KEH...KEH...KEH....MACAM INI PUN BOLEH DILANTIK DUTA

 


Lantikan Tajuddin adalah ‘musibah, memalukan’, kata bekas diplomat



facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Noor Farida Mohd Ariffin daripada G25 berkata cara Tajuddin Abdul Rahman menangani perlanggaran melibatkan dua tren LRT tahun lalu mencerminkan kredibiliti Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

PETALING JAYA: Seorang bekas diplomat menyifatkan pelantikan Tajuddin Abdul Rahman sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia ibarat “musibah”, susulan ahli Parlimen Pasir Salak itu dibayangi kontroversi dalam isu perlanggaran melibatkan dua tren LRT tahun lalu.

Noor Farida Mohd Ariffin daripada G25 berkata, penerangan Tajuddin mengenai perlanggaran itu, yang menyebabkan 47 penumpang cedera parah, kerana dua “tren bercium antara satu sama lain” mencerminkan kredibiliti yang ada padanya.

“Ia amat mengecewakan pegawai diplomatik, peluang kerjaya kami untuk dinaikkan ke jawatan duta telah dilucutkan,” katanya kepada FMT.

Noor Farida berkata, kurang bijak apabila kerajaan melantik seseorang seperti Tajuddin yang “sangat kurang berkaliber dan kemahiran diplomatik” untuk jawatan itu, lebih-lebih lagi Indonesia adalah negara penting kepada Malaysia dan mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik dengan Putrajaya.

Terdahulu, Tajuddin mengesahkan beliau akan menjadi duta baharu ke Indonesia. Jawatan itu kosong sejak Zainal Abidin Bakar, bersara pada 4 April 2021.

Ahli Parlimen kontroversi itu disingkirkan daripada jawatannya sebagai pengerusi Prasarana Mei lalu, hanya beberapa hari selepas sidang medianya yang mendapat kritikan ramai berikutan perlanggaran membabitkan dua tren LRT.

Sementara itu, Fahmi Fadzil daripada PKR berkata, walaupun pelantikan Tajuddin bukan satu kejutan, ia masih mengejutkan memandangkan cara beliau mengawal penampilan diri pada masa lalu.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, pelantikan bekas timbalan menteri itu akan membawa kepada spekulasi mengenai susun atur atau persefahaman yang wujud antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Tajuddin.

Ini kerana ia melibatkan “jawatan yang sangat senior”.

“Adalah sukar untuk mengelak spekulasi seperti ini daripada orang ramai,” katanya ketika dihubungi.

Fahmi berkata, kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini, sebahagian besarnya, mengelak daripada meletakkan ahli politik ke jawatan diplomat.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru daripada PKR, Sim Tze Tzin menggesa perdana menteri menjelaskan pelantikan Tajuddin, sambil menambah terdapat ramai diplomat berpengalaman lebih layak untuk jawatan itu.

“Rakyat telah melihat prestasi Tajuddin di Parlimen dan cara dia mengendalikan krisis LRT. Adakah dia pilihan tepat untuk jawatan penting itu?” soalnya.

Seorang lagi bekas diplomat, Dennis Ignatius, berkata pelantikan Tajuddin ke jawatan penting itu disifatkan sebagai “memalukan”.

“Macam tiada orang lain.”

Ignatius, seorang veteran yang berkhidmat di luar negara selama 36 tahun bagaimanapun tidak terkejut dengan pelantikan itu.

“Hubungan politik kini lebih penting daripada integriti, kehormatan dan profesionalisme.” katanya.


No comments: