa antara penyumbang kepada kejayaan dalam kedua-dua PRN itu adalah kerana keberanian UMNO menampilkan ramai muka-muka baru sebagai calon.

Iltizam Zahid Hamidi untuk berbuat demikian memanglah sesuatu yang harus disanjung dan menunjukkan jiwa besar beliau sebagai Presiden UMNO.

Ini kerana jika kita lihat dalam UMNO sekarang, masih ramai pemimpin yang sudah lama menjadi wakil rakyat atau Ahli Parlimen, tetapi tidak pernah menunjukkan keinginan untuk berundur diri.

Setakat ini, hanya Nazri Aziz yang telah menjadi wakil rakyat sejak 1995 (di Chenderoh, Lenggong dan Padang Rengas) telah mengumumkan tidak mahu bertanding lagi pada PRU15 akan datang.

Tetapi, bagaimana dengan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain?

Zahid Hamidi sendiri telah menjadi Ahli Parlimen Bagan Datuk sejak tahun 1995, seiring dengan Nazri yang telah mengumumkan akan bersara itu.

Pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO yang sudah lama menjadi Ahli Parlimen antaranya ialah Tengku Razaleigh Hamzah (sejak 1974), Najib Razak (sejak 1976), Annuar Musa sejak 1995 tapi menjadi menteri sejak 1990 atas tiket Senator), Shahidan Kassim (sejak 1986 hingga 1995, kemudian jadi Adun dan Menteri Besar Perlis antara 1995 hingga 2013, seterusnya dari 2013 hingga sekarang kembali semula sebagai Ahli Parlimen Arau), Tajuddin Abdul Rahman (sejak 2008) serta Tengku Adnan Tengku Mansor yang menjadi Ahli Parlimen Putrajaya sejak 2004.

Adakah Zahid Hamidi sedia menggugurkan mereka itu?

Sediakah juga pemimpin lama yang patut diundurkan itu menamakan pengganti mereka di kawasan Parlimen masing-masing?

Lebih daripada itu, adakah Zahid Hamidi juga sedia berjiwa besar menggugurkan dirinya sendiri dengan turut memilih tidak bertanding lagi serta menamakan calon baru bagi menggantikan tempatnya?

Andai itu berani dilakukan dan Zahid Hamidi mengotakan apa yang dikatanya, memang tidak dinafikan UMNO akan berada di laluan yang betul untuk menuju kemenangan dalam PRU15 akan datang.

Sebahagian besar kunci kemenangan BN ada di tangan beliau selaku Presiden UMNO.

Benar-benar besarkah jiwa Zahid Hamidi? – ShahbudinHusin 18/05/2022.



SETIAP KALI KALAH PRU, KITA BANGKIT MENANG BERGAYA

JOM KITA TEBANG BALAK LAGI- REGA KAYANGAN DI US DAN UK- BIJAK MENTERI INI BAGI GALAKAN

 

Pengeluar produk kayu digesa rebut peluang kekurangan bekalan di AS,UK




FMT Reporters
 -
facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin berkata permintaan untuk kayu meranti meningkat sebanyak 9% berbanding tahun lalu, manakala permintaan untuk kayu keruing meningkat sebanyak 467% dari AS.

PETALING JAYA: Pengeluar produk kayu negara ini digesa merebut peluang susulan sekatan ke atas produk kayu Rusia yang memaksa pengimport dari Amerika Syarikat mencari sumber alternatif terutama untuk papan lapis, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata, pertikaian perdagangan yang berterusan antara AS dan China juga telah meletakkan Malaysia dan Indonesia sebagai satu-satunya pilihan sumber kayu untuk ekonomi terbesar dunia ini.

Namun, katanya, ketika ini kilang papan lapis Malaysia masih belum dapat memenuhi permintaan dari AS.

Namun, katanya, ketika ini kilang papan lapis Malaysia masih belum dapat memenuhi permintaan dari AS.

“Tidak ramai yang tahu sebenarnya pasaran untuk kayu Malaysia di AS, khususnya bagi kayu meranti dan keruing adalah agak tinggi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, permintaan untuk kayu meranti meningkat sebanyak 9% berbanding tahun lalu, manakala permintaan untuk kayu keruing meningkat sebanyak 467% dari AS.

Bagaimanapun, Zuraida berkata eksport produk kayu dari Malaysia kini agak perlahan kerana kekurangan balak dari hutan semula jadi dan ini menyebabkan kilang papan sukar memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Selain itu, antara cabaran yang dihadapi oleh pengeksport kayu-kayan ialah kesesakan di pelabuhan disebabkan kekurangan kontena, ruang dalam kapal dan kekangan logistik yang lain, katanya.

“Namun, ‘transshipment’ telah dikenal pasti sebagai salah satu solusi untuk jangka masa sederhana. Dalam hal ini, Persatuan Produk Kayu Antarabangsa (IWPA) yang berpangkalan di AS telah menyatakan hasratnya untuk berbincang dengan ketua-ketua industri kayu-kayan Malaysia tentang cara bagi menangani isu yang dihadapi oleh sektor ini.

“Ini akan melibatkan langkah-langkah untuk melindungi Malaysia daripada menjadi sasaran persatuan kayu-kayan domestik dan pihak berkuasa AS atas isu pengelakan perdagangan, satu rangka kerjasama juga sedang dibangunkan antara pegawai AS dan pihak berkuasa Malaysia seperti Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dan Jabatan Kastam,” katanya.

Dalam pada itu, Zuraida berkata Malaysia juga sedia bekerjasama rapat dengan UK untuk mengatasi kekurangan produk kayu negara itu.

“Walaupun menghadapi gangguan yang agak ketara dalam pasaran produk kayu, jumlah import UK meningkat sebanyak 15% dalam 2021, kenaikan terbesar sejak 2008.

“Mulai 1 Januari tahun ini, terdapat perubahan dalam peraturan kastam UK kerana ia akan meninggalkan rangka kerja Kastam Kesatuan Eropah dan Pasaran Tunggal.

“Justeru, industri perkayuan negara kita bakal mendapat manfaat daripada banyak produk bebas cukai dan ia juga mengurangkan keperluan untuk menuntut kadar duti khas,” katanya.


MALAYSIA TERKENAL NEGARA PALING BERBAHAYA UNTUK MEMANDU KERANA JALANRAYANYA...

 


Terkini! Malaysia tersenarai antara negara yang mempunyai jalan raya paling berbahaya untuk memandu


Sebuah firma pendidikan pemanduan antarabangsa, Zutobi, telah mengeluarkan sejumlah data ‘Jalan Raya Paling Selamat & Berbahaya Di Dunia’. Malaysia berada dalam senarai sepuluh negara paling corot dengan markah keseluruhan sebanyak 5.63 daripada 10.

Berdasarkan data yang dikongsikan, Malaysia juga merekodkan skor 22.5 kematian lalu lintas bagi setiap 100,000 penduduknya, kedua tertinggi selepas Thailand dengan skor 32.3.

SUMBER GAMBAR: ZUTO


Pada masa sama, Malaysia juga merekodkan sebagai negara mempunyai jumlah kematian jalan raya yang paling rendah berkaitan alkohol, hanya 0.1%, walaupun antara negara yang mempunyai had BAC undang-undang yang paling longgar, pada 0.08%, untuk setiap pemandu bukan muslim di negara ini.

BAC  bermaksud kepekatan alkohol darah (blood alcohol concentration), merujuk kepada peratusan alkohol dalam aliran darah seseorang. Di Malaysia, seseorang itu disahkan mabuk jika mereka mempunyai kadar BAC 0.08% atau lebih tinggi.

Daripada 10 negara paling berbahaya di dunia untuk memandu, negara lain yang mengiringi Malaysia ialah Thailand, India, Argentina dan Amerika Syarikat.

