TUUD IA AIHHH...NAK BUKA KEDAI EMAS PULAK DAH...SIMPAN EMAS BANYAK BANYAK DUIT RASUAH.

 

Barang kemas jutaan ringgit ‘tidak normal’ untuk individu, kata saksi



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 
Saksi ke 21, yang juga Pengurus Syarikat Poh Kong Holding Berhad, Siow Der Ming hadir di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, hari ini.

KOTA KINABALU: Mahkamah Khas Rasuah, di sini diberitahu nilai keseluruhan barang kemas termasuk jam tangan dan tiga pen berjenama yang dirampas berkaitan kes rasuah membabitkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) adalah berjumlah kira-kira RM5.13 juta.

Jumlah dan nilai berkenaan adalah membabitkan 346 barang kemas yang bernilai RM2.74 juta, 86 utas jam tangan yang bernilai RM2.39 juta serta tiga pen berjenama Mont Blanc yang bernilai RM5,500.

Saksi ke-21 perbicaraan kes itu, Siow Der Ming yang juga pengurus syarikat Poh Kong Holding Berhad berkata, adalah “tidak normal” bagi seseorang individu memiliki jumlah barang kemas yang banyak dan bernilai jutaan ringgit seperti itu.

Siow juga mengesahkan kepada mahkamah penilaian semua barang kemas itu dibuat pada Dis 2016 berdasarkan 25 tahun pengalamannya dalam perniagaan jual beli barang kemas.

“Agak tidak normal, mengikut pengalaman saya, tapi bukan mustahil untuk seseorang memiliki barangan sebanyak itu,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mahadi Abdul Jumaat mengenai pemilikan kesemua barang kemas berkenaan.

“Kalau bukan seorang ‘watch collector’, bilangan 50 utas (jam tangan mewah) untuk seseorang individu agak luar biasa,” katanya.

Siow yang pernah menjadi presiden Persatuan Perniagaan Emas Malaysia dari 2014 hingga 2018 turut mengesahkan daripada 86 utas jam tangan yang dirampas, 70% adalah bertaraf mewah namun semuanya adalah tulen.

Beliau turut mengesahkan kepada mahkamah bahawa kesemua barang kemas yang dirampas kecuali aksesori juga adalah tulen.

Sementara itu, saksi ke-22 Khalid Abdul Marlik Hakim memberitahu mahkamah, akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) miliki tertuduh kedua yang juga isteri kepada bekas pengarah JANS, Fauziah Piut telah dibekukan atas arahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Untuk makluman, status akaun Fauziah Piut kini telah dibekukan daripada membuat apa apa urusan atas arahan SPRM.

“Baki pelaburan di dalam akaun ASB 155852927 semasa akaun disita atau dibeku oleh pihak SPRM adalah sebanyak RM680,793.41,” katanya menerusi kenyataan saksi.

Khalid yang sebelum ini merupakan bekas eksekutif kanan Jabatan Organisasi dan Kaedah, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) turut mengesahkan dokumen asal cetakan komputer laporan urus niaga ASN atas nama Fauziah yang ditunjukkan kepada mahkamah.

Selain Fauziah, dua lagi tertuduh ialah suaminya yang juga bekas pengarah JANS Awang Mohd Tahir Mohd Talib sebagai tertuduh pertama dan bekas timbalannya, Lim Lam Beng sebagai tertuduh ketiga.

Pada 29 Dis 2016, ketiga-tiga mereka mengaku tidak bersalah terhadap 37 pertuduhan pengubahan wang haram bernilai RM61.57 juta.

Semua pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 4 (1) (a) dan Seksyen 4 (1) (b) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Perbicaraan di hadapan hakim Abu Bakar Manat bersambung esok.


No comments: