Pendakwah Ebit Lew sedia bas percuma bawa pelajar pulang ke kampung

 

Pendakwah Ebit Lew sedia bas percuma bawa pelajar pulang ke kampung

ANWAR : HARGAILAH PETUGAS BARISAN HADAPAN DAN BERSAMALAH KITA BERTANGGUNGJAWAB

 

Saya amat mengalu-alukan kenyataan oleh Akademi Perubatan Malaysia (AMM) yang mengingatkan kita semua akan tanggungjawab bersama dalam memutus rantaian penyebaran wabak COVID-19.

Petugas barisan hadapan telah bekerja tanpa lelah sejak awal tahun ini dalam melindungi kita semua dan membendung penguncupan ekonomi. Janganlah kita tambahkan beban mereka dengan sikap alpa dan tidak bertanggungjawab. Kita juga harus memainkan peranan aktif penuh disiplin dalam mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memakai pelitup muka, mencuci tangan dan mengamalkan pembatasan fizikal.
Tidak ada yang harus dikecualikan dalam mematuhi SOP yang ditetapkan. Saya mendesak pihak berwajib untuk memastikan pelaksanaan dan penguatkuasaan yang ketat tanpa pengecualian atau diskriminasi.
-
I strongly welcome the statement by the Academy of Medicine of Malaysia (AMM) that serves to remind us of our collective responsibilities in halting the spread of Covid-19.
Our frontliners have been working tirelessly since the beginning of the year to protect our lives and limit the damage to our economy. Let us not disappoint them by being irresponsible. We must do our part by wearing a mask, washing our hands and practicing physical distancing.
No one should be exempt from adhering to the SOPs. I urge the authorities to ensure strict implementation and enforcement without exemption or discrimination.
ANWAR IBRAHIM




Image may contain: text










[LIVE] MAJLIS MAKAN MALAM SUKARELAWAN BINA NEGARA 2020

HARAP BERTENANG SEMUA- ESOK JUMPA DI DESARU

 Image may contain: 1 person, standing, text that says "5:53 4G astroawani.com TERKINI ENGLISH MALAYSIA PRN SABAH "Bertenang jangkitan COVID- 19 terkawal" Perdana Menteri Harits Asyraf Hasnan Oktober 3,2020 15:28 MYT Muhyiddin yakin pasukan barisan hadapan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dan pasukan keselamatan mempunyai kapasiti dan kepakaran untuk menangani situasi ini dengan baik. Gambar fail KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta seluruh rakyat Malaysia supaya bertenang dalam menghadapi penularan COVID-19 pada masa ini."

KAH....ABAH NAK DENGAR KAH SUARA UMNO?

 

Kalau Perdana Menteri menghormati suara UMNO yang ada kerusi Parlimen terbanyak dalam kerajaan PN, tentu beliau tiada masalah menimbang desakan Zahid Hamidi....

Namun adakah suara Umo akan didengari sedangkan selama ini Umno diketepikan , malah kalau dilihat akan peristiwa lantikan MB di Perak dan apa yang berlaku di Sabah juga , ianya bermakna suara Umno hanya di pinggiran..kesiahan umno..



Image may contain: 1 person, text that says "malaysiakini news and views that matter BERITA malaysiakini com Umno gesa lanjutan moratorium automatik hingga Disember Diterbitkan 46 minit lepas Dikemaskini 45 minit lepas"

PANAS! LOKMAN ADAM DEDAH 18 NAMA MP UMNO SOKONG ANWAR IBRAHIM

Pembangkang kritik bila menteri PH umum eksport sawit naik.Sekatan AS jejas lebih 32,000 pekebun sawit, kata persatuan(PESANAN BUAT AT TAKIRI-JANGAN LENA ATAU PERGI BINCANG)



Sekatan AS jejas lebih 32,000 pekebun sawit, kata persatuan

Persatuan yang mewakili pekebun kecil berkata dakwaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS bahawa FGV terlibat dalam amalan buruh paksaan adalah tidak berasas kerana kebanyakan pekerja mengurus sendiri ladang mereka.

KUALA LUMPUR: Penanam kelapa sawit membidas sekatan Amerika Syarikat terhadap pengimportan produk FGV Holdings Bhd, dengan berkata tindakan itu akan menjejaskan lebih daripada 32,000 pekebun sawit.

Persatuan Kebangsaan Pekebun-pekebun Kecil Malaysia menyifatkan larangan tersebut sebagai “tindakan melulu” dan berkata, ia akan memburukkan lagi reputasi komoditi itu sewaktu ia berhadapan dengan kempen anti kelapa sawit di Eropah.

Kumpulan itu berkata dakwaan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) AS bahawa FGV terlibat dalam amalan buruh paksa adalah tidak berasas kerana kebanyakan pekerja mengurus sendiri kebun mereka.

Perintah Kastam AS adalah hasil daripada siasatan sepanjang setahun yang didakwa mendedahkan amalan buruh paksa, penipuan, sekatan pergerakan, pengasingan, ugutan dan keganasan fizikal serta seksual, menurut kenyataannya.

Larangan import adalah satu lagi bencana kepada industri kelapa sawit yang sedang bergelut dengan pengurangan permintaan minyak masak berikutan penularan Covid-19 menyebabkan restoran bertutup.

Malaysia, yang merupakan pengeluar minyak sawit ke-2 terbesar di dunia, bergelut dengan masalah kekurangan pekerja susulan sekatan perjalanan dan kini perlu bergantung kepada banduan untuk membantu industri tersebut.

FGV, salah satu pengeluar minyak masak terbesar di dunia, berunding dengan pihak berkuasa AS sejak Ogos tahun lepas dan telah mengambil langkah untuk mematuhi standard buruh, katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pengeluar utama yang lain, Sime Darby Plantation Bhd, berkata, ia juga bimbang akan dikenakan tindakan sama oleh AS kerana sebuah NGO memfailkan petisyen berhubung amalan buruh kanak-kanak dan paksa di ladangnya.



APA PUN TAHAP KECERDIKAN TU BERBEZA.

 Abied Mohamad







Kadang-kadang tu kan, bangang tu simpan la sikit untuk anak cucu.. buka aib orang dan maklumat peribadi pada umum, dari orang tak tahu.. kang dah satu dunia tahu.. aduyai.. mewa tetap mewa la.. huhuhu

PANIK INI BAGUS ATAU TIDAK UTK RAKYAT?

 Orang politik patut dipersalahkan


Adakah patut kita contohi Singapura tangani CVD19

PANIK INI BAGUS ATAU TIDAK UTK RAKYAT?


Di Group Whatsapp bergaduh ( gaduh adik beradik ) antara pekerja swasta dan kerajaan. Pekerja Swasta tak mahu PKP kerana bimbang akn diberhentikan kerja dan pastinya pekerja kerajaan yg terjamin masa depan mahu bercuti panjang lagi. Saya mahu huraikan isu ini utk kita sama2 memikirkannya.


Pelbagai negara mencuba pelbagai kaedah tersendiri dlm menangani Covid 19. Masing2 cuba mengatasi dgn mengimbangi kesan ekonomi pada negara masing2. 


Di Russia F1 dibenarkan kehadiran penonton dgn penjarakan sosial. Begitulah juga final Squash World Tours Final di Cairo yg membenarkan kehadiran penonton dgn SOP ditetapkan. Ini semua dilakukan utk mengimbangi ekonomi kesan Covid 19 dan dlm maksud lain ekonomi mesti bergerak dgn SOP yg ketat.


Tahukah ketika negara kita membuka PKP pada Jun lalu di mana anak2 sudah mula bersekolah...masih berlaku sebanyak 277 kes sehari iaitu pada 4 Jun, keesokkan harinya menyusut hingga 27 kes sahaja dan selepas itu angka terus tersebut menyusut hingga ke satu angka.


Tahukah kalian dlm masa sama Singapura dari Phase 1 menuju ke era new normal walaupun kes sehari masih dlm 300 sehari. Sehingga kini Malaysia yg baru mempunyai keseluruhan kes 11,771 berbanding Singapura sudah pun mencecah ke angka 57,794 kes iaitu hampir 6 kali ganda dari negara kita. Recovered 57, 534... 


Singapura juga pernah menjadi negara Asia paling ramai dihidapi Covid pada awal Covid dikesan. Jika berdasarkan keluasan Singapura sepatutnya ia menimbulkan suasana panik tetapi mereka masih meneruskan kegiatan ekonomi mereka sepertimana dilakukan Korea.


Malah pada 1 Sep khabarnya kerajaan Singapura telah membenarkan pelancong dari Australia dan Vietnam memasuki negara tersebut.


Line Celcom problerm seharian. Jadi yg berfungsi dgn baik adalah Whatsapp. Lalu saya ambil masa kesempatan menghubungi dua x staff yg kini bertugas di Singapura. Saya bertanya kpd mereka mengenai situasi di Singapura.


Mereka adalah antara pekerja asing yg disediakan penginapan oleh kerajaan Singapura. Bila saya ajukan soalan bagaimana kerajaan Singapura mengharungi Covid 19 ni.... apa jawab mereka?..u all jgn terkejut...


"Ekonomi Singapura dah ok bang . Saya tgk kerajaan Singapura tangani isu Covid ini mcm gigit semut je. Semua org keluar macam biasa. Cuma kerajaan Singapura wajibkan memakai mask dan patuhi SOP.


Seorang lagi PM secara peribadi, " Dkt Malaysia kaki viral suka benda macam ni bang. Suka tokok tambah atau bikin panas. Virus ini hidup dkt mana2. Kadang kita pun tak sangka ada pada diri kita kerana tiada simptom.


"Menurut kawan2 di Singapura kajian dibuat jumlah yg ramai kena adalah org muda. Kerajaan melihat ia mudah diubati kerana antibodi org muda. Memandangkan kurangnya obesiti di Singapura kes kematian agak kurang bang.


Saya bertanya pula cousin saya yg menetap di Machester, UK. Katanya ekonomi tetap berjalan seperti biasa tetapi mask wajib dipakai. Jelasnya    " Yg ramai mati tu abg man cz di UK ini ramai org2 tua. Yg remaja jika kena biasa sembuh kecuali yg ada penyakit obesiti. Kami tetap mcm biasa cuma mcm biasa kena ikut SOP."


Berbalik apa yg terjadi di Malaysia saya memilih cara pendekatan Singapura terbaik. Mereka mewajibkan pekerja asing termasuk dari Malaysia utk membuat saringan Covid. Bagi kerajaan Singapura ekonomi mesti dirancakkan semula.


Kerajaan Singapura tidak memfokuskan kpd Covid 19 sebagai topik utama tetapi kerajaannya kini sdg rancak bagaimana merancakkan ekonomi negara tersebut seperti langkah membuka kehadiran pelancongan. 


Menggalakkan rakyatnya berbelanja. Malah khabar mana2 rakyat China boleh hadir ke negara tersebut atas urusan penting seperti perniagaan. Bukan sahaja dari China malah atas urusan perniagaan rakyat Jepun, Korea, Malaysia dan Brunei juga dibenarkan.


Apa yg terjadi sekarang bukan salah KKM tetapi saya yakin Tan Sri Norhisyam tertekan dgn org politik dlm melaksanakan tugasnya. Org politik yg dianggap 'VIP dari neraka ' ini memang punca kpd peningkatan Covid. Namun dari pengalaman rasanya kita tidak perlu panik dgn suasana skg.


Langkah PKPD wajar. 2 minggu lalu saya sudah sarankan agar dilaksanakan penutupan Sabah Timur ke Sabah barat. Hari ini kes di Sabah berlaku 95% di empat bandar utama iaitu LD, Semporna, Tawau dan Kunak. Tapi kerana tiada detail kawasan yg mempunyai ramai Covid 19... bagi mereka jumlah yg disebut oleh KKM adalah di KK hingga satu Sabah panik. 


Ia tidak bagus utk ekonomi negeri Sabah yg terkenal sebagai destinasi pelancongan yg teruk terjejas kerana hilang pelancong sebelum ini. Tanpa pelancong domestik atau dari Malaya ekonomi bandaraya KK hingga ke Kundansang boleh lumpuh.


Sabah dan Kedah sepatutnya ditutup rentas daerah dan negeri utk tempoh 2 minggu. Bezanya di Sabah ia negeri yg sgt besar. Berbanding dgn Kedah Sabah 4 kali ganda luasnya. Jadi sekatan rentas daerah itu sudah memadai. 


Jika kita mahu detail mereka yg menghidapi Covid -19 dgn mewajibkan saringan kpd pekerja asing, saya yakin jumlahnya jauh lebih ramai dari Singapura. Tapi apa yg berlaku kaki viral telah melemahkan ekonomi setempat atau negeri dan negara.


Contoh jika guru yg meninggal di Semporna angkara Covid 19... kena jelaskan secara detail... adakah ia mempunyai latar belakang penyakit yg lain dan sebagainya. Adalah tidak adil hanya di sebuah satu Sabah sekolah ditutup.


Seperti di Semenanjung, hari ini Kedah jumlah paling tinggi dlm negara. Takkan kerana Kedah Zon Merah di Terengganu sektor ekonominya juga mahu ditutup? Yg penting Kerajaan kena bertindak cepat menutup rentas negeri utk rakyat Kedah. Bukan sahaja cepat memberi info Covid tetapi cepat mengelakkan suasana panik.


Masih ingatkan kita kes Adam mengamuk. Masa tu tiada Internet atau HP. Berlaku di Chow Kit...habis saudara mara di KL hubungi keluarga di kampung suruh beli barang dapur utk sebulan. Kononnya Melayu bergaduh dgn Cina. Kelam kabut org Melayu beli barang di kedai runcit dan pasar. Panik bahaya utk ekonomi negara.


Kita tidak mahu sebebas Amerika yg rakyat tidak mahu mengikuti SOP. Malah memburukkan keadaan Presidennya memandang ringan Covid 19 . Yg kita mahu kerajaan bertindak segera 'mengurung' kawasan mereka yg terkena Covid 19 dan rakyat patuhi SOP.


Kita amat malang mempunyai Menteri Kesihatan yg tak berguna. Yg tak berani berhujah dgn rakyat. 


Saya mengharapkan Menteri akan berkata seperti ini..." Jgn panik. Kita ada pengalaman menjadi antara negara terbaik menangani wabak Covid 19. Jgn viralkan berita palsu atau viralkan utk membuat rakyat panik seperti jgn pergi ke hotel atau Mall tersebut. 


"Jika kita mahu mengikuti jaringan pesakit Covid... semua tempat akn ditutup. Kerajaan akn laksanakan nyah virus dari semasa ke semasa.


"Teruskan kehidupan seperti biasa. Yg penting wajib patuhi SOP. Pemakaian mask kini adalah wajib sepertimana kita memakai helmet ketika menunggang motorsikal sebagai new normal. Setiap rakyat Malaysia mesti menyimpan mask di dlm beg tangan atau poket masing2.


" Mana2 kawasan yg didapati Zon Merah kita akn laksanakan PKP di kawasan tersebut dan dlm masa sama fokus memberikan perubatan terbaik utk mereka. Virus ini hidup di mana2 so jgn panik. 


"Kpd mereka yg mempunyai penyakit seperti kencing manis... mereka boleh mendapat surat pelepasan dari majikan jika di kawasan daerah tersebut berada di Zon Merah. Yg penting kita wajib memakai mask dan follow SOP.."


Jika mahu dipersalahkan kenapa suasana panik ini berlaku, kita mesti menuding jari kpd org2 politik. Sebagai rakyat kita jaga SOP, jaga kesihatan dan berdoa...



DALIL KERAJAAN PN WAJIB DITUKAR SEGERA!


By Norman Radzuan


Saranan KJ & Ahli2 Perniagaan bukan kerana Anwar

BAHAYA EKONOMI NEGARA JIKA DI BAWAH PN


Hari ini saya ingin mengulas dalil kenapa kerajaan PN wajib dijatuhkan tanpa menggunakan nas dan hadis kerana hujah tersebut hanya boleh digunakan oleh pemimpin2 parti syurga. Ia bukan soal Anwar tetapi siapa yg mampu menyelamatkan negara.


Bukan hanya kerana Muhyiddin tetapi barisan kabinetnya juga gagal bekerja dgn baik sebagai Menteri kerana himpunan Menteri Muhyiddin disusun bukan kerana kemampuan tetapi siapa yg menyokong. 


KJ yg terkenal sikap berterus terang dan profesional mahu PN diserahkan kpd PH... tapi kerana kegagalan kerajaan PN telah membuatkan beliau bersuara walaupun kini bergelar Menteri. Begitu juga luahan ahli perniagaan Malaysia yg tidak berani bersuara tetapi tahu kerajaan ini sgt lemah. Malangnya sunggu kita mendapat Menteri Ekonomi yg tidak tahu buat kerja... hanya memberikan ekonomi utk MP2 sahaja.


Bermula dari Muhyiddin... KJ tak tahu ketidakmampuan Muhyiddin Malaysia ke arah lebih cemerlang. Ketika Korea, Singapuara, Thailand, Vietnam sdg pesat mengembalikan ekonomi mereka Malaysia masih sibuk kerajaan meruntuhkan satu persatu negeri di bawah kerajaan PH dan meletakkan isu Covid sepenuhnya kpd Pengarah Kesihatan, Tan Sri Nor Hisham.


Muhyiddin tidak mempunyai hubungan baik dgn pemimpin negara2 luar samada barat mahupun Arab. Malah sehingga kini selepas 8 bulan Muhyiddin tidak berani berhadapan dgn wartawan tempatan apatah lagi antarabangsa. Muhyiddin bukan intelektual dlm berfikir dan ia diakui ramai pemerhati politik.


Azmin Ali yg diharapkan menjaga ekonomi negara dari zaman PH hingga PN fail 100% utk membangunkan ekonomi negara. Dia lebih sibuk ke sana ke sini bersama PM2 Malaysia. Kerjanya membodek dan mengatur langkah mencuri MP dan menjatuhkan kerajaan negeri. Mahu melihat dia membawa pelabur jauh sekali...malang sekali.


Menteri Kesihatan Adham Baba pula dilihat antara Menteri yg paling gagal dlm sejarah Malaysia. Dia ditolak mentah2 oleh rakyat kerana dilihat tidak berkemampuan utk jawatan sebagai Menteri Kesihatan. Meletakkan tanggungjawab Covid19 sepenuhnya kpd Pengarah Kesihatan adalah sikap tidak bertanggungjawab.


Menteri Pengajian Tinggi... Raja Tik Tok, Noraini sebelum ini dilihat mengambil sikap 'play safe'. Tidak mahu mengambil risiko. Jika dahulu beliau segera mengarahkan pelajar pulang dari IPT dan terbaru sekali lagi mengarahkan pelajar pulang kembali ke rumah masing2 begitu sahaja. Apa salahnya diarahkan IPTA2 bertanggungjawab menguruskan kepulangan pelajar2 terbabit. 


Timbul persoalan di kalangan ibu bapa adakah pelajar berumur 7 tahun hingga 17 tahun yg jumlah berkali ganda dari jumlah pelajar IPTA itu lebih bijak mengikuti SOP berbanding remaja intelektual. Patut IPTA dgn menyuruh jalankan SOP yg ketat... setakat ini hanya saran remaja 'Tik Tok.'


KJ (UMNO) dan Nicole ( MCA ) pernah memberitahu pemimpin PAS tidak layak menjadi PM dan TM. Memang benar lihat sahaja Takiri bukan sahaja sombong melanggar SOP malah isu tentang minyak kelapa sawit beliau terus membisu. Tuan Ibrahim pula hanya bijak bermadah dan Hadi Awang kita tak tahu apa fungsi beliau sebagai Menteri Duta Khas Timur Tengah selama ini.


Kita mahu Muhyiddin segera serahkan kerajaan ini kpd yg hak, kpd yg berkemampuan secara bermaruah kerana dia sudah kehilangan majoriti. Malah Menterinya sendiri menyarankan beliau secara bermaruah serahkan kembali kerajaan mandat rakyat ini kpd PH. 


Kerajaan membazir ini hanya utk membeli jiwa pemimpin utk pertahankan kerajaannya dilihat sebagai kerajaan yg hanya pentingkan diri sendiri, syok sendiri dan hanya utk keseronokkan pemimpin dan bukan kepentingan rakyat. Kabinet Muhyiddin terbanyak dlm sejarah Malaysia hanya utk puaskan MP yg menyokongnya sehingga rakyat tak kenal nama Menteri apatah lagi Tim Menteri.


Muhyiddin mesti berjiwa besar utk rakyat bukan pentingkan diri sendiri. Muhyiddin jgn bimbang kerana dia cukup mengenali Anwar yg bukan jenis berdendam atas kapasiti peribadi malah tawaran Anwar utk Muhyiddin bekerja dgnnya ia satu sifat pemaaf yg ada pada jiwa pemimpin yg hanya ingin menyelamatkan Malaysia.



Pengajaran pahit dari Sabah: Satu bacaan Gramsci

 

Oleh Howard Lee

(Ketua DAPSY Kebangsaan dan Adun Pasir Pinji)

“Sono pessimista con l’intelligenza, ma ottimista per la volontà.”

“Saya seorang pesimis dek kerana kebijakan, tetapi optimis kerana kemahuan.” 

Ini adalah ungkapan tulisan Antonio Gramsci, seorang falsafah sosialis Itali, yang dipenjarakan oleh rejim fasis ketika itu. Kata-kata ini tertulis dalam ‘buku nota penjara’ miliknya saat beliau merenung keadaan dirinya yang ketiadaan harapan.