Hasil data Zutobi mengesahkan Afrika Selatan merupakan negara paling adalah yang paling berbahaya untuk memandu di dunia dengan kadar skor penuh sebanyak 3.41 sahaja.

KESIAN KAT DIA...AWAT HANGPA TOLAK..DIA PEGANG DUIT TU...KAH....

 

PRU15: Umno Kuala Selangor tolak program Tengku Zafrul


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Pada Januari, Tengku Zafrul Abdul Aziz memberitahu bahawa beliau
 ‘tiada masa untuk berfikir sama ada bakal bertanding pada PRU15 atau
 tidak’, di sebalik spekulasi mengaitkannya dengan Parlimen Lembah
 Pantai dan Kuala Pilah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Umno Kuala Selangor menolak program membabitkan Tengku Zafrul Abdul Aziz susulan desas-desus bahawa menteri kewangan itu mengintai untuk bertanding di kerusi Parlimen berkenaan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Ketuanya, Jahaya Ibrahim, mengeluarkan notis berkenaan menerusi WhatsApp selepas menerima aduan daripada ketua-ketua cawangannya.

Menurut beliau, satu “gerakan” didalangi “anasir luar” sedang meraih sokongan ahli Umno tempatan untuk tujuan itu, sekali gus boleh memecahkan Umno Kuala Selangor.

Setakat ini belum ada maklumat mengenai keahlian Tengku Zafrul dalam mana-mana parti, namun Jahaya memaklumkan desas-desus mendakwa gerakan itu ingin Tengku Zafrul bertanding sebagai calon Umno.

“Dia orang Umno ke kalau hendak bertanding atas tiket Umno? Kita pun tak tahu dia orang Umno atau tak. Dia lahir dari ‘perut’ Muhyiddin Yassin yang melantiknya menteri kewangan…bukan dilantik orang Umno,” katanya kepada FMT.

Tengku Zafrul yang berstatus senator dilantik sebagai menteri kewangan ketika pentadbiran Muhyiddin Yassin. Beliau dikekalkan dalam Jemaah Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Pada PRU14, Parlimen Kuala Selangor menyaksikan pertembungan antara Umno, Amanah, dan PAS. Calon Amanah, Dzulkefly Ahmad yang bertanding atas tiket PKR, menang dengan majoriti lebih 8,000 undi.

Di peringkat DUN, calon PH menang di semua tiga kerusi menewaskan calon Umno, MIC, dan PAS dengan kelebihan antara lebih 1,000 hingga lebih 2,000 undi.

“Kalau dia (Tengku Zafrul) nak bertanding atas tiket Umno, esok kita bimbang dia melompat juga ke Bersatu akhirnya,” kata Jahaya.

Semakan di media sosial mendapati beliau memuat naik gambar beberapa program di Kuala Selangor, termasuk membabitkan belia dalam satu program menonton Piala FA di Puncak Alam, baru-baru ini.

Tengku Zafrul dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar, turut menghadiri majlis makan malam dengan NGO Cina dan India di Kuala Selangor.

Noh merupakan Ketua Umno Selangor dan ahli Majlis Kerja Tertinggi parti.

Sehingga kini, tiada sebarang layanan diberikan oleh pihak Tengku Zafrul terhadap khabar angin itu.

Pada Januari, Tengku Zafrul memberitahu Sinar Harian bahawa beliau “tiada masa untuk berfikir sama ada bakal bertanding PRU15 atau tidak”, di sebalik spekulasi mengaitkannya dengan Parlimen Lembah Pantai dan Kuala Pilah.

(function() { var d = document, w = window; w

MENTERI KERAJAAN PERPADUAN TERLALU PERFORM

Suara rakyat untuk kerjaaan perpaduan. Sukar untuk dilihat pada kerajaan sebelum ini. Rakyat berharap agar pemimpin yang ada masa ini dapat ...