Kerana cuba mengubati melalui tindakan politik akan dunia fasis yang pada pandangannya akan menjerumus pada kehancuran, beliau dikurung lima tahun lamanya agar ‘otaknya berhenti berfungsi’, dan dipenjara 20 tahun di mana kesihatannya yang sudah uzur makin terjejas.

Gramsci menganjurkan dari sudut pandangnya, bahawa menilai dengan hanya kebijakan dan pemikiran tentang keadaan masyarakat, akan hanya berkesudahan dengan prognosis yang bernada pesimis.

Namun dalam situasi paling malap sekalipun, masih ada harapan. Dinamisme dan turun naik masyarakat dan fitrah manusia mewujudkan ruang untuk campur tangan massa. Kemahuan dan tindakan orang ramai boleh digembleng untuk melaksanakan campur tangan massa, yang menjadi sumber optimisme Gramsci.

Di negara kita, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menghampakan ramai antara kita, termasuk mereka yang bukan rakyat Sabah (baca: Malaya). Apa yang pada awalnya akan menjadi batu loncatan untuk pergerakan besar dengan tujuan murni buat Malaysia telah dicantas sebelum ianya bermula. Adakah ruang untuk optimisme kemahuan ala Gramsci dalam perjuangan demokrasi Malaysia selepas ini? Ramai, terutamanya dari kelompok intelek yang pesimis dengan bersebab.

Sesetengah dari mereka yang mengkhianati pengundi dalam pilihan raya lalu dengan melompat, lantaran menjadi punca Kerajaan Negeri Sabah Warisan Plus hampir tumbang, kini kembali diundi. Adakah ketiadaan harapan satu-satunya diagnosis yang mungkin untuk keadaan demokrasi negara kita? Kita tertanya-tanya apakah gunanya mengundi dalam pilihan raya, jika “sogokan melompat” yang dirangka secara sistematik dan strategik oleh gunting dalam lipatan menjadi sebab kejatuhan kerajaan Persekutuan dan negeri.

Untuk minggu mendatang, kemelut kuasa di kalangan mereka di bawah yang tersisih daripada penaung kuasa akan timbul. Analisa dan telahan akan mendominasi portal dan media sosial untuk berminggu lamanya. Saling menuding jari dan ungkapan “saya dah cakap” akan muncul dari segenap penjuru. Kebanyakannya akan tersasar dari perkara pokok.

Pemantauan saya membawa kepada kesimpulan berikut. Keputusan yang terhasil menunjukkan bahawa melakukan perkara baik dan betul untuk pengundi menghasilkan kemenangan buat kita dalam beberapa pertempuran, tetapi melakukan perkara taktikal secara tuntas membuatkan pihak sana yang menang perang. Taktik yang dijana oleh kemahuan untuk kejayaan, sedang perjuangan kita untuk tanah air yang lebih baik bertunjang pada nilai dan idea.

Rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi mempunyai jangkaan tinggi untuk PRN Sabah. Ia bukan sahaja tentang masa depan Sabah, tetapi juga dorongan untuk lanskap politik kebangsaan. Ia juga titik tumpu dan petunjuk masih ada atau tidak harapan untuk membetulkan kepincangan demokrasi yang berterusan sejak tercetusnya Langkah Sheraton.

Ramai yang melihat Sabah sebagai benteng terakhir Harapan Malaysia untuk mengangkat kembali demokrasi. Ia sepatutnya menjadi momen dimana kuasa kebaikan, si lemah yang terkepung bangkit kembali untuk beroleh kemenangan dalam perjuangan menentang kuasa kejahatan.

Mesej teras dan pokok tentang Perpaduan yang mewarnai kempen PRN Sabah menguasai imaginasi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia kena pada selera kebanyakan rakyat Malaysia yang menagihkan pedoman perpaduan merentas kaum. Apatah lagi, ia datang dari pemimpin yang sedang membida jawatan tertinggi untuk dipertaruhkan. Jika gagal beroleh kemenangan di peringkat negeri, adakah berbaloi untuk menimbangkan pendakian ke peringkat kebangsaan?

Pepatah oleh ahli falsafah Jerman, Friedrich Nietzsche yang selalu diungkap dan dipopularkan antaranya oleh Kelly Clarkson, Kanye West dan Batman iaitu “apa yang tidak membunuh anda akan menjadikan anda lebih kuat” kini lebih relevan untuk rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi.

Tetapi sekarang bukan masanya untuk kita mengalah atau berundur, walaupun semuanya tampak sukar dan sangat pesimis buat demokrasi kita. Lantaran satu lagi pepatah muncul; bila kita jatuh, langkah seterusnya adalah untuk bangun kembali. Seorang falsafah Cina pernah berpesan’ “Kejayaan terhebat kita bukanlah tidak pernah jatuh tetapi kembali bangkit setiap kali kita jatuh.”

Mungkin Perpaduan, atau Pisompuruan dalam bahasa Kadazan, atau Pasisimpungan dalam Murut adalah idea bernas yang belum tiba, tetapi tiada nilai pesimisme intelek boleh menafikan tempatnya dalam identiti kebangsaan, kerana membina negara adalah satu perjuangan dan usaha yang tiada sudahnya. Biar bagaimana pendek pun jangka hayatnya, kemenangan 9 Mei 2018 adalah sesuatu yang di luar jangkaan, hasil dari kegigihan kemahuan optimis rakyat Malaysia.

Kita harus memastikan bahawa kemahuan optimis kita kekal subur dan tidak dicantas oleh pesimisme intelek sendiri. Seterusnya, kita hendaklah menyeru sepenuh kekuatan dari cabaran lalu dan kini, untuk terus mara ke hadapan. 

UMNO PATUT TARIK BALIK PENYERTAAN BERSATU KE DALAM MN

 

Sebelum ini, atas persetujuan bersama, UMNO dan Pas telah bersetuju menjemput Bersatu untuk menyertai Muafakat Nasional (MN).

Surat jemputan kepada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin bertarikh 13 Ogos itu ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bersama Presiden Pas, Hadi Awang.

Berikutan itu, Bersatu melalui surat balasannya bertarikh 18 Ogos yang ditandatangani Muhyiddin telah menyatakan persetujuan untuk parti itu menyertai MN.

Begitu pun, kemasukan Bersatu ke dalam MN belum lagi diterima secara rasmi kerana ia perlu disahkan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Induk MN yang dianggotai pimpinan kanan UMNO dan Pas.

Dalam waktu yang sama, UMNO tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) yang ditaja oleh Muhyiddin, tetapi Pas mengambil keputusan untuk menyertainya.

Ini bermakna, Pas ada dalam MN dan Pas juga ada dalam PN, malah dalam Gagasan Sejahtera pun Pas ada bersama dengan Berjasa, meskipun gabungan itu ketika ini senyap sunyi tanpa sebarang khabar berita.

Pendirian UMNO ialah parti itu hanya berada dalam kerajaan PN sehingga tempoh penggal PRU14 ini berakhir saja dan untuk menghadapi PRU15, UMNO hanya mahu bersama Pas dalam MN.

Sikap dan pendirian UMNO enggan menyertai PN ialah kerana mereka tidak mahu bersama dengan Bersatu, jauh sekali untuk berkongsi kerusi dengan parti itu dalam PRU15 akan datang.

Masalahnya, dalam pada UMNO tidak mahu bersama dengan Bersatu, sebaliknya hanya mahu bersama dengan Pas, tetapi Bersatu telah pun dijemput untuk menyertai MN dengan Zahid Hamidi sendiri merupakan salah seorang penandatangan surat jemputan kepada Muhyiddin itu.

Bahkan, Muhyiddin telah pun bersetuju untuk Bersatu menyertai MN.

Cumanya, kemasukan Bersatu ke dalam MN belum lagi disahkan secara rasmi.

Berikutan PRN Sabah yang menampakkan UMNO kena buli dengan Bersatu serta tuntutan akar umbi UMNO yang mahu parti itu menyemak semula hala tujunya, sebarang keputusan sebenarnya sukar diambil oleh UMNO pada peringkat ini.

Kesukaran pertama adalah kerana UMNO masih sebahagian kerajaan PN dan kedua, Bersatu telah pun dijemput untuk menjadi sebahagian daripada MN.

Tidakkah ini pelik sepelik-pelik pendirian yang telah diambil oleh UMNO.

Mereka tidak mahu kepada Bersatu dan enggan menyertai PN, tetapi dalam waktu yang sama menjemput pula Bersatu masuk ke dalam MN.

Selagi UMNO masih berada dalam kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin dan Bersatu juga tidak ditolak daripada menyertai MN, selagi itulah UMNO sukar untuk menentukan hala tujunya secara konkrit.

Maka, jika benar UMNO serius mahu menentukan hala tujunya ke arah memenangi PRU15 akan datang dan mendengar suara akar umbi parti, dua perkata di atas harus diselesaikan terlebih dahulu.

UMNO melalui Jawatankuasa Induk MN mesti bertegas untuk menolak kemasukan Bersatu ke dalam gabungan itu.

Tiada untungnya kepada UMNO dengan adanya Bersatu di dalam MN, tetapi kemasukan itu hanya memberi keuntungan kepada Bersatu.

Di dalam MN, cukup dengan UMNO dan Pas saja, selain komponen BN lain turut berada di dalamnya dan itu pun sebenarnya sudah cukup untuk memberi sinar kemenangan dalam PRU15 nanti.

Bersatu ini harus ditinggalkan begitu saja kerana ia adalah parti pengkhianat, di dalamnya ramai pengkhianat dan tidak mustahil ia akan terus khianat untuk meneruskan hidupnya.

Soal sama ada Pas setuju atau tidak untuk menolak penyertaan Bersatu daripada menyertai MN, ia terserah kepada parti itu membuat pilihan, namun satu perkara yang Pas harus sedar ialah keberadaannya bersama PN tidak pun menguntungkan di mana untuk mendapatkan Adun Lantikan di Sabah pun ditentang oleh Star, komponen PN sendiri.

Dalam hal ini, bukankah lebih baik Pas fokus kepada MN saja.

Tentang kedudukan UMNO dalam kerajaan PN, cepat atau lambat, UMNO tiada pilihan dan mesti keluar daripadanya kerana Muhyiddin ternampak jauh lebih sayang kepada Azmin Ali dan Hamzah Zainuddin, dua pelompat katak daripada PKR dan UMNO ke dalam Bersatu berbanding Zahid Hamidi dan semua Ahli Parlimen UMNO yang merupakan jumlah terbesar dalam PN ketika ini.

Makin lama masa berlalu bersama Bersatu, bukan saja MN semakin tenggelam, bahkan laluan ke Putrajaya yang dicita-citakan oleh UMNO sejak 2018 lalu dibimbangi perlahan-lahan akan menyimpang ke penjara jadinya. (Shahbudindotcom 03/10/2020)



DAH JADI BUAT LAGI..PAK MENTERI MAIN GOLG LAGI..

 

Ituhari dah jadi. Tak kan tak ambil pedoman. Masa mula-mula kes covid-19 melanda. Anak-anak saya adalah antara mangsa.

Kali ini berlaku lagi. Sepatutnya keputusan besar yang melibatkan ramai pihak dan melibatkan pelbagai aspek termasuk ekonomi perlu dibuat dengan teliti dan bijaksana. Bukan ikut suka hati last minit menteri.

Memang kerajaan PN ni teruk. Terbukti teruk.


KISAH BALIK DARI SABAH

 

AHMAD SAYUTI BASIRON


TIBA KLIA2 around 7 malam, Ahad. Keluar KLIA hampir 6 pagi, Isnin 28/9/2020. Half-day! Pengalaman cukup berharga buat yg melaluinya.

Itu pun kalaulah MKN/KKM atau pasukan 'pengkhianat nasional' itu masih berasa mahu diambil manfaat nya;

1. Slot 'swab-test' selama 1-2 min sahaja. Penumpang dikurung separuh hari, 11-12 jam! Tak masuk akal.

2. Zero info/taklimat sejak dalam flight, masa menunggu. Penumpang tak tahu isu borang dibiarkan, tanpa pen, tanpa tahu pun tujuan, apa nak dibuat di sana.

3. Puluhan anak kecil, warga emas, penumpang sakit mencari ubat berjadual berlonggokan gelimpangan atas lantai. Disaster!

4. Rayuan mahu seteguk air, hanya ehsan Wanita Umno yg mengamuk pada beberapa Menteri mereka. Jam 12 malam dapatlah seorang sebotol, mee goreng sampai 1 pg. Berebutan makanan sebab ramai dah gastrik.

5. Kaunter 10, lengang. Petugas 3 KKM kaunter untuk ratusan atau ribuan penumpang. Alasan, dinyatakan tak sempat bersedia. Arahan SOP 2.0 terlalu suntuk.

6. Penumpang KK bercampur-gaul dan berhimpit rebut barisan 300-500 meter bersama 'zon merah' Timur Sabah. Alasan, security KLIA2 dah tak mampu handle ratusan sebegitu. Itu dah tugas polis tentera sepatutnya. Sejak pagi kami kena tugas dah tak tahan.

7. Lorong sempit, sesak berlaga lutut tanpa penjarakan, tanpa pengudaraan terbuka. Batuk/bersin tanpa henti bersambutan tanpa-henti di zon 'swab-test'. Tetap dibiarnya lagi penumpang bekerumun tanpa kawalan...

Ya Allah, Tuhan Penawar segalanya,

Jauhkan sesekali dari kluster baru, #kluster KLIA2...!

8. Dalam samar subuh itulah kelihatan Menteri yg sepatutnya pembuat polisi dan SOP, sedang angkat kotak mineral tepi jalan, buat saringan mencari penerbangan Tawau yg tercampur-gaul, jadi 'usherer' tunjuk ke meja test, jadi abah tenang kan penumpang yg kena swab-test, etc.

9. Walhal dalam zone-testing semuanya full dress PPE. Kawasan larangan! Bertungkus-lumus Menteri itu tanpa PPE tanpa N95. Mungkin inilah rupanya tarbiyyah 'air suam' menjadikan Menteri kebal dari segala SOP KKM yg ketat itu..?

10. Ramai berkata - KKM sedang dalam krisis yg sungguh besar kah? Sampai Menteri dah kena buat sendiri kerja-kerja Penolong Pegawai di jam 3 pagi sebegitu? Kualiti apakah itu?

Penumpang perhatikan sahaja kisah dinihari itu. Barangkali itulah nilai yg ada pada sebuah pengkhianatan nasional yg dibanggakan itu?

https://www.facebook.com/ahmadsayutibashiron/posts/10158505957474876

Perkongsian penuh di;

https://malaysiadateline.com/pengalaman-terkurung-di.../

 

KISAH PARTI TOK

 TOK USIN


Di Sabah, parti tok minta kongsi kuasa walaupun takde sekor pun lebai yang bertanding baru ni. Lebai tok mintak ada wakil parti tok dilantik menteri (exco) di Sabah sebagai tanda persahabatan dengan PN.

Bila amno mintak kerusi exco kat Kelantan dan Tganu, guru tok kata "Tok leh...mung parti sekular...mana boleh campur dengan parti Islang. Ibarat pengat taik". Kata guru tok.

Di situ tok kagum dgn politik bijak guru tok.

 

Tok ada terbaca berita, guru tok nyaris masuk sepital bila berlaku peralihan kuasa. Itu bukti guru tok sanggup bergadai nyawa demi mahu tentukan Muhyidin berjaya tebuk atap untuk jadi kerajaan.

Syyhh...tok tau, sebenarnya guru tok keluar masuk sepital tu bukan baru ni. Sejak otak dia kena operate kat Turki dulu lagi memang dia kerap masuk sepital. Kalau dia cakap merepek, lain tanya lain jawab, itu tandanya dia tak makan ubat otak le tu. Syhhh...jangan bgtahu sesiapa ye...teeheheheeee

 

PENGURUSAN KENA MARAH..SEBAB BOCOR NAK MAIN GOLF MASA COVID ..KAHHHHH....

 Image may contain: one or more people and outdoor, text that says "TENGAH RISAU COVID 19 KE TU? #RakyatDudukRumah #MenteriMainGolf"





KES MELONJAK.DULU DIPUJI SEKARANG KEPUTUSAN POLITIK MENGATASINYA..JEMAAH MENTERI DIAM BISU..RAKYAT KECAM

 


Dato Ismail Sabri

TSMY

KP KKM

Antara tokoh yang nama mereka di sebut sebut hero dari bulan Mac lalu...

Beberapa tulisan saya dari bulan Mac menyebut popular yang di dapati oleh tokoh tokoh ini dan kerajaan PN sifatnya sementara dan di jangka pada bulan Okt nama nama ini akan merudum populariti terutama kerajaan PN. Tetapi asas yang saya jangka masa itu adalah sekadar masalah ekonomi.

Tetapi hari ni benar benar merudum nama nama mereka ini dalam kes berdepan dengan masalah convid. Kebelangkangan ini isu terhadap perlaksanaan kerajaan PN telah menjadi isu di kalangan rakyat bermula dari kes menteri Al Takiri....

Datang pula PRK Sabah dan tiba tiba kes convid melonjak. Ramai juga penyokong cuba mempertahan masalah ini. Bagi beberapa penulis memberi tahu kes convid yang datang ke Semenanjung hanya 137 sahaja bukanya banyak pun. Klauter di Kedah lebih besar berbanding kes yang datang dari Sabah...

137 kes itu bagi saya banyak dah tu....dan kes dari Sabah ini pula merebak di seluruh negara. Kita juga tahu bahawa untuk ke sabah dan balik dari Sabah ke semenanjung hanya melalui airport tidak ada jalan lain. Bukan ada jalan raya atau jalan laut. Maknanya jika lah jawatan kuasa di KKM dan MKN betul serius mudah bagi kerajaan bertindak kerana jalan keluar masuk hanya airport. Tetapi mereka teperangkap dengan keputusan politik jadi perlaksanaan itu tidak dapat di buat kerana kepentingan politik mengatasi keselamatan.

Sekarang apa juga kenyataan dari Menteri Kanan Dato Ismail Sabri tidak lagi di peduli rakyat. Rakyat merasakan undang undang ada dua. Satu rakyat yang berparti dan satu lagi rakyat biasa. Rakyat berparti termasuk menteri undang undang mereka istimewa dan kebal dari virus 19. Begitu lah komen komen rakyat biasa....

Pada hal bagi saya bukan saja ahli politik di PN tidak bertangungjawap ahli politik di pembangkang juga tidak bertangungjawap malah semua ahli politik di Malaysia seolah olahnya tidak pun sayang kepada rakyat dan negara. Bergaduh tidak berkesudahan...sehingga PM dalam ciri ceramah di Sabah dengan jelas menyebut jika PN menang dia akan dengan segera bubar parlimen...

Selama 67 tahun merdeka kali ini Malaysia berada dalam keadaan paling teruk kerana ahli politik yang ada adalah terdiri daripada perosak bangsa....perosak negara....perompak kekayaan negara dan golongan tamak....dan yang sedihnya mereka ini semua dah tua tua 65 ke atas umur mereka....masih berebut....masih tamak....dan masih ingat mereka sahaja yang layak jadi pemimpin negara....memang mereka ni semua tak ada moral dan sifat kenegaraan.....bergaduh bertempur dalam semua keadaan walau pun dah nak mampus....




25 POSTING HINGGA KINI.LAGI BERITA AKAN MENYUSUL

 


TERIMA KASIH  . SILA LAWATI WRLR. LAGI BERITA AKAN MENYUSUL. APA YANG PASTI KITA BUKAN MEMBAWA BERITA FITNAH.POLITIK BIASA KUTUK MENGUTUK TETAPI BUKAN CACI MAKI

SILA TEKAN > UNTUK BERITA AWAL PAGI. 


BEBASKAN MEDIA 



MENTERI HANYA MINTA MAAF ..BUKAN DULUNYA BERDEGAR DEGAR DALAM DEWAN KAH?

 Menteri hanya minta maaf. Mcm mana dengan ibu bapa dan pelajar yang dah keluar belanja sewa rumah, beli tiket atau dah sampai ke universiti?

Dalam keadaan sekarang Ekonomi Pandemik COVID-19 ni majoriti rakyat susah dan boleh usahakan cukup-cukup keperluan sahaja. Bila dibatalkan begini apa kemampuan yang mereka ada? Menteri ada fikir? 

- Zus Din 

03 September 2020
Noraini mohon maaf, harap IPT bertimbang rasa
MALAYSIAKINI.COM
Noraini mohon maaf, harap IPT bertimbang rasa
Susulan penangguhan proses pendaftaran dan orientasi pelajar pada saat-saat akhir sehingga menyusahkan ramai pelajar

SIAPA PUNYA DESARU JB?


IBRAHIM MAT ISA


Image may contain: text that says "ta MieZainal Retweeted Mamu DAPTM @The_Mamu 1h mamu Intel dari Desaru pagi ini amat menyayat hati. Banner2 golf semua dah kena cabut tgh malam tadi, meeting Bersatu kt situ pun cancel. Ada orang kena maki sampai kena baling pen. Golf mungkin jalan terus, tapi Pak Hang rak main, takut org ambik gambar. 28 698 707"


 Orang sekitar KL tahu tak siapa pemilik Lotus?

(Bukan kereta Lotus) Siapa pulak pemilik Lotus di Desaru?
Sumber gambar: Cilok